Ikan adalah hidangan yang mempunyai sumber protein yang mudah didapati untuk memberikan khasiat kepada badan. Namun jika hari-hari masak ikan goreng tentu bosan.
Apa kata masak ikan celup tepung versi Kelantan. Memang sedap dan ini rahsianya jadi lebih rangup dan halus.
Bancuhan ini juga boleh digunakan sebagai bancuhan untuk sotong, udang atau sayur. Memang krup krap!
Ini perkongsiannya.
Resepi Ikan Celup Tepung Rangup Sedap
Ads
Cikgu nak pecah rahsia lagi kali ni. Tak perlu air kapur pun untuk buat ikan celup tepung untuk hasil yang rangup. Menu ini popular la dekat Kelantan tu. Kalau bukan makan dengan nasi kerabu, boleh ratah cicah dengan colek. Menu tepi pantai namanya. Haa tapi nak buat celup-celup tepung begini haruslah ‘habuk’ atau serdaknya mesti halus dan rangup. Meh cikgu nak bagi tips paling mudah cara nak buatnya.
Ads
Boleh guna resipi yang sama juga untuk buat pisang goreng cara orang Kelantan jual.
Jom baca resepi berguna cikgu di bawah.
Ads
Sukatan di bawah untuk 3 ekor ikan, 5 ekor sotong dan 10-13 ekor udang; 1. Masukkan sukatan bahan di bawah dalam satu bekas: 7 sudu besar tepung beras 1/3 sudu kecil garam 1/3 sudu kecil serbuk kunyit 2 sudu besar telur. Seeloknya kuning telur sahaja 1/2 cawan kecil air sejuk 2. Kacau rata semua bahan tadi. Adunan tepung tidaklah terlalu pekat dan perlu sedikit cair. 3. Tips penting menghasilkan bahan goreng yang cantik: Guna minyak yang banyak Pastikan minyak betul-betul panas (berdesir semasa ikan/udang/sotong dimasukkan) Api awalnya perlu kuat dan biar sederhana selepasnya 4. Ini teknik yang cikgu ubah. Sebelum ini cikgu celup guna tangan lalu merenjis sekali adunan tepung. Teknik barunya, cikgu pakai penyepit sambil merenjis adunan tepung ke dalam kuali. 5. Hasilnya memang sangat menarik. ‘Habuk’ nampak lebih nipis yang cantik. Rasanya juga lagi rangup. 6. Balik-balikkan selepas sebelah bahagian mengeras. Jika ‘habuk’ sudah kuning, boleh angkat dan toskan dulu. Jangan biar masak sekali dengan lauk kerana biasanya adunan tepung lebih cepat garing. 7. Untuk hasilkan ‘habuk’ yang banyak, baki adunan tepung direnjis-renjis menggunakan penyepit juga. Balik-balikkan dan sedia untuk ditaburkan ke atas lauk celup tepung yang digoreng.
Selamat mencuba!
Sumber : Afy AL Habibi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nasi goreng kampung diakui memang menjadi kegemaran ramai dan menjadi antara pilihan menu popular mak-mak menyediakan sarapan bila ada lebihan nasi. Bahkan jika kita rasa buntu nak order apa ketika makan di restoran sekali pun, akhirnya pasti kita akan membuat pilihan untuk makan Nasi Goreng Kampung.
Maklumlah mudah dalam nasi goreng kampung ada nasi dan sayur! Tak perlu fikir nak menu lain untuk lengkapkan hidangan yang dimakan.
Bercerita tentang keenakan rasa nasi goreng kampung pula selain rasanya pedas dengan gabungan bahan seperti cili padi, ikan bilis, kangkong dan belacan yang sempurna menjadikan menu ini mempunyai rasa yang membuatkan kita makan berselera. Ditambah pula jika ada secawan kopi O, makan tak pandang kiri kanan jadinya!
Jadi jom kita buat Nasi Goreng Kampung ikut perkongsian resipi daripada Umi Watie
Kemudian baki minyak tadi kita tumiskan 1 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 5 batang cili api yang telah dicincang menggunakan chopper. Lepas tu bubuh belacan sebesar separuh bola pinpong.
3. Kemudian masukkan ½ cawan isi ayam.
4.Bila semua bahan sudah sebati, masukkan telur ayam. 5.Perasakan dengan garam sesedap rasa.
6.Masukkan nasi sejuk 4 cawan. Peroikan dulu nasi kita tu. Kalau boleh guna nasi semalam yang tak habis. Baru nasi elok tak melekat.
7.Lagi satu wajibun juga bubuh kangkung, barulah terasa kampung lebih. Tak bubuh kangkung kira nasi goreng kita gagal. Gaulkan sebati, matikan api.
