Meraikan Birthday Party tentunya anak-anak paling seronok bahkan ibu bapa juga turut berasa teruja untuk memastikan majlis yang dirancang dapat disambut dalam suasana meriah dan istimewa.
Semahunya ingin menjadikan majlis yang bermakna itu dikenang hingga selama-lamanya. Maka tidak hairanlah, bukan sahaja pada pemilihan kek yang diberi tumpuan, malah dari sudut undangan tetamu, hadiah, menu, dekorasi dan sebagainya turut diambil perhatian secara detil.
Ads
Apa yang pasti, walau apa pun bentuk sambutan hari lahir tanpa adanya belon yang berwarna-warni, majlis hari lahir akan terlihat hambar. Malah jika ingin lebih hebat majlis tersebut, penggunaan belon yang terapung menghiasi ruang majlis akan mampu menyuntik suasana dan mood majlis jauh berbeza. Namun untuk mengadakan belon gas tersebut bukanlah murah.
Oleh itu lakukan eksperimen yang dikongsi oleh Zoel Fikriddin dalam menghasilkan belon gas. Caranya cukup mudah dan kosnya jauh lebih murah!
Setiap orang punya cara tersendiri untuk menyambut hari istimewa. Tak kira untuk diri sendiri mahupun orang tersayang. Walaupun simple namun yang penting itu tanda kita mengingati dan yang diraikan turut gembira.
Seperti juga pelakon dan pengacara Che Puan Juliana Evans, yang baru-baru ini berkongsi sekeping gambar meraikan ulang tahun kelahiran suaminya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah.
Apa yang menariknya, walaupun bergelar isteri kepada kerabat Diraja Selangor, namun dia memilih untuk menyambut secara sederhana bersama cahaya mata mereka, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang dipanggil Milly.
Malah, Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans berkongsi cerita, membeli dekorasi dari kedai MR DIY sahaja bagi menghiasi sambutan tersebut di kediaman mereka.
This is how we squish Mily everyday 🥰 Surprise birthday for my hubby at home last night worked! 🥳 🎉 Macam biasa la decorations semua beli kat our favourite store Mr DIY je 😜 hope you like the simple celebration syg.
Dalam perkongsian tersebut juga, Juliana turut menitipkan doa buat suami selain berterima kasih kerana menjadi pasangan serta bapa yang baik sekali gus membawa kegembiraan serta kebahagiaan buat mereka sekeluarga.
Thank you for being such a good husband and especially a good father to our daughter.. you bring us so much joy and happiness 💕 You have come a long way to become who you are today & I am the most proud wife ever! Semoga keluarga kita bertambah besar dan semoga Allah murahkan rezeki syg lagi… Alhamdulillah amin 🤲🏻
Perkongsian Juliana tersebut mendapat reaksi ramai. Namun bukan kerana dekorasi atau ucapan untuk suaminya, sebaliknya rata-rata memberi komen tentang ‘baby bump’ yang kelihatan dalam gambar tersebut. ramai meneka Juliana kini sedang berbadan dua. Namun empunya diri tidak memberi sebarang komen.
Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkongsi berita duka berhubung kematian madunya, Datin Bahazanariah Baharudin. Allahyarhamah yang mesra disapa Kak Nana meninggal dunia akibat kanser.
Perkongsian berita sedih itu dimuat naik Datuk Nurulhidayah atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Long menerusi laman instagramnya.
INNALILLAHIWAINNALILLAHIRROJIUN
Bismilillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum. Saya, NurulHidayah Ahmad Zahid bersama suami Dato Saiful Nizam Mohd Yusoff mewakili seluruh keluarga kakak Madu, Datin Bahazanaria, yang sangat kami sayangi, ingin memaklumkan Datin Bahazanariah binti Baharudin telah pulang ke Rahmatullah pada pukul 4.16 pagi (5 November 2020) ini di Hospital KPJ Damansara, setelah bertarung penyakit barah Tahap 4 sejak Ogos tahun ini. Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan mohon ampunkan segala salah silapnya sepanjang kehidupannya. Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya, dan semoga Kakak saya ditempatkan dalam kalangan para solehin.
Dato’ Nurulhidayah Ahmad Zahid Dato’ Saiful Nizam Mohd Yusoff Dan Anak-anak serta Keluarga
Kakkkkkkk .. Allahuakbar 😭😭😭
Dalam pada itu, menerusi tembual bersama Astro Awani, Kak Long menyifatkan pemergian Allahyarhamah satu kehilangan yang cukup besar.
“Saya kehilangan seorang kakak, seorang wanita yang hebat. Saya amat menghargai kejujuranya menerima saya sebagai madu dalam kehidupannya. “Kejujurannya, pengorbanannya dan kasih sayangnya tiada tolak bandingnya. Saya akan merindui Kak Zana.”
Nurulhidayah bwerkongsi cerita bagaimana Allahyarham Bahazanariah bersungguh-sungguh yang memintanya berkahwin dengan suami mereka, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.
“Arwah yang beriya-iya minta saya menikahi suaminya kerana beliau mahu memberikan sepenuh perhatian pada kesihatannya sebaik disahkan mengidap kanser payu dara. “Saya tidak tahu bagaimana lagi mahu gambarkan kehebatan arwah. Pengorbanannya akan saya kenang sehingga ke akhir hayat saya. Terima kasih Kak Nana atas segala-galanya. Saya akan bawa kebaikan dan kasih sayang kakak sehingga ke lahad,” ujar Nurulhidayah atau lebih dikenali sebagai Kak Long dalam kalangan keluarga dan rakan-rakannya.
