Pernah makan tak, telur goreng cicah kicap dan hirisan bawang, nak lagi sedap tambah cili potong. Tentu ada yang pernah makan menu ni kan. Sebenarnya, khasiat yang banyak jika kita makan bawang mentah tanpa perlu dimasak. Malah kajian mengatakan ia dapat mengelak daripada serangan jantung dan strok. Untuk lanjut info mengenainya. Baca hurian oleh Saintis Prinsipal MARDI, Dr Suri Roowi berkongsi info kenapa perlu makan bawang mentah.
KHASIAT BAWANG MENTAH YANG TIADA @ KURANG PADA BAWANG MASAK
Ads
Foto: csuraya.blogspot.com
1. Bawang merah mentah kaya bahan khasiat seperti organosulfur dan flavonoid 2. Bahan ini bersifat antiplatelet (cegah pengumpalan darah) dan antikanser terutamanya antikanser usus, perut dan kerongkong. 3. Jika kita makan bawang merah mentah, ia bagus untuk bantu elak sakit jantung dan ‘stroke’ 4. Sebaliknya, bahan antiplatlet akan mudah hilang jika bawang di masak. Kajian ke atas 12 subjek manusia menunjukkan aktiviti antiplatelet akan musnah antara 3 dan 6 minit selepas masak. Selepas 10 minit memasak, bawang sebaliknya merangsang aktiviti platelet (jadikan darah mudah bergumpal). 5. Keupayaan mencegah pengumpalan darah disebabkan oleh bahan organosulfur 6. Bawang kuning tinggi mineral seperti I fosforus, potasium, magnesium dan zat besi. 7. Bawang merah pula tinggi antioksidan dan vitamin C. 8. Simpan bawang dalam freezer selama 5 minit untuk elakkan pedih mata. Kaedah ini juga tinggikan khasiat bawang dimana bahan antioksidan quercetin akan terhasil dengan lebih banyak lagi Justeru kurangkan `membawang’, sebaliknya makanlah bawang mentah sebagai ulam untuk bantu cair darah
Ads
Ads
#DrSuriRoowi Principal Scientist Rujukan: Cancer Prev. Res. 2015 8(3): 181-188 Bulgarian Journal of Agric Sci. 21 (4): 736-741 Hansen et al. Nutrition Journal 2012, 11:76
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ditegur suami kerana masalah bau badan mungkin satu igauan ngeri buat semua wanita bergelar isteri. Kalau boleh sebaiknya jauhkanlah kata-kata macam ni daripada suami. Rasa down yang amat sangat. Mungkin?
Sebelum suami buka mulut menegur atau kawan sebelah pun dah rasa tak selesa, apa kata ada baiknya anda mencuba petua yang disediakan ini. Wangi bukan hanya untuk suami, kita pun akan lebih yakin kalau sentiasa rasa wangi dan segar.
Masalah bau badan berlaku bukan hanya disebabkan oleh peluh semata-mata. Bau yang timbul ini sebenarnya diolah daripada bakteria dan virus yang membiak dengan baik sehingga mengeluarkan sejenis bau yang kurang enak.
Kombinasi antara bakteria dan peluhlah yang menyebabkan bau-bauan yang membuatkan anda tidak selesa sehingga ada yang mula menjauhkan diri tanpa sedar.
Macam mana nak atasi masalah bau badan menggunakan kaedah tradisional dan menjimatkan? Ada baiknya anda cuba langkah ini!
1. Guna Daun Sirih
Daun sirih antara tumbuhan yang dapat menghilangkan bau badan. Menurut petua sesetengah pihak, daun sirih yang diramas dengan campuran tawas kemudiannya diletakkan dibahagian-bahagian tubuh yang cenderung untuk berbau seperti ketiak, celahan paha dan juga bahagain tubuh lain dapat menghilangkan masalah bau badan ini.
