Rumput Viral Ni Bukan Jer Bantu Kucing Yang Tak Lalu Makan & Sakit Parvo, Malah Selesema Atau Demam Juga Boleh Hilang!

Share

Sekali tengok orang akan cakp ia tumbuhan liar, tetapi banyak manfaatnya pada haiwan terutama kucing. Bagi anda yang membela kucing dan menghadapi masalah kesihatan seperti demam, tak lalu makan dan sebagainya, boleh cuba kaedah yang dikongsikan oleh Boby Cat Shop.

Nak tahu caranya jom baca ni:


Rumput ini pernah viral dulu. Sekarang viral semula.

Nama rumput ni, RUMPUT PENDUL.

Kalau ada kucing yang sakit Parvo, Selsema atau demam, boleh berikan air rebusan rumput ni pada kucing tersebut. Kucing yg hilang selera makan atau tanak makan langsung pun boleh diberikan air rebusan rumput ni.

Rumput ni tumbuh meliar di kawasan lapang yang tanahnya agak lembab. Ia tidak akan tumbuh dicelah pohon besar. Ia suka tempat terang dengan cahaya matahari.

CARA-CARA BUAT AIR REBUSAN:

1️⃣ Cabut rumput ini bersama akarnya.

2️⃣ Bersihkan tanah dari akar dan daun.

3️⃣ Patahkan sikit-sikit masukkan daun, batang dan akar kedalam bekas dan rebus dengan api yang sederhana hingga agak mendidih. Jangan guna api besar, khasiatnya akan hilang.

4️⃣ Bila kandungan air sudah jadi separuh, matikan api dan sejukkan pada suhu bilik.

5️⃣ Bila sudah sejuk, bagi 10mil hingga 20mil pada kucing yang sakit pagi dan malam.

✔️ Selebihnya boleh disimpan di dalam peti sejuk. Tapi janganlah lebih dua minggu. Hilang khasiatnya. Kena cari rumput baru dan buat.

Sumber: Boby Cat Shop

IKLAN