Saat rakan-rakan seusianya bermain dan bergembira dengan rakan-rakan seangkatan, dia sudah bekerja di pasar. Semuanya demi mencari rezeki yang halal buat keluarga. Di bahunya sudah diletakkan tanggung jawab untuk membantu keluarga. Tiada rasa keluh kesah, jauh sekali merungut. Itulah pengorbanan seorang anak. Sesiapa berkunjung ke Pasar Lahad Datu bolehlah mendapatkan khidmatnya atau memberikan sebarang bentuk bantuan untuk anak ini. Dia bekerja di awal usia untuk mencari rezeki halal.
Kisah anak berusia 10 tahun ini dikongsikan oleh saudara Edlee Al-Aswad Black menerusi laman facebooknya.
Ads
AKU BUDAK PASAR
Namaku Amat. Aku berusia 10 tahun. Tidak bersekolah tapi aku belajar melalui pengalaman. Seawal usiaku, aku sudah memerah keringat mencari rezeki yang halal buat diri dan keluargaku.
Di hari minggu ini, sewaktu kanak-kanak lain yang seusia denganku berlibur dengan keluarga masing-masing, aku pula kesana kemari menawarkan perkhidmatan mengangkat barang di Pasar Lahad Datu. Dengan beban yang dibawa aku tidak pernah mengeluh. Aku cuma berpeluh. Aku tidak menetapkan kadar bayaran, terserah pada ihsan pelanggan, mereka yang menentukan. Aku hanya memudahkan urusan mereka dan berharap Allah memudahkan urusanku pula. Aku redha dan pasrah, yang penting aku tidak melakukan kerja salah.
Perjalanan hidup ku tampak kabur dan kelam.
Ads
Namun selagi aku mampu dan terdaya, aku tidak akan berhenti berusaha dan memasang impian. Rezeki itu milik Tuhan dan DIA tidak pernah mengabaikan mereka yang tekun, gigih dan sabar. Inilah secebis kisah Aku Budak Pasar. Semoga kita sama-sama mendapat hikmah, pengajaran dan iktibar. InshaAllah…
Ads
#lahaddatukini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjaga hubungan silaturrahim dengan adik beradik kita sebenarnya bukanlah satu hal yang boleh diperlekehkan. Besar tanggungjawabnya menjaga hubungan silaturrahim dengan adik beradik kita, lebih-lebih lagi bila mana ibu dan ayah sudah tiada lagi.
Abang atau kakak sulunglah yang perlu mengambil peranan ini sebaiknya. Ibarat menjadi ketua nahkoda untuk membawa satu pelayaran ke syurga. Penting ni.
Pun begitu ada sebahagian daripada kita selalu mengendahkan hal adik beradik ini. Selalu terlepas pandang dan selalu tidak mahu ambil bahagian. Hanya pentingkan hal sendiri daripada mengambil kisah adik beradik lain.
Ada baiknya dengar perkongsian oleh Ustaz Iqbal Zain ini mengenai adik beradik ini. Banyak benarlah dalam cerita dan hadis yang dikongsikan.
ADIK BERADIK: AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS
Ini adalah peringatan buat adik beradik untuk menjaga hubungan silaturrahim ….
Diceritakan AlHajjaj pernah menangkap dan memenjarakan 3 org penjenayah. Lalu dijatuhkan hukuman bunuh ke atas mereka bertiga. Sebaik-sahaja ketiga-tiga penjenayah itu dibawa ke hadapan tukang pancung, alHajjaj terlihat seorang wanita cantik menangis teresak-esak.
Kata alHajjaj: “Bawakan wanita itu ke mari.” Wanita itupun dibawa ke hadapan alHajjaj.
Kata alHajjaj: “Apa yg menyebabkan kamu menangis?”
Jawab wanita itu: “mereka bertiga yang engkau telah jatuhkan hukuman pancung itu, salah seorgnya adalah suamiku, seorang lagi saudara kandungku dan seorang lagi adalah anak, buah hatiku, bagaimana aku tidak menangis?”
Simpati dengan wanita tersebut, alHajjaj bersetuju untuk memberi kemaafan kepada salah seorang dari mereka bertiga yang lebih disayangi olehnya.
Kata alHajjaj: “pilihlah mana-mana salah seorang dari mereka bertiga untuk diberikan kemaafan.” AlHajjaj menyangka sudah tentu wanita tersebut akan memilih anaknya.
Suasana menjadi senyap seketika. Semua penglihatan tertumpu kepada wanita tersebut, siapakah yang akan dipilihnya untuk mendapat keampunan dan bebas dari hukuman pancung?
Tiba-tiba wanita itu bersuara memecahkan kesunyian, kata beliau:
“AKU MEMILIH SAUDARA KANDUNGKU.”
Terperanjat alHajjaj… dengan segera beliau bertanya kenapa kamu memilih saudaramu? Tidak yang lain?
Jawab wanita itu dengan bijaksana: “Adapun suami itu masih ada.” iaitulah suami boleh sahaja diperolehi dengan mengahwini lelaki yang lain.
Adapun anak, boleh sahaja dilahirkan lagi.
Manakala saudara kandung adalah suatu yg tidak mungkin diperolehi lagi, kerana mustahil untuk aku menghidupkan semula bapa dan ibuku.”
Al-Hajjaj berasa kagum dengan wanita tersebut lalu diberikan kemaafan kepada ketiga-tiga pesalah.
Pengajaran: Adik beradik kandung tiada gantinya. Biasanya kita tidak merasai nilai adik beradik kandung melainkan setelah mereka tiada. Justeru jagalah hubungan dengan mereka kerana ketiadaan mereka ini tiada GANTI nya lagi.
Kredit: Facebook Ustaz Iqbal Zain
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Usahawan dan juga selebriti terkenal, Neelofa kini sedang menjalani sesi fisioterapi sebagai persediaan kelahiran bayi sulungnya.
Perkongsian tersebut dimuatnaik sendiri isteri kesayangan PU Riz menerusi InstaStorynya. Sekali gus memberi bayangan tarikh kelahiran zuriat sulungnya bakal tiba tidak lama lagi.
“Saya kini dalam perjalanan untuk hadir ke sesi fisi0terapi yang dilakukan dua kali seminggu.
“Sudah hujung-hujung kan (bakal melahirkan). Semoga dapat membantu,” tulisnya lagi.
Difahamkan, senaman fisi0terapi sangat berguna bagi setiap wanita hamil dan membantu mengurangkan serta memperbaiki posisi badan selain mengurangkan sakit belakang serta keletihan sepanjang tempoh kehamilan.
Sebelum ini berita kehamilan bekas pengacara Meletop hasil perkahwinan bersama PU Haris Ismail hangat diperkatakan dalam media sosial.
Empunya diri bagaimanapun tidak mengeluarkan sebatang kenyataan. Namun berita tersebut sahih usai peguamnya mengumumkan perkara tersebut.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Mencipta kejayaan di dalam pembelajaran tentunya suatu kenangan yang manis, namun tidak dinafikan setiap kejayaan yang diperolehi punya cabaran dan dugaan yang tersendiri.
Apatah lagi andai dilahirkan di dalam keluarga yang serba kekurangan dan dalam masa yang sama diuji pula dengan kesihatan orang tua, pasti perjalanan hidup terasa begitu sukar.
Namun semua itu bukan halangan bagi anak kelahiran Muar, Neo Siew Rou, 19 untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat (AS) menjadi kenyataan selepas menerima tajaan Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP), berikutan memperoleh keputusan cemerlang – 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Memetik berita di myMetro, difahamkan Siew Rou yang berasal dari Muar, Johor tidak menyangka panggilan telefon yang diterima pada lewat petang itu akan mengubah hidupnya buat selama-lamanya.
“Kini saya boleh melanjutkan pelajaran tanpa risau yuran yang mahal mahupun perbelanjaan menyara diri kerana yuran ditanggung sepenuhnya dan dapat elaun juga,” kata Siew Rou yang merupakan seorang daripada 301 pelajar tajaan PESP di seluruh negara.
Sepanjang hidupnya, Siew Rou sentiasa percaya bahawa keadaan keluarganya yang serba kekurangan akan sentiasa membayanginya.
“Ayah sudah diberhentikan kerja ketika pandemik. Ibu pula menghidapi penyakit saraf otot atau Muscular Dystrophy yang tiada penawar. Mereka adalah pendorong semangat untuk saya berjaya,” luah Siew Rou yang melihat pendidikan sebagai satu-satunya jalan keluar.
Sewaktu menuntut di Sekolah Menengah Tun Dr Ismail (SMKTDI), Siew Rou sangat aktif menyertai aktiviti kokurikulum sehingga dinobatkan pelajar terbaik di sekolahnya.
“Saya mula berjinak dengan pengucapan awam bahasa Melayu sewaktu di tingkatan dua. Sebelum ini saya seorang yang agak introvert dan pengucapan awam dapat meningkatkan keyakinan diri saya.
“Saya tidak pernah menyangka dapat mengatasi kegugupan di atas pentas dan bercakap di hadapan ratusan orang, apatah lagi guru saya.” kata Siew Rou yang juga ketua pelajar serta Presiden Persatuan Bahasa Melayu sekolahnya.
Pencapaian paling membanggakan Siew Rou adalah apabila diumumkan satu-satunya pelajar di sekolahnya yang mencapai Kecemerlangan Tinggi (O Level) dalam Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia 2020 atau Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia (K3M) anjuran Institut Kimia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ia merupakan kuiz yang dilaksanakan di seluruh negara bertujuan menguji kefahaman kimia dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia.
Selain itu, beliau turut dianugerahkan Anugerah Nilam dan mewakili sekolahnya dalam pertandingan itu.
Memiliki kebolehan untuk memberikan tumpuan yang sepenuhnya bagi setiap perkara merupakan bakat semula jadi yang ada pada dirinya.
Ini dapat dilihat daripada kebolehannya mewarisi bapanya bermain Xiangqi dan Go – catur tradisional Cina. Beliau juga mendalami kesusasteraan tradisional Cina serta seni mempertahankan diri Wushu.
“Jika kita ingin belajar sesuatu, ia akan jadi mudah bila kita dapat fokus sepenuhnya,” katanya yang berasa sangat bertuah selepas berpeluang mendalami budaya yang semakin dilupakan ini.
Keupayaan untuk fokus di dalam kelas adalah kunci kejayaan Siew Rou.
“Sentiasa fokus dalam kelas dan dengar kata guru. Saya juga tidak suka memaksa diri untuk belajar dan menganggap proses pembelajaran adalah satu perkara yang menyeronokkan,” kata Siew Rou yang hanya menghabiskan dua jam sehari untuk belajar sebelum menyiapkan kerja rumahnya.
“Latar belakang atau keadaan kewangan keluarga bukan kriteria utama dalam menentukan masa depan kita. Bercakap melalui pengalaman, perkara yang biasanya membentuk kita bukan kesusahan itu sendiri, tetapi cara kita menanganinya,” kata Siew Rou.
Bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Stanford dalam bidang biokimia, Siew Rou kini mengikuti American Degree Transfer Program (ADP) di Taylor’s Lakeside Campus sebagai persediaan sebelum terbang ke AS pada Ogos tahun ini.
Sumber : myMetro
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!