Hati ibu ayah mana yang tidak syahdu dan pilu apabila anak tersayang pergi dijemput Sang Pencipta pada usia yang muda.

Dalam ajaran Islam, apabila seseorang menerima berita kematian kita harus reda dan terus bersabar dengan titipan takdir.

Kejadian nahas yang berdekatan dengan Terowong Menora, Perak semalam sungguhkan apabila lima pelajar yang rentung dalam nahas di Kilometer (KM) 245.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara.

Namun siapa sangka, kematiannya itu dimuliakan dengan amalan mereka semasa hidup.

Memetik laporan Harian Metro, bahawa empat daripada lima mangsa nahas terowong menorah ini dikatakan sering kelihatan mengunjungi masjid termasuk melazimi iktikaf pada 10 malam terakhir bulan Ramadan yang lalu.

Sahabat Baik Bersama Di Masjid, Amalan Penuntut USAS Raih Perhatian.

Perkara itu diakui oleh Muhamad Akmal Norazli, 22, yang sering melihat Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, mengunjungi Masjid Raja Permaisuri Bainun di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini.

IKLAN

 

Muhamad Akmal berkata, Iqbal Hasnun dan Muhammad Nasrun Aidol sememangnya rakan baiknya yang kedua-duanya disifatkan mudah membantu orang dalam kesusahan, manakala Muhammad Nabil Haikal dan Ahmad Akmal adalah jiran bilik di asrama penginapan.

Katanya lagi ketika ditemui selepas menunaikan solat jenazah di Masjid Raja Permaisuri Bainun USAS, empat daripada mereka adalah jemaah tetap di masjid ini biarpun seorang daripada lima mangsa itu iaitu Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan kurang dikenali. Namun mungkin arwah juga kerap mengunjungi masjid bersama dengan empat kawan itu tanpa disedari.

 

IKLAN

“Apa saya pasti, empat daripada mereka memang kerap datang ke masjid walaupun sebelum memasuki bulan Ramadan yang lalu dan biarpun mereka tiada sebarang jawatan dalam pengurusan masjid. Apatah lagi, pada 10 malam terakhir Ramadan lalu sebelum cuti Aidilfitri.

“Ketika itu saya sendiri nampak empat dari mereka turut sama menunaikan ibadat iktikaf dan Qiamullail dengan tidur di masjid ini,”

Solat jenazah Ahmad Naim Najmi dan Ahmad Akmal ditunaikan oleh ratusan jemaah terdiri daripada pelajar serta kakitangan USAS selepas selesai menjalani proses bedah siasat serta identiti dikenal pasti dengan tepat.

IKLAN

Solat selesai disempurnakan jam 9.05 malam tadi sebelum dua jenazah berkenaan dibawa ke kampung halaman masing-masing bermula jam 9.20 malam.

Sumber: Harian Metro dan Foto:  Muhammad Hanif Ruslan

 

Sahabat Baik Bersama Di Masjid, Amalan Penuntut USAS Raih Perhatian.

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Sahabat Baik Bersama Di Masjid, Amalan Penuntut USAS Raih Perhatian.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI