Ada antara kita memang diakui perlu ada sambal balado setiap kali ingin menjamu hidangan tengah hari. Tak kiralah makan dengan apa pun, baik dimakan bersama nasi putih hatta menjadi pelengkap untuk dinikmati bersama menu nasi goreng, bihun goreng dan sebagainya.
Berkongsi tentang sambal balado ini, Dr Mazliana Mazlan juga punya ceritanya yang tersendiri. Difahamkan resipi yang dikongsikan ini dipelajari cara membuatnya daripada kawan adiknya yang berasal dari Indonesia.
“Lepas saya cuba resepi dari Indonesia ini, saya dah tak pernah buat carian resepi lagi di internet untuk sambal balado. Saya dah jumpa resepi yang betul-betul kena dengan lidah. Padu sangat rasa dia, pelbagai guna lagi, memang stok yang tak pernah putus yang perlu ada di rumah saya.
“Tumis bawang, kemudian masukkan sambal dan telur, gaul dengan nasi. Siap nasi goreng tak sampai 5 minit.
“Tumis bawang holland, masukkan sambal, masuk air dan perasakan dengan garam. Siap untuk digaul dengan ayam atau ikan goreng. Makan dengan sup sayur pun dah tak ingat orang sebelah,” ceritanya ringkas berkenaan resipi sambal berlado yang dikongsikan di salah satu group masakan di facebook tidak lama dahulu.
Jadi buat anda peminat sambal, anda wajib cuba resepi sambal berlado yang satu ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
(Kuantiti yang saya tulis hanya sebagai guideline sahaja. Boleh ubah ikut tahap kepedasan yang diingini. Saya banyak kali cuba olah bawang lebih, sambal lebih, tomato lebih, akhirnya saya suka dengan kuantiti yang ini.)
Ads
Bahan-bahan :
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
3 genggam cili padi (campur merah dan hijau ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 inci belacan
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak
Cara penyediaan :
Ads
Langkah 1 :
Kalau rajin, boleh tumbuk bahan-bahan ini. Cara saya yang kurang sikit rajinnya dan nak cepat, saya masukkan semua dalam food processor. Jangan letak air langsung ye. Kalau guna blender biasa pun boleh, letak air sikit je okay.
Langkah 2 :
Kisar jangan lumat sangat, biar nampak ada serdak-serdak cili gitu.
Langkah 3 :
Panaskan minyak, agak-agak je. Saya guna minyak masak lebihan goreng ikan bilis masa buat sambal tempoyak haritu. Sekali harung buat stok semua bahan.
Langkah 4 :
Masukkan dalam kuali. Masak sampai agak kering airnya untuk tahan lama, biar betul-betul kering.
Ads
Langkah 5 :
Masukkan gula dalam 2 sudu. Saya guna organic raw cane sugar.
Langkah 6:
Masukkan garam Himalaya secukup rasa. Apa-apa garam pun boleh.
Langkah 7 :
Siap! Boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam chiller. Tak perlu sejuk beku, boleh tahan dalam 2 minggu.
Ramai yang suka makan pulut kuning, namun ada yang tidak mahir dalam memasak hidangan ni. Nak buat pulut kuning nampak mudah aje tetapi sebenarnya kalau salah sukatannya boleh jadi lembik dan basi.
Bagi yang gemar makanan ini, selain beli apa kata buat sendiri aje di rumah. Perkongsian oleh Maz Samad boleh dijadikan panduan, siap beri tip cara elak pulut jadi basi dan lembut elok hidangan ini.
Jom cuba, mana tahu boleb buat kek pulut kuning hari jadi anak nanti. Bila dah jadi cantik dan berkilat nak hias pun tentu teruja.
Selamat mencuba!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Tips pulut kuning tahan lama dan tak cepat basi.
1. Rendam beras pulut dengan air sejuk
2. Masukkan garam kasar 2 atau 3 butir
3. Rendamkan asam keping bersama beras pulut
4. Rendam sekurang-kurangnya 6 jam
5. Pastikan sebelum di rendam wajib di bilas atau dibilas sehingga hilang air keruh. Bilas hingga air jernih. Baru direndam
6. Semasa rendam letak sekali 2 sudu kunyit serbuk
Kaedah Kukus Beras Pulut
1- Kukus pertama
Beras pulut dicampur bersama sedikit minyak masak dan dikukus selama 10 minit.
2. Air Kukusan. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih baru letakkan pengukus beras pulut.
Letakkan 3 atau 4 helai daun pandan di dalam air pengukus supaya wap air naik ke permukaan atas.
3. Semasa mengukus
Langkah kukusan pertama 10 minit
rehatkan seketika sebelum mengukus kali ke-2. Langkah kukusan kedua 20 minit.
Pulut dicampur bersama:
1/2 cawan Minyak atau Marjerin
Pewarna kuning telur
200ml Santan
2 cawan air
1 sudu kecil garam
4. Beras pulut nampak berkilat
Campurkan sedikit minyak atau marjerin bag kilat pulut kuning tersebut.
Campurkan sedikit pewarna kuning telur bagi naikkan lagi seri pulut tersebut.
Pulut kuning akan nampak sebiji-sbiji bila dihias.Tidak perlu risau walaupun pulut kuning nampak. Berbiji tapi tekstur sangat lembut.
Edit:
Sukatan untuk 1/2 @ 1kg pulut. Ikut kita nak lemak yang mana.
Tujuan rendam pulut bersama asam keping, untuk kilatkan pulut setelah masak.
Roti Jala memang sudah selalu kita jamah. Kiraian roti yang dicicah bersama kuah kari pekat ini memang terangkat kalau tengah lapar.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Azwa Mohtar. Sukatan yang mudah dengan cara yang cukup simple memudahkan ibu-ibu yang baru nak cuba!
Assalamualaikum.. Saya nak berkongsi resepi membuat roti jala.. kalau dah ada sukatan mudah kita nak dapatkan hasil yg standard.. xde la kejap cair kejap pekat adunan kita..
Bahan-bahan :
1kg Tepung gandum
1 sudu besar majerin
1 sudu besar garam halus
1 sudu kecil pewarna kuning telur
1.7liter air biasa
Cara membuat:
Satukan semua bahan dan kisar hingga halus. Pasti ia tidak berketul supaya adunan tidak tersumbat di dalam acuan. Tapis adunan jika perlu.
Panaskan kuali non stick dan tebar roti jala menggunakan acuan.
Angkat dan gulung dengan kemas. lakukan hingga habis adunan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Sambal bilis belimbing buluh. Tak ada lauk lain pun tak jadi hal,” itulah kata pemilik resipi ini Puan Nanie Rosnani berkenaan resipi yang dikongsikan olehnya di group memasak tidak lama dahulu.
Ternyata sebut sahaja belimbing buluh diakui memang boleh kecur liur dibuatnya sekali gus kita akan rasa teruja pula untuk mencuba menu nan satu ini. Memandangkan bahan-bahan yang digunakan juga cukup ringkas dan ditambah pula kita anak beranak memang suka makan pedas, jadi tidak hairanlah resipi ini mendapat tempat di hati warganet.
Bahan-bahan:
Ikan bilis
2 biji cili merah & cili padi secukupnya – jumlahnya boleh disesuaikan ikut citarasa.