2. Mandian Susu
Selain itu, mandi susu juga dapat memulihkan masalah bau badan. Rawatan dengan susu yang dikombinasikan dengan campuran susu soya, susu kambing, madu dan juga aromaterapi memberi impak segar dan harum kepada tubuh. Berendamlah selama 15 hingga 20 minit, sekali setiap minggu. Lama kelamaan masalah bau badan anda akan dapat dikurangkan.
3. Ratakan Timun
Timun juga dikatakan dapat menghilangkan masalah bau badan. Potong timun kepada beberapa kepingan kecil kemudian gosok dan jadikan sabun ketika mandi. Ratakan keseluruh tubuh kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
4. Air Cengkih
Bunga cengkih yang kita gunakan sebagai tumisan boleh juga dijadikan sebagai pengubat menghilangkan bau badan. Rendam dalam air panas, suamkan dan kemudian minum airnya. Amalkan.
Dalam apa jenis keadaan dan cara rawatan sekalipun, pastikan anda melakukan penjagaan diri yang tepat dan munasabah. Tip di bawah ni akan kena buat untuk elakkan badan berbau.
1. Usahlah memakai pakaian yang berulang kali tanpa dibasuh. Ini untuk mengelakkan bakteria yang terlekat dipakaian kembali ke tubuh gara-gara
pakaian yang tidak dibasuh.
2. Pastikan mandi diatur dengan baik. Sebaik berpeluh, mandi dan bertukarlah kepada pakaian yang baru.
3. Amalkan penjagaan diri yang bersih dan terpelihara.
4. Jangan kerap makan makanan jenis berbau seperti bawang besar yang meninggalkan bau badan kurang enak.
5. Jika anda jenis berpeluh, bijaklah dalam memilih fabrik. Fabrik cotton yang lembut amat disarankan.
Bagaimana Perpeluhan Berlaku?
Peluh terjadi daripada lapisan kulit kasar yang mengalami proses pengelupasan atau sel kulit mati. Sel kulit mati ini pula datangnya daripada lapisan epidermis yang mengandungi sekitar 2.4 juta kelenjar. Ia akan berlaku dalam kepelbagaian kadar kepekatan pada daerah badan yang berbeza secara purata pada 1500 hingga 3000 sentimeter.
Kelenjar peluh berada pada kawasan-kawasan yang mempunyai daya kepekatan yang tinggi biasanya pada sekitar tapak tangan, tapak kaki sebaliknya bukan pada permukaan halus pada bibir.
Kelenjar peluh yang terdiri daripada lingkaran tiub yang berbentuk saluran yang bersambung pada hujung liang roma. Dinding tiub meliputi sel-sel yang mana air dan garam berkumpul dari saluran darah dan keluar dari salur yang khusus.
Perpeluhan atau keringat normal adalah penting untuk menjaga suhu badan. Perpeluhan adalah mekanisme pengatur suhu tubuh, penting bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga untuk kecantikan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selain pemakanan dan jangkitan, soal kebersihan juga boleh membawa kepada cacing parasit masuk ke tubuh badan. Dan atas sebab itu, kita diwajibkan membersihkan diri setiap kali melakukan aktiviti luar untuk mencegah sebarang penyakit.
Pengalaman ibu ini yang melihat sendiri kejadian yang berlaku pada anaknya boleh dijadikan peringatan bersama. Menurut Puan Murni Hassan, kejadian yang berlaku pada anaknya ini langsung tak terfikir sama sekali. Bila nampak depan mata sendiri baru tahu hal ini.
Kisah tangan Adam masuk cacing…
Sebelum nak puasa hari tu balik kampung, biasalah Adam kalau balik kampung seronok dia boleh main pasir. Memang main sungguh-sungguh laa pasir tu. Pasir yang orang buat rumah pun main, pasir tanah gambut pun dia main siap korek-korek dengan tangan lagi.
Murni bagi main tu sebab sebelum ni ok je tak ada masalah. Tapi kali ni tak. Balik je ke KL lepas 3 hari tu dia kata gatal-gatal tangan dia. Murni tengok macam ada biji merah, ingatkan kena gigit nyamuk. Letaklah ubat gamat.
