Ekoran salah faham mengenai autisme, kanak-kanak darjah tiga mendapat rawatan awal sehingga menjejaskan perkembangannya.
Menurut perkongsian Dr Norzila dilaman facebooknya, jika kanak-kanak mempunyai tanda-tanda autisme segera bawa ke hospital untuk mendapat bimbingan bukannya menunggu sehingga besar. Namun jika anak itu ada masalah pembelajaran biasa memang akam tunggu darjah 3 untuk saringan darjah 3.
Ikuti perkongsian yang bermanfaat ini. Semoga kita bertindak segera demi masa depan anak.
Tunggu darjah 3 baru bawak jumpa doktor?
===============================
“Doktor boleh tak nak minta tolong tengok je ada seorang pelajar ni… tengok je .. bukan nak buka fail. Ibunya kata doktor di Hospital kata kena tunggu darjah 3 baru bawa ke hospital”
.
Saya dan rakan-rakan hanya mengangguk dan bersetuju untuk menerima pelajar tersebut.
.
Kami meneruskan perbualan dan perbincangan dengan guru kelas Hadi (bukan nama sebenar) kerana masalah lambat belajar dan tidak hadir ke sekolah hampir 100 hari.
.
Tidak lama kemudian ustazah Yati (bukan nama sebenar) membawa seorang pelajar yang kurus . Masuk saja di pintu pejabat sekolah, jururawat unit Bimbingan kanak-kanak dan remaja kami terus berkata “hmmmm… autism ni!”
Ini saya perakukan. Sungguh ketara tanda dan gejala autism pada pelajar ini. Senyum sendiri, bercakap bahasa ‘german’, mennggerak2kan tangan sentiasa, kurang ‘eye contact’ dan mengulang ayat yang ditanya.
“Doktor kata tunggu darjah 3 baru bawa ke hospital” kata Ustazah lagi. Saya terkedu…
Ads
“Kalau kes masalah pembelajaran biasa memang ya kami tunggu saringan LINUS masa tahun 3 nanti, tapi kalau kes macam ni tak perlu tunggu” kata Kak Ani jururawat unit bimbingan kanak-kanak dan remaja HUSM
“Boleh terus ambik appoinment” saya memberitahu Kak Ani.
Sambik saya menerangkan gejala autism pada guru-guru, Kak Ani pantas mencapai telefon dan mendial nombor klinik untuk mendapatkan tarikh temujanji untuk pelajar ini.
Kesian pelajar inj terus duduk di kelas hujung aliran perdana tanpa intervensi. Guru-guru memang sudah menyedari masalah ini namun setelah diberitahu ibunya bahawa doktor mengarahkan untuk menunggu sehingga darjah 3, mereka pun tidak mampu melakukan apa-apa.
“Sentap” jugalah kami kalau ada doktor yang mahu tunggu sampai tahun 3. Aduhai… kesian dia datang ke sekolah sekadar duduk dan terus melayan alamnya sendiri.
Ads
Inilah salah satu senario sebenar yang kami alami. Sebab itu saya dan unit sekolah HUSM (psikiatri) tidak jemu-jemu ke sekolah. Berkongsi maklumat agar guru-guru dan ibu bapa lebih peka. Mereka lebih arif tentang pelajar/anak mereka dari doktor yang baru habis houseman atau pegawai perubatan yang sedikit pengalaman dalam bidang psikiatri kanak-kanak. Penempatan pelajar ke dalam sistem pendidikan yang sepatutnya menjadi sukar dan lambat bila ibu bapa tidak mampu menghadiri temujanji dengan pakar di hospital akibat kekangan kewangan. Jika mampu pun ianya mengambil masa yang sangat panjang untuk tiba kepada pakar psikiatri.
Justeru itulah kami di HUSM memudahkan cara rujukan ke unit psikiatri kanak-kanak dengan memberikan guru-guru peluang berhubung terus dengan kami dan menfapatkan tarikh temujanji.
Diringkaskan cerita rujukan ke unit kami tidak perlu melalui rujukan dari doktor. Ada juga yang terus bertanya dari FB page saya. Walaupun ianya kelihatan tidak sistematik namun ramai yang telah kami bantu untuk mendapat intervensi awal dengan cara ini.
Ads
Mudahkan sistem rujukan untuk intervensi. Rujukan ke hospital mungkin sudah tidak relevan jika pihak kementerian pendidikan boleh menyediakan perkhidmatan jurupulih carakerja dan patologis pertuturan di sekolah-sekolah. Lama sudah saya mengimpikan padang permaian dipenuhi peralatan untuk merangsang deria seperti yang ada di unit terapi carakerja di hospital.
Lama sudah saya mengidamkan semua guru-guru mampu menganalisa cara penulisan pelajar, kepelbagaian kemampuan untuk belajar, mampu mengenalpasti gejala autism, kurang tumpuan atau hiperaktif.
Tidak sabar untuk memulakan projek cuti sabatikal saya bersama sektor pendidikan khas Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan bermula Oktober nanti.
Doakan usaha yang sedikit ini memberi ruang kepada kita membantu guru-guru dan ibu bapa untuk memberi peluang anak-anak kita menghargai kepelbagaian dan melaksanakan pendidikan inklusif.
Kalaulah boleh team Unit Bimbingan Kanak-kanak dan Remaja HUSM saya ni yang terdiri dari pakar psikiatri, pegawai perubatan, patologis pertuturan, jurupulih carakerja dan jururawat: kami nak sangat berjumpa Menteri Pendidikan untuk mempersembahkan hasil team kami ini sepanjang mengendalikan kes pelajar-pelajar sekolah yang pernah menjadi klien kami termasuk pelajar berkeperluan khas.
Dari 2005 kami dah aktif, menjalankan lawatan ke rumah dan sekolah sebagai salah satu penyiasatan kes. Kalaulah dan kalaulah Menteri Pendidikan sudi, kami 100 kali lebih sudi bersembang berkongsi pengalaman, semoga ada kebaikan untuk anak-anak kita. Ada ke yang sudi nak kenalkan kami? Ada ke, ada ke?..
Sumber: FB Dr Norzila Zakaria
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dapur merupakan ruangan yang wajib ada di setiap rumah kerana dapur mempunyai fungsi sebagai tempat atau ruangan untuk memasak dan menyediakan hidangan.
Penggunaan warna-warna cerah pasti memukau untuk diaplikasikan pada dekorasi dapur cantik. Manakala perkakasan yang ringkas dan serba guna serta susun atur yang kemas akan dapat memberikan kesan luas pada dapur sempit.
Ikuti perkongsian puan, Nur Diyana ini barangkali menjadi inspirasi untuk anda dekorasi dapur tahun 2021 Ini!
Saya akan kongsikan susun atur dapur di rumah sewa saya yang juga tidak ada kitchen cabinet apatah lagi table top yang bertemakan dekorasi bajet ala ala farmhouse pula.
Setiap penerangan insyaAllah ada saya sertakan di caption gambar jadi saya mohon kawan kawan luangkan masa untuk baca dan fahamkan. Maaf sekiranya saya tak selalu ada masa untuk jawab soalan berulang. Semoga perkongsian & penulisan ini bermanfaat untuk semua terutama pada kawan kawan yang masih menyewa juga.
