Adakalanya kita tak perasan roti yang dibeli hampir nak tamat tempoh. Rugi kalau dibiarkan begitu sahaja kan. Jom petang ni kita tukar selera , jamu ahli keluarga dengan Bengkang Roti. Mudah je nak buat ni, bahan-bahan pun tak banyak.Semuanya ada di dapur ibu-ibu.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Nurnaema Naema ini. Roti dan nak tamat tempoh,jangan buang.Boleh buat pelbagai resepi.Maka semalam terjadi la Bengkang roti
First time juga buatnya.Alhamdulillah menjadi dan sedap
Saya ikut resepi ni Senang dan mudah je nak buat
Bahannya:
5 keping roti putih
3 cawan santan /susu segar/susu cair
2 biji telur
3/4 cwn gula pasir (boleh kurang 1/2 cawan)
1 sudu kecil garam
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar marjerin Cara buat:
Ads
1.Carik-carik kecil roti dan rendam sekejap dengan 2 cawan santan, tekan sikit dengan sudu bagi roti terendam
2.Sementara tu kita blender baki 1 cawan santan, marjerin, telur,gula, garam, esen vanilla dan tepung gandum. Blender jangan lama sangat cukup sekadar sebati semua 3.Bila dah sebati tuang bahan blender dalam roti yang terendam tadi
Ads
4.Kacau rata semua
5.Boleh guna Loyang ( 8’x8′) sapu minyak dan alas baking paper. Kalau ada acuan bingka boleh guna juga sapu minyak / marjerin elak lekat.
Ads
6.Tuangkan adunan dalam loyang 7.Oven panaskan dulu dalam 8-10 minit. Bakar dalam oven 180 degree (oven kecil 170 degree) selama 45 mnt – 1 jam . Kalau suka permukaan atas garing sambung bakar hingga 1 jam. 8.Dah siap baru keluar dari oven.sejukkan dalam 2-3 jam baru potong
***Saya guna susu full cream ,resepi ni saya kurangkan gula.
Selamat mencuba
Creadit by Lets cook & bake
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pejam celik pejam celik begitu cepat masa dan waktu berlalu pergi. Bulan Ramadan bakal meninggalkan kita, jangan pula ada penyesalan jika tidak segera tersadar untuk mengisinya dengan pelbagai kebaikan.
Berbaki 10 hari terakhir ini, bersama-samalah kita terus perbaiki diri dan berdoa untuk direzekikan bertemu malam teristimewa, malam seribu bulan iaitu Lailatul Qadar.
Ustazah Siti Noor Bahyah juga ada menitipkan pesanan untuk sama-sama merebut malam Lailatul Qadar ini. Menurutnya, “Rebut dan bersungguh-sungguhlah beribadah di 10 yang terakhir ini. Insya Allah pasti dapat. ANDA BUAT,ANDA DAPAT !”
Semangat yang disebarkan oleh ustazah ini moga bermanfaat dan ini nukilan penuh dari Ustazah Noor Bahyah buat semua.
10 HARI TERAKHIR…PESANAN DARIKU UNTUKMU DUHAI SAHABAT
Ramadhan kian hampir ke penghujungnya.
Kita kini di fasa 10 hari terakhir Ramadhan bagi merebut malam seribu bulan iaitu Lailatul Qadar.
Lailatul Qadar adalah anugerah Allah yang sungguh istimewa kepada kita Ummat Nabi Muhammad saw. Malam yang penuh dengan rahmat dan keajaiban dari Allah. Hati terasa syahdu hingga mengalirkan airmata keinsafan dan taubat. Malam penuh kenikmatan dan kesyukuran.Alangkah hebat dan beruntungnya mereka yang dapat bertemu dengan malam tersebut, malam yang lebih baik dari seribu bulan.Kita tak akan melepaskannya berlalu pergi begitu sahaja.Rebut dan bersungguh-sungguhlah beribadah di 10 yang terakhir ini.
Insya Allah pasti dapat.
ANDA BUAT,
ANDA DAPAT !
Allah سبحانه وتعالى berfirman :
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Malam Lailatul-Qadar (Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan.”
(Surah Al-Qadar; Ayat 3)
Imam al-Qurtubi berkata: “Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.
Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar. Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.
Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar. Al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133.
Rasulullah SAW bersabda:
الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وِتْرًا
Maksudnya: “Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil”. [Riwayat Ahmad ]
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Adalah Rasulullah saw bersungguh-sungguh di 10 terakhir di bulan Ramadhan lebih daripada bersungguh-sungguhnya beliau di hari-hari lainnya.” (HR. Muslim dan Ahmad).
Juga Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari sahabat ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha bahwasannya ” Nabi saw apabila telah masuk 10 terakhir beliau mengencangkan ikat pinggangnya, menghidupkan malam-malamnya dan membangunkan keluarganya.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW juga memerintah Ummul Mukminin Aisyah untuk berdoa di malam-malam itu.
Doa Rasulullah saw untuk Mendapatkan Lailatul Qadar :
عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا ؟ قَالَ : قُولِي : اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Aisyah berkata, “Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku ketepatan mendapatkan malam lailatul qadar, apa yang harus aku ucapkan?”, beliau menjawab: “Ucapkanlah, Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anna” (Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha pemaaf mencintai kemaafan, maka maafkanlah aku).” (HR. Ibnu Majah, yang dishahihkan oleh Al Albani).
“ Ya Allah..kurniakanlah kepada kami malam Lailatul Qadar berserta dengan segala keistimewaannya Ya Allah.
Tundukkan hati-hati kami dalam mentaati Mu dan terus mengerjakan sebanyak-banyak amal soleh yang Engkau redhai Ya Allah “.
*آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْ*
*استجب دعاءنا يا ارحم الراحمين..*
Meninjau di ruangan komen, ini antara komen yang diterima. Rata-rata ramai mengaminkan dan berdoa untuk bertemu dengan malam serbu bulan, Lailatul Qadar.
Laluan hidup pelakon Laila Nasir, dalam membesarkan dua anak lelaki sejak kematian suami tercinta kira-kira lapan tahun lalu tidak semudah disangkakan.
Biarpun kelibatnya dalam dunia lakonan tidaklah segah pelakon lain, namun wajahnya sering menghiasi kaca TV. Keupayaannya memegang watak baik mahupun antagonis dengan baik membuatkan namanya jarang tercicir daripada senarai pilihan penerbit mahupun pengarah.
Lemah & Lost Lepas Suami Pergi
Menelusuri sisi sebagai seorang ibu, akui damatis ini, ia bukan semudah disangkakan. Sementelah suami tersayang pergi buat selama-lamanya.
“Menjadi ibu tunggal sekelip mata selepas suami meninggal dunia merubah segala-galanya. Tapi ketika itu saya bernasib baik memandangkan kedua anak sudah bersekolah menengah. Jadi mereka sudah pandai bawa diri.
“Saya juga menjaga mereka tanpa bantuan sesiapa. Waktu itu ada ketika saya bagai lemah dan ‘lost’. Tapi anak jadi suntikan semangat untuk saya kerja lebih kuat.
“Awalnya memang sukar untuk saya membahagikan masa antara kerjaya seni dan tanggungjawab. Manalah nak uruskan anak dan ‘shooting’ selain berniaga,” tambahnya lagi lebih-lebih lagi anak-anaknya masih kecil dan dia satu-satunya tempat mereka bergantung.
Ibu jadi nadi dan pembakar semangat
Dek kerana itu, dia cuba positifkan diri dan tidak menjadikan gelaran ibu tunggal sebagai penghalang.
“Tak mudah sebenarnya nak mengharungi hidup tanpa suami. Dengan pandangan itu ini daripada masyarakat. Tapi saya tak larut dengan semua itu. Saya tanamkan semangat positif dalam diri.
“Dalam soal membesarkan anak, saya pasti mahukan yang terbaik untuk mereka tanpa fikir lelah. Kalau kita tak buat itu ini, ibarat takkan ada yang lakukan semua diingini. Jadi, belajarlah buat semua sendirian.
“Keluarga terutama emak menjadi nadi dan pembakar semangat buat saya. Terutamanya emak yang banyak membantu menjaga anak dan memberikan semangat. Doa ibu itu kan sangat mukjizat,” katanya lagi.
Anak ikut jejak Dalam bidang seni
Berkongsi mengenai perkembangan anak-anaknya, Laila mendedahkan anak bongsunya kini mulai berminat untuk mengikut jejak langkahnya dalam bidang seni.
“Cuma yang bongsu itu lebih kepada minat kerja belakang tabir dan bercita cita nak jadi pengarah kelak. Dia baru tamat pengajian dalam jurusan perfileman di Kuala Lumpur Film School.
“Sekarang tengah menjalani latihan praktikal di bawah seliaan Adlin Aman Ramlie. Sebagai ibu saya tumpang bangga dan mendoakan yang terbaik untuknya,” katanya yang baru sahaja selesai penggambaran drama Cinta Yang Tertangguh arahan Amie Maziah.
Tidak sekadar aktif Dalam dunia lakonan, Laila juga turut mengusahakan bisnes minyak wangi dan pelbagai sambal bilis sejak 2014 lagi. Terbaru, Laila menerima Anugerah Kelantan Business Ikon Awards pada 17 Disember lalu.
“Dengan dunia berlakon dan berniaga itulah saya dapat membesarkan anak serta meneruskan kelangsungan hidup,” katanya lagi.
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak termasuklah bab pendidikan, demikian juga yang dikongsikan oleh pelakon Yana Samsudin mengenai anak sulungnya, Aisy Mateen.
Sebelum ini, Yana mendedahkan anak sulungnya itu menggemari subjek matematik di dalam bahasa inggeris berbanding bahasa melayu.
Bahkan, anaknya lebih cepat ‘tangkap’ dan cepat belajar jika menggunakan bahasa inggeris.
Bukan itu sahaja, Mateen juga telah didedahkan untuk menguasai tiga bahasa iaitu bahasa melayu, inggeris dan juga mandarin sejak masih bayi lagi.
Terbaru, Yana menerusi laman Instagramnya yang menunjukkan Mateen sedang membuat kerja sekolahnya.
Jika selalunya ibu bapa yang mengajar anak-anak, tapi terbalik halnya dengan Mateen. Kelihatan anak sulung pasangan ini mengajar daddynya bagaimana cara menulis dan menyebut nama Mateen dalam bahasa Cina.
Malah dia yang mempelajari bahasa Cina menulis namanya dalam bahasa tersebut pada sebuah buku.
Sambil meneguk air susu, sempat lagi Mateen menyoal daddynya apakah handphone dalam bahasa Cina. Fadzil yang berseloroh menyebut sebutan ala-ala cina sampai tergelak Mateen mendengarnya.
Gelagat comel Mateen meraih pujian daripada ramai. Rata-rata memuji cara pasangan ini mendidik walaupun baru berumur 5 tahun namun cepat belajar.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.