Biasanya kita membeli rumah untuk didiami bersama anak beranak dan merasakan cukuplah membeli satu sahaja yang selesa. Tentunya juga bila sudah memiliki kediaman tesebut, kita seakan tidak mahu lagi memikirkan untuk menambah satu lagi rumah dengan beranggapan tidak mahu menambah beban dan hutang.

Sedangkan jika ada satu lagi rumah, banyak manfaat dan kebaikan yang boleh anda nikmati.

Photo by Alexander Andrews on Unsplash

Ini seperti mana menurut Ky Tee iaitu seorang Perundingan Kewangan yang sering berkongsi info di media sosia, dia sangat-sangat  menyarankan dan sering menasihatkan kawan-kawan dan klientnya untuk membeli sekurang-kurangnya 2 buah rumah.

Kenapa perlu dua ye?

Untuk mengetahui detail, jom baca perkongsian penuh daripadanya di bawah ini.

Beli Sekurang-kurang 2 Buah Rumah

Saya selalu nasihatkan kawan dan klient saya, sekurang kurang perlu beli 2 buah rumah.

📌Sebuah rumah untuk duduk sendiri
📌Sebuah rumah untuk sewa

Senario 1
Kalau hadapi masalah kewangan atau masalah commitment tinggi. Boleh buat refinance rumah sewa dapatkan cash out

Cash out boleh bayar hutang hutang jahat,kurangkan commitment. Walaupun selepas refinance hutang rumah akan bertambah. Tapi ada penyewa bayar installment setiap bulan.

Senario 2
Rumah market value naik, boleh refinance rumah sewa dapatkan cash out , Cash out boleh bayar habis hutang rumah tinggal sendiri. Commitment untuk rumah sendiri dah habis.

Photo by Hutomo Abrianto on Unsplash

Senario 3
Rumah market value naik selepas 10 tahun, rumah sewa boleh buat refinance dapatkan cash out, cash out boleh guna untuk buat renovation rumah tinggal sendiri, atau boleh bantu rumah ibu bapa buat renovation.

Senario 4
Kalau perlukan modal untuk berniaga nanti, contoh RM80,000. Ramai orang akan dapatkan pinjaman personal loan. Kalau anda ada rumah sewa, boleh refinance rumah ini untuk dapatkan modal berniaga.

Kalau ambil personal loan RM80,000 installment sekurang kurang RM900 sebulan. Buat refinance rumah RM80,000 installment RM350. Installment tiap tiap bulan ada penyewa bayarkan.

Photo by Maria Ziegler on Unsplash

Kalau mampu belilah beberapa biji rumah untuk melabur, 5 tahun kemudian market value naik, nak jual atau refinance pun boleh. Cash dapat boleh pilih nak settle hutang, buat renovation rumah atau buat berniaga. Atau simpan dalam pocket

Sumber : Ky Tee

 

IKLAN

ARTIKEL MENARIK:Strategi Simpan RM52K Dalam 5 Tahun, Buat Macam Wanita Ni Kongsikan, Yakin Boleh!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands! Bahkan  anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk merasai sendiri pengalaman di sana.

Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

IKLAN

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club