Ada yang kata jika berhenti kerja tidak lagi berpeluang untuk membuat pinjaman setelah tiada lagi slip gaji.
Hakikatnya tidak. Salah faham ini membuatkan ada yang tidak berani untuk membuat pinjaman. Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk tidak lagi ‘makan gaji’ tetapi mahu fokus kepada perniagaan ada caranya.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian saudara Mohd Zulkifli Shafie mengenai bagaimana membuat pinjaman lulus tanpa slip gaji. Beliau sinonim dengan penulisan berkaitan tentang kewangan dan emas.
Ikuti perkongsian beliau.
Alhamdulillah, saya baru dapat kelulusan bank untuk tambah lagi pemilikan hartanah yang boleh bagi “positive cashflow”. Ini hartanah pertama yang saya beli lepas tiada lagi slip gaji.
Sekarang saya baru dapat ‘baikpulih’ salah satu kesilapan yang saya buat semasa berhenti kerja iaitu tak ‘jaga’ Current Account (Akaun Semasa). Sedangkan Current Account adalah alat untuk buktikan kepada bank yang kita memang berduit.
Saya baru tersedar kesilapan ini lepas sebulan berhenti kerja. Masa itu baru saya terfikir, macam mana nak apply housing loan lagi? Slip gaji dah tak ada. Duit hasil bisnes pulak saya letak sana sini dalam banyak akaun. Susah untuk bank kenalpasti sejauh mana rancaknya bisnes saya.
Jadi lepas baca buku sana sini, dan tanya pengalaman kawan-kawan yang dah lama berniaga full-time, saya buat keputusan, semua urusniaga berkaitan dengan bisnes dan pendapatan utama saya, saya masukkan dalam satu Current Account khas hanya untuk bisnes. Semua duit keluar masuk berkaitan bisnes, bank boleh ‘match’ dengan Current Account tersebut.
Kena ada Current Account
Perkara ni walaupun nampak simple, tapi sepatutnya saya buat masa berniaga part-time lagi. Orang yang tiada slip gaji (berniaga sendiri sepenuh masa) tak mudah dapat loan macam orang makan gaji, apatah lagi jika dibandingkan dengan orang yang kerja kerajaan.
Sebesar manapun pendapatan kita dalam bisnes, bank tak dapat ‘cari bukti’ untuk luluskan pinjaman, melainkan kita buktikan dengan Current Account. Semua urusniaga duit masuk dan duit keluar, pastikan melalui akaun bank.
Tak kisahlah berniaga pisang goreng sekalipun, pastikan duit keluar masuk melalui akaun bank. Itu cara nak yakinkan bank yang kita memang berduit.
Ads
Jadi untuk pastikan bank yakin dengan Current Account kita , pastikan:
1. Setiap jualan yang kita buat, duit dibayar ke dalam akaun bisnes. 2. Setiap pembayaran, duit mesti keluar daripada akaun bisnes. 3. Setiap komisyen jualan (kalau jadi ejen mana-mana syarikat), pastikan syarikat bayar ke dalam akaun bisnes. 4. Minimumkan urusniaga yang melibatkan duit tunai. Kalau dapat bayaran dalam bentuk tunai, masukkan duit tu ke dalam akaun bisnes. Sama juga dengan pembayaran. Kalau buat bayaran, transfer duit dari akaun bank terus kepada pembekal. 5. Simpanan penyata Current Account yang at least untuk 6 bulan, paling balik 12 bulan. Kalau guna online banking, save jer statement tu dalam bentuk pdf.
Itulah tips ringkas urus Current Account dengan betul. Pokoknya, duit keluar masuk biar jelas, dan bank suka tengok duit keluar masuk yang aktif. Ia menandakan bisnes kita bergerak aktif.
Penyata cukai pendapatan
Selain daripada Current Account, dokumen yang sangat-sangat bank nak tengok ialah Penyata Cukai Pendapatan. Bahkan ada bank yang cuma perlukan Penyata Cukai Pendapatan untuk luluskan pinjaman. Jadi pastikan hantar borang dan bayar cukai kepada Lembaga Hasil bila cukup ‘nisab’. Bagi orang berniaga, deadline hantar borang dan buat pembayaran adalah pada 30 Jun setiap tahun.
Mesti ada semua ni
Jadi secara ringkas, ini senarai dokumen yang bank perlukan sebagai bukti kita memang berduit, walaupun tanpa slip gaji:
1. Current Account (at least 6 bulan) 2. Penyata Cukai Pendapatan (2 tahun) 3. Resit Zakat Pendapatan 4. Surat Perlantikan Sebagai Ejen (kalau jadi ejen syarikat) 5. Penyata Komisyen Ejen (12 bulan) 6. Rental Agreement (kalau ada rumah sewa) 7. Buku Akaun Simpanan (Tabung Haji, ASB dsb) 8. Borang Daftar Perniagaan SSM 9. Penyata KWSP (bagi yang pernah makan gaji)
Ads
Pastikan semua hasil peniagaan dan pendapatan, bank boleh match dengan Current Account. Kalau kita dibayar komisyen (sebagai ejen), pastikan penyata komisyen yang syarikat bagi tu dapat match dengan duit masuk dalam Current Account.
Kalau Akaun Tabung Haji atau ASB, pastikan dalam buku tu menunjukkan kita menyimpan secara konsisten (at least 6 bulan tanpa pengeluaran) untuk amaun ansuran pinjaman yang bakal kita bayar kepada bank. Ia menunjukkan kepada bank, kalau kita mampu menyimpan secara konsisten, maksudnya kita mampu bayar ansuran bank tanpa sebarang masalah.
Profil Kewangan Peribadi
Masa saya jumpa pegawai bank bulan lepas, saya tak pasti apa yang mereka perlukan. Jadi saya sediakan satu fail yang saya namakan “Profil Kewangan Peribadi”, dan saya bawa sekali masa jumpa dengan mana-mana bank.
Dalam tu semua dokumen berkaitan kedudukan kewangan (yang saya senaraikan tu), dah siap compile sekali. Saya susun elok-elok, dan siap buat summary dan separator lagi.
Jadi bila berbincang dengan pegawai bank, mereka boleh terus buat penilaian samada kita layak atau tak untuk dapatkan pinjaman. Dan lagi senang, pegawai bank boleh terus fotostat mana-mana dokumen yang mereka perlukan.
Syukur Alhamdulillah, 2 bank yang saya mohon, semuanya lulus! Saya pilih yang mana saya rasa terbaik. Memang dokumen-dokumen yang saya senaraikan itu dapat membantu untuk kembangkan lagi kekayaan dengan hutang (tanpa perlu menanggung hutang), InsyaAllah.
Keluarga: Rupanya ini caranya. Selepas ini bolehlah buat failing segala dokumen sepaya mudah nak digunakan bila perlu.
Hobi bercucuk tanam adalah antara hobi yang menjadi kegemaran ramai. Nampak senang hobi ini tapi ada yang tidak berjaya apabila tanam tidak hidup subur.
Pelbagai petua digunakan agar tanaman menjadi merimbun, berbuah lebat atau mengeluarkan bunga-bungaan yang cantik.
Kepada yang mencari petua mudah untuk menjadikan tanaman subur dan merimbun.
Ikuti petua superba ini! Hanya menggunakan campuran roti dan air hujan atau air beras. Baja yang mudah nak buat. Boleh cuba sendiri dirumah. Patutlah viral hingga 44K share!
Ikuti perkongsian ini.
Daun kesom yang gemok.
Gara-gara kebun keliling rumah menunjukkan perkembangan yang sihat dan positif, mak happy sangat. Maka mak rasa nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya.
KOS MURAH
Kak intan panggil resepi ini baja roti. Kalau ikutkan nama sebenarnya MOL (Mikroorganisma Lokal). Kos nya murah amat. Hanya perlukan air dan roti yang sungguh enak dimakan begitu saja haha.
MUDAH NAK BUAT
Cara nak buat pun mudah aje. Tak perlu guna tenaga beria. Dah jadi nanti, cuma siram dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, pucuk baru makin meriah, daun bukan main hijau, kemudian kalau yang tak pernah berbuah tu nampak dah mula keluarkan buah. Mari kita baca dan cuba buat hari ini juga.
RUJUK GAMBAR BERIKUT
Bahan-bahan: 1. Sekeping roti yang masih baik 2. Air sebanyak 1.5 liter * Air hujan atau air basuhan beras je tau. * Kalau nak guna air paip, sila dedahkan dahulu air kepada cahaya matahari seharian supaya dapat hilangkan/ kurangkan kandungan klorin. * Ramai yang tanya pasal air ni. Disebabkan sekarang kebanyakan kita dah ramai yang pakai penapis air di rumah, takde masalah pun nak guna air paip andai kita sedia maklum bahawa penapis air kita tu boleh menyingkirkan kandungan klorin. * So silalah gunakan air coway, air cuckoo dan yang sewaktu dengannya .Cara-caranya: Koyak-koyakkan roti dan masukkan dalam botol, kemudian masukkan air. Pastikan air yang digunakan bukan lah air yang berklorin ye. Sebaiknya guna air hujan atau air basuhan beras.Kak intan gunakan air hujan yang ditadah khas untuk siram pokok-pokok keliling rumah ni ha.Kemudian peram, letak ditempat gelap. Kak intan letak kat dalam kabinet dapur bawah sinki. Minimum peram 4 hari pun dah ok. Tapi paling efektif minimum peram selama 7 hari. Pastikan selepas setiap 3 hari pastikan penutup botol dibuka bagi mengeluarkan gas yang terhasil akibat proses peraman atau penapaian ni. Saintifik sikit bunyi nye kan 😅 Kalau lupa buka penutup botol tu bersedia lah untuk menghidu bau masam satu rumah sebab ia bisa meletop ngerti nggak 🤪 MOL ni seeloknya digunakan dalam tempoh 14 hari. Tapi ia juga boleh tahan sampai setahun kalau rajin bagi dia gula merah setiap 6 bulan sebagai sumber makanan utk mikrob yang terhasil. Kuantiti gula merah kita agak-agak saja okeh. Sebab kak intan pun belum sampai tahap bagi makan mikrob ni lagi. Nebes.Kak intan suka gunakan nisbah sendiri haha. Ku taruk roti 4 keping sebab nak sesuaikan dengan nisbah air yang ku anggap ada dalam 6 liter kot bekas penyiram ni. Nak ikut ikutlah 😂 Bila baja dah jadi ku tuang saja sebotol baja ini ke dalam bekas ni dan tambah aje air hujan sampai penuh bekas. Kemudian round aje keliling rumah siram pokok-pokok kesayangan sambil nyanyi lagu “Dimatamu”. Biar pokok pun terhiburHaaa tengok tu. Pokok bunga lily ni memang tak rajin berbunga. Lepas kena siram dengan baja roti ni berlumba-lumba batang bunga dia keluar 😍 Tapi sayang. Udah kena libas separuh dengan suamiku si tukang mesin rumputDaun kucai ni bagus. Mencontohi kekedingan tuan nya kahkah. Tapi subur okehSebelum ni pokok limau purut ni togel gara-gara ulat beluncas. Setelah si beluncas dibasmi dengan rasa bersalah, ku siram dengan baja roti seminggu 3 kali. Hasilnya nahhh daun baru bukan main meriah.Paling sedih pokok delima ni. Hidup segan mati tak mahu je asalnya. Sekarang kemain lagi dia. Sampai senget sebelah. Ko nak ke mana tu. Jiran sebelah tak balik minggu niPokok Delima. Tadaaa. Saksikanlah kehijauan nyaPaling best pokok belimbing buluh ni. Berbuah buat pertama kalinya selepas berapa kurun ku tanam. Buahnya semalam udah ku petik buat sambal tumbuk dengan ikan bilis. Perghhhh
Masalah nyamuk tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia boleh menjadi serius yang akhirnya mencetuskan penyakit buat kita sekeluarga. terutama sekali sekarang ini kes yang melibatkan demam denggi akibat dari nyamuk aedes.
Justeru, ibu bapa kena alert bab ini dan elakkan anak-anak terdedah pada nyamuk. Anda mungkin boleh menggunakan ‘Mosquito Lamp’ seperti perkongsian ringkas di Twitter @iqblsyrifuddin yang membelinya di Shoppe dengan harga RM10 sahaja. Serius berbaloi beli mosquito lamp ni kt shopee RM10 je Face with tears of joy takyah pasang ubat nyamuk ke ape lagi dah . Lepas ni tak perlu pasang ubat nyamuk lagi sebab semua nyamuk dan serangga akan mati dan jatuh ke jaring di bawah lampu! Mudah kan!
srs berbaloi beli mosquito lamp ni kt shopee RM10 je 😂 takyah pasang ubat nyamuk ke ape lagi dah . pic.twitter.com/cakOjTL5l8
“Pagi tadi anak pesan nak makan ayam madu macam kat pasar malam tu. Setakat ayam madu pasar malam tu aishhh mudah yakmat. Korang boleh bakar dalam oven, air fryer atau ala ala BBQ dengan resipi ni. Kakchik buat yang mudah saja, kita masak dalam kuali.”
Begitulah perkongsian seorang ibu ini di media sosial berkenaan keinginan anaknya untuk menikmati ayam madu.
Sudah menjadi lumrah kita sebagai mak-mak ni, pantang kalau anak teringin atau mengidam. Kita usahakan juga untuk sediakan agar mereka dapat menikmati hidangan dari air tangan kita sendiri. Baru puas hati!
Sekiranya keluarga anda juga merupakan penggemar ayam madu, apa kata anda sediakan resipi yang dikongsikan oleh Umie Watie ini. Selamat mencuba.
AYAM MADU PASAR MALAM
Bahan-bahan:
10 ketul drummet
2 sdb sos cili
2 sdb sos tomato
2 sdb sos tiram
2 sdb sos Lada hitam
2 sdb minyak
2 sdb madu
6 sdb kicap manis
Cara Buat :
Dalam bekas gaulkan semua bahan sampai sebati. Lepas tu boleh simpan dalam peti sejuk. Bila-bila nak makan dah senang.
Masak dalam kuali saja. Masak dengan api kecil. Tutup tudung kuali, sesekali kacau rata supaya ayam kita tak hangit.
Bila nampak sos dah memekat bolehlah matikan api.
Ekstra Tip
Kalau anda nak bakar di dalam oven atau air fryer pun boleh. Guna suhu 180 dan bakar selama 20 minit.
Tadaaa. Dah siap, esok dah boleh pacak khemah kat tepi jalan. Kita jual ayam madu. Selamat mencuba.