‘Sakit mata’ bila lihat kuali atau periuk kesayangan ibu-ibu berkerak dibahagian bawahnya gara-gara masakan hangit.
Nak dibuang sayang, kalau cuci pun kadang-kadang masih tak tanggal, tapi jangan putus asa. Banyak petua boleh cuba.
Cara ini mungkin boleh bantu bersihkan periuk berkerak. Jom cuba perkongsian oleh Susun Atur Sioca yang menggunakan dua bahan saja iaitu baking soda dan juga cuka.
Bersihkan periuk hangit.
Kalau ada periuk atau kuali yang hangit, jangan terus buang. Cuba langkah ni dulu.
1. Didihkan air dalam periuk yang hangit.
2. Masukkan 1/2 cawan baking soda.
3.Masukkan 1/2 cawan cuka.
4. Biarkan mendidih 10 minit.
Ads
5. Tutup api dan biarkan terus terendam.
6. Apabila sudah sejuk, bilas dengan air paip.
7. Periuk akan kembali bersih.
Ini tip yang kami guna masa merendang hari tu. Bila panas-panaskan dah terlupa. Jadi, gunakan kaedah ni nak bersihkan balik kerak tu. Memang menjadi!
Ps – Gambar dari Instagram Preston & Co sebab gambar sendiri takdok.
Kisah hidup wanita ini cukup tragis. Buat pertama kali dia merasakan tiada lagi harapan untuk terus hidup apabila doktor mengesahkan dia menghidap kanser darah atau leukimia.
Saat doktor mengatakan dia hanya punya masa seminggu untuk hidup, Aziela Che Nor, 48 hanya membayangkan kematian. Bagaimana nanti apabila dia tiada, apakah anak-anak dan suami boleh menerima situasi tersebut. Lantas, dia kembali menguatkan semangat untuk melawan penyakit tersebut.
Anak masih menyusu
Menceritakan detik awal dia disahkan menghidap leukimia enam tahun yang lalu, segalanya bermula selepas dia asyik demam yang tidak kebah, perut buncit, mudah letih dan tidak lalu makan sehinggakan ada ketika dia rasa penat yang sangat dan tidak mampu berbuat apa-apa.
Lantas keluarga membawanya mendapatkan rawatan pakar. Waktu itulah doktor mengkhabarkan dia mempunyai penyakit tersebut.
“Hanya Tuhan yang tahu perasaan waktu itu, hanya gambaran kematian sahaja difikiran. Sementelah anak bongsu waktu itu baru berusia tiga tahun. Bayangkan anak menyusu lagi ketika itu, saya terpaksa berjauhan dengan anak dan suami untuk mendapatkan rawatan.
“Ketika itu, doktor cadangkan saya melakukan rawatan pemindahan darah. Selepas diperiksa, darah anak sulung saya, Wan Muhammad Izzat Wan Izani, 29 sesuai. Malah, Kes pemindahan darah daripada anak kepada ibu adalah pertama di Malaysia, memandangkan kes-kes lain pemindahan darah adalah dari ibu kepada anak.
Tahun 2013, saya menjalani pemindahan darah dan memang kesan sampingan dari kimo dah bukan macam diri kita waktu itu, makan bersuap, terlantar di hospital dan diuruskan sepenunya oleh keluarga dan doctor, rambut gugur, kulit kering, jerawat yang teruk, ibarat bayi yang kena dipakaikan lampin pakai buang dan 6 bulan pertama saya hanya duduk di hospital.
“Kemudian, dibenarkan pulang 2-3 hari terpaksa masuk semula ke hospital. Saya tidak boleh tededah pada matahari kerana akan naik biji-biji kecil seperti ruam, kulit rasa terbakar dan satu badan rasa sakit dan air bias itu boleh merebak apabila pecah.
“Kerana itu saya tidak boleh memakai baju yang tebal dan sebagainya. Kalau di hospital saya ditempatkan di biik berais yang memang sejuk sangat.
“Hanya Tuhan yang tahu betapa sejuknya bilik tersebut.,” cerita Ziela Che Nor, Pengasas Sunrich Heritage Sdn Bhd (Sunrich Heritage) dengan panjang lebar.
Pemindahan darah
Akui Ziela atau lebih mesra disapa bonda Zie, waktu diuji, segala kenikmatan sebelum ini diambil oleh Tuhan termasuklah tiada deria rasa ketika makan.
Namun berkat sokongan suami dan anak-anak membuatkan dia bersabar dan mampu bertahan.
“Alhamdulillah tahun lepas doktor sahkan saya bebas penyakit leukimia. Bayangkan waktu pemindahan darah anak lelaki berumur 24 tahun. Sekarang dia 29 tahun dan menurut doktor selepas 5 tahun rawatan baru boleh tahu sama ada penyakit tersebut bebas atau tidak.
“Ibaratnya sekarang ini, Allah beri peluang saya ‘hidup’ kali kedua. Kerana itu, saya mahu berkongsi dengan wanita di luar sana supaya jaga kesihatan dan jangan sudah terlewat baru nak dapatkan rawatan.
Mahu kembali cantik demi suami
Sebelum ini dia juga tidak dibenarkan bersama suami bahkan diri sendiri malu dan tidak mahu orang melihat kekurangan yang ada pada tubuhnya akibat kimoterapi.
“Dalam masa yang sama, saya juga rasa malu rasanya nak berdepan walaupun suami menerima seadanya. Manakan tidak, waktu itu, wajah kehitaman akibat kesan kemoterapi, kulit semakin kering dan hitam.
“Kerana itu saya tekad untuk kembali cantik di mata suami kerana dia ‘syurga’ saya. Kesakitan akibat kimo hanya Tuhan dan pesakit sahaja yang boleh rasa. Betapa sakitnya walaupun sekadar untuk minum air tetapi dek semangat yang diberikan oleh keluarga, saya cuba melawan rasa sakit tersebut.
“Dalam masa yang sama, saya mahu tanamkan keyakinan pada pesakit kanser di luar sana supaya kuatkan semangat untuk sembuh. Jangan rasa tertekan, takut, malu dan tidak yakin walaupun berlaku perubahan pada diri kita.
“Jangan kerana kekurangan itu membuatkan anda mengabaikan rawatan. Kunci untuk sembuh adalah yakin dan positif setiap masa,” jelas ibu kepada 4 orang anak ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menanam anggur kini bukan lagi sesuatu yang pelik di negara kita, telah ramai berjaya menanam anggur dan sekali gus membuatkan ada juga yang memilih untuk mencuba memanam anggur sebagai mempelbagaikan lagi tanaman pokok buah-buahan yang sedia ada di laman rumah.
Pun begitu, seandainya pokok anggur yang ditanam tidak begitu manis buahnya, bolehlah diusahakan dengan melakukan teknik yang dikongsikan oleh Hafiz Husin ini.
Ikuti perkongsiannya di sini.
Pokok anggur sahabat-sahabat dah lama tanam tapi buahnya masam belaka? Jangan risau…saya kongsikan tips bagaimana untuk graftkan pokok asal yang masam tu dengan jenis yang manis.
Alatan parafilm, pisau, gunting, tali plastik dan scion (scion adalah ranting mata tunas yang nak dicantum). So pilihlah ID scion yang terbukti memang manis buahnya.
Langkah 1 : Balut scion dgn parafilm bermula dari mata tunas yang pertama berada di bawah hingga ke atas. Sebaiknya ada 2 mata tunas sahaja untuk setiap scion..
Langkah 2 : Kerat pokok anggur yang dijadikan sebagai pokok penanti. Saya kerat di trunk (dahan utama). Mana-mana cabang pokok anggur pun boleh..
Langkah 3 : Belah dua dahan penanti kira-kira 1 inci.. Saya pilih untuk kerat dari tepi sikit…so takde lah betul-betul di tengah sangat.
Langkah 4 : Potong bawah scion bagi membentuk ‘V’. Kene betul-betul rata permukaan yangg dipotong tu ye..mesti sharp!
Langkah 5 : Then sambungkan scion pada pokok penanti yang telah kita belah dua tadi.
Langkah 6 : Ikat rapat dengan tali plastik.
Langkah 7 : Siap…! Lepas tu berdoa lah supaya 7-14 hari kemudian mata tunas yang kita sambung tu akan pecah membentuk cabang-cabang dahan yang sihat seterusnya mengeluarkan buah-buah yang lebat dan manis belaka mengikut ID scion yang telah kita cantum.
Ni antara scion saya yang berjaya hidup. Kenapa perlu cantum dua scion? Ini sebabnya…Satu tewas…dan satu lagi survive. Cuba bayangkan andai kita cantum satu scion sahaja dan scion tu pulak mati.. kan frust nanti.
Scion yang hidup akan membesar dengan jayanya dan scion yang mati kita kerat buang sahaja.
Cantuman yang 100% sukses hidup untuk kedua-kedua scion yang dicantum pada pokok penanti. Alhamdulillah..Sekian. Harap bermanfaat.
Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan kos untuk jemaah Muassasah menunaikan ibadat haji pada tahun ini akan meningkat kepada lebih RM25,000 berbanding RM22,900 seorang sebelum ini. Hal ini kerana peningkatan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.
Peningkatan 12% itu mengambil kira peningkatan Cukai Tambah Nilai yang dinaikkan daripada 5% kepada 15% dan beberapa caj perkhidmatan tambahan, tidak mengambil kira pelbagai peningkatan kos dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang akan dilaksanakan pada tahun ini.
Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kos haji meningkat berikutan faktor inflasi di Arab Saudi, pergerakan mata wang asing, pengenalan caj dan cukai baharu, penambahbaikan perkhidmatan serta pembangunan di Mekah dan Madinah.
“TH menjangkakan kos ini akan terus meningkat pada masa hadapan, namun setakat ini TH masih meneruskan bantuan kewangan haji kepada semua jemaah Muassasah yang mengerjakan haji buat kali pertama.
“TH telah mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 sejak 13 tahun yang lalu walaupun kos meningkat setiap tahun. Dalam tempoh 2001 sehingga 2019, bayaran haji telah meningkat 16 peratus manakala kos haji pula telah melonjak 139 peratus disebabkan faktor luar kawalan TH,” ujarnya.
Jelas beliau juga, kos haji adalah kos langsung yang dibayar bagi mendapatkan perkhidmatan untuk menunaikan ibadat berkenaan seperti penerbangan dan penginapan yang merangkumi kira-kira 70 peratus daripada kos keseluruhan.
“Kos-kos lain pula termasuklah sajian makanan, pengangkutan bas, khemah di Arafah dan Mina serta perkhidmatan Mutawif selama 40 hingga 45 hari,” tambahnya.