Penyediaan makanan yang selamat merupakan satu perkara yang amat penting untuk mengelakkan penyakit bawaan makanan terutamanya keracunan makanan.
Salah satu amalkan yang mesti dilakukan untuk mengelak berlaku keracunan makanan adalah basuh tangan anda sebelum dan selepas menyediakan makanan, basuh tangan anda selepas keluar dari tanda, cuci peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan dengan bersih dan lindungi kawasan dapur dan makanan daripada dicemari oleh serangga, tikus dan lain-lain.
Sebagaimana yang dipaparkan melalui perkongsian ini memberi panduan bagaimana papan pemotong makanan perlu dipastikan bersih untuk mengelak sebarang pencemaran.
Ads
Untuk pengetahuan anda, daging atau ayam mentah boleh meninggalkan bakteria salmonella dan campylobacter pada papan pemotong dan boleh menyebabkan keracunan makanan.
Bayangkan jika anda menggunakan papan yang sama untuk memotong murtabak yang dibeli di pasar malam atau mengupas buah epal.
Bakteria penyebab keracunan makanan ini boleh berpindah ke makanan yang sedia dimakan dan mencemarkannya dengan lebih mudah.
Ads
Sebab itu penting ada papan pemotong yang berbeza untuk bahan yang berlainan.
Merah- Untuk daging, ayam mentah Hijau- Sayur sayuran Biru- bahan kering lain Putih- untuk roti, kek .
Ads
Semoga penyediaan makanan kita lebih terjamin bersih dan selamat untuk ahli keluarga.
Sabar adalah sifat orang mulia yang disebut dalam al-Quran banyak kali. Malah antara sifat orang akan masuk syurga adalah orang yang bersabar. Hidup dalam berumah tangga tak lepas dari sebarang masalah.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Justeru, jika ada sifat sabar pasti rumah tangga aman bahagia. Perkongsian ini cukup menarik untuk dijadikan panduan oleh suami isteri.
Bait-bait kata oleh Bonda Nor cukup menyentuh hati. Moga jadi panduan bersama buat kita semua dalam melayari alam rumah tangga.
SYURGA SEORANG ISTERI
Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tak sengaja.
Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya!
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa..
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Pandang muka suami kita.. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat.. itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Masya-Allah.. indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik dari semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah.. biiznillah. Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami ya Allah. Amin. Amin.
Meraikan hari ulang tahun kelahiran menjadi suatu detik yang cukup menggembirakan dan membahagiakan sesiapapun, apatah lagi buat anak-anak. Keterujaan akan jelas terpancar di wajah anak-anak ini andai sambutan tersebut dirai bersama kawan-kawannya.
Sedar hal itu, alangkah bagusnya jika sambutan tersebut dibuat di sekolah. Namun adakah hal ini dibenarkan oleh pihak sekolah atau bagaimana cara sewajarnya ibu ayah lakukan untuk merialisasikan majlis sambutan hari lahir anak di sekolah.
Oleh itu, jom semak perkongsian daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh semoga bermanfaat untuk ibu ayah yang berhajat hendak raikan hari jadi anak di sekolah.
Hari ini aku nak kongsi tentang sambutan hari jadi di sekolah. Apa yang boleh dan apa yang tak sesuai kau buat.
Zaman sekarang, ada satu budaya yang bagus (pada aku) bila murid menyambut hari lahir. Kebanyakan ibu bapa bersedekah dan memberi hadiah pada kawan-kawan anak mereka di hari lahir anak mereka.
Kalau dulu, kita yang kena bagi hadiah pada birthday boy/girl. Zaman la ni, bila anak sambut hari lahir, ibu bapa akan bagi goodies bag kat kawan-kawan sekelas anak mereka.
Siap masak mee, nasi, kuih dan juga kek sambutan hari lahir. Hal ini tak salah. Boleh sambut di sekolah dengan syarat, minta izin pentadbir dan guru kelas. Itu syarat utama. Jangan masuk main redah sahaja.
Biasanya, pentadbir dan guru kelas akan benarkan. Sambutan biasanya dibuat pada waktu rehat murid. Malah, kadang-kadang guru-guru pun dijemput sama. Alhamdulillah. Rezeki.
Panduan Buat Ibu Ayah
Cuma aku nak bagi sedikit panduan untuk ibu bapa yang berhajat nak sambut hari lahir anak mereka di sekolah.
1. Minta izin pihak sekolah. Ini syarat utama. Memang ada yang jenis redah tanpa izin.
2. Berpakaian sopan. Pernah ada seorang ibu datang dengan kawan-kawan yang seksi meksi. Sampai aku tak tahu mahu melihat dada ayam KFC atau dada orang. Hormat kak. Hormat peraturan sekolah.
3. Tak payah guna lilin untuk letak atas kek. Bahaya. Sebelum ada kejadian yang tak diingini, baik kita cegah awal, ye tak?
4. Bawa goodies bag dan makanan secukupnya untuk murid kelas tersebut, DAN sediakan juga satu untuk guru yang handle sambutan hari lahir itu.
Cikgu bukan lapar sangat nak makan, mereka boleh je makan kat kantin. Tapi itu sebagai adab dan tanda menghormati guru yang sanggup tidak turun rehat dan handle majlis anak kita. Bantu agih hadiah dan sebagainya.
Ramai parent suka letak jajan/cekedis atau junk food dalam goodies bag. Memang la budak-budak suka, tapi itu makanan tak sihat kan? Tak payahlah letak.
Budak-budak ni, bagi hadiah apa pun mereka seronok. Baik, aku bagi cadangan apa yang sesuai letak dalam goodies bag tu.
a) Air susu/milo kotak. b) Epal, roti, muffin cake. c) Alat tulis. Pensel, pemadam, pembaris. d) Angpau. RM1 pun seronok sangat dah budak-budak.
Angpau untuk cikgu sekali. Sebaiknya letak 5 keping not RM100. Itu sebaiknya. Tak lah. Aku gurau je bab angpau cikgu tu. Kau serius sangat dah kenapa?
Tapi point aku nombor 5 tu tolonglah kau ambil berat. Tolong sangat-sangat ya!
Bila sambut birthday di sekolah…
Ada orang berpendapat, budaya begini tak elok kerana murid yang tak mampu pula dengki lihat kawan mereka sambut hari lahir dengan grand dan meriah. Itu kata mereka.
Namun, aku berpendapat sambutan begini sangat bagus kerana :-
i) Menggalakkan budaya bersedekah. ii) Merapatkan hubungan antara guru dan ibubapa. iii) Murid dari keluarga kurang senang dapat hadiah dan makan yang sedap-sedap.
Pernah aku dengar murid-murid bercakap sesama mereka,
” Bestlah sambutan hari jadi ni. Dapat hadiah. Kalau sambutan hari jadi ada setiap hari kan seronok.”
Kan bagus begitu. Murid yang kurang mampu pun terasa mereka diraikan pada hari lahir kawan mereka yang agak berada.
Apa pun, terpulanglah pada pandangan kalian. Yang berhajat nak buat sambutan hari lahir anak kat sekolah, mohon hadam semua point aku.
“Saya Bangga Dapat Gelaran Datuk”- Mamat Exist Teruja Lawat Cucu Pertama, Selepas Mengundi!
Vokalis popular kumpulan Exist, Mamat bukan nama asing di persada muzik tanah air. Bahkan hingga kini lagu nyanyiannya masih menjadi siulan peminat, antaranya Untukmu Ibu, Rahsia Pohon Cemara dan banyak lagi.
Baru-baru ini berkongsi berita gembira, Mamat telah dianugerahkan gelaran datuk apabila anak keduanya Mohd EIki Daniel, 22 tahun mendapat cahayamata.
“Cucu sulung saya itu dilahirkan secara normal dan sangat comel. Namun, saya belum diberitahu namanya,” itulah kata penyanyi Exists, Mamat, 44, apabila dia kini bergelar datuk selepas menimang cucu sulung, perempuan yang dilahirkan empat hari lalu.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin turut bercadang untuk melawat cucunya dalam masa terdekat dek kerana kesibukannya membuat persiakan akhir dalam menjayakan Konsert Resolusi Exists.
“Saya tinggal di Johor dan sekarang sibuk dengan persiapan untuk Konsert Resolusi Exists yang akan berlangsung di Zepp KL malam ini. Jadi, belum ada masa nak ziarah mereka yang tinggal di Damansara. Tapi saya sempat jumpa menantu sebelum dia bersalin.
“Tengoklah pada situasi dulu sama ada saya akan pergi melawat selepas selesai konsert atau akan datang semula selepas itu kerana nak balik mengundi,” ujarnya.
Bayi itu adalah cahaya mata kepada anak kedua Mamat iaitu Mohd Eiki Daniel, 22. Untuk makluman, Mohd Eiki adalah anak Mamat hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, Marshila Mustapa Kamal pada 2001. Selain Eiki, mereka juga dikurniakan dua lagi anak iaitu Aleeya Mysara dan Dylea Mysara.
“Anak sulung dan bongsu belum berkahwin. Saya pun selalu juga berhubung dengan mereka. Setiap kali datang Kuala Lumpur, saya pasti akan jumpa mereka di rumah mentua.
“Saya bangga kerana dapat gelaran datuk. Kiranya saya makin tua sekarang. Sebenarnya tak pernah terfikir nak dapat cucu pada usia ini. Apapun syukur kerana ini anugerah daripada Allah.
“Ada cucu lebih bermakna kerana dikira ahli keluarga baru. Kehadirannya juga hampir dengan Konsert Exists Resolusi dan Pilihan Raya Umum. Mungkin ini satu tuah untuk saya teruskan karier dalam nyanyian dan bidang lain,” luahnya dengan penuh harapan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.