Memang seronok jika berpeluang menaiki kapal terbang. Maklumlah, kos untuk seorang pun boleh cecah ratus ringgit, kecuali jika ada promosi harga akan murah.

Namun bagi mereka yang sudah biasa menaiki pesawat ia perkara biasa, cuma yang jarang dan tidak pernah akan berkelakuan pelik ketika berada didalam kapal terbang.

Maklumlah peluang nak kapal terbang ni bukan selalu dapat. Sebagaimana perkongsian seorang juru terbang, Faliq Samsudin berkongsi kisah lucu apabila melihat pelbagai ragam penumpang.

Bukan untuk buat ‘sentap’ tetapi sekadar peringatan bersama disebabkan antara ragam yang ditonjolkan melibatkan tata cara dan tertib ketika dalam pesawat.

Jom kita tengok 8 peel penumpang ni.

Ada jugak orang macam ni ek??

“Ragam penumpang bila naik flight..”

Harini aku rasa macam rajin lak nak kongsi ragam² penumpang yang aku pernah jumpa sepanjang aku fly.. Macam² pe’el weyhh.Aku bahagi kepada beberapa kategori.. So.. Lets Jom…

1. Geng “Small Try”..
Geng ni akan cuba untuk complain apa sahaja yang dia nampak depan mata.. Lepas dah complain.. Dia akan try mintak upgrade.. Memang jenis “take advantage of the situation”.. Biasanya nak mintak upgrade ke Business Class atau First Class laa.. Complain seat ekonomi sempit laa.. Tak dapat window seat laa.. Kacang masin tak cukup masin laa.. Opps.. Yang kacang masin ni aku reka.. Apa² jer la.. Bukan tak boleh complain.. Tapi biarlah berpada.. Nasib dia tak complain kata Captain tak cukup hensem.. Kalau tak, aku suruh dia duduk kat atas sayap satgi.. Baru dia tau!.. Haa.. Nak upgrade sangat kan?? .. Gurau sajorrr..

2.Geng “Karen”..
“Karen” ni adalah gelaran kepada orang yang suka demand & rasa diri dia entitled.. Nak kenal diorang ni senang jer.. Kalau ada masalah sikit jer.. Diorang ni la akan first cakap.. “I want to speak to the Captain”.. Kalau kat darat pulak.. Dia akan cakap.. “I want to speak to your manager!”.. Dia rasa hanya pihak atasan jer yang layak cakap dengan dia.. Bajet dia special kot.. Kalau berdepan dengan geng ni.. Terus aku teringat iklan ~ “Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?”.. Selain tu.. Ada jugak kategori hybrid.. Ni lagi special.. Lepas dah jadi “Karen”.. Boleh pulak dia convert masuk geng “Small Try”.. Mintak upgrade.. Memang idokk lerr.. 

3. Geng “Do you know who I am??”..
Geng ni pantang ditegur.. Walaupun terang² dia yang salah.. Kalau tegur jer mula lah.. “I’m a lawyer”.. “I’m an engineer”.. “I’m a doctor”.. Semua keluar.. Ataupun antara yang paling fames kat Malaysia ni.. “I’m a Dato’ you know!”.. Geng ni biasanya dia rasa diri dia dah hebat sangat.. Kasta tinggi orang kata.. Bagi dia.. “Ko tu drebar kapal terbang jer tau tak??”.. Yea lahh.. Ko sorang jer lah yang hebat.. Ambiklah.. Nak sangat!..

4.Geng “Suka try stewardess”..
Geng ni biasanya perasan dia tu most eligible bachelor la.. Takpun most eligible husband.. Pantang nampak stewardess cun.. Dia akan try mengorat.. Terjadi few times dalam flight aku.. Ada tu sampai sanggup dia berdiri kat galley dari KK sampai ke KL sebab nak mengayat.. Dekat 2 jam berdiri tuu.. Stewardess tu nak buat kerja pun payah.. Sampai terpaksa mintak tolong aku.. Apa lagi.. Aku pun bajet hero la.. “Tinggg”.. Aku ON seat belt sign.. Pastu suruh semua orang duduk sebab bad weather.. Kacau daun kan aku ni?.. Haha.. Adan Uke..

5.Geng “Paparazzi”..
Geng ni semua benda dia nak ambik gambar.. Gambar kapal terbang.. Gambar kacang masin.. Gambar stewardess menguap.. etc.. Gambar aku taknak pulak dia ambik? .. Ok.. Ni aku nak habaq.. Tak salah nak ambik gambar kapal terbang untuk kenangan.. Tapi.. Kalau ikut PDPA.. Sebenarnya korang tak dibenarkan untuk ambik gambar orang lain tanpa kebenaran.. Apatah lagi bila orang tu dalam uniform tengah bertugas.. Salah di sisi undang² okeyhh!!..

6. Geng “Aku nak dulu”..
Geng ni semua benda dia nak dulu.. Time boarding dia sibuk nak naik dulu.. Time makan dia nak dulu.. Time disembark pun muka dia jugak la sibuk bangun nak keluar dulu.. Apa ntah yang nak dikejar. Padahal pintu pun tak bukak lagi.. Kapal pun tak betul² parking lagi.. Haa.. Yang ni ramai orang buat.. Berbuih mulut stewardess dok cakap.. “Sila berada di tempat duduk anda sehingga isyarat tali pinggang keledar dipadamkan”.. Perlukah diulang dalam Bahasa Urdu baru orang nak faham?..

7.Geng “Tapau ikat tepi”..
Geng ni punya logik semua yang di beri dalam kapal terbang tu adalah hak penumpang.. Selimut.. Bantal.. Headphone.. Semua nak ditapau nyer. Pernah sekali aku buat flight umrah ke Madinah.. Turun kat terminal tetiba nampak ada penumpang kitorang tadi tengah solat kat satu sudut.. Macam kenal jer selimut purple yang diguna sebagai sejadah tu.. Kecik besar kecik besar jer nengoknye.. Nasib dia tak tapau kerusi kapal terbang tu sekali.

Dan yang terakhir dalam list aku ni..

IKLAN

8.Geng “Penumpang kiriman Tuhan”..
Geng ni memang dambaan mana² crew yang bertugas la.. Suruh duduk, dia duduk.. Suruh makan, dia makan.. Tutup lampu suruh tidur, dia tidur.. Senang kata geng ni memudahkan kerja crew la.. Cakap pun sopan jer.. Hormat kat crew yang bertugas.. Angelic gitteww.. Mostly orang² Malaysia tergolong dalam geng ni la.. Syabas Mere Bete.. Keep it up okeyhh?.. Takyah rasa peer pressure nak ikut sangat geng² tak ketahuan macam kat atas tu

“Kita mudahkan urusan orang.. InsyaAllah.. Allah akan mudahkan urusan kita”..

So.. Dah tau belum korang tergolong dalam kategori mana?.. Jap.. Takyah cakap.. Aku tau.. Orang Malaysia semua baik² belaka.. Mestilah semua tergolong dalam kategori “Penumpang kiriman Tuhan”..

Kan? Kan? Kan?..

Sumber: Faliq Samsudin

 

IKLAN

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club