
Parut dan kesan jerawat pada muka sememangnya buat kita rasa rendah diri, lebih-lebih lagi bila ada yang sentiasa memerhatikan muka kita ketika bercakap. Rungsing dibuatnya bila mana kesemua produk yang kita cuba tak nampak hasilnya.
Sebenarnya tak hanya gunakan produk, mencuba petua cara tradisional adalah langkah bijak bagi menghilangkan parut di wajah. Tapi kenalah rajin dan usahakan setiap hari untuk hilangkan parut ini. Boleh cuba tiga langkah ini.
1. Hilangkan Parut Lama
Bahan:
Kulit Kayu Manis
Caranya:
Kikis kulit kayu manis yang kering dengan menggunakan pisau atau sagat bahan tersebut di atas permukaan batu kasar (tepi lesung batu / batu giling). Kemudian sapukan ke atas parut sehingga bahan tersebut meresap ke dalam kulit. Sapukan di waktu malam sebelum tidur dan bersihkannya di waktu pagi. Lakukannya setiap malam sehingga parut hilang.
2. Hilangkan Parut Baru
Bahan:
Kulit rambai
Kulit pisang
Kulit limau mandarin
Caranya:
Gosokkan bahagian dalam kulit ke atas parut anda. Boleh cuba salah satu kulit-kulit ini dan buat setiap hari hingga parut makin reda.
3. Guna Lemon
Bahan:
Lemon
Soda Bikarbonat
Caranya:
Potong lemon nipis dan bancuh bersama soda bikarbonat. Sapukan pada parut di muka. Sifat lemon yang bertindak sebagai peluntur semulajadi mampu mengurangkan kesan parut ini.
Luk Mek Diminum Suam Sedap, Sejuk Pun Best. Lagi Syok Bila Amal Boleh Nampak Muda 10 Tahun Dari Usia!

Kalau hendak diharapkan kecantikan semulajadi sahaja tanpa ada usaha untuk mengekalkan keremajaan kulit, bimbang juga wajah kita akan terlihat cepat dimamah usia. Tentu orang perempuan seperti kita tidak mahu terlihat tua sebelum waktunya.
Jadi apa kata kita amalkan petua minum air rebusan Luk Mek yang menjadi makanan tradisi di negara Korea, Jepun dan China.
Dikatakan juga, andai diamalkan seseorang itu akan terlihat lebih muda 10 tahun berbanding usia sebenar. Wow! Mendengarnya boleh membuatkan sesiapa pun teruja.
Jadi usah tunggu lagi, mulakan hari ini untuk amalkan minuman berkhasiat ini. Dan cara penyediaannya itu telah dikongsikan oleh Deyana Hatazad. Jom semak.
Rahsia cantik 10 tahun lebih muda dari usia… hakak DH suka minum suam dan kadang-kadang sejuk pun best.
Luk Mek ini makanan tradisi Korea, Jepun dan China… ada lagi bahan-bahan lain tapi hakak DH pilih bahan-bahan yang sesuai dengan orang Islam boleh makan.
Bahan-bahannya :
Kurma merah
Cendawan tremella ( kulat putih )
Barli
Longan kering
Kismis hitam
Stevia
Cara-caranya :
1) Rebuskan barli dan cendawan sampai lembut
2) Masukkan kurma merah dan longan kering tak perlu lama sangat… agak-agak je nanti kurma merah tu jadi tawar
3) Masukkan stevia sikit untuk rasa manis
4) Masa hidangkan baru letak kismis hitam
5) Boleh diminum suam atau sejuk
Sangat sedap
Kebaikannya :
* Menyejukkan badan
* Mengurangkan kedut
* Anti penuaan
* Meningkatkan kelembapan kulit
* Menangani jaundis pada bayi ( ibu mengandung boleh minum)
* Anti stress, anti bakteria dan anti oksida
* Banyak lagi
sumber : Deyana Hatazad via MAHN
Anak Baru 12 Hari, Sheikh Muszaphar Dah Latih meniarap Cara Tummy Time. Bagus Rupanya Cara Ni!

