“Sakit Kan. Bayangkan Kalau Anak-Anak Kena Buat Swab.” Nabil Ahmad Buat Ujian Covid-19, Warganet Titip Doa!

Share

Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad kini menjalani kuarantin dirumahnya. Menurut hos program Meletup ini,beliau mengambil keputusan untuk membuat swab test kerana pernah mempunyai sejarah kunjungan di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya yang dimaklumkan terkesan dari kes COVID 19.

Menurutnya, selepas menerima notis pusat beli-belah itu mempunyai kes, dia terus memanggil pasukan swab-test swasta untuk melakukan ujian.
“Kami dapat tahu semalam (Isnin) jadi kami terus buat keputusan untuk menghubungi pasukan swab-test swasta untuk melakukan ujian. Bukan saya sahaja, ahli keluarga saya dan orang gaji saya juga menjalani ujian tersebut sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya lagi.

Buat masa ini, pengacara yang popular dengan program realiti, Gegar Vaganza itu sihat dan tidak mempunyai sebarang simptom. Namun, pelawak berusia 37 tahun itu tetap mahu menjalankan ujian tersebut kerana tugasnya yang memerlukannya berjumpa ramai orang lebih-lebih lagi program Gegar Vaganza akan bermula tidak lama lagi.

Pada masa sama, Nabil memberitahu keputusan COVID-19 beliau akan diperolehi esok pagi dan meminta semua masyarakat Malaysia mendoakan kesejahteraanya bersama keluarga.
Nabil yang juga pengacara program Meletop juga tidak menghadiri program mingguan itu namun hanya akan dihubungi melalui panggilan video.
Beliau dalam pada itu turut berkongsi momen melakukan ujian saringan tersebut untuk tatapan umum menerusi laman instagramnya.

Video yang berdurasi 30 saat itu lagi menunjukkan Nabil kelihatan menahan kesakitan dan terbatuk ketika alat dimasukkan ke dalam hidungnya untuk mengambil sampel.
“Memang muka swab test macam ni eh rupa dia? Kalau masuk news, shoot muka ni yang diorang highlight ni,” tulis Nabil menerusi ruangan kapsyen.

Rata-rata warganet mendoakan tiada apa-apa yang berlaku kepada Nabil Ahmad dan keluarga. Tak kurang yang berkongsi pengalaman ketika melakukan ujian saringan tersebut.

catrionabrianross I yang terbatuk tengok Nabil … tau sakit
shieraijoy Hahahaha..geram aku nengok…
orrizanothman Ha..sakit Kan…bayangkan klu anak2 Kita kene wat swab…kesian ank2…so..Kita jaga Kita..SOP…

izzaraizzul Tgk Nabil buat swab pun dh sakit..mcm mana dgn ank2 kecil kat sekolah tu..ya Allah x tau apa perasaan ank2 semua.. semoga cepat la covid ni lenyap dr bumi
love_4my Sy 2 kali kena swab test tu.. sampai mengalir air mata menahan
sa_lynna Sakit tu.. x kelakar ye..moga dipermudahkan.
sitizaleka Ya Allah kesiannya la hai kalau anak2 kecil kena swab test ni

Sumber: nabilzira

IKLAN