Zaman sekarang ini semakin banyak penipuan yang terjadi di bengkel kereta. Situasi ini menyebabkan ada kerugian akibat tidak mempunyai ilmu berkaitan dengan bengkel kereta.
Nak tak nak meman kena ke bengkel untuk mengenal pasti kerosakan kenderaan. Namun kebanyakkan yang mudah kena tipu adalah kaum hawa.
Kerosakan yang kecil sahaja tetapi akhirnya bertukar jadi besar sehingga terpaksa membayar kos yang tinggi.
Bagaimana nak mengelak semua ni terjadi? Menerusi muat naik TikTok oleh Muadz Mustafha berkongsi cara-cara untuk mengelak ditipu ketika di bengkel.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Menjadi ibu bapa pada zaman sekarang cukup mencabar. Melawan cakap, degil, balas belajar dan paling mencabar adalah ketagih gadget. Sementelah ibu bapa pula sibuk bekerja dan sering kesuntukan masa, kerja bertimbun.
Namun, jangan jadikan ia sebagai satu punca anda mengabaikan tanggung jawab pada anak-anak. Didik mereka dengan nilai-nilai murni dan sematkan di jiwa pegangan agama yang kuat supaya mereka tidak mudah terjerumus ke lembah hitam.
Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, justeru nak didik anak dengan nilai agama kena didik sedari kecil lagi.
Jom baca perkongsian ibu bernama Syahirah Omar. Moga bermanfaat buat ibu bapa semua.
TIP MELATIH ANAK LELAKI CINTAKAN MASJID
” Mama, pakcik guard rumah kita tu harini jadi Imam. Pandai sangat dia mama ” Luqman excited bercerita.
“Luqman,
Dalam hidup ni, kerja apa pun kita, hebat mana pun kita, siapa pun kita, yang penting hubungan kita dengan Allah. Nanti dah besar, Luqman kena jadi Imam untuk keluarga Luqman tau. Sibuk macamana pun kerja, kena ajar anak isteri solat bersama.Bawa mereka ke Masjid tau.”
” baik mama,”
Aku mula bawa anak anak ke masjid pada usia Luqman 4 tahun. Sebelum tu agak sukar untuk aku ke masjid dengan kondisi lana yang mencabar. Agak mencabar sebenarnya. Tetapi jika dirutinkan mereka akan terbiasa InsyaAllah. Aku nak kongsikan sedikit tip bagaimana nak biasakan bawa anak, terutamanya anak lelaki bila ayah mereka tiada atau pulang lewat ke rumah kerana tuntutan kerja.
Zaman sekarang sangat mencabar kan? Akhlak anak anak zaman sekarang sangat merisaukan.
Allah Allah Allah
Kalau ikut logik akal, solat sajalah di rumah,asalkan solat kan? Cuma aku mahukan anak aku ni sentiasa cintakan masjid. Nak tunggu jadi buluh untuk cintakan memang susah dah nanti. Nak taknak aku kena usahakan juga buat dia. Aku fokus pada dia dalam cerita ni kerana kalau mak mak ni ke masjid, hal anak perempuan senang, tetapi bila tak ada ayah, pening sikit lah nak uruskan anak lelaki di ruang muslimin kan?
#1 BIASAKAN ANAK KECIL WAKTU KURANG JEMAAH.
Aku mula bawa anak anak waktu dhuha.Alhamdulillah Rezeki aku bekerja sendiri jadi agak mudah aku melatih mereka. Bagi yang bekerja, boleh cuba pada hari minggu.
Sebelum ke masjid dan surau, social story dahulu pada mereka bagaimana adab di masjid. Ajarkan mereka cara berwudhu, biasakan mereka solat jemaah di rumah. Ceritakan kenapa best pergi masjid, ganjaran untuk orang solat di masjid .
Waktu dhuha tu, bawa mereka explore masjid, mana tempat wudhu, mana ruang solat, mana tandas. Ajarkan mereka untuk solat dhuha dulu. Waktu ni kurang jemaah. Jadi tak menganggu jemaah lain InsyaAllah.
Bila anak dah terbiasa InsyaAllah lebih mudah untuk ajak berjemaah di Masjid atau Surau.
#2 BAWA ANAK KE MASJID/SURAU YANG SESUAI
Carilah surau atau masjid yang sesuai. Tak terlalu besar, mudah untuk kita monitor anak. Jika ayah mereka belum balik dari office, kita masih mudah untuk bawa anak.
