Sejak pemergian allahyarhamah, Siti Sarah ke pangkuan Ilahi beberapa tahun yang lalu, usahawan, Shuib sering mendoakan untuk bertemu dengan arwah isterinya itu di dalam mimpi.

Menerusi perkongsian Shuib melalui Insta Storynya, impian itu akhirnya menjadi kenyataan bila mana dia bermimpi bertemu arwah Siti Sarah.

Dalam mimpi tersebut, pelawak berusia 40 tahun itu berkata pada ketika itu dia berada di sebuah pulau dan berhasrat ingin menghubungi arwah isterinya. Bagaimanapun, panggilan tersebut tidak dijawab.

“Sahur Pagi Tadi Agak Sedih Bagi Saya” Impian Shuib Mimpi Arwah Siti Sarah Tercapai!

“Saya buka beg dan cari telefon sebab macam kebiasaan sebelum ini kalau saya pergi ke mana-mana, lepas habis kerja saya akan hubungi Sarah.

“Masa saya buka beg dan cari telefon, dalam hati kata hubungi Sarah. Saya cari telefon dan ada tiga, jadi saya terfikir mana satu telefon yang ada nombor Sarah.

“Saya ambil satu telefon berwarna hitam dan saya buka untuk saya cari nama Sarah sebab saya simpan nama ‘ibu sayang’.

“Saya cari dan jumpa nombor itu tapi bila hubungi tak berangkat,” ceritanya.

“Sahur Pagi Tadi Agak Sedih Bagi Saya” Impian Shuib Mimpi Arwah Siti Sarah Tercapai!

Ujar Shuib lagi, dia bagaimanapun kecewa kerana dia terjaga dari mimpi itu lantas menceritakan perihal mimpi itu kepada isterinya, Watie Hanifiah.

Pun begitu kata Shuib, dia langsung tidak menyangka bila mana mimpinya bersambung semula ketika dia kembali melelapkan mata sebentar pada waktu pagi.

Ujar bapa kepada empat cahaya mata itu lagi, arwah Siti Sarah hadir dengan senyuman dan mengenakan penampilan putih seperti telekung yang pernah dipakainya dalam rakaman sebuah lagu.

“Sahur Pagi Tadi Agak Sedih Bagi Saya” Impian Shuib Mimpi Arwah Siti Sarah Tercapai!

“Sahur pagi tadi agak sedih bagi saya. Memang saya selalu nak mimpi Sarah. Saya dah banyak kali dalam mimpi nak hubungi dia tak dapat-dapat.

“Selepas anak-anak sudah ke sekolah, saya terlelap, saya sambung mimpi rupanya. Dalam mimpi itu saya pegang iPad kerana itu memang milik Sarah.

“Tiba-tiba iPad itu keluar nama dia (ibu sayang). Dalam masa yang sama ada keluar satu gambaran yang dia sedang senyum pada saya,” ceritanya.

Untuk rekod, Shuib kehilangan arwah isterinya, Siti Sarah ketika negera dilanda wabak COVID-19. Arwah Siti Sarah meninggal dunia pada hari Isnin, 9 Ogos 2021 jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) UKM selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan COVID-19.

Kini Shuib mendirikan rumahtangga bersama Watie, dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Putra Glass House, Putra Heights, Subang Jaya pada 23 Jun lalu.

Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI