Rumah seorang pempengaruh gadjet terbakar dijilat api selepas ‘powerbank’ lama miliknya meletup dan menyambar kain langsir di bilik tidur utama di rumahnya.
Menerusi akaun Tik Toknya, pempengaruh yang juga pemilik Tiktok Amad Zahry mendakwa ‘power bank’ yang meletup itu sudah lama dan tidak lagi digunakan.
Tambah cemas bila letupan itu menyambar kain langsir di bilik tidur utama mereka.
“Power bank masa meletup tu kami tak pakai pun. Meletup tepi isteri. Nak kata gelembung, tak pun.
“Kejadian berlaku terlalu pantas, Amad memberitahu beliau tidak sempat membasahkan kain bagi menghentikan penyebaran api namun berpeluang mengambil telefon bimbit sebelum menyelamatkan diri ke jalan utama hadapan rumah,” ujarnya berkongsi.
Ads
Tambahnya lagi kesemuanya berlaku dengan begitu pantas malah proses memadamkan api menjadi sukar. Dia juga hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya sebelum pihak bomba datang menyelamatkan keadaan.
Ads
“Tidak sempat basahkan kain untuk padam, asap hitam dah penuh dalam bilik. Sempat selamatkan telefon untuk telefon bomba. Bomba cepat sampai, alhamdulillah tak ada kecederaan.
Kejadian yang berlaku pada sekitar jam 1.30 pagi itu telah menyebabkan kerugian mencecah RM20,000.
Kejadian yang berlaku di kejiranan Cheng, Melaka itu bagaimanapun tidak menjejaskan perumahan lain dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Membuka tirai bagi pengisian program untuk tahun 2023, Bintang Kecil Canteen Day 23 telah melakar sejarahnya yang tersendiri apabila berjaya membawa keunikan dalam membentuk jati diri anak-anak dalam bidang keusahawanan.
Program yang julung-julung kalinya diadakan, berlangsung dengan penuh meriah di Plaza Shah Alam (PSA). Apa yang lebih membanggakan program ini berjaya mengumpulkan lebih 500 kanak-kanak menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dirancang.
Program yang buat pertama kali ini diadakan juga adalah satu usaha sama di antara Kelab Kucing Malaysia dan Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 menepati objektif utama iaitu mendidik kanak-kanak untuk lebih mengenali dunia perniagaan secara lebih dekat lagi.
“Bintang Kecil merupakan jenama terbitan Kumpulan Media Karangkraf yang dikeluarkan secara bercetak dua kali sebulan dan satu ketika dulu pernah mendapat tempat di hati anak-anak perempuan khususnya.
“Dahulu menggunakan tagline untuk kita-kita aja telah melahirkan bakat cilik yang hingga kini masih popular antaranya Shila Amzah, Elfira Loy, Sweet Qismina, Mia Sara, Eyka Farhana, Shaza Bae, Amelia Henderson dan ramai lagi.
“Boleh dikatakan Bintang Kecil pernah menjadi satu fenomena buat anak-anak gadis dan kini tampil dengan nafas baru untuk lebih dekat dengan kanak-kanak hari ini bersesuaian dengan arus teknologi semasa, salah satunya adalah aktiviti pada hari ini iaitu BK Canteen Day menurut Puan Wan Erni, Editor Pengurusan Grup Family & Parenting.
BK Canteen Day Sebagai Titik Permulaan
BK Canteen Day bukan sekadar tempat untuk kanak-kanak belajar berniaga malah menjadi satu titik permulaan untuk lebih berani ke hadapan dan menonjolkan bakat sebenar dalam diri mereka.
BK Canteen Day ini juga melibatkan mentor-mentor usahawan hebat dalam dunia perniagaan makanan seperti KUEH, Mios Kitchen, Souqa Pasta, Icely, Jom Juice dan Obcakession yang telah menjadi pembimbing utama kepada pelajar terpilih dari Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2. Kesemua mereka diberikan tugasan khas di setiap gerai jualan dan siapa sangka dengan semangat seorang usahawan, setiap produk yang dipasarkan laris terjual.
Himpunan Saya Juara
Bintang Kecil Canteen Day 2023 yang berlangsung selama sehari ini turut menganjurkan pelbagai aktiviti menarik antaranya ialah “Himpunan Saya Juara”, di mana seramai 200 kanak-kanak telah menyertai perarakan seni bela diri yang terdiri daripada seni silat, taekwondo dan karate. Kanak-kanak ini juga akan mempersembahkan bakat mereka di pentas utama di samping kemunculan istimewa Pesilat Negara Al Jufferi Jamari bagi menyuntik lagi semangat para peserta.
Tidak dengan itu, pada hari tersebut juga menyaksikan majlis perasmian Kelab Keusahawanan Sekolah Kebangsaan Kemuning 2 diadakan dengan penuh bermakna. Ini selari dengan impian para pendidik untuk melihat pelajarnya berjaya di dalam pelajaran mereka juga mahu berikan suntikan baru dalam diri anak-anak murid mereka, maka tertubuhlah Kelab Keushawanan ini yang memberi peluang kepada pelajar Sekolah Bukit Kemuning 2 untuk mendekati secara lebih dekat dunia keusahawanan sebenar dengan bimbingan guru pengiring Cikgu Zuraidi dan Guru Besar SK Bukit Kemuning 2 itu sendiri.
Selain itu, terdapat juga aktiviti mewarna yang melibatkan hampir 200 kanak-kanak. Bertemakan haiwan kesayangan, para peserta akan berpakaian mengikut haiwan kegemaran mereka bagi memberikan sedikit kelainan di samping bagi meraikan lagi kerjasama di antara Kelab Kucing Malaysia dan Bintang Kecil. Acara ini sentiasa mendapat perhatian ibu bapa kerana bakat seni anak-anak dapat diserlahkan melalui pertandingan seperti ini.
Penutup Bintang Kecil Canteen Day 2023 kali ini meriah kerana hasil jualan kupon akan turut didermakan kepada Kelab Kucing Malaysia bagi membantu kucing-kucing terbiar dan memberikan mereka perlindungan. Diharapkan dengan kerjasama ini dapat membuka mata umum khususnya kanak-kanak akan kebaikan berniaga di usia muda juga kelebihan memberi kepada yang memerlukan.
Bintang kecil akan terus komited dalam memaparkan pelbagai kandungan menarik dan informasi untuk kanak-kanak di Youtube Channel. Di samping itu, akan banyak lagi aktiviti menarik yang akan dilakukan setiap bulan bersama kanak-kanak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semenjak dua menjak ini, banyak kes kematian akibat strok haba dilaporkan. Paling menyedihkan, kebanyakan dari mereka adalah golongan kanak-kanak sehinggakan baru-baru ini kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memberikan cuti sekolah jika suhu mencecah 37 darjah sehingga tiga hari berturut-turut.
Perkara ini amat membimbangkan lebh-lebih lagi yang mempunyai anak kecil kerana berdepan dengan cabaran kerenah anak yang hyperaktif dan tidak suka minum air. Ianya membawa maut akibat dari Dehidrasi
Bagi yang berkemampuan, pasti anda bingung memikirkn bagaimanakh cara untuk mengurangkan bahang ini agar sesuatu yang tidak diingini terjadi.
Namun perkongsian dari seorang wanita bernama Sapiah Mamat di laman Facebook ini pasti akan melegakan hati anda. Beberapa tip diberikan amatlah berguna dan kosnya amat murah.
Antara tip yang diberikan adalah :
1. Aluminium foil
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Sapiah Mamat berkongsi kaedah untuk menyejukkan rumah dengan menggunakan aluminium foil.
Menurutnya, kaedah itu jauh lebih jimat memandangkan aluminium foil boleh dibeli secara dalam talian dan lebih murah berbanding kos pemasangan aircond.
“Tip sejukkan rumah tanpa pasang aircond. Tak sia-sia beli aluminium bubble foil dekat Shopee. Segulung tu 40 meter tak sampai RM300 pun tapi boleh buat rumah jadi nyaman tak berbahang.
“Kawasan Kak Piah ni dekat laut, rumah pula jenis teres himpit-himpit, jadi tak ada banyak angin boleh masuk dalam rumah sebab tingkap tak banyak. Seawal 9 pagi dah rasa bahang. Kalau malam, tidur pasang dua kipas masih berpeluh.
“Tapi selepas pasang aluminium foil ni penuh satu rumah, tidur malam terasa gigil walaupun tak pasang aircond. Aluminium foil ni paling sesuai diletakkan dekat dalam siling,” ujarnya.
Selain dipasang dalam siling rumah, aluminium foil juga boleh dilekatkan pada bahagian bawah atap yang mana ia berfungsi untuk memantulkan haba, sekali gus menjadikan rumah lebih nyaman.
2. Exhaust fan
Antara kaedah lain, anda boleh membeli exhaust fan pada harga kurang RM50 untuk menjadikan suhu dalam rumah lebih terkawal.
Exhaust fan biasanya dipasang pada dapur untuk menyedut haba dan menghilangkan bau.
Fungsi sebenarnya bukanlah untuk menyejukkan, namun pemasangan exhaust fan mampu menyedut keluar haba panas dari kediaman anda.
“Tidaklah sejuk macam aircond, tapi sangat membantu untuk kurangkan haba panas dalam rumah. Rumah kami pasang tiga biji dan guna kipas siling saja,” tulis seorang pengguna.
3. Ais
Alternatif ini sememangnya menjimatkan wang, namun ia tidak bertahan lama dan memerlukan kerajinan untuk melakukannya.
Caranya, halakan kipas ke arah ketulan ais yang diletakkan di dalam bekas bagi mendapatkan rasa sejuk seperti aircond.
Satu petua mudah, taburkan garam ke atas ketulan ais bagi menjadikannya kekal beku dengan lebih lama.
Semoga artikel ini membantu anda dalam menghadapi cuaca panas yang sedang melanda negara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hari ini, masuk hari ke empat sesi persekolahan bagi tahun 2023 berlangsung. Dalam minggu ini, ibu bapa dan guru masih lagi sibuk menguruskan yuran pendaftaran serta buku anak-anak.
Murid-murid pun masih lagi dalam sesi menyesuaikan diri dengan waktu dan suasana persekolahan. Masih ada lagi yang meragam dan seronok bertemu rakan-rakan baru.
Namun di sebalik hilai tawa dan senyuman manis terukir di wajah anak-anak itu, ada pengorbanan yang cukup besar dilakukan oleh ibu bapa demi melihat masa depan anak mereka cerah. Mereka terpaksa berhempas pulas mencari wang untuk membayar yuran persekolahan, sekolah agama serta keperluan-keperluan lain.
Begitulah usaha yang dilakukan seorang lelaki bernama Basri bagi memenuhi keperluan anaknya untuk bersekolah di sebuah sekolah agama.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh Jafni Elias, Basri yang mencari rezeki sebagai pengutip sampah berkongsi kisahnya.
Menurut Basri, pekerjaan dengan gaji pokok RM1500 itu dilakukan sejak dua tahun lalu demi mencari sumber pendapatan halal untuk keluarga.
“Fasal anak nak sekolah, saya tak memilih kerja janji halal.
“Yuran saja RM500, (kalau) tak kerja, kasihanlah dekat anak-anak,” ujarnya.
Di sebalik senyuman yang tidak putus-putus ketika menjawab pelbagai soalan, Basri kelihatan sebak ketika bercerita tentang yuran pengajian anaknya.
Baginya, dia memilih untuk menghantar anak ke sekolah dengan yuran yang agak tinggi atas alasan supaya anaknya itu mendapat pendidikan lebih baik dan berjaya suatu hari nanti.
“Saya tak pandai, nak bagi anak saya pandai sikit,” katanya.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Basri, dia terpaksa berulang-alik dari rumahnya yang terletak di Bukit Sebelah ke pekan Baling, Kedah untuk bekerja.
Tambahnya, setiap hari dia akan menaiki motosikal dengan jarak anggaran sejauh 20 kilometer ke tempat kerjanya.
Ujar Basri, isterinya tidak bekerja tetapi mengambil tanggungjawab urusan mengambil dan menghantar anak mereka ke sekolah.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih mendengar luahan Basri.
“Sebak tengok abang ni. Semoga abang sihat. Niat abang bagus.
“Kepada anak abang ni, kalau tengok video ni hargailah pengorbanan ayahmu.
Untuk rekod, hantaran tersebut meraih hampir dua juta jumlah tontonan di TikTok.
“Sekolah agama yurannya mahal sebab persendirian. Tapi sebab kami nak yang terbaik untuk anak, kami sanggup. Sedikit lagi nak terkandas tapi ustaz baik tak bagi berhenti,” komen netizen di TikTok.
Dunia seni tanah air hari ini diselubungi rasa duka apabila kehilangan seorang figura hebat dalam industri perfileman tanah air, Datuk Seri Maria Menado, yang...