Bila kita melihat seseorang yang telah berusia namun kekal sihat dan bertenaga, pasti terlintas juga difikiran kita apa rahsia yang diamalkan olehnya. Jika boleh, ingin juga untuk kita dapat amalkan agar di masa tua nannti kita juga kekal sihat sepertinya.

Berkongsi rahsia tersebut, pelakon veteran, Zaidi Omar, 64, mendedahkan dia tidak mengamalkan pemakanan yang berunsurkan gula malah, sentiasa minum air kosong untuk kekal bertenaga demi meneruskan gaya hidup yang sihat.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, dia mengakui tidak mengambil pemakanan yang manis sejak daripada dahulu lagi dan mengamalkan senaman di gimnasium pada setiap hari untuk menjaga kesihatannya.

Di rumah Tiada Gula

“Rumah Saya Tak Ada Gula…”- Rupanya Ni Rahsia Pelakon Veteran Ni Kekal Sihat & Bertenaga!

“Di rumah saya tidak ada gula. Kalau pergi ke mana-mana majlis, saya tidak akan mengambil minuman manis, sebaliknya hanya minum air kosong,” katanya.

Bukan itu sahaja, pelakon kelahiran Johor itu turut memaklumkan untuk mengelakkan berat badan naik secara mendadak, dia  hanya makan nasi separuh pinggan sahaja.

IKLAN

Malah, Zaidi akan tidur seawal jam 10 malam untuk mendapatkan rehat yang secukupnya dan jarang untuk keluar daripada rumah untuk lepak bersama rakan-rakannya.

“Rumah Saya Tak Ada Gula…”- Rupanya Ni Rahsia Pelakon Veteran Ni Kekal Sihat & Bertenaga!

Tidur Awal

Malah, Zaidi akan tidur seawal jam 10 malam untuk mendapatkan rehat yang secukupnya dan jarang untuk keluar daripada rumah untuk lepak bersama rakan-rakannya.

“Saya juga jaga pemakanan. Tidak pernah tambah nasi dan hanya mengamalkan pengambilan separuh. Itupun, kadang-kadang tidak habis.

IKLAN

“Kalau tidak ada penggambaran drama, saya akan tidur awal. Pukul 10 malam sudah atas katil. Saya jarang keluar jumpa kawan jika sudah lewat malam,” jelasnya lagi.

Sumber : Utusan Malaysia

ARTIKEL MENARIK : Adunan Tak Naik? Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Pada Yis!

Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!

IKLAN

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Rumah Saya Tak Ada Gula…”- Rupanya Ni Rahsia Pelakon Veteran Ni Kekal Sihat & Bertenaga!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI