Mewarisi rumah pusaka dan tetap terjaga rapi dengan struktur asal rumah tersebut, kadang-kala sukar untuk dilaksanakan oleh generasi baru. Kalau boleh, mudah sahaja ingin dirobohkan dan bina semula. Tetapi berbeza dengan keluarga yang tinggal di Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak ini. Mereka anak beranak terus berusaha mengekalkan ciri-ciri asas binaan rumah pusaka yang kini telah pun berusia lebih 100 tahun.

Ikuti perkongsian menarik ini, semoga turut dapat menjentik rasa di hati kita untuk  lebih menghargai warisan orang tua-tua buat kita generasi hari ini. Jom semak.

Alhamdulillah tahun ke tiga berada di rumah pusaka moyang ku .. Maaf rumah saya bukan banglo ..jauh sekali bertengkat tengkat dan mewah ..tetapi syukur bila diberi kepercayaan untuk jaga rumah nih

Tapi itulah saya ni memang giler pink dan juga HELLO KITTY … so rumah dulu yang begitu usang saya cuba perbaiki sedikit demi sedikit dan inilah hasil nya yang termampu saya buat ..tetapi masih lagi terus berangan nak naik taraf sedikit demi sedikit.

Bila giler PINK so semua pun pink ..sampai kuih raya dan air juga pink ..pakaian jangan cakaplah kan ..nasib anak-anak dan menantu sampai ke cucu pun sporting habis mengikut kerenah ibunya nak pink

Mengulas lanjut perkongsian Puan Hamidah Abdul Rahim, 48, tentang rumah yang didiaminya ini menurutnya punya nilai yang tiada harganya. Ikuti perkongsian penuh bersama KELUARGA.

“Di rumah itulah saya dilahirkan, nilai yang paling isimewa tentang rumah ini adalah MEMORI . Di rumah inilah menjadi saksi setiap kenangan saya bersama arwah mak dan juga arwah ayah.”

“Atas sebab ini juga menjadi sebab utama saya nekad untuk kekalkan struktur rumah pusaka ini. Pun begitu dekorasi dalamannya mengikut citarasa saya,” ujarnya ringkas.

 

Rumah Pusaka

Sambil menambah lagi, “Sebenarnya selepas arwah mak saya meninggal ..mak serahkan rumah ini kepada saya, tetapi masa tuh ayah saya masih ada lagi dan ayah pula bernikah lain. Jadi ayah tinggal di rumah ini sehinggalah ayah meninggal dunia pada 3 tahun yang lalu.

“Selepas ayah saya meninggal, saya ambil alih sepenuhnya untuk menjaga rumah ini dan sepanjang tempoh itu, sudah 3 kali saya lakukan renovation. Sedikit demi sedikit mengikut kemampuan saya sekeluarga.”

Sepakat Adik Beradik

“Menyentuh tentang rumah pusaka, sejujurnya kami adik beradik semuanya ok..sebab setiap seorang ayah saya beri sebiji rumah ..dan saya dapat rumah pusaka nenek yang sudah berusia lebih dari 150 tahun.

 

“Alhamdulillah suami dan anak-anak faham akan hobi ibunya … dia orangg semua menyokong sahaja .. saya suruh cat dia orang cat ..saya suruh tampal sticker dia orang tolong… hahaha. Kebetulan pula menantu saya dan saya share hobi yang sama suka sangat dengan hello kitty,” cerita Puan Hamidah panjang lebar.

sumber : DeejayMida Pinky

Tinggalkan Komen