Semasa suami pindah ke rumah sewa ini, keadaan dapur beginilah – langsung kosong,yang ada cuma sinki. Saya cadangkan pada suami (ketika itu tunang) : “apa kata kita beli sahaja loose item yang perlu ikut keperluan dapur ?’’ – saya mulakan lakaran dan apa yang saya perlu cumalah tempat memasak, preparation area & unit penstoran. Orang lain waktu ini mungkin sibuk fikirkan barang hantaran tapi itu semua kami sudah selesaikan awal, apa yang kami perlu fikirkan adalah keadaan dapur yang berfungsi penuh selepas kahwin. . Dengan kawalan bajet yang ketat, saya yakin saya mampu siapkan keperluan dapur ini dengan bajet kurang dari RM 500 ! ‘’Biar betul ko ni dik bajet RM 500 satu dapur ni ?’’- mungkin itu lah yang ada di dalam fikiran acik acik dan akak akak sekalian. Sungguh, itulah anggaran yang hangus untuk peralatan utama yang saya gunakan : • 2 Unit gas stove rack ( RM 70/each @ Shoppe) • 4 Unit rak penstoran Hyllis saiz besar ( RM 49.90/each @ Ikea) • 2 Unit rak penstoran Hyllis saiz kecil ( RM 39.90/each @ Ikea) • Cat yang digunakan pula adalah cat lebihan dari ruang tamu TOTAL : RM 419.40 Jadi misi perbelanjaan barangan asas saya berjaya ! *Tambahan lain seperti keperluan untuk membeli balang makanan di dapur, hiasan dinding, troli, para, skirting, kuali & periuk serta pinggan mangkuk berbeza bagi setiap isi rumah jadi, jadi bajet tambahan itu terpulang pada anda.Inilah hasil dapur kami setelah kami berkahwin tiga bulan yang lepas. Saya cuba manfaatkan ruang dengan sebaiknya. Hasilnya,saya boleh katakan dapur ini hampir lengkap, saya ada : • tempat memasak yang luas • preparation area bersebelahan sinki • rak susunan makanan kering • rak khas untuk kitchen appliance • rak khas untuk alatan mandian & cucian • ruang khas untuk susunan pinggan mangkuk harian • ruang khas untuk stok inventori makanan yang belum dibuka • ruang khas untuk kuali & periuk Bahkan beberapa perincian ringkas bagi menghidupkan mood ‘’farmhouse’’ di dapur. Meskipun tidaklah mewah, saya sudah cukup gembira dengan keadaan ruang dapur saya sekarang. Segala keperluan mencukupi dan terlihat sempurna bagi keperluan kami berdua.
DINDING DAPUR
Keadaan sebelum kawasan dinding dapur yang dijadikan ruangan memasak sekarang.Kitchen stove rack ini saya gunakan dua set dan diletakkan bersebelahan, satu saya jadikan tempat memasak dan satu lagi saya jadikan preparation area. Meskipun harganya cuma RM 70.00 satu, dibawahnya ada jaring yang membolehkan susunan periuk, kuali, kitchen utensils dan stok makanan kering yang belum dibuka. Tutupkan dengan skirting jadi semuanya akan nampak kemas dan teratur. Kain skirting pula hanya membaluti ruangan depan dan tepi rak, tidak di bahagian belakang bagi memudahkan kerja pembersihan. Kain ini dibeli pada harga yang sangat murah tidak sampai RM 50.00 pun kerana ianya kain ‘’reject’’ dari kilang tapi saya beli dan lihatlah hasilnya setelah siap dijahit. Upah jahit kain skirting begini pula dikira menggunakan kiraan kaki jadi harganya tidak sampai RM 100.00. Sungguh berbaloi pada saya. Untuk hidupkan lagi konsep ala ala ‘’farmhouse’’ kononnya,saya tampal kepingan vinyl dari Eco Shop sahaja di atas table top supaya ada finishing rustic looks seakan kayu.Gam extra diperlukan agar kepingan vinyl tak lekang kerana air dan haba. Setakat yang saya guna, ianya tidak licin dan mesti dibersihkan terus selepas memasak.Option ini terpulang pada pilihan masing-masing, kalau nak plain besi sahaja tak ada masalah. Rug tebal di lantai pula tidak digunapakai secara harian – hanya sesekali apabila tetamu datang berkunjung. Saya beli di lambakan bundle Pasar Rabu Ayer Hitam Johor, harganya cuma RM 40.00 dan sangat sesuai dengan tema dapur saya. Kainnya yang tebal, tidak licin dan saiznya juga besar. Info tambahan: Gunakan anti slippery pad tambahan sekiranya perlu pada bahagian bawah supaya rug setiasa kemas dan terletak elok, sentiasa pilih material yang tepat bagi mengelakkan risiko kemalangan & kecederaan di dapur.Bersebelahan dapur memasak disediakan troli beroda tiga tingkat dengan setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri. Aras 1 diletakkan bekas bagi ‘’food garnishing’’—senang lepas masak boleh terus tabur, aras 2 bahagian plastik sampah dan aras 3 dimuatkan roll tisu dapur. Barangan ini pasti saja memudahkan kerja pembersihan semasa atau selepas memasak.Penggunaan wallpaper jenis PVC berwarna putih di dapur adalah disengajakan kerana saya mahu backsplash ala rumah mat salleh. ‘’Tak susah ke nak bersihkan?’’—Sejujurnya tak ada masalah pun. Material PVC menjadikan semua kesan memasak senang dibersihkan, selepas siap kemaskan sahaja menggunakan kitchen wipes. Saya juga alert dengan post yang dimuatnaik oleh Public Health Malaysia yang menyatakan penggunaan wallpaper di dapur adalah tidak disarankan lebih-lebih lagi apabila peralatan elektrik dibalut. Saya secara individu bersetuju dengan fakta ini kerana ianya melibatkan keselamatan seisi rumah. Suka saya suggestkan pada Tuan/Puan, pemilihan wallpaper yang lebih sesuai digunakan di bahagian backsplash biarlah sekurang-kurangnya dari material jenis PVC kerana ianya bersifat waterproof, oilproof dan heat resistance. Sekiranya mempunyai budget lebih dan masih mahu menggunakan wallpaper kerana tertarik dengan coraknya yang pelbagai, ada pilihan tempered glass di pasaran yang boleh dipasang pada backsplash namun kerja pemasangannya agak rumit dan memerlukan alatan khas seperti silicone glass sealent. Apa pun akhirnya,terpulanglah pada bajet dan pemikiran rasional anda. Ketiadaan gas hood pula tidak menjadikan dapur saya berbau hapak kerana pengudaraanya baik. Tambahan pokok indoor jenis ‘Spider Plants’ (chlorophytum) di kawasan memasak pula sangat baik bagi ‘’air circulation’’ sesuatu ruang. Oleh itu, ianya sengaja disangkut sebagai ‘’air cleanser’’ semulajadi di dapur. Pasu tembikar berukir ringkas siap dengan tali yang menampung tumbuhan semulajadi ini saya beli di Bundle Serbaneka, harganya hanya RM 10.00. Berbaloi kan?Barangan wajib ketika masak yang disusun dalam radar mudah capai bersebelahan dapur gas -garam, gula, serbuk kunyit dan minyak masak. Bekas kedap udara ini saya beli di Daiso.Harganya Cuma RM 5.90 satu. Botol minyak pula dari Eco Shop sahaja.Di atas preparation area saya gantungkan pula para Ikea Burhult dengan pendakap berharga RM 14.90 sekadar untuk menampung stock tuala dapur,tuala tangan dan hiasan ringkas.
Keadaan Bahagian dinding yang bertentangan dengan pintu.
TAK ADA KABINET DAPUR PUN, TETAP KEMAS SUSUN ATUR
Keadaan semasa | Tak ada almari dapur untuk simpan barang ? – Tak ada masalah ! Disebabkan tiada ruang penstoran, saya gunakan empat buah rak Hyllis bersaiz besar dari Ikea yang harganya RM49.90 satu.Saya ciptakan ruang seperti open pantry. Semua alatan memasak dan barangan kering seperti tepung,botol sos,kicap,beras serta rempah ratus saya susun mengikut kategori di situ. ‘’Elehh ko belum ada anak kecik boleh la dik, kalau anak akak habis terbalik dikerjakannya nanti’’—taip Kak A bukan nama sebenar pada ruangan komen. Mari saya beritahu, sebelum saya beli, saya akan study material ni kukuh ke tidak, di mana saya akan letak andai kata saya berpindah ke rumah sendiri nanti? Untuk makluman Tuan/Puan, Hyllis ni ketahanannya boleh menampung sehingga 25 KG setiap unit.Direka khas untuk kegunaan dalam dan luar rumah pula. Material jenis galvanized steel yang digunakan memang berkualiti dari review dalam dan luar negara yang saya baca. Di belakang Hyllis juga terdapat lubang kecil yang boleh di drill pada dinding misal kata takut rak ini terbalik. Kak B pun menambah di ruangan komen,katanya : ‘’Macam mana kalau budak budak selongkar barang tu,kan dah berterabur ?’’— jangan risau, Ikea datangkan juga Hyllis ni dengan sarung (seakan baju) yang boleh dibeli berasingan sekiranya dirasakan perlu. Fuh penat explain. Okay mulai hari ini saya mohon semua undi saya sebagai jurucakap baru pada produk Ikea hahaha. Pokok pangkalnya, cara sebegini mungkin tidak sesuai pada semua keadaan rumah. Suka saya ambil semula kata kata seorang ibu anak lima di group sebelah ” bila kita create rumah kita,ia sesuai dengan kita.Apa pulak buat rumah sesuai dengan org lain.” – jadi apa yang kita rasa sesuai, boleh buat. Tak sesuai, tinggal saja dan tak perlu buat.“Eh rak ini bercahaya ke?”- Ya benar, mari saya ceritakan.Walaupun saya promote rak Ikea dan Shoppe di hampir setiap caption, saya takkan lupakan Eco Shop di mana segala-galanya idea deko kita sebagai rakyat marhaen boleh direalisasikan. Di setiap tingkat rak Hyllis ini saya tambahkan lampu viral yang harganya cuma RM 2.10. Ianya akan melekat kukuh kerana ada alat penggantung (magnet& double sided pelekat Velcro) di belakang lampu. Beginilah keadaan rak di open pantry saya apabila semua lampu ditutup pada waktu malam. Terang kan ? Ini satu idea yang pasti memudahkan kebanyakkan ibu-ibu di rumah. Meskipun tidak ada built in cabinet downlight, kita tak perlu lagi berdepan dengan masalah gelap dalam dalam kabinet bila malam,nak bancuh air pun tak nampak.
PERKAKASAN MASAKAN
Unit yang menempatkan segala jenis pasta dan aneka tepung. Bekas ini dari Eco Shop namun saya berikan sedikit sentuhan pada penutup bekas dengan lilitan tali jute, bekas ini saya lihat praktikal kerana ianya bersaiz tinggi dan kedap udara. Setiap sticker label pula ditempah khas hanya apabila semua barang telah lengkap – saya tidak gunakan sticker ready made kerana bukan semua barang dicetak pada sticker sheet ada di dapur saya, maklumlah kami baru mulakan hidup.Geng Bawang dan rakan rakan diletakkan secara bertingkat di dalam bekas empat segi berpenutup namun masih mempunyai lubang untuk pengudaraan. Bekas ini dibeli di Eco Shop.Pelbagai rempah & serbuk masakan berlabel. Bekas ini dibeli di Kaison (RM 2.00+ tapi tak ingat berapa harga sebenar).Bahan masakan yang diletakkan di dalam bekas bersaiz sederhana besar dan kedap udara supaya lebih praktikal. Bekas ini dibeli di Kaison (RM 7.50)Pelbagai rempah ratus. Bekas ini dibeli di Ikea dan rak bertingkat rempah ratus ini pula dibeli di Pasaraya Cowboy (RM 12.00).
TARIKH LUPUT
