“Saya ceraikan Puteri Sarah dengan talak satu,” kata Pengarah filem ‘Mat Kilau’, Syamsul Yusof ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.
Ini bermakna, kemelut rumah tangga mereka, akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai buat kali kedua ketika prosiding status pengesahan cerai di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas.
Sebaik lafaz cerai itu diucapkan, Puteri Sarah yang hadir ke mahkamah dengan memakai kurung moden bewarna kelabu tidak menunjukkan sebarang perubahan emosi yang ketara.
Ads
Semasa prosiding, mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah Liyana atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu, terhadap suaminya yang berusia 39 tahun, pada 16 Januari lalu.
Ads
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.
Ads
Pada 6 Januari lalu, Syamsul akhirnya mengotakan janji untuk ‘meletak titik noktah’ pada teka-teki perhubungannya dengan Ira Kazar, apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand.
Pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Puteri Sarah kemudiannya memfailkan permohonan cerai daripada Syamsul pada 16 Januari lalu, menerusi Tetuan Akberdin & Co.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam rumah tangga, suami isteri harua memainkan peranan bersama-sama untuk membahagian pasangan. Berikut tip rumah tangga yang turut diamalkan Rasulullah agar hubungan suami isteri nyata lebih mesra dan sentiasa berkasih sayang.
Oleh itu untuk membina sebuah keluarga umpama membina sebuah rumah. Jika asasnya kuat, maka kukuhlah rumah tersebut. Jadi, asasnya adalah hubungan suami isteri yang bahagia. Ikuti amalan Rasululullah ini moga kita dapat membina sebuah hubungan hingga ke jannah.
1 Nabi Muhammad S.A.W Suka Memberi Hadiah
Ha, yang ini mesti kaum hawa paling gembira untuk tahu. Ya, sebagai seorang suami anda harus peka dan tahu mengambil hati isteri. Jangan asyik bagi alasan “I tak tahu jadi lelaki romantik”. Kalau tak tahu, BELAJAR.
Jangan asyik isteri je yang perlu jaga anda secara keseluruhan. Cukuplah dia telah mengandung dan melahirkan zuriat untuk anda, cukuplah dia dah menjaga makan dan minum anda selama mana anda telah berkahwin dengannya selama ini, cukuplah dia telah melayan anda meskipun sedang penat tanpa menghiraukan kebajikan diri sendiri kerana suami pun turut memainkan peranan penting dalam membina kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga. Barulah wujud keadilan 🙂
Nabi s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu saling memberi hadiah , nescaya kamu akan saling mencintai.”
(HR. Al-Bukhari )
Tak perlu yang mahal-mahal, ikut pada kemampuan. Belikan dia sekuntum bunga mahupun bungkuskan makanan kegemarannya sahaja pun sudah amat bererti buat si penerima. Yang hawa pun jangan lupa memberi okay?
2 Nabi Muhammad S.A.W Suka Memuji
Kita semua suka dipuji. Bagaimana marah pun seseorang itu tetapi kalau dipuji, pasti hatinya akan sejuk serta-merta.
Nabi gemar memuji isterinya dan baginda juga suka menggunakan bahasa-bahasa yang romantis apabila berkomunikasi dengan isterinya. Contohnya nama panggilan yang sering digunakan oleh nabi terhadap isterinya Aisyah r.a adalah “Aish” yang bermaksud ‘Hidup’ atau “Humairah” yang bermaksud ‘Yang berpipi kemerah-merahan’.
3 Nabi Muhammad S.A.W Akan Saling Membantu Pasangan
Bukankah sebelum berkahwin anda telah berjanji dengan pasangan bahawa anda sanggup bersusah dan bersenang dengannya? Jadi apabila salah seorang dari anda susah, pasangan yang satunya harus tampil membantu. Tidak kisah remeh mana sekalipun kesusahan itu, anda mesti bantu untuk ringankan beban pasangan.
Diriwayatkan juga daripada Aisyah r.a, katanya: Aku pernah melihat baginda Rasul s.a.w menaungi aku dari terik matahari dengan kain serban baginda sendiri, kerana pada ketika itu aku sedang asyik menonton orang-orang Habsyah sedang membuat pertunjukan di masjid, akhirnya aku merasa jemu melihat permainan tersebut.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
4 Nabi Muhammad S.A.W Peruntukan Masa Dengan Pasangan
Hanya berdua okay? Kalau dah beranak-pinak tu mintalah tolong sesiapa jagakan anak sebentar. Bawa pasangan pergi bersiar-siar, ambil angin, kongsi kegembiraan dan rasakan nikmat bahagia itu bersama. Jangan jadikan anak-anak sebagai alasan untuk tidak mempunyai waktu bersama pasangan.
Menurut riwayat lain pula, dikatakan bahawa Aisyah pernah memberitahu: “Tiba-tiba muncul beberapa orang berkulit hitam dan membuat pertunjukan di hadapan baginda Rasul s.a.w pada hari raya. Lalu baginda Rasul s.a.w mengajak aku pergi menonton pertunjukkan itu. Maka aku dibiarkan baginda Rasul menonton dari atas bahunya sehingga aku merasa puas”.
5 Nabi Muhammad S.A.W Amalkan Sentuhan
Sudah sah sebagai suami isteri, jadi tiada apa yang bisa menghalang anda dari ‘melebih-lebih’ dengan pasangan. Rajin-rajinkanlah mengucup atau memeluk atau bersentuhan dengan cara apa pun bersama pasangan.
Dari Hafsah, puteri Umar r.a: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa…”
(Hadith Riwayat: Ahmad)
Nabi s.a.w bersabda, “Sesungguhnya seorang suami melihat isterinya (dengan kasih sayang) dan isterinya pun melihatnya (dengan kasih sayang pula), maka Allah s.w.t melihat kedua-duanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila suami memegang telapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah jari-jari tangan mereka”.
(Riwayat Rafi’I dari Abu Sa’id)
Diriwayatkan juga, daripada Aisyah, dia berkata… “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengeluarkan kepalanya ke tempatku saat baginda di masjid, lalu aku menyisirkannya dan selama beriktikaf baginda tidak masuk rumah, kecuali kerana suatu keperluan”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, katanya: “Pada satu hari ketika aku sedang datang bulan, lalu aku minum dari gelas baginda Rasul s.a.w. Apabila baginda Rasul s.a.w melihat perbuatanku tersebut, maka baginda pun meminum air yang ada di gelas itu betul-betul di tempat mulutku meminum dari gelas tersebut. Bahkan ketika aku datang bulan dan dalam keadaan berkeringat, aku pernah memberikan gelas pada baginda Rasul s.a.w kemudian baginda minum darinya betul-betul dari tempat aku minum pada gelas tersebut”.
(Riwayat Muslim)
Peti sejuk ini walupun kita gunakan untuk menyimpan stok makanan agar kekal segar, namun jangan pula dilambak tanpa disusun rapi hingga sukar untuk dicapai.
Jadi apa kata, lakukan cara yang dipraktikkan ini, peti sejuk nampak kemas dan cantik.
Jom semak perkongsian Hani Mynis ini moga bermanfaat.
Pegurusan peti ais
Seminggu sekali hani akan luangkan sikit masa utk kemas peti ais. Selalunya hari Khamis lah sebab nak kena check apa lagi bahan mentah yang masih ada dlm petiais utk plan minggu depan punya menu pulak.
Ni hani share pengurusan peti ais pulak.
Tips nak peti ais nampak kemas dan bersih:
Boleh pasang lapik kat setiap shelf. Sekarang dah trend orang pasang glass wallpaper kan? Cantik-cantik semua. Hani dari 3 4 tahun dulu memang setia pakai placemats dari mr. diy je.
Hani prefer pakai placemats sebab senang nak tanggalkan placemats untuk pergi cuci kalau placemats tu kotor (tak payah keluarkan tray ).
Lagi pulak hani suka tukar-tukar style kejap corak bunga-bunga kejap corak lain. Apa pun, tips hani kalau nak pakai placemats, pilih yang transparent bukan yang legap sebab yang legap menghalang cahaya dr tembus hingga ke shelf paling bawah.
Kalau gelap sangat peti ais tu kang tak nampak pulak isi harta karun kat shelf bawah-bawah dan area belakang-belakang.
?pilih satu atau dua warna tema bekas yang nak disimpan dalam peti ais.
?untuk setiap container, jika ada, pilih bekas bertapak empat segi dari berbentuk bulat. Jimat ruang dan lebih kemas (dr segi visual)
?buat pengkhususan setiap shelf untuk letak apa. Optional: labelkan (guna masking tape pun ok)
Detail label pengkhususan setiap shelf ada dalam caption gambar sebagai rujukan.
Sejak bergelar ibu tiga bulan yang lalu, pelakon Uqasha Senrose mengakui kehidupannya kini banyak berubah. Semuanya demi cinta hatinya, Haura Uqaira yang kini berusia tiga bulan.
Berkongsi kisah perjalanannya menjadi ibu, akui Uqasha dia kini sudah merasa cabaran membawa anak keluar berdua tanpa ditemani sesiapa.
“Masyaallah struggle betul bawa anak keluar seorang diri. Disebabkan itu bila orang ajak keluar selalu fikir berjuta kali,” katanya berkongsi menerusi Insta Storynya.
Akuinya lagi, dia terpaksa mempersiapkan banyak perkara sebelum keluar dan itu mengambil tempoh waktu yang bukan singkat.
“Ini saya kuatkan diri juga perlahan-lahan siapkan Uqaira kemudian bersiap untuk diri.
“Masuk kereta dah mengah. Mana nak bawa barang anak, beg dia sahaja dah dua, tak masuk lagi beg tangan saya.
“Penat sangat tapi berjaya keluar dengan anak,” kongsinya.
Terdahulu Uqasha mendirikan rumah tangga Bersama Kamal Adli pada 5 November 2021. Pasangan ini menyambut kelahiran bayi sulung mereka pada 27 April lalu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di