Daun kari salah satu bahan penting untuk kegunaan dalam masakan. Baik untuk membuat kari, goreng ayam dan sebagainya. Selain berbau harum, daun kari ni banyak khasiatnya. Malah, daun kari juga boleh bantu mengatasi masalah rambut gugur.
Tapi agak leceh kan bila beli di pasar, adakalanya daun ini tak boleh tahan lama, nak guna bukan banyak pun.
Jadi, kalau ibu-ibu rajin nak tanam sendiri, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh puan Syamimah Binti Ismail ini. Selamat mencuba!
Ads
Tip Tanam Pokok Kari Mesti ada antara sahabat-sahabat yang tanam pokok daun kari untuk menyedapkan masakan betul tak? Tanam sepokok je dah cukup.
Ads
Salah satu tips kalau nak tanam pokok daun kari ialah potong pucuknya. Nak tau kenapa? Tujuannya :- 1. Bagi mengelakkan pokok daun kari meninggi macam pokok tebu. 2. Bila dah potong pucuk, pokok daun kari akan merimbun ala-ala bonsai.
Ads
Tak percaya? Tengok la gambar dibawah. Pokok daun kari yang kami tanam.
Gagal menurunkan berat badan dalam tempoh berpantang antara yang ditakuti oleh semua wanita yang baru melahirkan anak. Maklumlah bimbang berat kekal dan tidak dapat mencapai berat berat lama.
Masalah kedua terbesar pastinya perut yang tidak mahu rata seperti zaman anak dara. Perut yang buncit dan menggelebeh selepas bersalin buat hati rasa tak tenang. Mengamalkan diet berkala dan amalan mengambil minuman berdetoks bagi membuang toksin adalah langkah bijak mengempiskan perut.
Jika anda tergolong dalam ibu-ibu yang gemar berdiet, syabar diucapkan. Tapi bila diet seringkali gagal ada baiknya anda cuba petua yang disarankan oleh Farah Addyan di facebooknya ini.
Petua kempis perus dan buang angin yang dikongsikan olehnya ini menarik untuk kita cuba. Nampak mudah.
Jamu Tradisional Dari Dapur
Saya nak kongsi satu jamu yang mudah disediakan. Bahan-bahannya pula boleh dapat dari dapur sahaja. Paling penting murah, jimat dan berkesan. Inshaallah yang penting konsisten amalkannya.
Saya baru 55 hari lepas bpantang anak ke-7 dan hampir 2 tahun amalkannya sejak melahirkan anak ke-6. Alhamdulillah serasi dan sangat baik untuk ibu-ibu ketika atau selepas berpantang.
Bahan-bahan:
Halba
Lada hitam
Habatussauda
Manjakani
Bawang putih
Halia
Kunyit
Caranya:
1. Sangai kering kesemua bahan.
2. Sangai bawang putih hingga masak.
3. Satukan kesemua bahan dan kisar dengan sedikit minyak hingga sebati.
4. Gentelkan bulat-bulat seperti maajun.
Amalkan jamu maajun ini setiap pagi sebelum makan dan malam, sebelum tidur.
Jamu ini selain memanaskan badan ibu yang ketika dalam pantang, baik juga untuk membuang angin dan mengecutkan peranakan. Paling
penting dapat kempiskan perut dan atasi masalah sakit badan serta kebas-kebas kaki.
Saban hari kita mendengar atau membaca perkongsian keluarga yang susah, hilang pekerjaan, terputus bekalan makanan, rumah sewa tidak bayar sudah berbulan dan pelbagai kesusahan yang dialami masyarakat. Siapa duga kemelut pandemik ini memberi kesan kepada ratusan ribu rakyat Malaysia.
Setelah arahan ketat mengenai SOP yang melarang berniaga dan sebagainya, ada yang hilang punca pendapatan harian. Jika sebelum ini hasil jualan harian dapat menampung perbelanjaan keluarga, namun sebaliknya sejak larangan daripada pihak berkuasa.
Tidak perlu menunding jari siapa salah atau betul, semua ini berlaku diluar kawalan semua manusia. Jadi inilah masa untuk membantu mereka yang terkesan.
Sejak kempen kibar bendera putih tular, telah banyak pihak NGO berjaya membantu golongan yang memerlukan.
Sebagaimana perkongsian aktivis masyarakat ini meruntun jiwa apabila secara tidak sengaja melihat seorang kanak-kanak memanjat bumbung rumah flat untuk kibarkan bendera putih. Dapat dilihat aksi berbahaya itu dilakukan di luar tingkap
Apa yang menyedihkan keluarga itu telah terputus bekalan makan sejak tidak dapat berniaga. Pastinya kewangan susut setelah sekian lama duduk di rumah.
Menurut perkongsian wanita ini, pengguna TikTok dikenali sebagai @salwaaidin yang telah memuat naik video yang dirakam tanpa sengaja di kawasan pangsapuri PPR.
Menurutnya, kanak-kanak tersebut tinggal bersama nenek dan adiknya yang masih kecil.
Bil air, elektrik dan sewa rumah juga sudah berbulan tidak mampu dibayar, manakala bekalan makanan sudah terputus. Mujur dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) memberikan sumbangan kepada mereka sedikit melegakan keluarga kecil ini.
Makan nasi kalau tak ada sambal memang kurang terasa padunya. Lebih-lebih lagi kalau yang memang kuat makan pedas, cili padi pun boleh dijadikan ulam. Hal ini bukanlah menjadi perkara pelik.
Dalam bercerita tentang penyediaan sambal, umumnya selain rasa pedas yang diingini oleh penggemarnya, perlu juga beringat tentang bahaya memakan biji cili tersebut. Biarpun ramai sudah maklum makan biji cili adalah sangat tidak baik untuk kesihatan dan memudaratkan.
Oleh itu, bagi ibu-ibu yang ingin menyediakan hidangan berasaskan sambal, bolehlah praktiskan cara ini untuk mengasingkan biji cili tersebut dengan cara yang lebih mudah. Malah dengan cara ini juga dapat mengurangkan daripada tangan menjadi pijar terkena cili.
Nak tahu caranya, jom semak.
Petua hilangkan biji cili kering
Gunting-gunting dulu, masukkan dalam plastik, pastu goncang-goncang sambil joget pun boleh, hasilnya sila rujuk gambar, hampir semua biji cili kering tanggal.
Selapas itu,bolehlah rendam, siapa yang dah biasa rebus tu rebus la.
Ni cara saya, kalau korang dah biasa guna cara sendiri, teruskan saja, Saya selalu guna cara ni, almaklum la tangan saya ni cepat pijar.
Selamat mencuba.
sumber : Nana Sabrina Sarsan via MAHN
Ini pula perkongsian daripada Aida Hirdayati berkenaan tip jika tangan terasa pijar selepas membersihkan biji cili tersebut. Ini perkongsiannya;
Tadi nak buat sambal bilis pijar-pijar tangan la pula. Ida kongsikan cara nak hilangkan pijar terkena cili.
Ada beberapa petua mudah yang boleh hilangkan pijar tangan dengan cepat dan mudah menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah dijumpai di dapur anda.
1. Lumurkan jari dengan gula atau garam – Cara yang paling mudah untuk hilangkan pijar tangan adalah dengan melumurkan jari jemari dan tangan anda dengan gula atau garam. Biarkan seketika kemudian barulah bilas dengan air. Atau anda boleh ambil sebekas air dan letakkan sedikit garam atau gula. Rendamkan tangan anda ke dalam bekas itu sambil menggosok kedua-dua belah tangan untuk beberapa minit sehingga hilang rasa pijar.
2. Masukkan tangan ke dalam tong beras – Nak hilangkan rasa pijar tangan dengan cepat, masukkan tangan anda ke dalam bekas berisi besar. Tetapi pastikan tangan anda bersih dan kering. Jangan masukkan tangan yang masih basah, nanti rosak pula beras dalam tong tersebut.
Satu cara lain adalah dengan menggenggam sedikit beras dan gosokkan ke seluruh bahagian tangan yang rasa pijar, selepas tu bilas tangan macam biasa.
3. Sapu jari atau tangan dengan susu – Kalau anda suka simpan susu pekat atau susu cair dalam peti sejuk, ia boleh juga dijadikan penawar pijar tangan. Hanya ambil sedikit susu dan gosokkan pada bahagian jari yang pijar. Sedikit demi sedikit, rasa pijar itu akan hilang.
Selain tiga petua hilangkan pijar tangan ini, ada beberapa cara lain yang boleh anda cuba, antaranya dengan menyapu minyak masak pada bahagian tangan yang rasa pedih. Selepas itu lap dengan tisu atau cuci dengan air bersih. Kalau ada hampas kelapa, anda boleh ramaskan pada seluruh jari dan tangan yang rasa pedih dan cuci bersih selepas itu.
Dua lagi tips hilangkan pijar tangan yang mungkin anda tidak tahu sebelum ini adalah dengan menggosok tangan pada keluli seperti pada sinki atau gosok dengan sudu. Menggosok tangan pada keluli juga dapat menghilangkan bau masakkan yang terletak pada tangan. Ataupun anda boleh ambil sedikit asam jawa dan campurkan dengan air. Kemudian rendamkan tangan anda dalam air asam jawa itu untuk menyejukkan rasa pedih pada tangan anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.