Kemesraan Adelia bersama patti yang merupakan pengasuhnya berbangsa India sememangnya mencuri perhatian ramai semenjak videonya tular beberapa hari yang lalu.
Gelagatnya yang manja bersama patti sehingga ‘menyingkirkan’ ibunya buat ramai yang terhibur dan kagum dengan cara patti ini melayan anak kecil walaupun berbeza bangsa.
Sampaikan nak patti juga sapukan bedak di mukanya. Bila tengok gambar yang di muatnaik oleh ibunya, teringat pada nenek sendiri. Memang macam tepung gomak kalau nenek-nenek yang sapukan bedak tapi itulah kenangan terindah yang diingati sehinnga kini.
Jadi dari situ kita boleh nilaikan bahawa patti memang menjaga Adelia seperti cucunya sendiri. Sebab itulah Adelia tidak mahu berenggang dengannya.
“bertepung kau nakk patti sapu bedak.. jangan besar nanti abang ngn kakak nyakat kata adelia anak pungut ,ibu ambil dari orang india sudah😂🤣xpe adelia..surat beranak bukti adelia anak ibu, tapi adelia tetap cucu patti even xde pertalian darah❤️”
Mungkin ramai yang nak tahu, bagaimana bermulanya episod ini. Menurut cerita ibunya, Syahirah Khalid di akaun Tiktok miliknya bahawa dia menyewa di sebuah pangsapuri yang terletak di George Town manakalan suaminya menetap di Manjung, Perak.
Adelia mempunyai 3 orang adik beradik yang lain dan dia merupakan yang bongsu. Abang dan kakaknya dijaga oleh bapanya di Manjung, hanya dia yang tinggal bersama ibunya.
Patti merupakan jiran mereka dan patti sendiri yang menawarkan diri untuk menjaga Adelia.
Ads
Alhamdullilah, Adelia beruntung kerana mendapat nenek angkat seperti patti. Walaupun berlainan bangsa namun tetap menjaganya seperti cucu sendiri.
Lihat keletah Adelia bersama patti memang sangat menghiburkan. Semoga ikatan ini mengeratkan ukhwah sesama insan. Nanti kalau ibu Adelia dapat tukar tempat kerja, patti pula yang kesunyian.
Inilah baru dinamakan #KeluargaMalaysia
Terbaharu di akaun Tikok ibu Adelia @araa_vaniella memuatnaik video terbaharu dengan kapsyen ‘maybe adelia ingat ibu yang babysitter adelia ni’. Sabarlah ya.
Selepas hampir dua bulan menerima rawatan di hospital akibat kekurangan oksigen dalam badan, ibu kepada penyanyi Syamel, Wan Faaizah Karim, 55, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta.
“Allah lebih menyayangi umi. Umi saya, Wan Faaizah Karim telah kembali menghadap pencipta-Nya pada jam 10.09 malam tadi.
“Ya Allah, ampunkanlah dosa umi ku. Kau perlihatkanlah syurga buat umi. Kau jadikanlah kuburnya seperti taman syurga. Kau terimalah segala amal baiknya di dunia ini untuk dijadikan teman di alam sana.
“Kau terangilah cahaya di dalam kuburnya, sesungguhnya umi ku pergi meninggalkan seribu satu ajaran padaku yang akan aku amalkan hingga akhir hayat.
“Doakan urusan umi saya dipermudahkan. Terima kasih kerana mendoakan umi saya selama ini,” katanya.
Sebelum ini, Syamel melahirkan rasa bimbang dengan keadaan kesihatan ibunya apabila terpaksa ditidurkan akibat kekurangan oksigen di dalam badan.
Dalam masa sama, Syamel menafikan ibunya dijangkiti Covid-19 dan tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang serius dan ini pertama kali dia dimasukkan ke wad sepanjang kehidupannya.
Al-Fatihah buat Wan Faaizah Karim, semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Salam takziah buat Syamel dan keluarga. Moga tabah dengan dugaan ini.
sumber: Harian Metro & Syamel
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Meskipun ini bukan kehamilan pertama buatnya, namun ia sesuatu yang cukup indah buat Rosmani Abdullah, 45 dan pasangan, Faizol Anizam Saad. Apatah lagi, pasangan ini yang masing-masing berjodohan setelah perkahwinan terdahulu tidak berjaya. Justeru, kehadiran si kecil ini adalah zuriat pertama hasil perkongsian hidup berdua setelah hampir tiga tahun hidup bersama.
Biapun sedar akan risiko hamil di lewat usia, namun Rosmani menyerahkan semuanya kepada Yang Maha Esa kerana rezeki yang hadir jua datangnya dari Allah SWT. Kehamilan kali ini tidak seperti terdahulu. Kalau dahulu setiap kali hamil pasti alahan yang dialami agak teruk, tapi kali ini bagaikan semuanya dipermudahkan. Rasa syukur itu hadir buat ibu kepada lapan orang cahaya mata ini.
Usia kandungan 7 bulan bermasalah
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selepas berpindah ke rumah sewa baru yang terletak di Puchong, Selangor, Rosmani membuat pemeriksaan berkala untuk ibu hamil di klinik kesihatan berdekatan.
Ketika itu usia kandungan sudah mencapai tujuh bulan. Setelah pemeriksaan dibuat, jururawat dan doktor bertugas menyatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan bayi yang dikandung. Lantas Rosmani dirujuk ke Hospital Shah Alam supaya dapat melakukan pemeriksaan menyeluruh.
Ternyata kehamilan kali ini tidak selancar yang disangka. Daripada imbasan yang dibuat janin dalam kandungan punya masalah kesihatan. Apa yang dimaklumkan oleh doktor, bayi yang bakal dilahirkan Rosmani akan mempunyai masalah jantung, bibir sumbing dan tangan tidak akan terbuka.
Reda dan kuat demi anak
Mendengar perkhabaran sedemikian rupa, hati ibu manalah yang tidak akan sedih dan sayu. Anak yang dikandung bakal lahir dengan segala macam penyakit yang serius, tapi Rosmani percaya dengan ketentuan Ilahi bahawa semua yang terjadi ada hikmahnya. Dia dan suami perlu reda dan kuat untuk bayi yang bakal dilahirkan kelak.
“Dapat berita hamil kali ini saya dan suami cukup gembira, maklumlah anak pertama untuk kami berdua setelah berkahwin tiga tahun yang lalu. Ini adalah perkahwinan kedua buat kami. Jadi keterujaannya agak lain. Sementelah pula setelah membuat imbasan anak yang bakal dilahirkan adalah anak perempuan. Untuk suami ini adalah anak perempuan pertama dalam hidupnya yang mempunyai dua orang anak lelaki sebelum ini. Saya sendiri sudah ada tujuh orang anak, lima perempuan dan dua lelaki.
“Awal kehamilan memang tiada apa masalah sehinggalah usia kandungan masuk lapan bulan. Bila saya buat pemeriksaan di klinik kesihatan, air ketuban banyak dan mereka minta saya untuk rujuk ke Hospital Shah Alam. Setelah dibuat pemeriksaan menyeluruh dengan kandungan saya, menurut doktor janin dalam perut ada masalah kesihatan.
“Hari yang dinanti bakal tiba. Saya dimasukkan ke hospital lebih awal dari tarikh jangkaan kerana masalah kandungan. Tiga kali saya induce tapi masih lagi tiada tanda-tanda untuk bersalin. Doktor beri kata dua jika masih tidak bersalin saya akan bersalin melalui kaedah pembedahan.
“Pada mulanya saya enggan tapi memandangkan risiko yang bakal saya dan anak yang akan dilahirkan saya pasrah dengan saranan doktor berikan. Tak putus saya berdoa dan positifkan diri, akhirnya alhamdullilah saya lahirkan bayi kami dengan keadah bersalin normal,” ujar Rosmini.