Tadaaa dah siap, jom ajak anak dan suami makan. Kalau rajin tapaukan sepiring buat jiran. Selamat menjamu selera.
Apabila menyebut amalan pengambilan madu dalam keluarga, umum mengetahui ia adalah suatu perkara yang sangat bagus. Khasiat madu dapat dimanfaatkan oleh anak-anak hinggalah orang dewasa, ini memandangkan madu juga dikenal sebagai sahabat kepada penjagaan kesihatan.
Oleh itu, ada baiknya kita mengetahui secara detail tentang khasiat, tip dan pantang larang pengambilan madu ini bersama Dr. Suri Roowi, Pakar Saintis Prinsipal dan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan. Jom semak.
APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG MADU?
Saya terpanggil untuk berkongsi makumat tentang artikel berkenaan madu yang menjadi tular dalam media sosial baru-baru ini yang mungkin agak mengelirukan.
Soalan 1:Adakah madu sesuai diambil bersama garam?
Jawapan
Penggunaan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Fungsi enzim dalam madu adalah untuk membantu memecahkan bahan-bahan berkhasiat dan membantu memecahkan bahan seperti karbohidrat dan protein.
Pengambilan madu beserta garam akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu dan secara tidak langsung ianya akan mengurangkan khasiat madu tersebut.
Soalan 2: Bagaimanakah bahan berkhasiat dalam madu diserap dalam badan?
Jawapan
Kenyataan yang menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20 jam akan menyebabkan keracunan adalah kurang tepat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa kebanyakan bahan berkhasiat (polifenol) akan dipecahkan dan diserap dalam badan di antara 5 hingga 24 jam dan ianya berlaku dalam usus besar manusia.
Madu tinggi asid fenolik (bahan berkhasiat) dan bahan ini diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit. Seeloknya diminum semasa perut kosong dan pengambilan makanan lain sebaiknya dibuat selepas 1 jam minum madu.
Soalan 3 : Bagaimana cara makan buah dan adakah madu boleh diambil bersama buah atau makanan lain?
Jawapan
Kita boleh makan buah dalam keadaan perut kosong. Ini disebabkan bahan berkhasiat antioksidan (asid fenolik) akan lebih mudah dan lebih banyak diserap. Jika seseorang itu tidak tahan dengan buah-buahan berasid, buah boleh diambil bersama sedikit makanan contohnya roti. Cuma perlu elakkan makan buah bersama makanan tinggi protein atau lemak contohnya susu.
Jika anda ingin minum madu bersama susu, sebaiknya ia diambil bersama barli. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa “Rasulullah s.a.w. menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang sakit dan orang bersedih atas kematian seseorang. Beliau (Aisyah) berkata `Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda . `Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan”
Talbinah dibuat menggunakan barli + susu + madu
Barli juga tinggi beta-glukan dan bahan ini;
a. merupakan fiber larut air
b. tidak dapat diuraikan oleh enzim
pencernaan usus kecil
c. terus dibawa ke usus besar dan
difermentasi oleh mikroflora usus besar
d. bertindak sebagai prebiotik iaitu
menggalakkan pertumbuhan bakteria
baik seperti bifidobakteria, laktobasillus
dan merencatkan pertumbuhan bakteria
berbahaya seperti enterobacteriaceae.
e. membantu meleraikan bahan berkhasiat
dalam madu yang mungkin terikat bersama
bahan lain dalam usus besar manusia
Buah juga boleh diambil bersama madu kerana kebanyakan bahan berkhasiat dalam buah adalah dari jenis larut air, sama seperti dalam madu. Enzim dalam madu juga akan membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam buah agar ianya hadir dalam bentuk bebas dan seterusnya mudah diserap dalam perut manusia
Soalan 4 : Bagaimana cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak?
Jawapan
Menurut kaedah tradisional, keaslian madu ditentukan dengan merujuk kepada beberapa kaedah ringkas. Diantaranya adalah…
a. Madu asli akan berbentuk hexagon (segi enam) bila digoyang dalam gerakan
memusing dalam semangkuk air.
b. Madu asli membenarkan mancis yang telah dicelup ke dalamnya menyala
walaupun madu masih ada di kepala mancis – madu asli atau tiruan akan
menyala jika kandungan airnya rendah
c. Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun disimpan bertahun-
tahun.
Sebenarnya, madu lebah asli – air (18%-20%). Maka madu lebah asli atau tiruan tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama.
