Pelakon dan usahawan, Tya Arifin berkongsi realiti kehidupannya sebagai ibu kepada tiga cahaya mata ketika menguruskan anak-anak lebih-lebih pagi pada hari pertama sesi persekolahan tahun ini yang bermula semalam.
Menerusi perkongsian Tya, katanya sejak awal pagi lagi dia sudah mula menguruskan pelbagai hal terutama menyiapkan anaknya sulungnya, Arif Jiwa Asyraf untuk memasuki sesi persekolahan baharu.
“Baby Aghnia menyusu, tukar lampin dan saya tidur jam 2.30pagi.
“Disebabkan hari ini, hari persekolahan yang pertama, saya mesti kena hantar Arif yang dah darjah dua.
“Realiti sebenar seorang ibu kan, tak cukup tidur, mata panda, tak sempat mekap, sarapan pun terlupa dan siapakan kelengkapan anak sekolah,” ujarnya berkongsi.
Ads
Tambah Tya dia juga begitu mengagumi ibu-ibu yang menguruskan anak sendirian tanpa pembantu. Bukan satu hal yang mudah untuk melengkapkan hari itu kata Tya.
Bercerita lanjut, Tya berkata para ibu tidak menceritakan kepenatannya namun tersimpan seribu satu rasa yang ramai tidak tahu.
Ads
“Masya-Allah semenjak ada tiga anak ni, makin besar rasa kagum pada ibu ibu yang Tya jumpa.
“Kerana, di sebalik muka mereka, mesti menyimpan sejuta penat yang tak semua tahu,” ujarnya lagi.
Untuk info, sesi akademik 2025/2026 telah bermula pada 17 Februari dan cuti sesi akhir akademik bermula pada 20 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026.
Berbakti kepada ibu bapa sememangnya impian bagi setiap anak-anak. Apatah lagi jika mampu menghadiahkan sebuah rumah khas buat mereka, tak tergambar perasaan mereka dapat merasai nikmat tersebut yang mungkin mereka idam selama ini.
Namun, lain pula yang jadi kepada penyanyi, Mark Adam apabila kontraktor yang dipertanggungjawab untuk membina rumah baharu untuk ibu bapa mentuanya melarikan diri.
Menurut Mark, kerja-kerja pembinaan rumah tersebut dibiarkan terbengkalai tanpa pengetahuannya biarpun sebelum ini dia memberikan kerjasama yang baik kepada kontraktor berkenaan termasuk membuat pembayaran penuh.
“Baru-baru ini saya buat rumah untuk mak dan ayah mentua saya, tapi ada masalah dengan kontraktor. Sudah tujuh bulan pembinaan dilakukan, namun sehingga sekarang masih belum disiapkan.
“Saya sudah buat pembayaran penuh, tetapi mereka minta lagi bayaran tambahan sebanyak RM60,000 hingga RM80,000 walaupun struktur rumah pun belum siap lagi,” ujarnya menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya pada Sabtu.
Dalam masa sama, pelantun lagu Marry Me itu turut terkilan kerana tidak dapat menunaikan janji untuk membawa ibu bapa mentuanya berpindah ke rumah tersebut menjelang sambutan Aidilfitri pada April depan.
“Sekarang ini macamana, hari raya dah tak lama lagi. Mak dan bapa mentua berharap untuk pindah sebelum raya. Saya sudah cuba buat yang terbaik, tapi ini pula yang berlaku.
“Bagaimanapun saya sudah membuat laporan polis dan kita tengok apa macamana nanti,” katanya.
Tidak hanya itu, Mark berkata, dia terpaksa menukar kunci rumah kerana kontraktor terbabit tidak memberikannya salinan kunci sekali gus menidakkan dia untuk masuk ke rumah tersebut.
“Sekarang saya sudah tukar kunci kerana mereka mengunci rumah itu dan tak bagi saya kunci. Bayangkan tuan rumah tak boleh masuk rumahnya sendiri.
“Saya ada hak untuk masuk dan tengok keadaan rumah. Bagaimanapun, kita tengok apa mereka akan buat selepas (laporan polis) ini,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cinta tidak mengenal usia dan sesiapa pun layak untuk memilikinya. Penyanyi otai era 70an, Salamiah Hassan yang juga ibu kepada penyanyi Atilia baru-baru ini kembali bergelar isteri pada usia 71 tahun selepas melangsungkan pernikahan dengan lelaki Inggeris yang dikenali sebagai Gerald Hughes yang berasal dari Australia.
“Kita menerima saudara baru pagi ini, Gerald Hughes Alhamdulilah! And my mother, love of our lives found her happiness too. Couldn’t be there with u today mama but so happy we managed to join in online. Cant wait to hug u both! Yay we are famiglia now! Alhamdulilah. Im so happy eeeeeeep!
“Mama & Gerry Sept 1st 2022 – Jannah!” demikianlah tulis penyanyi Atilia Haron yang meluahkan rasa syukur apabila ibunya yang juga penyanyi, Salamiah Hassan selamat bergelar isteri semula pada usia 71 tahun selepas melangsungkan pernikahan dengan jejaka Inggeris dikenali sebagai Gerald Hughes yang berasal dari Australia.
Atilia yang berkongsi berita gembira tersebut itu memuat naik sebuah video di mana dia menyaksikan majlis pernikahan ibunya secara atas talian. Atilia dalam masa sama memberitahu dia berasa gembira dan bersyukur apabila ibu tersayang bertemu dengan kebahagiaannya.
Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Tasmania, Australia pada pagi Khamis. Gerald atau mesra disapa Gerry sah bergelar suami kepada penyanyi lagu ‘Gelombang’ itu dengan sekali lafaz selain memberi mas kahwin sebanyak RM320 kepada Salamiah.
Dalam satu sesi video di laman Instagram, Salamiah memberitahu dia sudah mengenali Gerry sejak 15 tahun lalu. Penyanyi itu juga dilaporkan akan terus menetap di Australia selepas ini. Sebelum disatukan sebagai suami-isteri, Gerald terlebih dahulu melafazkan syahadah dan memeluk agama Islam.
Untuk makluman, Salamiah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Raja Haron Raja Aziz dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raja Ahmad Shah dan Raja Atilia.
Biarpun sudah pulang ke tanah air dengan selamat dan menunjukkan perkembangan yang baik setiap hari, namun jelas ayah kepada Ainul Mardhiah, anaknya itu masih perlu dipantau dan dibawa bertemu doktor untuk rawatan susulan.
Dalam masa yang sama, Ahm,ad Safiuddin turut menyimpan hasrat untuk membawa Ainul menunaikan umrah sebaik anaknya itu sembuh sepenuhnya kelak.
Hanya hasrat dan impian kami. InshaAllah, jika Allah swt izin dan Ainul sihat dan doktor sahkan ainul 100% sihat dan selamat, maka kami akan pergi ke sana.
Tapi bukan lah dalam masa terdekat ataupun tahun ini. Keutamaan sekarang adalah Ainul Mardhiah. Walaupun ainul sudah balik, tapi ainul perlu sering ke hospital untuk rawatan susulan ( Follow up ).
Masih banyak lagi perkara yang ainul perlu tempuhi. Ya, jauh lagi jalan ainul ini tuan/puan. Bukan selesai pembedahan, terus habis segala rawatan. Tapi ada lagi beberapa perkara yang ainul perlu jalani selepas ini.
Alhamdulillah, ainul kekal sihat sehingga hari ini. Hasil doa dan kata semangat dari tuan/puan semua. .
Maaf lama tidak update di dinding Facebook ni. Jika ada antara tuan/puan yang pernah tinggal di hospital dalam jangka masa yang panjang, mungkin tuan/puan tahu betapa blurnya diri ini 😅 Bila duduk hospital, tak boleh nak fikir apa-apa. .
Saya dan isteri doakan tuan/puan semua dirahmati olehNya, dipermudahkan urusan, dilipatgandakan rezeki dan diberi kebahagiaan dunia akhirat. Amin!
Menerusi laporan terbaru Harian Metro, keluarga ini sudah pulang ke kediaman mereka di Rumah Awam Ayer Molek, Melaka. Ainul Mardhiah, 13 bulan, sebelum menghidap kanser Germ Cell Tumor terbang ke London pada 25 Mei lalu dan berada di sana selama dua bulan bagi menjalani pembedahan dan mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang apabila menunjukkan perubahan positif.
Sebaik tiba di tanah air pada 28 Julai lalu, Ainul ditempatkan terlebih dahulu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemantauan.
Nurul Erwani berkata, dia dan suami Ahmad Safiuddin Razak, 24, amat bersyukur dan gembira apabila mereka sekeluarga selamat pulang ke rumah sendiri selepas beberapa kali menempuh detik mencemaskan sepanjang anaknya itu menerima rawatan.
Katanya, sebelum dibenarkan pulang ke rumah semalam, Ainul terlebih dahulu dipantau di Hospital Melaka untuk tempoh satu malam.
“Alhamdulillah, semalam dia tidur lena dan hari ini aktif bermain. Akhirnya kami dapat balik rumah, empat bulan di hospital pelbagai detik dan situasi dilalui. Semestinya saat ini dinantikan.
“Pada awalnya Ainul agak pelik, pandang kiri dan kanan, tetapi tidak lama selepas itu dia dapat merasai suasana di dalam rumah. Dia bagaikan mengerti apabila dapat duduk di katilnya sendiri dengan reaksi tersenyum-senyum,” kata Nurul Erwani menceritakan gelagat anak kesayangannya itu.
Menurut Nurul Erwani lagi, walaupun sudah dibenarkan pulang, Ainul perlu membuat beberapa rawatan susulan setiap bulan bagi memantau tahap kesihatannya selain menjalani fisioterapi.
Katanya, walaupun pembesaran dan pergerakan anaknya tidak seperti bayi seusia lain, banyak perubahan ditunjukkan Ainul yang semakin hari kian aktif.
“Kalau boleh kami tidak mahu paksa sangat biarlah dia buat apa yang boleh seperti sekarang.
“Sekarang ini dia sudah pandai pusing badannya sendiri, kenal mainan dan menunjukkan reaksi apabila kita mengambil mainan dipegangnya,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Safiuddin berkata, walaupun tahap kesihatan dan perkembangan anaknya itu menunjukkan perubahan positif, Ainul perlu memakai alat sokongan pernafasan.
Menurutnya, atas nasihat doktor Ainul perlu dikuarantinkan di rumah kecuali untuk ke hospital memandangkan sistem imunisasinya tidak kuat selain mudah terkena jangkitan.
“Kami tidak menghalang jika ada yang ingin datang menjenguk Ainul, sebaliknya saya amat berharap agar tidak memegangnya.
“Setiap kali mahu menyentuhnya, kami agak bimbang kerana risau Ainul akan dijangkiti kuman,” katanya lagi.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.