Boleh tengok video yang aku share ni ok?
#3 CARI ORANG YANG BOLEH TENGOKKAN ANAK.
Macam Luqman ni sebab ada atuk level 5 ni aku selalu minta tengokkan Luqman. Kadang tu ada abang Indonesia yang selalu ke masjid, jadi abang tu sentiasa akan pastikan Luqman baik baik saja. Sampai habis solat abang tu tengokkan dia. Baik kan? Subhanallah, Allah hantar orang baik baik jagakan dia.
Teringat mula mula dulu waktu aku baru nak bawa Luqman. Luqman sebenarnya dah biasa surau ni sebab Ayah selalu bawa tapi bila sendiri tu aku kena la minta tolong kejap brother kat situ tengokkan dia ?
” Baru balik sekolah yer? Darjah berapa ni,” soal uncle yang aku kira umurnya 60 an.
” Anak saya 9 tahun. Boleh tolong tengokkan dia tak pakcik. Saya ada kat ruang muslimat, ayah dia tak ada harini, “
” InsyaAllah ok dia ni,” dia menjawab sambil usap kepala anak aku?
Part paling sebak setiap kali lepas solat. Lepas Luqman salam, mereka nak sangat usap kepala dia sambil tepuk bahu. Orang arab banyak buat begitu pada dia.
So anak aku ni lagi la bersemangat bila orang cakap dia bagus kan. Sebab dapat pahala 27 kali ganda banding 1 kan?memang la seronok?
#4 PERGI SOLAT AWAL WAKTU
Cuba untuk pergi awal waktu. Supaya anak kita tak berebut dengan orang lain waktu nak berwudhu dan untuk elakkan anak dari panik.
Biar dia bertenang tenang sikiit ?
Aku selalu pesan pada dia untuk duduk hujung sekali di dalam saf. Tetapi Alhamdulillah Jemaah sini tak halau budak duduk belakang???
#5 BERI PUJIAN PADA ANAK
Setiap kali lepas solat kau peluklah dia. Cakap Alhamdulillah dia berjaya lagi ke surau. Kau cakap la kau bangga dengan dia. Aku selalu cakap pada Luqman,
“InsyaAllah mama tak ada nanti Luqman sentiasa akan doakan mama sebab Luqman anak soleh. Luqman suka pergi surau. Mama bangga dengan Luqman,”
#6 JANGAN BERALASAN.
Tak ada figure ayah di dalam keluarga, atau ayah balik lewat pada hari bekerja bukan alasan untuk kita tidak bawa ke masjid. Mak mak, kita tak payah la bawak hari hari. Mungkin 3 kali seminggu pun dah cukup baik. Jika rasa sukar, gilirlah solat. Macam aku, waktu luqman dan aku solat berjemaah, lana jaga Mayraa sekejap. Kemudian lana pula solat. Mohon pada Allah supaya sentiasa beri jalan bagaimana nak bawa anak ke masjid. Dapat 1 waktu pun jadilah. Aku pun bawa Maghrib saja. Nak tunggu sampai Isya’ tu jenuh juga?
Ada anak kecil memang mencabar. Tetapi InsyaAllah kita usahakanlah untuk bawa. Mungkin mula-mula anak anak yang dah boleh berdikari solat dulu, kemudian abang kakak jaga pula adik mereka. Cuma memang kena begilir solat. Jangan sampai menggangu jemaah lain pula sebab anak kecil ni umur tengah nak explore semua benda.
Ada haritu mayraa gi goyang bahu opah mana tak tau dok solat,
” opah opah nak order apa, anya nak masak,” sambil dia buat buat nak tulis order. Tak kusyuk aku oi???
Tapi bila bergilir ni ok sikit lah. Dieorang layan adik main kat belakang?
Aku doakan urusan kita semua dipermudahkan untuk mendidik anak anak kita. Anak-anak kita ni amanah dari Allah dan Ia sebahagian dari ujian Allah.
Firman Allah SWT : “Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar.” (QS. At-Taghabun, 64 : 15)
Sebagai ujian, kita bertanggungjawab pada amanah Allah ni.Orang yang malang ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat ?
Oklah, nanti aku kongsi lagi ya.
Salam sayang,
Syahirah Omar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkahwinan merupakan satu perjalanan yang indah jika kedua suami dan isteri saling berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi dalam rumah tangga yang dibina. Malah kelahiran anak-anak adalah cahayamata yang menyinari rumahtangga. Pastinya kita berdoa untuk kebahagiaan buat keluarga.
Wanita ini kongsi amalan doa untuk manfaat bersama.
Kita terlalu sayangkan pasangan dan anak-anak kita. Jadi apakah doa terbaik yang perlu di mohon kepada Tuhan setiap pagi untuk diri kita dan orang-orang kesayangan kita?
Ya Bari’, Ya waliy, Ya wakil,
Wahai Tuhan yang Maha Merancang, Mentadbir, Mengatur, Menyusun segala sesuatu di atas muka Bumi ini, aku serahkan segala urusan diriku, suamiku, anak-anakku (sebut nama) kepadaMU untuk ENGKAU atur, rancang, tadbir dan susun sebaik mungkin kerana ENGKAUlah sebaik-baik Pengatur.
Ya Allah, Jagalah diri kami, hati kami, iman kami, kesihatan kami, keselamatan kami, maruah kami, kerana ENGKAU lah sebaik-baik penjaga.
Ya Zal jalali waliqram. Wahai Tuhan yang memiliki Zat Kebesaran dan Kemuliaan.
Jauhilah kami daripada mara bahaya, kecelakaan, kemalangan, bencana dunia, perbuatan khianat maklukmu dan segala anasir jahat. Hanya kepadaMU lah kami berserah dan memohon pertolongan.
Ucaplah doa ini setiap pagi. Serahkan segala urusan kita kepada Tuhan kita. Kerana kehidupan kita, pasangan dan anak-anak kita bukanlah di bawah gengaman kita.
Walaupun mereka berada di pandangan mata kasar kita, mahupun tanpa pengawasan kita, hati kita InsyaAllah akan tenang kerana kita telah serahkan kepada sebaik-baik penjaga.
Itulah konsep pergantungan kita kepada Tuhan kita.
Kredit: Norzi Malek
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon terkenal, Saharul Ridzwan apabila membawa isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir untuk sama-sama beribadah di sana.
Namun begitu, menerusi Mstar, Saharul memaklumkan yang mereka cuma pergi berdua sahaja dan tidak membawa anak-anak.
Menurutnya, ia merupakan salah satu cara melatih diri berjauhan dengan anak-anak buat sementara waktu sebagai satu bentuk persediaan andai dia keluar berdakwah membawa isteri pada masa akan datang.
“Cabaran kali ini ialah kami terpaksa berjauhan dengan anak. Saya sentiasa ingatkan isteri inilah masanya untuk kita belajar tinggalkan anak sekejap supaya boleh mengikuti usaha menyebarkan dakwah selepas ini.”
“Pada awalnya isteri saya agak keberatan untuk pergi, maklumlah sebagai seorang ibu memang susah hendak tinggalkan anak untuk tempoh masa lama.”
“Apabila dia bersetuju, saya terus tempah slot tarikh untuk mengerjakan ibadah umrah,” katanya.
Saharul turut meluahkan rasa teruja dan tidak sabarnya untuk menziarahi makam Rasulullah S.A.W apabila ke Madinah nanti.
“Selama ini jika pergi menunaikan ibadah umrah, kita sering berharap dapat doakan sesuatu ketika di sana.”
“Kali ini saya bawa rasa cinta terhadap Rasulullah. “Selepas belajar dan mendalami tentang sirah perjuangan nabi, saya amat teruja untuk menziarahi makam baginda ketika di Madinah nanti,” ujarnya.
Pelakon Hati Perempuan ini dan isteri akan ke sana selama 10 hari dan mahu menumpukan sepenuhnya kepada ibadah yang sedang dilakukan.
Ditanya perihal kesibukannya sekarang, Saharul menjelaskan yang dia kini sedang sibuk menguruskan perniagaan restoran yang baru dibuka pada Mac lalu. Disamping itu, dia juga mahu melipatgandakan amal ibadah lebih-lebih lagi ketika bulan mulia ini.
“Rasanya untuk Ramadan tahun ini lebih tertumpu kepada aktiviti perniagaan selain meningkatkan lagi amal ibadah kita,” jelasnya.
Untuk rekod, Saharul telah melangsungkan pernikahan dengan isteri tersayang pada September 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 5, dan Fateema Azzahara, 2.