Sungguh beruntung ibu dan ayah bila mana berjaya melahirkan anak-anak yang soleh dan  menjadi huffaf alquran. Tentunya kemuliaan ini adalah sebaik-baik pemberian daripada Allah buat ibu dan ayah sama ada di dunia mahupun di syurga kelak.

Dan atas rasa syukur dianugerahkan anak-anak yang mencintai Al quran, Puan Roslin berkongsi apa yang dirasakannya bila mana mengimbau kenangan 10 tahun lalu. Menurutnya, dahulu dia sering membawa anak-anaknya ke masjid, dan hari ini anak kecil itu menjadi imam kepadanya dan telah pun hafal 15 juzuk Al Quran. Subhanallah!

Ayuh kita baca perkongsian penuh daripadanya.


Sejurus selesai solat maghrib malam tadi, mata saya seolah-olah berkaca. Sebagaimana biasa, Jad mengambil alih tugas imam di rumah apabila ayahnya bertugas di luar. Pada malam tadi, Jad telah memilih untuk membaca surah Al-Mulk.

Semasa di rakaat pertama, bacaan Jad tersilap sedikit. Alhamdulillah adiknya Umar terus membantu, menyambung sedikit ayat tersebut. Sebaknya rasa hati! Terlampau banyak pemberianNya kepada diriku. Rasa syukur. Tapi saya juga rasa malu. Malu di atas kekurangan pada diri saya, kekurangan pada ibadah saya, kekurangan pada ketaqwaan saya. Malu.

IKLAN

Surah Al-Mulk adalah di antara surah kegemaran saya. Jiwa saya mudah tersentuh apabila mendengar bacaan surah ini. Bacaan Surah Al-Mulk oleh Sheikh Mishary Rashid yang sungguh mendayu adalah di antara bacaan surah yang mula-mula menarik balik minat saya kepada Al-Quran setelah bertahun-tahun meninggalkannya.

Sepuluh tahun lepas, saya telah nekad untuk berhenti bekerja sepenuh masa. Akhirnya, saya dapat pergi ke masjid sepanjang Ramadan bersama seluruh keluarga. Bertahun-tahun saya sibuk dengan tugas di klinik sehinggakan nak pergi solat tarawih di masjid pun tidak mampu. Padahal surau hanya terletak di seberang jalan. Begitulah kesibukan dunia melalaikan saya.

IKLAN

Sepuluh tahun lepas, saya menangis kerana terlampau gembira dapat bersolat tarawih di masjid bersama dengan anak-anak. Merdu sungguh bacaan imam hafiz di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya. Saya lantas berdoa agar anak-anak saya nanti dapat menghafaz dan membaca Al-Quran semerdu imam tersebut.

“Imam Hafiz Yang Didambakan 10 Tahun Lalu, Kini Allah Makbulkan!” Ibu Ni Kongsi Rasa Bahagia & Syukur. Moga Terinspirasi!

IKLAN

Sepuluh tahun telah berlalu. Solat maghrib malam Ramadan yang pertama, saya tidak dapat menahan sebak. Ma shaa’ Allah! Anak kecil yang sering saya bawa bersama ke masjid kini sudah meningkat remaja. Saya dambakan seorang imam hafiz, sungguh saya tidak menyangka begitu cepat Allah makbulkan doa saya! SubhanAllah. Walaupun Jad baru sahaja menghafaz 15 juzuk, saya tetap bersyukur. Mudah-mudahan Allah murahkan rezekinya untuk menghabiskan hafazan 30 juzuk tidak lama lagi, aamiin.

“Imam Hafiz Yang Didambakan 10 Tahun Lalu, Kini Allah Makbulkan!” Ibu Ni Kongsi Rasa Bahagia & Syukur. Moga Terinspirasi!

Bulan Ramadan ini bulan yang penuh keberkatan, Ramadan Mubarak, Ramadan Kareem! Marilah kita sama-sama menadah tangan kepadaNya. Pohonlah keampunan dan panjatkanlah doa. Jangan kita sia-siakan walaupun sesaat bulan Ramadan yang penuh berkat ini.

sumber : Roslin Mohd. Taha

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI