Bila sebut makanan laksa tentu terliur dibuatnya. Rasa masam pedas dengan kuah rasa ikan menjadikan kauh laksa menjadi lebih sedap. Memang membuatkan ramai pengemar makanan ini sanggup beratur panjang untuk membelinya.
Untuk membuat kuah laksa menjadi sedap sebenarnya ada rahsianya. Mungkin tak ramai yang tahu. Kebanyakkannya diketahui oleh para peniaga atau tukang masak.
Chef Ahmad Shukri Amiruddin tidak lokek berkongsi rahsia menjadikan kuah laksa menjadi lebih sedap.
Menerusi perkongsiannya beliau menjelaskan bahawa untuk menjadikan kuah pekat dan sedap, isi dan tulang ikan dikisar sehingga hancur kemudian ditapis untuk memastikan kuah menjadi lebih pekat.
Ikuti perkongsiannya.
Kisar tulang ikan, tapi airnya
Macam saya pernah bagitau dulu. Petua untuk masak Laksa yang sedap guna ikan Termenung jangan guna ikan kembung. Ini saya masak 10 kilo ikan untuk berniaga esok. Blend halus semua bahan.
Ads
Bahan-bahan yang tidak di blend halus akan menjadikan tekstur kuah yang tidak menarik.Buka api yang perlahan selama 6 jam baru kuah laksa akan sebati.
Rupanya ini rahsianya jadi sedap
Tulang ikan blend halus dan tapis masukkan air tulang ikan dalam kuah. Ini patinya. Saya suka letak bunga kantan dan daun kesum yang banyak supaya aroma laksa memanggil kita untuk makan.
Ads
Petua yang paling penting masukkan sedikit minyak semasa merebus laksa yang telah direndam terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk mengelakkan Laksa melekat.
Mana geng 02 ni? Masuklah. Esok p merket ( pasar) beli ikan termenung buat laksa. Orang Utara ni cukup pantang sebut laksa. Layoq kat depa esok depa p carilah laksa. Petua ni last sekali Chef bagi untuk laksa yang paling sedap adalah ” Laksa yang orang belanja…”
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Selain dapat memakai pakaian baru, berjumpa dengan saudara mara, mengutip duit raya antara aktiviti yang paling seronok dilakukan oleh kanak-kanak ketika beraya. Sebagai ibu bapa, pastinya duit anak-anak akan disimpan di dalam tabung mahupun bank.
Namun, keterbatasan masa dek kerana sibuk dengan kerja pasti membuatkan tiada kesempatan berbuat demikian.
Jangan risau, dengan kecanggihan teknologi sekarang, ibu bapa boleh berbuat demikian melalui online, tapi macam mana nak buat ya?”
Sekarang ni dah senang, semuanya di hujung jari, kan? Kebanyakan hal berkaitan perbankan dah boleh dilakukan secara online, termasuklah menyimpan di Tabung Haji.
Membuat simpanan di Tabung Haji sebenarnya satu langkah bijak terutama untuk anak-anak yang masih kecil. Tapi, mungkin ada yang terlepas pandang atau tak jumpa-jumpa mana butang yang nak klik untuk transfer duit dari Cimb Clicks terus ke akaun Tabung Haji. Tak kisahlah akaun Tabung Haji anak atau Tabung Haji diri sendiri, dua-dua pun boleh!
Ikut saja langkah yang ditunjukkan di bawah. Yang penting, sediakan buku akaun Tabung Haji siap-siap dekat sebelah supaya mudah nak rujuk nanti.
Ikut saja langkah yang ditunjukkan di bawah. Yang penting, sediakan buku akaun Tabung Haji siap-siap dekat sebelah supaya mudah nak rujuk nanti.
Sebenarnya senang je nak simpan atau transfer duit secara online dari akaun CIMB ke Tabung Haji.
Bagi yang belum pernah cuba atau tak tahu, jom kita tengok caranya langkah demi langkah.
Mula-mula, macam biasalah kita login dulu CIMB Clicks.
Pilih menu ‘Pay & Transfer’ dan klik pada butang ‘Pay Bills’.
Dekat bahagian Biller nanti boleh taip ‘Lembaga Tabung Haji’, nanti akan keluar pilihannya.
Semak buku Tabung Haji dan masukkan nombor akaun Tabung Haji dan nombor IC anak.
Kalau akaun Tabung Haji sendiri gunalah nombor IC sendiri ya.
Kemudian isikanlah berapa jumlah duit yang nak ditransfer ke akaun Tabung Haji tadi.
Lepas dah check elok-elok nombor akaun Tabung Haji 15 digit tu, bolehlah submit.
Akhir sekali, request TAC macam masa kita buat belian online tu.
Nanti nombor TAC akan dihantar melalui SMS. Masukkan 6 digit TAC dan selesaikan urusniaga.
Siap!
Anda akan dicaj RM0.50 untuk urusniaga ini. Kira ok lah kan, kalau nak bandingkan dengan kepayahan kita untuk ke pejabat Tabung Haji, cari parking dan sebagainya. Lagi-lagi kalau bawa anak kecil.
Nak mudah, nanti boleh terus set favourite supaya lain kali kita dah tak perlu nak tekan nombor akaun sebiji-sebiji. Untuk setting favourite ni, boleh pergi bahagian ‘My Accounts’ > ‘My Favourite’ > ‘Biller’. Pilih akaun Tabung Haji tadi dan isikan maklumat yang diminta. Mudah kan?
Foto Kredit: cimbbank.com.my
Lega rasa bila dah dapat transfer duit anak-anak ni ke akaun masing-masing. Tak payah susah-susah nak ke pejabat Tabung Haji lagi. Kalau tak, kita yang kena pegang duit sampai ada yang lupa sorok dekat mana kan?
OK, lepas dah transfer tu jangan lupa log out macam biasa. Biasanya akaun Tabung Haji ni akan dikemaskini dalam masa 1-3 hari bekerja. Jadi, jangan panik pula kalau pergi check duit tak masuk-masuk lagi.
Oh ya, mungkin ada yang tertanya-tanya, ada tak cara yang lebih mudah untuk semak baki akaun TH ni selain ke Tabung Haji kan? Jawapannya ada, iaitu melalui kad ATM CIMB.
Nak tahu caranya, jom tengok langkah di bawah.
Untuk makluman, Tabung Haji juga telah memperkenalkan Perkhidmatan TH melalui ATM dan CDM CIMB Islamic mulai 1 Oktober 2018. Proses pendaftaran (link) kad ATM ke akaun TH boleh dilakukan melalui mesin ATM CIMB dengan menggunakan kad ATM CIMB.
Maksudnya, kita boleh semak baki akaun Tabung Haji menggunakan kad ATM CIMB tanpa perlu pergi ke Tabung Haji. Tapi buat masa ini kita hanya boleh semak akaun Tabung Haji diri sendiri dan tak boleh check untuk anak-anak ya.
Ini langkahnya.
Pertama sekali, masukkan kad CIMB anda pada mesin ATM dan tekan nombor pin seperti biasa.
Seterusnya pilih butang menu ‘Lain-lain’ pada skrin.
Kemudian, pilih urusniaga ‘Tabung Haji’ seperti yang tertera di bawah.
Sekarang, masukkan nombor akaun Tabung Haji seperti yang boleh dirujuk dalam buku akaun.
Selepas itu masukkan pula nombor siri yang terdapat pada buku akaun Tabung Haji anda.
OK, setelah kad ATM CIMB berjaya didaftarkan (link) kita dah boleh buat transaksi pengeluaran, pindahan dari akaun TH ke akaun bank sendiri atau pihak ke tiga dan juga boleh membuat semakan baki akaun TH.
Selain itu, simpanan tunai pula boleh dilakukan melalui cash deposit machine (CDM).
Tapi tak seperti Maybank2U, semakan baki akaun TH hanya boleh dilakukan melalui ATM sahaja. Tiada perkhidmatan semakan baki ditawarkan melalui CIMB Clicks ya.
Jadi bagi pemegang akaun CIMB, lain kali kalau nak semak baki di akaun Tabung Haji, bolehlah pergi ke ATM untuk link kan kad ATM dan daftarkan ikut cara ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rasa tak lengkap hidangan kalau tak ada Sambal belacan. Sebab itu, kalau nak makan kena ada menu i, barulah berselera kan?
Apabila ada menu yang satu ini barulah lengkap menikmati hidangan tengah hari. Silap-sila makan pun terlajak kalau sambal belacan benar-benar power. Terlalu menikmati dan melayan selera tak mustahil mak mertua lalu pun tak perasan. Inilah penangan sambal belacan.
Jadi kali ini kami kongsikan resipi sambal belacan yang disediakan oleh selebriti chef Sherson Lian untuk dicuba.
SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
30gm belacan
5 biji cili merah
5 biji cili padi
150gm bawang kecil
150gm tomato-dibelah empat
4 sudu besar jus limau kasturi
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil gula
CARA-CARA MEMBUAT:
1.Panaskan minyak di dalam kuali.
2.Kemudian gorengkan belacan seketika.
3.Masukkan bawang kecil dan tomato. Kacau lagi seketika.
4.Angkat bahan-bahan tersebut dan kisar dengan menggunakan pengisar.
5.Perisakan dengan jus limau kasturi, cuka, gula dan garam mengikut citarasa anda.
6.Hidangkan sambal belacan bersama ulam-ulaman.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cinta hingga hujung nyawa, begitulah yang boleh digambarkan buat pasangan suami isteri ini apabila menemui ajal selang 29 minit. Pun begitu, pemergian pasangan suami isteri ini meninggalkan kesedihan yang cukup berat untuk ditanggung oleh anak-anak, bilamana kedua orang tua yang amat dicintai ‘pergi’ kerana Covid-19.
Pastinya tiada apa yang mampu dilakukan oleh anak-anak melainkan terima dengan reda berita pemergian ibu dan bapa serentak pada hari yang sama, ini sebagaimana memetik berita yang dikongsikan di Harian Metro.
Berat untuk ditanggung namun itu hakikat perlu diterima pensyarah, Wan Su Emi Yusnita Wan Yusof, 39, dan empat adiknya apabila ibu, Aminah Yaakub, 59 serta bapa mereka, Wan Yusof Wan Abdullah, 63, meninggal dunia akibat Covid-19 pada 29 Julai lalu.
Wan Yusof menghembuskan nafas terakhir pada 8.32 pagi di Hospital Jelebu diikuti Aminah di Hospital Tampin, Negeri Sembilan jam 9.01 pagi dengan hanya 29 minit memisahkan ajal mereka berdua.
Jenazah kedua-duanya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Berkongsi kisah memilukan itu, Wan Su Emi Yusnita yang menetap di Sungai Besi, di sini, berkata dia dan adik beradiknya sudah lama bersedia dengan kemungkinan bapanya akan meninggal dunia kerana penyakit kronik dialami namun terkejut apabila ibunya yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) selepas kaki kanan dipotong akibat diabetes turut dijemput Ilahi pada hari sama.
“Abah memang mempunyai penyakit tiga serangkai iaitu jantung, darah tinggi dan masalah buah pinggang akibat diabetes malah baru keluar daripada hospital pada 16 Julai lalu.
“Keesokan harinya (17 Julai), abah demam diikuti emak dan adik kedua, keempat serta bongsu.
“Melihat keadaan emak yang demam sehingga (badannya) menggigil, adik bawanya menjalani ujian saringan pada 20 Julai iaitu pada Hari Raya Aidiladha dan disahkan positif keesokan harinya sebelum dimasukkan ke hospital hari sama.
“Sementara itu, abah pula dibawa menjalani ujian saringan pada 21 Julai, sah positif Covid-19 keesokannya (22 Julai) dan dimasukkan ke Hospital Jelebu pada 23 Julai,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Wan Su Emi Yusnita, hanya dia dan adik ketiga, Wan Mohd Hanafiah, 33 saja yang berpeluang membuat pengecaman serta menatap jenazah ibu bapa mereka.
3 Adik Beradik Lain Positif Covid-19
Sementara itu, Wan Su Emi Yusnita berkata, tiga lagi adiknya iaitu Wan Nur Hashimah, 36; Wan Nur Ainshatun, 26 dan Wan Shafiqah Zaharah, 24, tidak dapat turut sama kerana masih menjalani kuarantin selepas positif Covid-19.
“Selepas dapat tahu emak meninggal dunia, saya hilang kata-kata dan bertambah terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian abah yang rupanya pergi lebih awal.
“Mujurlah urusan pergerakan rentas negeri berjalan lancar dan saya uruskan pengecaman jenazah abah manakala adik lelaki membantu urusan emak di hospital.
“Adik yang lain pula tidak dapat bersama jadi hanya berpeluang melihat wajah jenazah emak dan abah menerusi panggilan video. Detik itu yang membuatkan kami semua sukar mengawal emosi termasuk saya,” katanya.
Wan Su Emi Yusnita berkata, perasaan sedih itu bertambah kerana dia tidak dapat memeluk dan mencium jenazah ibu bapanya buat kali terakhir.
Abah ‘Pergi’ Bersama Mak
Bagaimanapun, dia dan adik beradik cuba memujuk diri serta bersangka baik dengan ketentuan Allah.
“Abah sudah lama tenat sebenarnya tetapi Allah panjangkan umurnya dan takdirkan arwah pergi bersama emak.
“Sebagai anak, saya tentunya sedih apabila hilang kedua-duanya tetapi reda kerana memikirkan bagaimana keadaan emak seandainya abah yang pergi meninggalkannya memandangkan mereka berdua rapat walaupun sudah 40 tahun berkahwin.
“Rezeki arwah emak dan abah juga apabila pusara mereka bersebelahan satu sama lain malah ini bukti cinta mereka sehingga hujung nyawa,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.