Sakit batu karang tidak boleh dibuat main. Hanya yang pernah mengalaminya tahu betapa deritanya apabila penyakit ini menyerang.
Saudara Azrol Saad berkongsi petua dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi. Tiga bahan tersebut adalah Lobak putih, madu dan juga gula batu. Semua bahan digunakan bebas dari bahan kimia.
Jom kita baca mana tahu mungkin petua Jus Lobak Putih ini sesuai untuk anda yang bermasalah batu karang. Tak salah untuk kita ikhtiar kan.
JOM PAKAT KONGSI PETUA
Batu Karang….Syukur Ya Allah….Hasil lebih kurang sejam selepas minum lobak putih…..Ya ALLAH jauh kan lah aku dari segala penyakit….saya kongsikan sedikit petua dengan menggunakan jus lobak putih.
Ads
Bahan-bahan
-Sebatang Lobak putih -3 Biji Gula Batu -2 Sudu Madu -sedikit air
Ads
Cara membuat: -Bersihkan lobak putih..buang kulit nipis..sekiranya besar boleh di bahagi dua.jika kecil cukup la sebatang.. -Masuk kan dalam pengisar..Campur kan 3 biji Gula batu dan dua Sudu Madu lebah..tambah sedikit air masak untuk sekurangnya mendapat satu cawan jus lobak -Kisar sehingga semua hancur..Selepas kisar tapis untuk asingkan hampas lobak.. -siap dan boleh terus di minum..di sarankan standby air masak secawan selepas minum jus lobak.
Kisah petugas hospital yang terpaksa menjahit sendiri peralatan perlindungan diri (PPE) selain ada yang menggunakan plastik serta beg sampah sebagai perlindungan diri menyebabkan ramai yang bersimpati dan membantu dalam mengatasi masalah tersebut.
Justeru, ramai yang tampil menghulurkan bantuan. Sebuah gerakan dilancarkan oleh sekumpulan anak yatim dan asnaf di Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP), Kajang, Selangor bagi memanfaatkan masa lapang susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan pada 17 Mac lalu.
Inisiatif berkenaan menumpukan kepada pembuatan PPE seperti pelindung muka (visor), topeng muka (mask), coverall, gaun bedah, tudung kepala dan lain-lain untuk memenuhi permintaan yang amat tinggi oleh barisan hadapan negara yang sedang mendepani COVID-19.
Kira-kira 120 warga RPWP menyumbangkan tenaga dan masa mereka dengan sasaran menghasilkan sehingga 3,000 unit pelindung muka sehari.
“Projek ini bermula dengan panggilan seorang doktor perubatan dari sebuah NGO yang terlibat membantu tugas barisan hadapan pada jam 1 pagi. Bekalan PPE sudah amat meruncing.
“Para doktor sudah sampai ke tahap menggunakan plastik sampah dan apron pakai buang tukang masak untuk melindungi diri. Ramai juga barisan hadapan yang telah dijangkiti,” ujar Pengasas Bersama RPWP, Saiful Nang, dalam satu kenyataan.
Disebabkan permintaan yang sangat tinggi dan mendesak rentetan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di seluruh dunia, maka proses pengimportan barangan memakan masa yang lama.
“Malam itu juga gerakan ini dilancarkan dan alhamdulillah 2,000 unit yang diminta dapat disiapkan dalam masa dua hari namun habis diedarkan kepada barisan hadapan tidak sampai satu hari,” ujarnya.
Difahamkan, jumlah pengeluaran PPE telah melonjak kepada 3,000 unit sehari. Penghasilan dilakukan sepenuhnya di rumah kebajikan asnaf dan anak yatim RPWP di Sungai Ramal Baru tanpa melanggar PKP yang telah ditetapkan.
Proses pembuatan secara Do-It-Yourself (DIY) tidak semestinya secara sambil lewa sebaliknya ia menuruti kaedah pembuatan yang diperakui sebagai amalan pengeluaran yang baik (good manufacturing practice – GMP). Sehubungan itu, kebersihan dan pengawalan kualiti produk turut diutamakan.
Malah, bahan-bahan yang digunakan adalah dua kali ganda lebih tebal dan kukuh berbanding di pasaran yang ditempah khas dari kilang.
“Anak-anak RPWP sangat gembira dengan aktiviti begini. Di samping dapat mengisi masa lapang di rumah ini, kerja tangan mereka turut berperanan sebagai barisan sokongan kepada wira-wira negara di barisan hadapan.
“Lebih-lebih lagi, projek ini dapat memberikan pendedahan pendidikan dan pengalaman kepada mereka dalam bidang pembuatan dan pengilangan,” tambah Saiful.
Projek Pelangi PPE ini menyasarkan sejumlah minimum 100,000 unit. Kini mereka telahpun berjaya menghasilkan sebanyak 15,000 unit. Sumbangan dari orang awam mampu menggandakan lagi keluaran bagi mencukupkan keperluan bagi petugas kesihatan kita yang semakin mendesak.
Untuk rekod, Projek Pelangi yang dijalankan warga RPWP bermula pada tahun 2015, sewaktu inisiatif menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.
Untuk menyumbang boleh terus ke laman sesawang www.projekpelangi.com dan menyokong crowd funding Bantuan PPE (COVID-19) ataupun berhubung terus di talian 016-360 5047.
Tentunya sebagai ibu ayah yang mempunyai anak lelaki mempunyai pengalaman yang tersendiri membawa anak-anak berkhatan. Apa yang pasti debarnya bukan sahaja dirasai oleh anak-anak kita malah kita sebagai orang tuanya juga turut merasai debaran tersebut.
Begitu juga buat penyanyi Tomok, akui pengalaman pertama membawa kedua-dua anak lelakinya iaitu Arrian Shah Akid, 10 dan Andra Shah Akid,7 berkhatan menjadi detik yang bermakna.
Berkongsi di Instagram miliknya Tomok tidak dapat menemani anaknya ketika proses bersunat kerana sedikit gementar.
“Ayah pulak yang risau ni..insyaallah,semoga di permudahkan buat arrian dan andra untuk bersunat hari ni..amin”
Memetik perkongsian di Gempak difahamkan Tomok tidak menemani anak-anaknya berkhatan dan hanya isterinya sahaja yang menemani anak di dalam bilik doktor.
“Saya cuma menenangkan mereka sebelum masuk bilik doktor. Saya tak masuk tengok lah, bukan apa saya agak fobia sedikit. Jadi isteri lah yang menemankan mereka masuk bilik doktor.
Bercerita lanjut berkenaan keaadan anak-anaknya yang selamat berkhatan, Tomok memberitahu mereka semakin pulih.
“Mereka okey pada mulanya dan banyak bertanya. Sudah tentu mereka ada rasa takut dan menagis juga masa hari ertana. Sekarang ereka semain pulih lah.
“Sekarang ni di rumah, isteri saya yang jaga sepanjang dlan tepoh berehat dan beropantang. Mereka pun menikmati tempuh ini dengan bermain video games yang saya belikan.”
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Tular video seorang pelajar pengsan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Encore Klebang pagi semalam (30 sept 2021). Ekoran penyebaran video itu menimbulkan kebimbangan dikalangan ibu bapa.
Pelbagai reaksi daripada netizen khabar mengejut itu. Bagaimana keadaan kembali reda setelah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Rusdi Abd Rahmad memberi penjelasan mengenai hal berkenaan.
Menurut beliau hasil siasatan mendapati selepas kejadian, mendapati murid lelaki berusia 12 tahun itu juga tidak berselera makan dan hadir secara ‘walk in’ bersama keluarganya ke PPV terbabit.
Murid sekolah rendah disahkan tidur lewat iaitu pada jam 2 pagi dan hanya makan sesudu nasi lemak.
Katanya, ketika proses vaksinasi murid itu agak gementar tetapi tiada sebarang kesan sampingan yang dilihat sejurus selepas vaksinasi atau sepanjang tempoh pemerhatian.
“Murid ini juga tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, malah tidak pernah dimasukkan ke hospital atau mempunyai sejarah alahan sebelum ini.
“Selepas dibawa masuk semula ke PPV dan pegawai perubatan melakukan pemeriksaan mendapati, keadaan murid ini stabil dengan tekanan darah, nadi dan paras oksigen dalam darahnya adalah normal.”
Pastikan anak mendapat rehat yang cukup sebelum ke PPV
Selepas pemerhatian tempoh 30 minit oleh petugas perubatan, murid berkenaan menunjukkan keadaan stabil, sebelum dia dibenarkan pulang.
Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa panggilan telefon susulan kepada keluarga juga dibuat dan mendapati murid itu sihat. Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan memantau tahap kesihatan murid berkenaan dari semasa ke semasa.
Beliau juga menasihati supaya ibu bapa dan penjaga yang akan membawa anak untuk vaksinasi dinasihatkan supaya memastikan anak mereka mendapat rehat yang secukupnya dan makan sebelum hadir ke PPV.
Guideline sebelum ke Pusat Pemberian Vaksin
Dalam pada itu, ibu bapa boleh ikuti panduan ini sebagai persiapan sebelum membawa anak ke PPV.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.