Lebih 2 Bulan Ditahan Di NICU
Tanggal 13 Mac 2019 lahirlah seorang bayi perempuan yang diberi nama Aulia Ayesya. Syukur tidak semua yang doktor jangkakan berlaku, Aulia dilahirkan dengan masalah jantung berlubang, injap paru-paru bocor dan juga klef bibir dan lelangit. Walaupun begitu, tidak tegar rasanya melihat anak yang sekecil itu terpaksa menanggung sakit yang begitu serius. Namun sudah dari awal ibunya bersedia dan reda dengan apa yang berlaku.
Dengan keadaan sebegitu, sejurus dilahirkan, Aulia ditahan di Neonatal Intensive Care Unit (NICU) selama dua bulan setengah untuk dipantau tahap kesihatannya sebelum dibenarkan pulang.
“Selepas dilahirkan lama juga Aulia berada di NICU, lebih kurang dua bulan lebih. Sepanjang tempoh tersebut saya memang berulang alik ke hospital untuk menjenguknya setiap hari. Ketika musim perayaan hari itu, Aulia dibenarkan balik ke rumah. Ahli keluarga di kampung ramai yang ingin melihat saya dan bayi, melihatkan keadaan Aulia yang sudah agak kuat, saya tawakal kepada Allah dan bawa Aulia pulang ke kampung yang terletak di Kelantan.
“Ketika di kampung, kesihatan Aulia agak merosot kerana tiubnya yang tercabut dan saya perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sebaik sahaja sampai ke rumah di Puchong , keesokkan harinya saya bawa Aulia ke Hospital Shah Alam. Sekali lagi Aulia ditahan dan sehingga sekarang kesihatan Aulia tidak stabil dan masih di rawat di hospital.
“Sejak dimasukkan ke hospital pada Jun lalu sehingga kini saya berulang alik ke hospital setiap hari. Keadaan dia memang tak stabil. Sekejap dia demam, sekejap dia ok. Begitulah keadaan Aulia. walaupun begitu, perkembangannya seperti juga bayi yang lain, dia tetap respon bila diagah dan diajak bercakap. Suka bila orang melayan dia bercakap. Kadang memang tak sampai hati melihat anak sekecil itu penuh dengan wayar dan dicucuk sana sini. Hanya doa dan harapan yang saya ada untuk melihat anak saya Aulia sihat seperti kanak-kanak yang lain,” ujar Rosmani lagi.
3 bulan ulang alik ke hospital
Sejak bulan Jun yang lalu, si kecil Aulia berada di wad. Benarlah demi kasih sayang kepada seorang anak, ibu dan ayah sanggup lakukan apa sahaja. Selama itulah Rosmani dan suami berulang alik ke hospital yang kini sudah masuk hampir tiga bulan. pastinya banyak kos yang diperlukan buat menanggung bukan sahaja kos rawatan, kos susu malah kos pengangkutan dan juga lain-lain.
Akur dengan dugaan yang menimpa, kepada Allah tempat keduanya memohon segala kesulitan. Reda dan pasrah dengan qada dan qadar yang telah ditetapkan untuk mereka berdua. Hanya doa dan usaha serta tawakal yang menguatkan mereka berdua bagi membesarkan si kecil yang menderita dengan penyakit yang tiada kesudahan ini.
“Dengan keadaan anak yang begini memang memerlukan semangat yang kuat dari saya dan suami. Apa yang kami lakukan adalah memohon kepada Yang Maha Kuasa agar terus permudahkan urusan kami dan berikan kekuatan untuk menghadapi semua ini. Saya yakin akan ada keajaiban buat anak saya suatu hari nanti.
“Saya tak nafikan memang kos rawatan yang diperlukan untuk Aulia memang tinggi. Aulia bergantung kepada susu khas sebagai sumber makanan kerana keadaannya itu. Malah rawatan untuknya juga mencecah sehingga hampir RM4,000 setiap bulan. Dengan saya yang tidak bekerja dan suami hanya bekerja sendiri sebagai pemandu teksi, itu semua kadang merungsingkan saya.
Pembedahan jantung Oktober
“Tak lama Aulia akan berusia enam bulan, kos rawatan juga akan bertambah. Bukan tiada bantuan yang saya dapat, bantuan daripada kariah surau tempat saya tinggal, Zakat dan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sedikit sebanyak dapat ringankan perbelanjaan untuk Aulia. Tapi ya lah dengan pendapatan suami yang tak menentu dan kos rawatan yang semakin bertambah.
“Dengan masalah jantung berlubang, kini Aulia sedang menunggu pembedahan jantung yang bakal dilakukan pada Oktober nanti. Walaupun ia memerlukan kos yang banyak, tapi saya percaya pasti ada rezeki untuk Aulia. Jika ada yang sudi untuk membantu memang saya alu-alukan, paling tidak pun doakan kesihatan Aulia dan semoga Allah permudahkan pembedahan dan urusan rawatan yang bakal dilaluinya nanti. Doa saya juga anak saya akan sihat seperti kanak-kanak lain,” ujarnya penuh harapan.
Bagi yang ingin membantu dan meringankan beban keluarga Rosmani dan anaknya Aulia bolehlah menyalurkan bantuan ke akaun CIMB Rosmani Abdullah bernombor 7612948217 atau Bank Simpanan Nasional bernombor 0320029838526355.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sangka, wajah kacak yang sentiasa menguntumkan senyuman ketika di khalayak ramai ini sebenarnya menyimpan kesedihan yang dihadapi beberapa tahun lalu.
Penyanyi Indonesia, Cakra Khan mendedahkan dia pernah melalui titik terendah dalam hidup ketika negara dilanda pandemik Covid-19.
Menurutnya, dia berdepan dugaan kehilangan ayah tercinta, Hermana pada 21 Ogos 2020 akibat sakit strok dia sempat menjaga arwah ayahnya yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Sebetulnya waktu Covid, banyak hal yang terjadi… waktu itu la my lowest point (titik terendah) sebab saya kehilangan ayah dan juga kawan. Banyak kejadian yang tidak diduga.
“Waktu ayah sakit, saya ada menemaninya di rumah sakit (hospital) tapi ada satu hari itu, saya mahu berangkat (pergi) ke undangan nyanyian, saya dapat tahu keadaan kesihatan ayah tiba-tiba merosot.
“Jadi, saya patah balik, batalkan show dan bila sampai di hospital, ayah sudah meninggal dunia. Ketika itu, saya benar-benar melalui the worst feeling,” katanya.
Penyanyi berumur 30 tahun ini ditemui ketika sidang media Konsert A Decade: Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2023 di Shook! JW Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ditanya sama ada pernah terfikir untuk berhenti dari dunia hiburan, pemilik nama Cakra Konta Paryaman menjawab tidak. Jelasnya, momen perit itu membuatkan dia meletakkan ibu dan keluarga sebagai keutamaan nombor satu.
“Untuk meninggalkan dunia hiburan itu tidak la, tapi waktu itu, buat saya terfikir untuk meluangkan masa sebanyak yang mungkin dengan family. Cara saya mengubat hati, saya balik ke keluarga.
“Saya balik ke rumah ibu dan luangkan masa bersama. Ia sangat membantu dan Alhamdulillah saya boleh mula fokus semula. Walaupun sibuk macam mana pun, saya akan tetap meluangkan masa dengan keluarga.
“Kalau dulu, saya tengah ada kerja ibu telefon, saya akan biarkan dahulu. Tapi sekarang, walaupun saya tengah sibuk di acara, ibu telefon saya akan terus angkat,” tambahnya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Kekasih Bayangan akan membuat satu segmen tribute khas untuk arwah ayah ketika konsert pada 20 Januari 2023.
“Banyak benda yang saya menyesal sebab ayah yang banyak memberi sumbangan dalam setiap karya saya. Dia yang mendorong saya untuk menjadi seorang penyanyi. Jadi, di konsert nanti akan ada tribute untuk ayah,” jelasnya.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.