Dia kata sakit juga. Pujuk-pujuk dia ok. Keesokannya haaa ambil nampak macam dalam gambar di bawah tu, sebab ada dot-dot menjalar. Tapi husband Murni tak caya tu cacing, tapi Murni ni firasat kuat tu memang CACING !!!
Alhamdulillah selepas pergi beberapa klinik dapat ubat cacing untuk 3 hari makan dan cacing di tangan pun dah mati. Syukurlah tak ada apa-apa jangkitan kat lain.
Hari ke 6 Adam makan ubat albendazole dan dalam hari ke-11 dah kering. Cacing tu mati sendiri dan doktor kata nanti kulit akan mengelupas.
Hingga kini Adam dah fobia nak main pasir, terpijak pasir pun cepat-cepat suruh mommy basuh. HAAA baru dia tahu erti serik. Syukur Ya Allah.
Masa kejadian itu kasihan sangat. Malam-malam Adam tak lena tidur asyik mengetap gigi, mengigau tangan sakit, perut macam tak cerna makanan dan berat badan pun menurun.
Sebagai ibu saya nasihatkan semua ibu bapa agar sentiasa beringat setiap kali anak main pasir. Pastikan anak basuh tangan bersih-bersih. Jangan jadi macam anak saya ni.
Posting seorang wanita ini tentang usahanya untuk menurunkan berat badan dengan berlari menarik untuk dikongsikan.
Menurutnya ketika badannya berisi, ada sahaja cemuhan yang diterima. Namun kini, bukan sahaja dirinya telah kurus dengan aktif berlari malah seisi keluarganya juga akan bersama mengikuti acara tersebut.
oleh itu jom ketahui kisah seterusnya.
Yang kat tengah tu saya, pada April 2016, umur masuk 36, anak 4, berat 91kg. Ada asma dan hipotiroid (metabolisme rendah, maka berat badan senang naik)
Penyebab utama berlari , bila nak cuba seluar kat Parkson, baru nak tanya salesgirl ada saiz besar tak, tanpa tanya saya apa saiz saya dia terus maki yang kat tempat dia takda jual seluar saiz saya.
Esok harinya saya start joging, baru 20 meter dah rasa semput dan sakit kaki, sedih bila tengok orang potong kita kat taman. Dalam 2 minggu camtu, 20m lari, 80m jalan.
Saya tanya kawan (dia personal trainer), dia suruh saya lari at least 1km. Bila saya cakap hanya mampu lari 20m tanpa henti, dia cakap saya HOPELESS
But that doesn’t stop me. 2 bulan kemudian, dapat lari 3km tanpa henti dan seterusnya 5km tanpa henti dalam masa setahun.
Event 10km yang pertama pada April 2017. Masa tu takda jam garmin lagi, saya guna mi band ja. First HM pada hujung July 2017 dan First FM July 2018.
Balik kerja, saya hadkan satu jam untuk berlari. Malam pula masa dengan anak-anak. Hujung minggu jika tiada halangan, saya buat long run.
Sekarang berat saya 66-67kg, seperti biasa dalam menjaga kesihatan badan, penjagaan makanan adalah 80% dan bersenam 20%.
Saya biasa bersama suami, jika ada event untuk family, saya akan bawa anak anak running bersama.
Saya percaya kepada kemampuan masing masing. Jangan malu jika kita lari perlahan dari orang lain.
Yang penting kita dah mula berlari. Pace itu akan improves dari masa ke semasa. Pada running moms sekalian, i believed that we are strong.
Sorry terlebih emosi sebab terharu tengok sorang partner (a mother also) sangat gigih training.
(Jan 2019)
Ekstra tip
Jaga pemakanan, kalau boleh, kira kalori makanan yang diambil. Boleh rujuk Apps seperti Myfitness Pal. Utk bersenam, saya berlari, berzumba dan sedikit weight training