Dapat menyediakan roti sendiri untuk dimakan bersama anak beranak tentunya terasa puas hati bila roti yang dibakar terasa lembut dan gebu seperti yang ada dijual di kedai bakery.
Apatah lagi dapat pula resipi roti yang tengah viral ketika ini iaitu Bun Cheese Sarang Lebah daripada sesorang yang cukup mahir membuatnya. Tentunya kita rasa teruja untuk mencuba resipi yang dikongsikan itu, bukan?
Ini sebagaimana perkongsian resipi daripada Azlina Ina Fans yang tidak lokek berkongsi resipi istimewa yang telah dibuat beberapa penyelidikan untuk pastikan roti yang dimasak kekal lembut dan kerangupan kekacang dan keju dibahagian atas roti pula kekal rangup.
Nak tahu detail, ikuti perkongsian ini dan selamat mencuba.
Ujarnya, “Roti yang tengah viral di bakery mak, buat habis buat banyak mana pun habis. Kami dah rnd resepi bun ni untuk rasa yang tidak keras bila sejuk dan sesuai dengan cruncys cheese dan kekacang di atas die.”
Malah turut mencadangkan amat sesuai untuk yang ingin berniaga untuk menjual roti ini.
“Kalau korang nak buat tuk berniaga sesuai sangat mak rasa sbb? Sebab bun ni jimat kos. Mak ajar sekali buat sos homemade die yang sedap tu eh. Tu secret resepi mak sebenar nye. Tak apa la dengan korang tak yah secret2 la hahaha,” ujarnya.
Cara Buat :
1.Masak gula dan air atas api sampai perang
2.Masukkan uht cream dalam gula perang perlahan2. Masak hingga pekat. Masukkan butter dan white chocolate. Kacau sebati.
Done bebeh. Memang sangat-sangat sedap sos ni cukup manis lemak dia semua
Diduga memiliki anak istimewa bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Lebih-lebih lagi bukan seorang sebaliknya empat orang sekali gus. Namun, hati ibu ini cukup besar dan cekal orangnya.
Semalam ibu ini memuat naik satu perkongsian mengenai anak-anaknya bersempena bulan kesedaran autisme. Ikuti luahan hati ibu bernama Haslinah Abdul Hassan yang juga didiagnos ADHDer dewasa. Sungguh hebat ujian yang terpaksa dilalui ibu tabah ini. Selain itu, suaminya juga Asperger Dewasa.
Ketika ditemu bual penulis, akui Haslina anak-anaknya bukan jenis tantrum. Tapi tak boleh duduk diam dan suka explore.
“Biasanya kalau bawa mereka keluar, saya akan pastikan Izzat diberi ritalin, iaitu sebiji sehari mengikut saranan doktor untuk mengawal tingkah laku. Irfan pula di dalam stroller, Putri dipegang oleh saya manakala Yusuf didukung.
“Jika singgah makan biasanya saya pilih mcdonald tapi ambil masa sekejap sahaja. Lepas makan akan terus gerak dan bawa anak-anak jalan-jalan,” jelas Haslinah lagi yang lebih mesra membahasakan dirinya Has.
Bulan April bulan kesedaran Autisme …
Ke tiga2 anak Has mengalami Autisme+adhd , baby yusuf juga suspek Autisme .
Alkisahnya…
Masa izzat dilahirkan .. ia seperti baby lain yang normal ,sempurna tak banyak ragam ,sihat dan comel… saya dan suami berkecimpung dalam kerjaya perhotelan , masa kami habis di tempat kerja berbanding izzat .. izzat membesar di rumah pengasuh yang bertukar silih ganti kerana izzat kanak2 yang hyperactive masa tu dan saya sedar izzat mempunyai tingkahlaku mencabar sebab tu sentiasa bertukar2 pengasuh.. bila umur izzat 6 tahun saya terfikir yang izzat wajib ke sekolah dan seperti ibu2 yang lain saya daftarkan izzat di tabika perpaduan . Sehari je sempat merasa tabika , cikgu call saya meminta untuk bawa izzat balik dan tak dapat terima izzat kerana tak terkawal tingkah laku izzat.
Sebagai seorang ibu ia satu tamparan hebat dan sebenarnya sukar nak terima kerana saya tak nampak kecacatan izzat secara luaran taoi saya tahu izzat memang mencabar . Saya nekad hantar izzat ke sabah dengan harapan dia di terima sekolah di kg sendiri .. tapi sangkaan saya meleset .. 3 bulan je izzat bertahan di tadika kemas , kebetulan saya mengandungkan anak ketiga dan memang bercadang untuk balik sabah melahirkan di sana. Bulan 5 2014 saya balik sabah dan berjumpa dengan cikgu izzat .. cikgu tersebut memberitahu saya bahawa izzat anak istimewa dan perlukan sekolah yang special untuk kanak2 istimewa yang cikgu2 yang mrmahami mereka.. cikgu tersebut bagitahu anak nya juga nama izzat yang juga mengalami Autisma . Dia yang sarankan saya berjumpa dr pakar kanak2.
Saya dengan perut yang sarat masa tu menunggu hari bergegas refer izzat ke pakar kanak2 di hospital sandakan.. masa jumpa dr pakar kanak2 tu saya cerita tingkahlaku izzat yang mencabar dari A-Z. Izzat dapat appoitment seminggu sekali , 4 kali pegi appoitmen izzat confirm diagnosis ASD AUTISM SPECTRUM DISORDER. Dr tu bagi saya borang jkm yang dah lengkap di isi untuk buat kad OKU nya … masa buat tu memang langsung tak rasa apa2 pun .. selepas 3minggu kad oku izzat siap .. masa ni Allah swt je tahu sedih sangat2 bila tahu izzat oku ??? sebab masa tu bila sebut oku sangat sensetif.. tapi saya tak biarkan diri bersedih lama2 sebab saya perlu kuat masa tu untuk baby yang dah lahir dan izzat yang perlukan sokongan… sepanjang izzat tak sekolah 2014 tu , saya ajar izzat homeschooling yang saya rasa penting untuk persediaan izzat ke sekolah tahun 1 2015 ..
Di rumah saya ajar izzat makan sendiri guna tangan ,sudu garpu, minum ,butang baju ,basuh lepas popo dan pepe ,guna stokin ,doa makan ,adab bersalam dengan orang lain… tapi saya terlupa untuk ajar modifikasi tingkahlaku kerana saya tak tahu pun tentang Autism .. Alhamdulillah lepas anak ketiga lahir 2minggu kemudian kami balik Kuala Lumpur.. saya tak berlengah2 , saya google tentang sekolah hyperactive kerana saya masih tak tahu tentang dunia Autism .. saya tak baca pun borang diagnosis izzat masa tu . Sebab dalam hati nak melahirkan baby dan bslik kl ?? . Alhamdulillah Allah swt permudahkan urusan saya , saya dapat info dari google tentang sekolah ppki yang berdekatan rumah dan apa yang ppd nak .. saya siapkan 3 salinan fothokopi salinan dokumen2 dan terus bawa ke PPD jalan Duta. Bulan 11 2014 izzat dapat surat tawaran diterima masuk ke ppki dan kena datang orientasi untuk semua sekolah bawah zon bangsar , kat sk tasik permaisuri … di sinilah mata hati saya terbuka bila terpandang ada ramai sebenarnya kanak2 istimewa seperti izzat dan ibubapa yang senasib sekasut.
Paling tak boleh lupa sehingga bila2 pun darang pn Maz Ismail perkenalkan diri dan tanya tentang izzat dan bagitahu tentang anaknya yang juga sebaya izzat masa tu 6tahun … dan pn maz juga lah perkenalkan has pada page AUTISME MALAYSIA kat fb.. satu2 nya group support yang buat has positive, redha dan kuat sehingga hari ini ???? dan has start join event pertama AM pada 9hb5 2015 di UM pj . Terima kasih buat En. Zamri Tembol dan Pn. Nora Yusof kerana menubuhkan page group support ni … dan saya juga telah mendaftar sebagai Ahli PersatuanAutismeMuslimMalaysia ( PAMM ) , tak rugi sangat2 jadi ahli Pamm banyak aktiviti setiap tahun yang dapat has pergi dengan anak2 Autisme+Adhd has .
Ok masa izzat masuk sekolah di ppki ,izzat sangat teruja kerana ramai kawan dan kawasan yang luas .. izzat semakin hyper dan tak duduk diam , dia berlari ,berpusing2 ,turun naik tangga sambil tersenyum2 dan bercakap sendiri ikut bahasanya , kerana masa ni izzat melalui fasa echolalia iaitu bercakap satu hala je .. bila kita tanya dia akan ulang perkataan dan sebutan itu .. masuk bulan 2 GPK guru penolong khas ppki berjumpa saya meminta izzat dikurangkan waktu sekolah iaitu dari 5 hari isnin-jumaat ke 2hari je iaitu selasa dan khamis dan mencadangkan izzat ke PDK pemulihan dalam komuniti under JKM .. saya sebagai ibu memang sangat sedih dan masih trauma yang izzat pernah di rejek di tabika 2kali dan saya risau jika ia berulang semula .. jadi saya terima keputusan GPK tersebut dan meminta saya menulis surat untuk menghantar izzat 3hari ke pdk. Alhamdulillah urusan ke pdk dipermudahkan maka bermula lah perjalanan izzat ke ppki 2hari dan pdk 3hari .. ppki pula cuma dapat 2jam je sehari iaitu dari 7.30pagi-9.30pagi lepas rehat saya kena ambil izzat ..izzat yang gembira dengan suasana rehat mula2 tantrum juga nak bawa dia balik, lama kelamahan bila dah dah jadi routine izzat dah faham dan akur ..
Sebagai ibu saya juga ingin yang terbaik untuk izzat .. saya berjumpa semula GPK untuk meminta semua cikgu2 di ppki yang mengajar izzat subjek2 tertentu untuk menulis tentang tingkahlaku izzat di dalam kelas atau ketika seisi diluar kelas … masa dapat surat2 dari cikgu2 semua subjek agak sedih juga bila membaca tapi saya kuatkan semangat untuk baca dan bawa surat2 tu ke pakar kanak2 semula dan izzat dapat appoitmen dengan dr Aminah kat HKL dan bermula lah izzat ada terapi OT dan ST kat hkl sebulan sekali dan jumpa dr Aminah 3bulan sekali dan izzat dibekalkan dengan ubat RITALIN yang membantu untuk mengawal emosi dan tingkahlalu izzat di sekolah dan public .. sebab saya akan bagi bila nak kesekolah atau jalan2 je .. sehingga hari ini izzat dah 11tahun masih ambil ritalin sehari sebiji.
Izzat ada adik putri dan irfan yang ketika itu dalam pemantauan saya kerana trauma dengan perjalanan izzat saya nekad memantau ketad2 dan naluri saya sebagai seorang ibu benar belaka .. semasa umur putri 1tahun 6bulan saya buat MCHART kat KKIA dan banyak ciri2 Autism dan banyak fail kat mchart tu ..Doktor kkia refer ke pakar kanak2 di paedetrik HKL .. putri di refer ke speechtherapy ST dan occupunatiol therapy OT sebulan sekali …selepas setahun genap umur putri 3tahun . Putri confirm diagnosis ASD dan Dr Ranjini yang diagnosis putri refer putri ke PERMATA KURNIA.
Maka bermula lah kehidupan mempunyai 2 anak Autisma putri tak tunggu lama selepas 7 bulan menunggu putri diterima belajar di pk dan hanya bayar yuran PIBI. Yuran bulanan dapat pelepasan free kerana syarat nya family yang income 3k ke bawah free dan ada lebih dari seorang anak Autisme ..syukur alhamdulillah Aamiin terima kasih sangat2 buat DR Hasnah Toran pengarah permata kurnia seorang ibu yang juga SUPERMOM kerana juga mempunyai 2 anak Autisme ??? yang menjaya dan mengadakan pusat permata kurnia yang juga memperjuangkan hak2 anak2 Autisme ini …
Sejak masuk permata kurnia putri banyak improve masuk bulan 3 2016 dan keluar pk bulan 12 2017 dari mode B intervensi ke Mode A prasekolah dan putri juga layak ke PPI program penuh Inklusif di aliran perdana seawal pra sekolah 6tahun pada 2018 … sekolah yang sama dengan izzat dan ini sekolah ke dua izzat … yang pertama izzat berhenti selepas 2 tahun masih sama 2 hari dan 2 jam je di ppki dan kebetulan nak cari sekolah ppki yang ada prasekolah dan prappki untuk adik2 izzat .. Alhamdulillah Allah swt sebaik perancang kehidupan has dan anak2 , tak habis kisah putri has di uji lagi pada tahun 2016 juga irfan anak ke tiga has juga menampak kan ciri2 hyperactivity dan Autisma.
Dan ketika ini umur irfan nak masuk 2 tahun , saya refer irfan sewal 1 tahun 6 bulan buat mchart dan fail banyak Dr kkia terus refer pakar kanak2 paedetrik HKL macam kakak putri nya … dapat terapi cara kerja dan terapi pertuturan ot dan st sebulan sekali …selepas 4 bulan genap umur irfan 2tahun , irfan confirm diagnosis Autisma dan seperti kakak putri juga saya dah takde istilah sedih atau airmata kerana saya redha dengan aturan Allah swt atas kurniaan 3 anak istimewa …
Masa ni lah saya terfikir adakah saya ada Autism juga sebab 50% seakan2 ada ciri2 anak2 saya tanya Dr ranjini, Dr cindy dan Dr Aminah pakar kanak2 anak-anak Has …. mereka sebulat suara mengatakan tidak kerana saya masih bertenaga dan boleh handle ketiga anak2 sorang2 dan masa ni lah baru tahu yang suami has sebenarnya ada asperger cuma belum betul2 diagnosis , kerana dia pun dengan dunia nya .. dan saya lebih suka handle anak2 tanpa nya , kerana kami selalu bercanggah pendapat dan dia seperti anaknya jenis tak suka menunggu .. jadi saya biarkan dia buat apa yang dia minat agar emosinya juga stabil dan saya redha dengan aturan perjalanan ini .
Ingatkan saya cuma ada 3 anak autisme dan bercadang untuk tidak melahirkan anak lagi dengan ambil suntikan perancang kekuarga .. tapi kuasa Allah swt saya mengandung lagi anak ke 4 dan selamat melahirkan baby yusuf pada 5hb7 2018 .. syukur alhamdulillah Aamiin dapat baby lelaki ??? saya memang lebih bersedia kerana ilmu tentang dunia anak2 dah ada .Lagipun baby yusuf suspek Autisme secara fizikali bila saya bagi gambar tangan ,kaki dan telinga baby yusuf kat Dr Aminah dan Dr Aminah refer gambar tu kepada Dr Ahmad di HKL.. dunia Autisme dan dunia Adhd .. Bercerita tentang ADHD saya juga memang mengalami sejak lahir.
Tapi saya sedar bila anak2 semua di diagnosis Autisme+adhd, saya nampak ciri adhd tu sejak saya kecil sehingga sekarang ni ??? tenaga yang sentiasa berlebihan … agaknya sebab tu saya sentiasa berfikiran positif kerana saya dah set dan otak saya tak sempat nak proses perkara2 sedih atau berlaku ..tetapi sebalik terus proses maklumat baru dan masa akan datang jadi otak sentiasa aktif bekerja??? saya mengalami stress melampau dan menjadi sedih melampau …risau dengan anak2 saya refer ke psikiatri dewasa kat HKL pada bulan 10 2018 , tapi Dr psikiatri dewasa tu cakap saya seorang ibu yang kuat dan takde pun ciri2 depression dan tak perlukan ubat .. tapi ciri2 ADHD sangat ketara dan atas persetujuan saya dan perbincangan di antara dr Ahmad dan Dr anak2 Has maka saya confirm diagnosis Adhder dewasa …
Masih jauh lagi perjalanan hidup kami dan banyak lagi Has kena belajar tentang dunia Autisme dan ADHD serta Asperger dewasa … kerana anak2 Has akan menginjak dewasa kelak … dan di situ lah cabaran lagi hebat seperti ibubapa hebat2 di page Autisme Malaysia yang mempunyai anak2 Autisme dewasa …
Harapan saya buat ibubapa di luar sana janganlah sedih atau malu bila tahu anak mengalami autisme dan lain2 yang ada masalah pembalajaran …mereka Anugerah terindah dari Allah swt .. Terima mereka dan bagi sokongan penuh … siapa lagi kalau bukan ibu bapa sendiri yang memahami luar dan dalam anak2 kita …. tak salah bersedih tapi jangan lama2 .
Jangan pandang ke belakang tapi teruslah melangkah kehadapan gapai tangan2 anak2 istimewa ini ..kerana mereka boleh lebih improve bila ada sokongan dari keluarga ,cikgu2 dan masyarakat di luar sana .. ingatlah mereka Amanah Allah swt dan mereka bakal memimpin tangan2 kita bersama mereka melangkah ke syurga Allah swt Aamiin …
Terima kasih buat cikgu2 ppki izzat ,putri dan irfan kerana menerima dan memahami mereka seadanya .
Tidak lama lagi kita bakal menyambut bulan Ramadan. Sudah tentu pelbagai persiapan dilakukan untuk memastikan bulan yang mulia ini dirai dengan sempurna.
Jika ibu ayah sudah tentu akan membeli stok bahan mentah, bagi golongan remaja yang tinggal di asrama ada cara tersendiri.
Menarik dengan perkongsian TikTok pengguna, lanzo___ mengisi stok makanan kering di dalam almari pakaian di asramannya.
Menerusi kapsyen ringkas, dia mengatakan ia merupakan stok makanana untuk moreh iaitu selepas solat terawih.
Ramai warganet kagum cara pelajar berkenaan. Malah cara mengantung teh di penyangkut baju turut menjadi sebutan.
Video berdurasi 12 saat ini telah meraih tonton sehingga 2.2 juta dengan tanda like 237.5K ini boleh juga dijadikan panduan buat ibu bapa yang mempunyai anak di asrama untuk menyediakan stok makanan moreh Ramadan.
Keluarga akan mengadakan program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang. Jom daftar ramai-ramai, kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada chef terkenal, Chef Amer. Hanya RM 20, dan anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan banyak lagi hadiah menarik ditawarkan untuk peserta. Jadi usah tunggu lagi, jika anda berminat, daftar di link ini https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/ Anda juga boleh whatsapp admin di 016-9647520 untuk info lanjut.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila usia kian meningkat dan memasuki fasa menopaus mampu membuatkan wanita berasa diri tidak lagi sempurna. Ini kerana fasa ini wanita akan mengalami kemerosotan kesihatan apatah lagi kewanitaan.
Adalah penting bagi seorang wanita untuk mengenali gejala-gejala pra menopaus yang mungkin tidak disedari selama ini.
Pra menopaus adalah suatu fasa dalam kehidupan seorang wanita yang berlaku beberapa tahun sebelum wanita itu mengalami menopaus yang sebenar.
Keadaan ini berlaku apabila kelenjar ovari mula kurang berfungsi dengan tidak mengeluarkan hormon estrogen secukupnya. Namun ketika ini ovum, benih wanita masih lagi dikeluarkan, tetapi tidak sebagaimana ketika berumur 20-an.
Pra menopaus boleh bermula apabila seorang wanita mencapai umur 40an, namun ada kalanya ia bermula seawal 30-an.
Fasa ini berlangsung selama 4 tahun secara purata, namun ada wanita yang mengalaminya untuk beberapa bulan dan ada juga yang mengalaminya selama 10 tahun.
Selalunya doktor akan membuat diagnosis wanita telah mengalami pra menopaus secara klinikal sahaja iaitu berdasarkan simptom-simptom yang dialami.
Namun cara terbaik ialah dengan membuat pemeriksaan darah untuk melihat kepekatan hormon didalam darah.Oleh kerana dalam fasa Perimenopause ini, kepekatan hormon mungkin berubah-ubah, maka ada baiknya lakukan beberapa siri pengambilan darah sebagai perbandingan.
Seseorang dikatakan telah memasuki fasa Menopause apabila dia sudah tidak mengalami kedatangan darah haid selama SETAHUN.
Tanda-tanda Memasuki Fasa Pra Menopaus:
1. Kitaran haid tidak teratur
2. Sakit pada payudara
3. Rasa kurang bernafsu untuk bersama suami
4. Rasa panas badan
5. Rasa kekeringan pada faraj dan menyebabkan rasa sakit ketika bersama suami
6. Perubahan mood yang tidak menentu
7. Masalah sukar tidur
8. Adakalanya mengalami masalah membuang air kencing seperti terkencing ketika batuk atau bersin atau ketawa dan tidak dalam menahan kencing.
Kebanyakan wanita yang mengalami pra menopaus akan mengambil pil penambah hormon. Namun begitu, jika tidak mengalami apa-apa masalah atau gejala yang teruk, tidak perlu mengambil pil hormon ini.
Antara cara lain yang boleh dilakukan untuk mengurangkan gejala pra menopaus ini:
Melakukan senaman ringan.
Tidur yang cukup dengan bangun dan tidur pada waktu yang tetap.
Mengawal berat badan’
Mengambil multivitamin dan pil kalsium (jika tidak boleh minum susu) setiap hari.
Minum air secukupnya.
Namun demikian, kepastian hanya dapat dibuat dengan pemeriksaan darah untuk menguji kepekatan hormon. Dapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor jika mengalami tanda-tanda ini.
Sumber: Blog Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.