Allahyarham Bahazanariah yang berusia 50 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.16 pagi ini di sebuah hospital swasta di Damansara akibat kanser payu dara.
Bahazanariah disahkan menghidap kanser tahap empat pada Ogos lalu.
Beliau menutup usia semasa dalam tidur dan disedari oleh suaminya, Saiful Nizam.
Menurut Nurulhidayah, beliau dan Saiful Nizam yang bergilir-gilir menjaga Bahazanariah semasa Allahyarham menerima rawatan di hospital.
“Arwah Kak Nana seorang yang sangat positif. Sekalipun dalam kesakitan, beliau sentiasa tabah menerima dugaan daripada Allah, tidak pernah sekalipun Allahyarham mengeluh, bahkan sentiasa mengingatkan diri agar bersabar. “Inilah keperibadian yang akan saya rindui,” kata Nurulhidayah lagi.
Kisah Nurulhidayah berkongsi suami dengan Allahyarham Bahazanariah sentiasa menjadi rujukan dalam pelbagai perbincangan melibatkan isu poligami.
Ini kerana, hubungan kedua-dua wanita itu amat akrab sekali dan sering dilihat bersama-sama dalam pelbagai acara.
Bahkan, Nurulhidayah dan Bahazanariah juga tidak pernah kekok keluar bersama-sama suami mereka dalam satu masa.
Nurulhidayah juga sering memuat naik pelbagai foto mereka dalam akaun Instagram peribadinya. Kehidupan bermadu mereka amat dikagumi ramai.
Kata Nurulhidayah dalam beberapa wawancara sebelum ini, beliau dan madunya itu sentiasa mengamalkan sikap diplomasi dan saling memahami antara satu sama lain.
Bahkan, kedua-dua wanita itu juga bertuah kerana suami mereka, Saiful Nizam memainkan peranan yang bijaksana dalam memimpin rumah tangga mereka.
“Kak Nana adalah orang yang sentiasa memberi semangat untuk bergelar isteri kedua. Arwah Kak Nana sentiasa ada di sisi saya ketika saya memerlukan dia pada bila-bila masa. “Sekali lagi ingin saya katakan, saya kehilangan seorang kakak dan wanita yang sangat hebat. Terima kasih Kak Nana atas pengorbanan kakak. Terima kasih kerana menerima saya dalam hidup kakak. Saya akan kenang kakak sehingga ke akhir hayat saya,” kata Nurulhidayah lagi.
Jenazah Allahyarham Bahazanariah kini berada di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara sekitar pukul 10 pagi.
Dumpling antara makanan tradisi masyarakat Cina yang sangat popular. Selain berintikan sayur-sayuran, ia juga boleh dipelbagaikan dengan isi ikut selera masing-masing.
Jika ibu-ibu teringin nak cuba buat sendiri nah admin sediakan resepi nya.
Dumpling Soup Homemade Halal 🥟🍲
Modal bawah Rm10 boleh makan 40 pcs Dumpling ❤️ Kalau makan dekat Chicken Rice Shop mau semangkuk RM8-RM9. Ni sekali buat cukup 1 family dapat makan 😂 Tapi modal utama kena rajin & sabar ✅ Tekak nak makan punya pasal gigih buat sampai siap 😂
Confirm sedap Confirm pengsan . Chingg 🌟 Ada yang nak cuba resipi ?
Selamat mencuba ❤️
Inti Dumpling 👇🏻
➡️ Isi ayam 🐓 300g (fillet dicincang)
➡️ Carrot 🥕 (setengah batang sagat)
➡️ Bawang besar (1 biji cincang halus)
➡️ Bawang putih (4 ulas cincang halus)
➡️ Daun sup & Daun bawang (potong halus)
➡️ Serbuk lada sulah (2 sudu)
➡️ Minyak bijan (3 sudu)
➡️ Serbuk maggi cukup rasa (2 sudu)
➡️ Garam & gula (1 sudu kecil)
➡️ Dumpling pastry 🥟 (Instant)
Campur semua bahan2 kecuali dumpling pastry.
Gaul sebati & perap sekejap 10 minit.
Masuk inti dalam pastry then kelim pastry ikut kreativiti. Boleh try google @ tengok youtube cara lipat dumpling.
Takde mangkuk tingkat buluh macam mangkuk dimsum so susun kita dumpling kat atas pinggan letak dalam pengukus.
Kalau direct letak atas pengukus nanti melekat. Da try buat gitu sebab tuh mai habaq awai2 . Jahanam 6 ketui dumpling 😂 Rugi rugi 🤦🏼♀️ Kukus dumpling selama 10 minit.
Da siap kukus boleh makan dengan sos kicap @ goreng dumpling 🥟
Tumis bawang putih & halia sampai naik bau.
Letak 1 mangkuk air dalam periuk.
Masuk bahan2 lain sampai mendidih.
Letak dumpling yang da siap kukus tadi tuh dalam periuk sekali. Biarkan 2-3 minit sekejap.
Then tabur sikit daun bawang.
Last sekali buat sos pakai sos thai campur sikit dengan daun ketumbar yang da cincang halus. Gaul sebati then boleh makan dengan sup.
Ada orang buat sos pakai kicap cair tapi lagi suka sos thai lagi padu rasa nya 😋
Kredit: wany lifa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di