Kebiasaannya, wanita apabila telah berkahwin dan bergelar ibu, istilah “cantik” bukan lagi menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian. Apa yang penting, makan pakai anak dan suami cukup terjaga.
Namun, berlainan pula dengan penyanyi era 1980-an, Zur Eda yang masih kelihatan cantik dan berseri, seperti tak makan dek usia.
Baru-baru ini, wartawan Majalah Keluarga menemui Zur Eda di Majlis Ramah Mesra PEKAWANIS Bersama NGO Negeri Selangor.
Penyanyi yang mendapat jolokan Sade Malaysia itu sempat membawakan dua buah lagu nyanyiannya di majlis itu.
Zur Eda, 54, juga sempat berkongsi rahsia penjagaan diri dan tip kekal ramping yang diamalkannya bersama wartawan. Ini perkongsiannya.
“Saya ni dah berumur 54 tahun. Tapi, saya sentiasa jaga pemakanan saya. Saya pernah sakit dulu, dan dari situ saya belajar untuk minum air kosong dengan banyak.”
Menurutnya, dia mula mengamalkan air kosong selepas disahkan menghidap batu karang.
“Saya pernah menghidap batu karang pada buah pinggang. Sakit yang teramat di mana saya koma selama 10 hari.”
Ads
“Sejak dari itu, saya jaga pemakanan saya dan sebagai seorang artis, saya harus menjaga penampilan saya.”
Selain air kosong, Zur Eda juga mengikut diet pemakanan yang betul, selain gemar minum jus tanpa gula.
“Ikut diet pemakanan yang betul. Jangan skip sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Kalau boleh, awalkan makan malam, jangan makan pada lewat malam.”
“Banyakkan minum air kosong dan minum jus tanpa gula. Makanlah nasi banyak mana pun, tapi minum air kosong.”
Ads
Dulu show banyak, kita boleh menyanyi di funfair atau majlis makan malam, tapi sekarang saingan banyak
Di samping itu, penyanyi yang popular dengan lagu Lama Tak Jumpa dan Kelmarin juga turut berkongsi mengenai perkembangan dunia seninya.
“Kalau nak dibandingkan dulu dan sekarang, masa dulu tu show tu banyak. Lambakan artis tu tak ramai. Tapi sekarang ni, kemunculan artis-artis baharu ramai jadi we share the cake.”
“Jadi, sebagai artis dan juga seorang isteri untuk membantu keluarga, saya mencari alternatif lain dengan berniaga.”
Ads
Jelasnya kepada Keluarga, keadaan ekonomi sekarang memaksa orang ramai, bukan hanya golongan artis, untuk mencari pendapatan tambahan.
“Keadaan sekarang ni memaksa, mahupun untuk golongan artis, penjawat awam atau yang bekerja swasta. Ramai yang terpaksa melakukan dua, tiga kerja. Itu saja cara untuk kita mencari pendapatan tambahan selain daripada gaji tetap bulanan.”
Sumber Gambar: Media Hiburan
Rupanya sudah 30 tahun berniaga biskut
Tak sangka, rupa-rupanya Zur Eda sudah berniaga biskut selama hampir 30 tahun, selain sudah 8 tahun menjual masakan yang dimasak sendiri.
Katanya, dia ingin berkongsi air tangan dan minat memasak bersama peminat.
“Semasa berniaga, selain saya mendekatkan diri dengan peminat, saya juga berkongsi minat memasak dan juga air tangan saya bersama mereka. Saya banyak ambil tempahan atas talian.”
Zur Eda, atau nama sebenar Zur Eda Mokhtar, sudah bergiat dalam bidang seni sejak tahun 1983 dan masih aktif menyanyi hingga kini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kita merasakan lumrahnya anak-anak perempuan memang suka melaram apatah lagi bila sejak kecil mereka melihat kita sering memakai solekan setiap pagi untuk ke tempat kerja.
Tindakan kita itu juga, membuatkan anak-anak ingin mencuba untuk mengenakan solekan di wajah
mereka.
Bahkan kita sebagai ibu juga suka melihat anak disolek cantik bila ada waktu-waktu tertentu seperti menghadiri majlis dan sebagainya.
Paling ringkas, kita akan calitkan
pemerah pipi dan gincu bibir!
Pun begitu tahukah anda, bahawa sebenarnya tindakan kita itu mengundang bahaya.
Kanak kanak sememangnya secara semula jadi telah comel dan mempunyai kulit yang halus. Kulit mulus mereka TIDAK perlu dicemarkan dengan bahan kimia seperti alat solek.
Walaupun alat solek tersebut selamat bagi orang dewasa, ianya tidak semestinya boleh digunakan oleh kanak kanak. Ini adalah kerana kanak kanak mempunyai tahap metabolisma yang tinggi dan mampu menyerap bahan kimia dengan pantas.
Gincu – bahan meresap ke dalam membran
Eyeliner/solekan mata – BIG NO kerana kulit kelopak mata nipis
Pewarna kuku
Pewarna rambut
Lain lain bahan kosmetik
Sekiranya bahan kosmetik mengandungi Merkuri, ia boleh diserap ke dalam tubuh dan menjejaskan perkembangan otak dan membantutkan pertumbuhan neurological.
