Sebagai penggemar hidangan yang bercitarasa pedas, pasti tidak lengkap kiranya menikmati makanan yang terhidang tanpa tersedia hidangan berasaskan cili. Sekiranya sambal belacan sering dijadikan hidangan wajib anda sekeluarga, jadi apa kata kali ini mencuba pula sambal goreng yang dikongsikan oleh Lyana ini.

Menurutnya, sambal goreng ini adalah resipi daripada arwah neneknya yang dipelajari daripada ibunya yang tercinta. Jadi buat anda yang ingin mencuba rasa keistimewaan rasa sambal nan satu ini, boleh dicuba menyediakannya.

Ini perkongsiannya.

Ramai berkenan kat sambal goreng nih kan. Okay lah, Yana share resepi so uols boleh lah try. Sebenarnya nih Yana belajar daripada Ibu, resepi asal daripada arwah nenek Yana. Arwah nenek memang pandai masak, dulu kecik kecik order apa jer semua dia buat. Rindu tok mak, Al Fatihah. Here’s the recipe, Yana list kan secara ringkas yer.

Bahan bahannya:

IKLAN

Sambal Goreng Turun Temurun, Padu Rasanya & Ni Resipinya Bagi Yang Nak Cuba Buat!

*Bawang besar saiz sederhana 2
*Cili hijau 6 & Cili Merah 4
*Cili Padi merah sikit (kalau nak pedas)
*Ikan bilis sikit
*Belacan sikit
Asam Jawa (agak agak 1/2 dari saiz telur ayam, perah dalam mangkuk, air dia toskan)

*Semua bahan bahan nih blend kering.

IKLAN

Sambal Goreng Turun Temurun, Padu Rasanya & Ni Resipinya Bagi Yang Nak Cuba Buat!

Cara caranya:

• Ambil minyak dalam 1 senduk (memang kena lebih kalau tak sambal tak garing)
• Tumis bahan bahan blend kering tadi sampai garing
• Once dah garing, baru masukkan air asam
• Perasakan dengan garam, then gula sikit
• Hiriskan bawang and campur sekali dalam sambal lepas tu tutup api
• Lebihan minyak pada sambal tadi pandai pandai la buang sendiri okayh

IKLAN

Sambal Goreng Turun Temurun, Padu Rasanya & Ni Resipinya Bagi Yang Nak Cuba Buat!

Siap dah! Selamat mencuba. Boleh try makan dengan bubur, dengan nasi biasa pun okay jer.

Atau anda juga boleh mencuba resipi sambal ini : Sambal Belacan, Makin Pedas Tu Yang Terasa Sedap.

sumber : Lyana Hisham 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI