Kalau menggosok dan baju terkoyak disebabkan panas melampau memang buat kita rasa sakit hati. Bukan hanya baju yang rosak tetapi kesan paling nyata adalah kesan hitam pada belakang seterika.
Walaupun rupanya sudah tidak seperti dahulu tetapi ia masih elok digunakan seperti biasa. Rasa rimas melihat kesan hitamnya? Hilangkannya dengan mudah, ikut langkah ini. Memang berkesan.
Cara 1
Losyen
Caranya:
1. Letak losyen tangan di atas tapak seterika.
2. Sapu rata.
3. Panaskan seterika pada suhu panas dan gosokkan pada permukaan tempat seterika.
Ads
4. Kesan hitam hilang dengan pantas.
Cara 2
Garam halus
2 helai kertas surat khabar
Caranya:
1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya.
2. Panaskan seterika pada suhu yang agak panas.
Ads
3. Gosok seterika pada garam berulang kali hingga kesan hitam hilang.
4. Hasilnya bukan saja hilang tapi berkilat macam baru.
Cara 3
Daun pisang
Caranya:
1. Ambil sehelai daun pisang muda.
Ads
2. Panaskan seterika dan gosok di atas daun pisang.
3. Gosok hingga kesan hitam tanggal.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keterujaan si kakak apabila adik bongsu mereka bakal menimang cahaya mata cukup terserlah dalam perkongsian video di instagramnya.
Selain daripada terhibur dengan gelagat lucu Erma Fatima, Datin Paduka Umie Aida dan tetamu yang hadir, pengikut laman Instagram turut tertarik dengan pesanan dari Erma menerusi kapsyennya dalam nada bergurau sempat menyelit ‘nasihat’ buat adik iparnya.
Pelakon drama Mak Cun ini seolah-olah memberi peringatan kepada adik iparnya yang juga merupakan suami kepada Betty iaitu Ardy Damis.
“Nikmatnya kurnian Allah kpd perempuan yg mampu mengandung …9 bulan itu yg paling indah…Alhamdulillah adik aku mampu melahirkn zuriat buat suaminya.. @ardydamis hang tkdak alasan nk menikah satu lg naaaa… ??? Aku nk girl…tp tkpalah..syukur.” Tulisnya.
Tahun lalu, negara dikejutkan dengan berita Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dikatakan menghidap kanser hidung peringkat awal. Pemenang pingat perak Sukan Olimpik tiga kali itu dikatakan mendapatkan rawatan di Taiwan kerana masalah pernafasan, sebelum doktor kemudian mengesahkan dia menghidap penyakit tersebut.
Malah, bapa kepada dua cahaya mata ini awalnya mengaku hatinya remuk apabila diberitahu menghidap kanser hidung, beberapa bulan lalu.
Terbaru menerusi laman twitternya, Datuk LCW mendedahkan keperitan yang dilalui sepanjang tempoh melawan penyakit kanser membuatkan dirinya lebih menghargai kehidupan.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik untuk tiga edisi masing-masing pada 2016, 2012 dan 2008 itu berkongsi pengalaman menghidap penyakit itu dalam sebuah temubual eksklusif bersama Yuna Tan yang disiarkan menerusi YouTube.
Legenda badminton negara yang berusia 36 tahun ini tampil bercerita buat pertama kali selepas disahkan mengidap kanser hidung peringkat awal September lalu.
Beliau menjalani rawatan lanjut di Taiwan selama dua bulan tahun lalu.
“Kanser telah membuka mata saya untuk lebih mengutamakan kehidupan. Saya berlatih dan bermain bersungguh-sungguh sepanjang hidup saya.
“Menentang Peter Gade (Denmark), Taufik Hidayat (Indonesia), Lin Dan (China), Bao Chun Lai (China), Lee Hyun-il (Korea Selatan) dan lain-lain. Tiada seorang pun yang kental seperti mana saya melawan kanser,” ujar Chong Wei di status lamanTwitter miliknya.
Chong Wei berhasrat untuk kembali ke gelanggang menjalani latihan awal tahun ini bagi mempertahankan gelaran juara Terbuka Malaysia yang dimenangi sebanyak 12 kali, namun hasratnya itu terpaksa ditunda atas nasihat doktor.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu terpaksa berehat daripada menyertai sebarang kejohanan selama lapan bulan selepas menjalani rawatan kanser hidung di Taiwan.
Dala pada itu, para peminatnya memberikan kata-kata semangat untuk wira negara ini kembali bangkit dan kuat semangat melawan penyakit tersebut.
Sungguh beruntung ibu dan ayah bila mana berjaya melahirkan anak-anak yang soleh dan menjadi huffaf alquran. Tentunya kemuliaan ini adalah sebaik-baik pemberian daripada Allah buat ibu dan ayah sama ada di dunia mahupun di syurga kelak.
Dan atas rasa syukur dianugerahkan anak-anak yang mencintai Al quran, Puan Roslin berkongsi apa yang dirasakannya bila mana mengimbau kenangan 10 tahun lalu. Menurutnya, dahulu dia sering membawa anak-anaknya ke masjid, dan hari ini anak kecil itu menjadi imam kepadanya dan telah pun hafal 15 juzuk Al Quran. Subhanallah!
Ayuh kita baca perkongsian penuh daripadanya.
Sejurus selesai solat maghrib malam tadi, mata saya seolah-olah berkaca. Sebagaimana biasa, Jad mengambil alih tugas imam di rumah apabila ayahnya bertugas di luar. Pada malam tadi, Jad telah memilih untuk membaca surah Al-Mulk.
Semasa di rakaat pertama, bacaan Jad tersilap sedikit. Alhamdulillah adiknya Umar terus membantu, menyambung sedikit ayat tersebut. Sebaknya rasa hati! Terlampau banyak pemberianNya kepada diriku. Rasa syukur. Tapi saya juga rasa malu. Malu di atas kekurangan pada diri saya, kekurangan pada ibadah saya, kekurangan pada ketaqwaan saya. Malu.
Surah Al-Mulk adalah di antara surah kegemaran saya. Jiwa saya mudah tersentuh apabila mendengar bacaan surah ini. Bacaan Surah Al-Mulk oleh Sheikh Mishary Rashid yang sungguh mendayu adalah di antara bacaan surah yang mula-mula menarik balik minat saya kepada Al-Quran setelah bertahun-tahun meninggalkannya.
Sepuluh tahun lepas, saya telah nekad untuk berhenti bekerja sepenuh masa. Akhirnya, saya dapat pergi ke masjid sepanjang Ramadan bersama seluruh keluarga. Bertahun-tahun saya sibuk dengan tugas di klinik sehinggakan nak pergi solat tarawih di masjid pun tidak mampu. Padahal surau hanya terletak di seberang jalan. Begitulah kesibukan dunia melalaikan saya.
Sepuluh tahun lepas, saya menangis kerana terlampau gembira dapat bersolat tarawih di masjid bersama dengan anak-anak. Merdu sungguh bacaan imam hafiz di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya. Saya lantas berdoa agar anak-anak saya nanti dapat menghafaz dan membaca Al-Quran semerdu imam tersebut.
Sepuluh tahun telah berlalu. Solat maghrib malam Ramadan yang pertama, saya tidak dapat menahan sebak. Ma shaa’ Allah! Anak kecil yang sering saya bawa bersama ke masjid kini sudah meningkat remaja. Saya dambakan seorang imam hafiz, sungguh saya tidak menyangka begitu cepat Allah makbulkan doa saya! SubhanAllah. Walaupun Jad baru sahaja menghafaz 15 juzuk, saya tetap bersyukur. Mudah-mudahan Allah murahkan rezekinya untuk menghabiskan hafazan 30 juzuk tidak lama lagi, aamiin.
Bulan Ramadan ini bulan yang penuh keberkatan, Ramadan Mubarak, Ramadan Kareem! Marilah kita sama-sama menadah tangan kepadaNya. Pohonlah keampunan dan panjatkanlah doa. Jangan kita sia-siakan walaupun sesaat bulan Ramadan yang penuh berkat ini.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.