Semua kaedah di atas BELUM lagi dibuktikan secara saintifik dan diragui kebenarannya
Cara yang terbaik untuk menentukan keaslian madu ialah dengan merujuk kepada Alquran iaitu dalam Surah AnNahl (16): ayat 69
…kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut-perutnya minuman (madu) yang berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, tanda-tanda bagi kaum yang mereka berfikir….
a. Madu yang banyak khasiat adalah madu yang mempunyai pelbagai warna contohnya warna kuning emas, warna gelap contohnya perang.
b. Antara komponen warna dalam madu dipanggil antosianin dan bahan ini termasuk dalam kumpulan flavonoid (antioksidan). Bahan antioksidan yang diterangkan dalam ayat ini adalah bahan penawar kepada manusia.
c. Ini menunjukkan bahawa AlQuran bukan perkataan manusia dan ianya adalah Kalam Allah yang diturunkan 1400 tahun dahulu. Sains baru sahaja menjumpai komponen warna/antioksidan boleh bertindak sebagai ubat atau penawar.
d.Ayat ini jelas menunjukkan bahawa makanan khususnya madu boleh bertindak sebagai ubat atau penawar penyakit. Dalam lain perkataan – `Food as Medicine’
e.Bahan antioksidan ini boleh dianalisa menggunakan alatan makmal yang dikenali sebagai HPLC
Kajian saya menunjukan madu kelulut lebih tinggi khasiat asid fenolik berbanding madu biasa. Hasil kajian saya juga madu kelulut asli juga ada yang mempunyai warna seperti susu tetapi kebanyakkan madu kelulut berwarna emas, perang (pekat atau pudar)
Soalan 5 : Adakah madu boleh diletak dalam peti ais?
Jawapan
Madu sebaiknya disimpan dalam chiller atau suhu bilik (jika telah dibuang airnya). Madu (khususnya madu kelulut) sebaiknya dibuang air untuk mengelakkan berlaku penapaian (yang akhirnya akan mengurangkan khasiat madu tersebut). Enzim dalam madu juga akan rosak jika didedahkan pada suhu tinggi. Bahan karbohidrat dalam madu juga akan berubah kepada hidroksimetilfurfural (HMF) jika didedahkan pada suhu tinggi seperti dimasak atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas
Moga Bermanfaat
Ektra Info Tentang Dr Suri Roowi
Beliau adalah Saintis Prinsipal dan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan – Makanan Kesihatan (Food Desigining), Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, MARDI. Beliau banyak terlibat dengan analisa bahan berkhasiat dalam madu, herba dan buah-buahan dan merupakan Pengerusi Kumpulan Kerja (WG) Standard Madu Kelulut Malaysia. Beliau juga banyak terlibat dengan pembangunan produk makanan kesihatan berasaskan madu. Dr Suri juga terlibat dengan kajian pre-klinikal (melibatkan kajian ke atas tikus) dan kajian klinikal (melibatkan kajian ke atas manusia) khususnya kajian ke atas penyerapan bahan-bahan berkhasiat dalam tubuh. Sebelum ini beliau pernah bersiaran dalam slot Rahsia Alam di bawah IKIM. Slot ini banyak berkongsi sumber-sumber alam sebagai makanan kesihatan.
Lazimnya, sambutan hari raya ke-3, hidangan tetap meriah untuk menjamu selere bersama keluarga.
Namun disebabkan PKP 3.0 ini, hari raya tahun ini buat kali kedua, kita semua meraikan tanpa keluarga. Sudah tentu terkenang lauk pauk juadah hari raya.
Apa kata menu raya ke tiga, buat juadah nasi kerabu yang digemari ramai bukan hanya di Kelantan malahan di seluruh negara.
Sebenarnya nak buat nasi kerabu ni bukan susah mana pun, cuma banyak ‘step’ yang kena buat disebabkan dalam nasi kerabu ni ada pelbagai lauk yang kena ada untuk melengkapkan menu nasi ni.
Nak tahu cara membuatnya, ikuti resipi ini.
Resepi Nasi Kerabu Kelantan.
Kuah Sambal Tumis
Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai – ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak – agak banyak
Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api. Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit.
Sambal Ikan
Bahan bahan:
1 biji kelapa parut – goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan selayang – rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.
Sambal Cili:
1/2 kg cili – basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Kisar kesemuanya.
Ulam ulaman
Kubis, Timun, Kacang panjang, Bunga kantan. Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.
Nasi:
5 1/2 pot beras. Air secukupnya. Pewarna biru(atau guna 15 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru). Serai diketuk. Daun limau purut. Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
Resepi ayam madu bakar
Bahan-bahan:
Ayam (rebus spruh masak) sbb tkut lmbt msk hehe
Gula
Tos tiram
Madu
Sos cili
Cili kering
Bawang blnder
Kuantiti saya agak-agak je. Tapi mmg guna bahan-bahankat atas je..😊😊
Bahan lain:
Keropok goreng, Telur masin dan Bawang putih jeruk
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Farhanim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di