Menikmati enaknya manisan Sagu Gula Melaka bersama keluarga tentu menyelerakan. Apatah lagi jika terhidang cantik sempurna.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Nur Aqilah Jufri malah turut berkongsi tip untuk pastikan sagu dapat dimasak sebiji-biji tidak melekat.
Ini perkongsiannya.
Resepi Sagu Gula Melaka
Ads
Bahan -bahan :-
Sagu
Pewarna
1 tin susu cair (pakai santan boleh, pakai susu segar pun boleh cume rasa lain-lain )
2 sudu gula Melaka
1 ketul gula merah
1 helai daun pandan (tak ada pun tak apa)
Secubit garam
1/2 air
Isi jagung (tak ada pun tak apa)
Ads
Cara – cara :-
1. Masak sagu sehingga kembang (jadi clear).
2. Cuci sagu dan letak pewarna & biarkan selama 20 minit & selepas tu cuci lalu bawah air paip je supaya susu tidak bewarna.
3.Untuk kuah, masukkan susu cair, air (saya sukat pakai tin susu cair tu juga), gula merah, gula Melaka, daun pandan, jagung & garam. Biarkan masak seketika.
4. Akhir sekali campurkan kuah susu & sagu tu.
Ads
*TIPS SAGU*
-Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang.
-Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur.
-Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.
-Cuci sagu pada air paip & masukkan ke dalam bekas berisi air paip supaya tidak melekat.
-Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak bewarna.
-Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis.
Tak sah kalau tidak singgah membeli setiap kali melalui kawasan yang menjual air. Tambah-tambah lagi air kesukaan anak-anak. Walaupun mungkin sedap, tetapi hati-hati kerana air yang dibuat diluar sana lebih manis.
Buat ibu-ibu yang ingin memikat hati anak-anak supaya tidak membeli air diluar, apa kata anda sediakan sendiri di rumah. Lebih mudah, jimat dan paling penting dapat dikawal terutama sekali penggunaan bahan pewarna mahupun gula di dalamnya.
Jom cuba AirSunquick Ala Vitagen yang dikongsikan oleh Saleha Maarof.
Selamat mencuba.
AIR SUNQUICK ALA VITAGEN ANAK TAK BEREBUT MINUM ?
Opss, nanti dulu. Kalau pun korang memang dah ramai yang tahu, sokay jee tau.
Sal kongsi resepi air sedap ni pada yang belum tahu keasyikkan air ni. lagi-lagi musim panas yang amat ni. Subhanallah terik kan.
Sekali sal try, anak anak kata, sedap nyaaa mama. Nak lagi nak lagi. Asben sal pun kata sedap laa. Eksaited laa sebab kita try jadi kan hehe.
Rasa pun best. Ikut citarasa tau kalau tak suka manis tu. Jangan kata air potong kaki lak. Terpotong bebetul nanti baru tau hehe.
Bahan bahan
Pati sunquick
Susu pekat
Air suam
Ais
Cara buat yang mudah.
1. Sediakan air suam suam je. Just nice tak panas tak sejuk untuk elakkan susu pecah.
2. Yang sal baca katanya masukkan susu dulu. Kacau bagi sekata elok.
3. Letak ais dulu, baru letak pati sunquick tu.
4. Boleh perasakan tahap manis dia. Kalau manis lagi tambah je air ye.
Siappp. Sedap minum time panas ni tau.
Sempena nak puasa ni sal bantu mak mak hidangkan air yang sedap buat sendiri untuk anak anak kita. Jadi jimat sikit duit takyah beli air kan hehe.
Ada jugak kata kalau buat air strawberry pun boleh ikut cara ni. Pun sedap dieorang kata. Korang try jela dulu k. Tak salah cuba.
Moga resepi mudah air ala ala vitagen ni boleh buat anak anak puas minum tak berebut tak cukup cukup kan beli 5pek tu hehe.
So sal izinkan korang share air sedap manis diminum ketika dahaga dan panas ni.
Tak Akan Pernah Jemu, Kek Karamel Pelangi Nikmatnya Bila Dimakan Sejuk!
Buat peminat kek dan puding tentu teruja untuk mencuba menu nan satu ini. Kek Karamel Pelangi, menjanjikan hidangan pemanis mulut yang bukan sahaja enak rasanya malah menawan bentuknya. Bertambah nikmat jika dimakan sejuk-sejuk pada cuaca panas.
Menyediakannya juga tidak sukar, ini sebagaimana perkongsian resipi daripada Nor Al Fatihah T-Hah. Jadi buat anda yang ingin mencuba, boleh jadikan perkongsian daripadanya sebagai panduan.
Selamat mencuba.
KEK KARAMEL PELANGI
Bahan-Bahan Karamel
2 sudu besar gula pasir
Bahan-Bahan Puding
3 biji kuning telur A
2 biji telur A(kuning + putih)
1 tin (390gm) susu cair/krimer sejat
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
Bahan-Bahan Meringue
6 biji putih telur
3/4 cawan gula pasir
1 sudu teh cream of tartar
Bahan-Bahan Kek
3 biji kuning telur A
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1/4 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar serbuk penaik*
(bahan-bahan bertanda * di ayak bersama)
pewarna merah, kuning, hijau, biru, unggu
Cara-Cara Membuatnya :
Karamel ~ Cairkan gula dalam loyang saiz 9″ atas api sederhana hingga perang muda. Jangan di kacau, lenggang-lenggangkan je loyang hingga karamel rata. Sejukkan dulu.
Puding ~ Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisk. Jangan sampai berbuih untuk elakkan puding banyak lubang @ rongga udara selepas di bakar. Ketepikan dulu.
Meringue ~ Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian, masukkan cream of tartar & gula sedikit demi sedikit sambil pukul dengan high speed hingga kental & bertanduk
Kek ~ Satukan telur, gula, air, minyak & esen vanila. Pukul sehingga berbuih. Masukkan tepung gandum dan serbuk.penaik yang telah diayak bersama. Pukul lagi hingga sebati
Kemudian, masukkan 2 senduk meringue ke dalam adunan kek. Kaup balikkan dari bawah ke atas. Bila sudah rata, masuk 2 senduk meringue lagi. Kaup balik dan sebatikan. Masukkan semua baki meringue & kaup balik lagi hingga sebati
Bahagikan adunan kepada 5 bahagian & campur pewarna.
Masa ni dah boleh panaskan oven dulu pada suhu 170°c selama 10 minit
Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi crack, tu adalah bunyi karamel/gula hangus retak. Ia biasa berlaku
Tuang 4 sudu besar adunan kek di tengah-tengah puding. Jgn risau, adunan tak akan bercampur dengan adunan puding disebabkan putih telur/meringue yang banyak dalam adunan kek, ia jadi ringan dan timbul di permukaan puding
Selang selikan adunan dengan warna berlainan sebanyak 4 sudu besar untuk lapisan pertama dari merah, kuning, hijau, biru & unggu. Lapisan kedua 3 sudu, lapisan ke empat 2 sudu & akhir sekali 1 sudu.
Letak loyang kek di dalam loyang yang lebih besar & isi air panas hgga 1/4 dari loyang. Bakar kek dengan cara water bath pada suhu 160°c selama 1 jam 10 minit, bergantung pada oven masing-masing.
Biar kek sejuk selama 20 minit hingga tepi kek lekang/renggang dari loyang. Sisipkan tepi kek dengan pisau dan terbalikkan perlahan-lahan di atas pinggan. Simpan dalam peti ais, sedap makan sejuk-sejuk.
Dua tiga bulan ni memang ramai lah mencari kuali periuk baru untuk kegunaan raya. Mana tidaknya, alatan kat rumah tak begitu muat kalau nak masak untuk buat open house. Gitu! hehe
Sebenarnya, ramai yang masih menggunakan kuali yang sama selama berbelas-belas tahun kerana masih elok tanpa perlu membeli kuali baru. Tapi kalau tak tahu jaga, kuali memang akan senang berkarat dan masakan mudah melekat.
Rupa-rupanya jika beli kuali baru kena ‘bakar’ dulu atau dikenali ‘season the wok’. Proses ini penting bagi memastikan kuali tahan lebih lama, tak berkarat dan masakan juga tak melekat.
Macam mana cara bakar kuali baru tu sebenarnya? Jom baca perkongsian oleh saudara Wan Luqman di bawah.
Cara Bakar Kuali Baru Supaya Tahan Lama
Baru² ni jumpa kuali saiz 13″ terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13″. Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni.
Orang putih cakap “season the wok”. Untuk ape bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia, tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna dia.
Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat.
Proses semua makan masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada power api dapur anda.
Cara-caranya:
Ok, macam mana nak tahu saiz kuali ni? Kat handle tu ada sticker. Boleh tengok nombor tu, tu lah saiz. Kebanyakan yang ada saiz 14″ 16″. Saiz 13″ susah sikit nak dapat.
Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak / greasy. Itu adalah minyak dari kilang, kita kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang bontot dia kita gonyoh semua.
Dah gonyoh guna span besi mesti la nampak kesan² tu. Biarkan je, jangan sedih pulak kuali calar.
Set kan api dapur yang terpadu dan start bakar!
Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat. INGAT JANGAN LAMA SANGAT, BILA DAH START BIRU TERUS ALIH KE PERMUKAAN LAIN. KALAU LAMA SANGAT KAT TEMPAT SAMA, NANTI YANG BIRU TU AKAN JADI MERAH. TANDA BESI TERLALU PANAS dan akan berkarat di kemudian hari. Sila buang dan beli kuali baru. Bakar seluruh permukaan kuali ye.
Dah siap. Biarkan dalam 10 minit.
Lepas 10 minit, kite test season. Letak minyak sikit.
Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ye. Bukan guna tisu muka dalam kotak.
Test Run, goreng la pape pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke. Goreng je sampai garing ke hangus ke.
Bile dah garing kaw², buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.
Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5 minit. Bagi dia cool down dulu.
Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ye.
Lap² bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan sapu rata ke seluruh permukaan kuali lagi sekali.
Bila kita gosok guna tisu sambil api menyala, dia akan start berasap. Tutup api, siap.
Besok² nak pakai, panaskan dulu, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali, baru guna. Ini dipanggil pre season.
Buat 2-3 kali pre season, insyaallah lepas tu kuali akan hitam gelap gelita macam kat restoran tu, itu lah yang kita mahu. Konpem tak melekat sampai sudah.
Ni kuali kander yang ke-2. Beli ni dulu x season pun, malas. Bila x season, dia jadi macam ni lah. Lepas pakai, cuci bersih², bila dah kering dan simpan. Akan naik karat² tu. Jadi setiap kali nak pakai, kena cuci dulu.
Kuali macam ni, untuk penjagaan dia, setiap kali lepas pakai basuh lap bagi kering kemudian sapu minyak di keliling permukaan dia. Baru simpan.