Melihat pasangan ini menguruskan dan mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri nyata memberi motivasi kepada ibu bapa lain. Tidak hairanlah setiap kali mengemas kini status terbaru di media sosial, ada sahaja pertanyaan dan permintaan daripada orang ramai yang ingin mereka berkongsi ilmu keibubapaan.
Tidak sekadar itu sahaja, pasangan ideal Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina juga tidak menggunakan bantuan pembantu rumah dalam menguruskan anak-anak. Sebaliknya mereka lebih selesa melakukan sendiri sejak dahulu lagi.
Terbaru, Sheikh Muszapahr mempraktikkan kaedah Tummy Time kepada anak kembarnya. Menurutnya, ada banyak kebaikan jika bayi diajar melakukan Tummy Time sebaik dilahirkan. Aktiviti ini boleh menguatkan bahagian belakang dan juga leher bayi.
Tambahnya, Eusoff sudah mula melakukan Tummy Time sebaik sahaja tali pusat ditanggalkan dan melakukannya 3 kali sehari, setiap satu minit setiap hari.
Jelasnya, dia juga melihat hasil yang luar biasa pada anak-anaknya yang terdahulu dengan melakukan perkara yang sama dan mengharapkan dapat memberikan kesan positif kepada Eusoff dan Emilia.Memang hebat!
Video – Eusoff Tummytime Day 12
Senada dan sehati dalam segala hal, namun Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sedikit ‘dominan’ terutama dalam mendidik anak-anak. Tegasnya, anak-anak perlu didedahkan dengan segala kemahiran sejak kecil lagi bagi memudahkan pada masa akan datang.
“Alahmdulillah, syukur kerana ini rezeki yang Tuhan berikan pada kami. Saya dan isteri memang suka anak ramai. Saya suka mendidik anak-anak ikut cara saya yang dipraktikkan hasil pembelajaran melalui ajaran ibu bapa saya dan juga sebelah Halina. Saya suka tonjolkan anak-anak dengan unsur kasih sayang selain ‘push’ mereka sehingga ke tahap maksima kerana kita tidak tahu potensi mereka yang boleh pergi.
“Saya mahu didik mereka dalam semua bidang termasuklah bab agama, akhlak, mengaji, belajar berenang, tekwando dan pelbagai lagi. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, demikian juga kami. Dalam hal ini, saya mengharapkan anak-anak akan jadi lebih baik daripada kami kelak. Awalnya isteri saya agak takut dan kesian kerana anak-anak masih kecil.
“Tetapi sebenarnya mereka suka jika apa yang kita suruh buat itu benda yang menyeronokkan buat mereka. Penerimaan Bella dan Tasha baik dan saya tidak suka mereka membazir masa begitu sahaja kerana pada saya setipa minit itu adalah pelajaran.
“Ini cara saya dan kepada mereka yang tidak setuju tidak apa. Kerana proses parenting ini seperti satu eksperimen. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Mungkin kita sudah berikan yang terbaik tetapi hasilnya berbeza. Namun yang pasti saya sudah melakukan yang terbaik dan jika ada yang mahu mencontohi cara saya, maka boleh ikut.
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Feb 2018 & drsheikhmuszaphar
Jangan Terus Pakai Baju Yang Baru Di Beli. Mata Nampak Bersih Tapi Sebenarnya Tak. Lelaki Ni Kongsikan Sebabnya!

Mungkin ada antara kita yang biasa buat begini, lepas beli baju atau seluar terus pakai. Dengan alasan baru dan tiada sebarang kotoran. Tapi sebenarnya cara ini salah. Mungkin nampak bersih tetapi sebaiknya cuci terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari. Lagipun kita tak tahu bagaimana proses pembuatan pakaian itu.
Mohd Fhais berkongsi tentang isu ini di facebooknya baru-baru ini.
Jangan Terus Pakai Baju Yang Baru Di Beli
Saya selalu nasihat kat orang benda ni, bah kan pelanggan #byrara sendiri pun saya akan nasihat benda yang sama. Cuci dulu sebelum pakai.
Ini pengalaman saya sendiri semasa melawat kilang buat baju di bangladesh tahun lepas.
Nampak tak longgokan kain yang saya buat anak panah tu?
Itu la kain kain yang kuantitinya lebih dari 1000kg dan sudah berbulan bulan duduk kat situ. Tersadai kat situ tanpa ada perlindungan atau di tutup rapi.
Saya jadi tertanya tanya bila lihat kain kain ni terdedah begitu je. Kat sini bebas seranga ke? (tanya dalam hati)
Tak puas hati jadi saya tanya pada owner kilang.
“Di sini tak ada tikus atau lipas ke?”
Terkejut saya bila owner kilang ni jawab tikus dan lipas ada banyak.
Saya pun tanya lagi,
“Habis ni kain semua kalau kena berak atau kencing dengan tikus macam mana?”
Owner tu jawab senang je, diorang akan gunting dan buang. Selebihnya guna buat baju.
Aduh, sejak dari itu setiap kali beli baju baru saya akan basuh dulu sebelum pakai. Tak kira la baju jenama besar ke, jenama kecil ke saya pasti basuh dulu.
Kita bukan tahu sepanjang proses nak hasilkan baju tu ntah apa apa benda atau seranga dah lalu melintas pada kain tu. Banyak benda dah melekat kat kain tu. Kita bukan nampak pun.
Basuh je la dulu senang. Tak rugi apa pun, hilang bau kedai je!
Sampaikan pada orang lain juga ye, masih ramai yang sambil lewa pasal benda ni.
Mohd Fhais
Mata nampak bersih tak semestinya bersih