Sebagai seorang yang bergraduat dalam bidang pemakanan dan kesihatan komuniti dari universiti, tugas saya adalah untuk menyampaikan pada orang awam betapa isu keselamatan makanan tidak boleh dipandang mudah. Sudah menjadi satu trend bagi kaki deko/ibu ibu/suri rumah yang suka dengan keseragaman balang rempah ratus/stok makanan kering di dapur. Dari bekas kaca sehinggalah ke dalam tupperware/tipuware, stok bahan kering seragam tersusun.Namun timbul satu isu keselamatan makanan bagi sy sebagai seorang community nutritionist apabila ada yang bertanya ” macam mana nak tahu barang tu dah expired bila simpan dalam balang macam ni?”– itu adalah satu soalan yang perlu dipandang serious. Seperti yang kita sedia maklum, tarikh luput makanan adalah salah satu elemen penting yang perlu dilihat pada pembungkus makanan. Walaupun rempah ratus dan bahan kering kebiasaanya mempunyai tarikh luput yang panjang, kita tidak boleh sesekali mengambil mudah untuk membuang terus tarikh luput tersebut. Antara yang saya lakukan pada botol rempah ratus saya adalah : – Gunting tarikh luput pada pembungkus makanan dan tampalkan semula pada bahagian bawah balang dengan salotep jernih kalis air. – Amalkan prinsip FIFO (First In,First Out) di dapur, selagi serbuk rempah ratus atau stok makanan kering sedia ada di dalam balang belum habis, jangan sesekali melakukan isian semula(refill) balang berkenaan kerana ini akan menyebabkan makanan yang berbeza tarikh luput bercampur di dalam bekas yang sama. Ini sangat tidak digalakkan. -Sentiasa praktiskan amalan Lihat,Hidu & Rasa sebelum gunakan apa apa sahaja produk makanan PS: Selain tarikh luput, sila baca semua perkara penting yang ada pada label pembungkusan makanan seperti :arahan penyimpanan yang betul,fungsi produk,label kelulusan seperti tanda halal,label alergi,kandungan serta fakta nutrisi sebelum menukar makanan anda ke dalam bekas lain. Harus diingatkan ya, keselamatan makanan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah walaupun dalam mood “berdeko”Unit yang menempatkan beras & makanan kering. Mungkin ada makcik ke akak akak ke yang gatal je tangan tu nak taip ‘’banyaknya stok mi segera’’. Ni awal awal nak cakap,kami baru balik dari honeymoon di Thailand masa gambar ni diambil, tu susun sekotak terus nak bagi orang ke, nak buat kerabu ke, senang dah ada stock. Lagipun bukan dibuat makan hari hari, jangan terlalu prihatin ya hihiUnit yang menempatkan aneka sos, kicap dan perasa. Saya tidak simpan di dalam peti ais kerana penggunaan barangan ini sekitar empat ke enam minggu sahaja di dapur saya sebelum ianya habis digunapakai.Unit yang menempatkan kegunaan harian – pinggan mangkuk, mug, periuk tiga beradik dan periuk nasi. ‘’Dik, lawo la pinggan tu, lawo la periuk tu,beli mana ?” Untuk makluman Tuan/Puan, ini juga ruangan mempamerkan hadiah kahwin huhu. Nenek saya yang hadiahkan set periuk 3 beradik, periuk nasi pula macam dah janji je sebab warnanya senada periuk,kawan sekolah pula hadiahkan set pinggan mangkuk dan kebetulan ibu pun hadiahkan set pinggan yang sama ! Terus saya ada complete set…memang jimat banyak sebab saya dah save budget di sini. Pintu pula sengaja dibiarkan begitu tanpa ada keperluan untuk cat baru, saya suka dengan kesan ‘’lama’’ yang ada pada pintu, seolah olah bergabung dengan konsep dapur saya. Sampai ke pintu pun explainPenataan hiasan dinding yang digunakan menghidupkan konsep farmhouse (atau setidak tidaknya cukuplah di mata saya). Frame dan jam dibeli di Romantika (maaf saya dah tak ingat harga), faux garlic & ground nuts itu dari Eco Shop, raga dengan daun bulat itu saya DIY sendiri hasil gabungan raga Eco Shop & daun Daiso.Hiasan ringkas seperti kaki lilin dibeli pada harga RM 1.00-2.00 manakala bekas kayu berharga RM 2.00-RM 5.00 yang dipamerkan itu di bundle serbaneka sahaja.Bahagian atas rak Hyllis dialas menggunakan langsir Jepun yang dipotong dua, mujurlah ia boleh memuatkan permukaan keempat empat rak. Saya beli di bundle sahaja – harganya cuma RM 8.00. Bahagian ini hanya menempatkan roti dan bakul buah.