Bilakah waktu yang selamat untuk mereka mula menggunakan alat solek?
16 tahun ke atas adalah umur yang selamat untuk mula menggunakan alat solek.
Masalah wajah berjerawat memanglah perkara biasa, itu andai sebiji dua jerawat yang muncul. Namun jika semakin hari semakin banyak, pasti menimbulkan rasa gusar dan bimbang di hati.
Sekiranya ingin memilih untuk merawat masalah jerawat dengan cara mengamalkan petua, pastikan anda kenali dulu punca atau masalah penyebab kemunculan jerawat tersebut agar mudah untuk memilih kaedah rawatan yang bertepatan dan serasi.
Untuk itu, jom fahami beberapa perkara berkaitan petua kurangkan masalah jerawat yang dikongsikan oleh Aroora Dayana ini. Jom semak.
Petua Kurangkan Masalah Jerawat
Pertamanya, sebelum anda terus amalkan apa-apa petua, kita perlu ambil berat dan cari tahu punca utama yang menyebabkan jerawat muncul pada wajah kita selama ini disebabkan apa? Ini untuk memastikan anda tidak membazir masa mencuba pelbagai petua sedangkan petua tersebut langsung tidak serasi dengan masalah jerawat anda. Jerawat muncul disebabkan beberapa faktor utama seperti kulit muka berminyak, debu juga hama dari persekitaran, dan perubahan hormon badan.
Masalah kemunculan jerawat sewaktu haid
Jika jerawat itu berpunca dari perubahan hormon badan, sebagai contoh ada wanita yang berhadapan masalah jerawat tumbuh pada wajah secara bermusim sewaktu datang haid. Anda boleh cuba amalkan makan vitamin c atau makanan tambahan (supplements) yang sesuai. Ini kerana sewaktu proses kitaran haid, badan anda tidak menerima nutrisi yang cukup. Emosi tidak stabil, mudah stress, cepat marah dan tertekan. Jadi, anda memang perlu usaha cegah masalah ini. Makanlah makanan yang berkhasiat, lebihkan buah-buahan seperti epal atau buah delima yang sangat baik untuk kulit muka. Dan cuba sehabis baik untuk selalu tenang.
Kulit berminyak
1. Kurangkan mencuci muka dengan pencuci
Bagi pembaca yang ada masalah kulit berminyak pula, nasihat saya, elakkan cuci muka terlalu kerap dengan produk pencuci muka (oil control bagai tuuu..) sebab ia sebenarnya menghilangkan minyak pada wajah anda dalam tempoh yang sekejap saja. Selepas satu jam, kulit anda selalunya akan kembali berminyak. Kenapa? Pencuci muka oil control tu sebenarnya merangsang kulit untuk terus hasilkan minyak dengan lebih banyak. Maka dengan itu kulit muka akan bertambah teruk. Bila anda terlalu kerap biasakan cuci muka 4,5 kali sehari dengan pencuci muka, sampai bila-bila pun anda terpaksa beli produk pencuci muka tersebut seumur hidup sebab kulit muka dah tak terkawal. Kalau dah guna satu-satu produk pencuci muka tu, ikutlah aturan penggunaan yang disyorkan. Jangan salah faham, ramai yang fikir bila kulit muka berminyak saja, anda mesti cuci guna produk yang anda beli tu. Sebenarnya salah. Cukuplah dua kali sehari. Kesian muka anda.
2. Jangan campur produk kecantikan sesuka hati
Dan ingat, jangan rajin buat eksperimen dengan mencampur dan kerap kali tukar pelbagai jenama produk pencuci. Sekejap Garnier, esok Nivea, Lusa Safi. Jahanam muka anda nanti.
3. Teh dan madu sebagai pencuci muka?
Bila kulit berminyak kita boleh bersihkan muka dengan serbuk teh. Nak lebih berkesan, anda boleh campur serbuk teh tersebut dengan madu. Gosok di muka ala-ala scrub. Selebihnya sapu pada leher, lengan atau badan. Untuk permulaan, amalkan dua kali sehari (pagi dan malam).
Nota tambahan : Nak mudah, cari bekas kaca yang ada penutup (balang kaca kecil). Masukkan madu dan serbuk teh dalam bekas tersebut. Gaul supaya sekata, tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk. So, tak adalah setiap kali nak cuci muka baru nak sibuk cari serbuk teh, cari madu bagai. Kalau simpan dalam peti sejuk, adunan tersebut tahan lebih lama. Kalau letak diluar saja (suhu bilik) adunan teh dan madu tadi tahan lebih kurang dua minggu. Jangan guna serbuk teh uncang pula, serbuk teh dalam uncang tu agak kasar dan tak sesuai untuk kulit.
4. Wap panas untuk kecutkan jerawat
Seterusnya, bagi yang ada masalah kulit berminyak sampaikan jerawat tak henti muncul, boleh cuba buat ala-ala spa wap panas guna daun bunga tahi ayam. Petua ni agak kelakar sikit.Kalau anda mengalami masalah jerawat teruk, petua ni menjadilah. Kalau jerawat cuma ada satu dua tu, tak perlulah. hehe. Tapi tak salah pun kalau ada yang nak cuba.
Caranya ialah, dapatkan daun pokok bunga tahi ayam yang daunnya masih hijau dan sihat (Kuantiti : kalau banyak lagi bagus..). Basuh daun tersebut hingga bersih. Masukkan dalam periuk, isi air separuh penuh dan didihkan atas dapur.
Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letak di tempat yang selesa dan luas (contoh: lantai ruang tamu). Kemudian, ambil sehelai selimut atau kain yang besar dan tebal. Anda perlu masuk bawah selimut tersebut (ala.. macam tengah main sembunyi-sembunyi tuuu..). Bawa masuk periuk yang air masih panas tadi ke dalam selimut tersebut juga.
Letak berhadapan anda dan halakan muka anda pada wap air yang panas naik dari periuk tersebut. Duduklah dalam selimut tu dalam 15-30 minit. Kena banyak sabar, waktu duduk dalam selimut tu, panas betul rasa (berpeluh).
Tapi selepas proses ni selesai. Jerawat yang merah-merah di muka sebelum ini dah mula kecut dan ada yang hilang. In shaa Allah. Saya rasa bagi yang jenis ada jerawat yang banyak, merah-merah, jerawat batu yang menyakitkan semua tu, patut cuba petua ini.
Nota tambahan :Air rebusan daun tadi boleh diguna semula dua kali sahaja. Lepas itu, sila buang, cuci bekas dan tukar dengan daun yang baru. Petua ini boleh diamalkan dua kali dalam seminggu. Dan tengoklah perubahan pada wajah.
5. Buat mask sendiri untuk malam hari
Selain itu, ada juga amalan penjagaan kulit muka pada malam hari iaitu pakai mask buatan sendiri. Paling mudah, gunakan tepung beras campurkan dengan madu, gaul rata dan sapukan pada muka. Boleh kalau anda nak pakai semasa tidur hingga keesokannya. Tapi sebaiknya elakkan sebab lelehan madu akan kotorkan tempat tidur anda. Cukuplah pakai 30 minit sebelum tidur, kemudian cuci dan berwhuduk (tidur ikut sunnah). Masker tepung beras dan madu ini kalau diamalkan boleh buat kulit anda tegang dan liang roma pada muka mengecil.
6. Rehatkan muka di hujung minggu dengan masker timun atau putih telur
Kalau rajin, setiap kali hujung minggu, anda boleh cuba hasilkan mask dari timun. Tak perlu campur apa-apa. Hanya perlu kisar timun sehingga halus dan sapu pati tersebut pada muka. Biarkan sehingga kering dan cuci. Kalau tak ada timun, dapatkan telur ayam, ambil putih telur sahaja, sapu pada muka. Biarkan kering.
?Apa-apa pun petua dan proses yang anda lalui, rajin-rajinlah berselawat, baca surah-surah lazim, sekurangnya ada pengisian yang baik untuk diri. Berserah pada Allah dengan segala usaha ini.
Menikmati sajian berasaskan ayam memang ramai menggemarinya. Pun begitu, perasan atau tidak sebenarnya terdapat bahagian-bahagian tertentu yang sering menjadi pilihan popular antara kita.
Pada bahagian peha, kepak dan dada ayam memang boleh kata semua suka. Namun bahagian leher, tonggeng dan kaki ayam tidak semua antara kita menggemarinya.
Lebih-lebih lagi kaki ayam, melihat keadaannya juga boleh membuatkan ada yang tidak sanggup menjamahnya. Dan lebih teruk, ada yang berasa jijik pula.
Namun tahukah anda, sebenarnya kaki ayam mengandungi khasiat protien dan kaya dengan sumber kolegen.
Apa yang pasti, kolegen adalah sangat baik untuk membantu melambatkan proses penuaan. Oleh itu, ‘rajin-rajinlah’ makan kaki ayam jika mahu nampak muda.
Menyentuh tentang makan kaki ayam untuk awet muda, tentu anda juga ingin tahu resipi yang ringkas dan enak untuk menikmatinya.
Jom cuba menu ini yang dikongsikan oleh Nabilah Mat Yasim.
Kerabu Kaki Ayam
Bahan-bahan:
Kaki ayam,serai, daun ketumbar, daun bawang, cili, bawang, perahan air limau nipis, halia, daun limau purut, sos ikam, cuka, garam dan tomato.
Langkah 1 :
Potong kaki ayam cuci bersih. Kemudian rebus kaki ayam hingga empuk.
Langkah 2:
Masukkan kaki ayam yang telah empuk ke dalam pinggan.
Langkah 3:
Campurkan dengan semua bahan dan gaul rata.
Langkah 4:
Memberi lebih rasa, tambahkan juga sos ikan, cuka dan garam. Gaul rata bersama tomato yang dihiris dan sedia untuk dinikmati.
Nampak cukup menyelerakan.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di