SINKI SEBELUM
Keadaan sinki sebelum | dengan paip tersumbat teruk, bila hujan pasti air melimpah limpah dan banjir di dapur !Keadaan semasa | Ini ruangan sinki saya. Awas bawang rangers ! Sebelum taip apa apa, baca dulu ni dan buka minda anda ya. Kawasan sinki saya TIDAKLAH DIHIAS DENGAN JAMBANGAN BUNGA sebegitu pada hari biasa. Inilah yang kita namakan – for Instagram purpose hahaha. Selepas dah ambil gambar dan memberi effect farmhouse sink versi bajet yang saya inginkan, saya terus sun dried jambangan ini di luar rumah bagi kegunaan projek deko seterusnya iaitu di bilik tetamu. Saya beritahu awal awal, bimbang akak-akak semua tak faham apa motif bunga sejambak di situ, menimbulkan pertanyaan lalu meninggalkan komentar kurang enak untuk dibaca kemudian account anda akan di block oleh saya. Hahaha. Baiklah, balik kepada cerita asal,kalau kawan kawan perhatikan dengan teliti,padanan rug di lantai saya samaratakan dengan warna langsir yang dibeli di Daiso sebanyak tiga helai, jadi harganya hanya RM 17.70.Di belakangnya ada dua keping day curtain yang dibeli di jualan longgok bundle berharga RM 2.00 sahaja. Jadilah tu tingkap ala-ala farmhouse versi bajet ciput. Pastikan juga langsir yang digunakan di dapur tidak dekat dengan kawasan memasak (sumber api), membolehkan pengudaraan serta pencahayaan yang baik dengan menggunakan material yang betul bahkan dilaraskan dengan labuh yang sesuai. PS : Sekiranya ada bajet lebih/tinggal di rumah sendiri, pemilihan “blind curtain” lebih praktikal berbanding kain langsir untuk digunakan di dapur.
Mengajar anak untuk berdisiplin dalam hal meletakkan barang-barang dalam rumah di tempat asalnya setelah digunakan dangan tersusun rapi, memang perlukan komitmen.
Selain kita juga perlu bertegas, siapa sangka teknik meletakkan label seperti yang dilakukan oleh Mohd Nazri ini praktikal dan menarik juga untuk dicuba.
Dan ini perkongsiannya.
Mendidik dan mendisiplin, semua letak label.
Pendekatan yang dilakukan oleh seorang ayah ini menarik juga untuk dipraktikkan. Katanya dengan teknik melabel ini secara tidak langsung dapat mendisiplinkan mereka satu keluarga.
Katanya lagi yang berpengalan bekerja di kilang Jepun, disiplin mereka kuat, semua nak seragam. Bagus untuk pekerja…tu yang terapkan di rumah.
Alhamdulillah semua anak-anak dan isteri boleh ikut selepas bagi tahu tujuan buat semua ini hendak latih anak-anak lebih berdisiplin.
Bila diajukan tentang sticker yang digunakan itu, nyata ayah kepada dua orang anak ini lakukan DIY untuk hasilkannya. “Sticker yang petak tu print sendiri kat tempat kerja, manakala yang bulat itu beli dengan kawan.”
Nyata, Cara ini bukan sahaja nampak lebih sistematik malah secara tidak langsung mendidik untuk seisi keluarga lebih berdisiplin.
Sumber : Mohd Nazri Othman
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Watak Elina lakonan Mira Filzah, satu Malaysia meleleh air mata. Watak Elina yang dibawakan oleh Mira Filzah dalam drama Curang Tanpa Niat benar-benar meruntun jiwa penonton dan juga warga maya.
Watak Elina Lakonan Mira Filzah, Satu Malaysia Meleleh Air Mata
Lakonan Mira dalam satu babak mempamerkan seorang ibu kehilangan anak akibat lemas membuatkan ramai ‘meleleh’ air mata.Penghayatan Mira dalam menjiwai watak sebagai Elina amat menyentuh perasaan.
Ternyata Mira benar-benar ‘menyerap roh’ Elina yang dibawakan oleh dirinya. Paling menyentuh perasaan ialah ketika watak Elina meraung dan mengalirkan air maat saat anaknya Azriel yang dilakonkan oleh pelakon cilik, Qaiszerr Ehsan meninggal dunia akibat lemas.
Mira sendiri turut berkongsi video yang memaparkan babak sedih drama itu di laman Instagramnya.
Rata-rata ramai yang memuji lakonan penuh penghayatan Mira yang membawakan watak Elina dalam drama tersebut.Mira berjaya melontarkan emosi seorang ibu yang kehilangan anaknya.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Kesimpulannya kehilangan anak itu satu situasi yang amat menyakitkan buat seorang ibu.
Sebagai hadiah sempena Hari Raya dan bagi meringankan beban, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah.