Lain orang lain erti bahagia buat mereka. Tetapi dikelilingi orang yang tersayang adalah kebahagiaan yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata. Saling memerlukan antara satu sama lain, dan tolak tepi kekurangan diri menjadikan sebuah keluarga itu lebih kuat ikatannya.
Seperti kisah keluarga ini, meskipun ibu dan ayah mempunyai kekurangan dari sudut penglihatan, tetapi anak-anak terima dengan kekurangan tersebut dan tetap di sisi. Didikan orang tuanya sememangnya patut diberi pujian!
Menerusi perkongsian anisa_samsudin di laman TikTok, kelihatan dia bersama suami sedang menyambut ulang tahun kelahiran zuriatnya yang bernama Amani. Walaupun mengalami masalah penglihatan, namun mereka tetap berada di sisi anak demi bersama-sama meraikan majlis kecil itu.
Ads
Selain itu, mereka juga turut bersama-sama menyanyikan lagu birthday sebelum berakhir dengan tiupan lilin. Namun, timbul pula satu detik paling hiba ketika si anak menyuap kek kepada ibu bapanya.
Ads
Walaupun dia tidak dikurniakan dengan orang tua yang sempurna, namun ia bukanlah alasan daripada mengecapi kebahagiaan. Dalam masa sama, Anisa juga turut mendoakan agar anaknya mampu membesar menjadi insan yang mulia serta solehah.
Meninjau di ruangan komen, orang ramai tidak henti-henti menitipkan ucapan tahniah serta doa kepada mereka semua. Malah, berharap agar si anak mampu menjadi insan yang solehah serta dapat membanggakan kedua ibu bapa.
Sempena Hari Bapa yang diraikan semalam, Fara Fauzana yang juga penyampai radio popular Hot FM telah membuat kejutan untuk tiga rakan gandingannya itu dengan menyediakan ucapan penuh bermakna dari anak-anak kepada KJ, Johan dan juga AG.
Menerusi rakaman disiarkan dalam segmen Bekpes Hot kendalian pagi tadi, naluri seorang bapa jelas kelihatan apabila KJ sebak dan akhirnya, mengalirkan air mata selepas mendengar ucapan penuh kasih sayang anak-anaknya hingga menjadi bahan usikan penyampai lain.
“We love you Papa, kita kan dah sambut father’s day semalam. We love you much Papa,” luah anak mantan Menteri Kesihatan itu.
Seorang lagi anak KJ berkata, “Knock, knock… who’s there?”
“Huppy… Huppy who?
“Happy Father’s Day, Papa… I love you,” kata seorang lagi anaknya.
Sebaik mendengar kiriman ucapan dua anaknya, KJ tidak dapat menahan air mata, sambil mengesatnya dan tersenyum.
AG dan Johan yang kebetulan meraikan ulang tahun kelahiran, minggu ini tersentuh dengan ucapan yang dilayangkan anak-anak mereka.
Selain ucapan selamat hari lahir yang jatuh pada hari ini, kelima-lima anak AG atau nama sebenarnya, Muhammad Azmir Selamat turut menyifatkan bapa mereka itu sebagai seorang adiwira.
“Selamat Hari Bapa, Daddy. Saya sangat menyayangi anda. Apapun yang berlaku, anda adalah ‘superhero’ saya.
“Selamat Hari Lahir,” kata salah seorang anaknya.
Bagi anak-anak Johan, mereka meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang bapa yang bertanggungjawab dan terbaik buat mereka.
“Sodiq nak ucap terima kasih kerana selama ini menyokong Sodiq. Sodi nak doakan papa, murahkan rezeki papa.
“Terima kasih kerana menjadi seorang papa yang terbaik selama ini,” ungkap Sodiq atau nama sebenarnya, Ahmad Sodiq Hanania.
Teruja dengan hadiah tidak disangka-sangka, ketiga-tiga penyampai radio berkenaan mengucapkan terima kasih kepada Fara atas kejutan cukup bemakna.
Sumber : Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berkunjung ke rumah salah sebuah keluarga yang ingin mendapatkan khidmat urutan yang ditawarkan oleh wanita ini, Fera Adriana merasakan ingin membantu keluarga tersebut. Sungguh, rumah yang dihuni oleh keluarga tersebut serba kekurangan.
Atas dasar ingin membantu, Fera Adriana kongsikan pengalamannya bertemu keluarga tersebut dan diharapkan agar apabila diwar-warkan akan dapat menyalurkan bantuan buat yang ingin membantu.
INI KISAHNYA
Harini hari pertama sy urut orang sambil menangis dalam hati, saya dapat msg dari akk ni, dia cakap dah tak tahan sangat sebab badan sakit,So bila saya sampai saya agak terperanjat tengok keadaan rumah yang seolah kosong, memang tak dak apa, yang ada hanya penghuni dalam dia, jadi masa urut akak ni, saya saja mulakan perbualan dengan tanya dia baru ke pindah sini kak? Dia kata aah baru je dapat rumah quarters selepas buat rayuan, akak ni kerja kerajaan, jadi saya tanya lagi, berapa lama dah pindah sini?
Dia jawab lagi dah 2 bulan dik, dalam hati ” kalau dah 2 bulan, xkan ni je brg rumah dia ada…” jadi saya tanya lagi, suami akk pon kerja kerajaan ke, jawapan dia buat aku menangis dalam hati, dengan tenang dia jawab suami akak dah meninggal, bulan 1 haritu sakit kanser, Allahu….!
Kau bayang kan akak ni skrg tgh mengandung 7bulan, dan dia ada anak yang perlu di tanggung, seramai 4 orang lagi? Sorang darjah 6 , darjah 4 , umur 3 tahun dan umur 2 tahun.
Kau bayang kan macam mana kehidupan seharian mereka anak beranak? Dan saya tanya lagi , siapa yang jaga anak2 akak kalau akk pergi kerja? Akak pergi kerja naik apa? Nak tahu apa jawapan dia? Anak dia yg darjah 6 dan yg darjah 4 yang handle dan jaga budak umur 3 & 2 tahun tu masa akak tu pegi kerja,dan lagi buat aku sesak dada bila akk tu ckp anak dia darjah 6 tu lah yg uruskan masak dan bagi adik2 diorg makan, wehhh saat kawan2 umur sebaya si kakak sulong ni sedang bermain ipad , tgk cerita pony2, si kakak sulong ni pula sedang memikul tanggungjawab seorang ibu, manakala seorang ibu sedang memikul tanggungjawab sebagai ibu yg sedang sarat mengandung juga menjadi ayah kepada 4 orang anak yang masih kecil……
Allahuu sebakkk sangat, akk ni sangat tabah, masih mampu tersenyum, pegi kerja naik moto, sebab tu je satunya kenderaan yg dia ada….dan saya tanya lagi barang2 keperluan baby ada dah? Dia kata belum, sebab banyak lagi yg perlu di dahulukan buat masa ni, sebab dok uruskan urusan pindah sekolah anak2 dia, saya kata akak kalau saya ada barang2 baby yang masih ok nak bagi kat baby akk akk nak tak? Akk tu senyum dan kata boleh jugak mcmtu tak payah pk lagi dah pasal keperluan baby ni lagi.
Jadi bila dah selesai urut akk tu, akak tu bayar pada saya, dan saya ambil duit saya ketepikan rm20 dan saya hulurkan balik pada akak tu duit lebihan akk tu agak terkejut, dan kata kenapa sikit je ira amik? saya kata simpan buat perbelanjaan anak2 akak, dan saya bukak dompet kuar beberapa not yg ada dalam tu dan bagi lagi pada akak tu, saya harap duit tu sedikit sebanyak dapat bantu mereka anak beranak.
Mana keluarga mereka yang lain? Ada.. tapi berapa lah mungkin masing2 dapat hulur kan dan bantu, kalau banyak dia dapat, korang mesti nampak macam2 dah ada dalam rumah diorang ni, habis kuat orang boleh tolong utk lepas mereka makan anak beranak mungkin,
Perbelanjaan sekolah anak?
Anak pegi sekolah?
Perbelanjaaan lain?
Aku tanya lagi berapa gaji? Dia kata dah tolak itu ini bersih dapatla 1ribu sebulan 1ribu cukup lah utk makan minum mereka anak beranak 5 orang katanya….
Aku tahu tak cukup sebenarnya, akk tu xnak kita simpati dekat dia, akk tu tak mintak apa2 pon dekat aku…. sikit pon tak , tapi melihat keadaan rumah, aku tahu aku perlu buat sesuatu…
Ingat dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain, aku janji dengan akak tu akan datang lagi,
Untuk bagi barang keperluan barang baby, dan persiapan dia bersalin, ada ke yang sudi nak bantu misi aku ni? Akak tu xtahu pon, aku memang niat nak belikan sedikit barang keperluan mereka, seprti beras, barang kering, sedikit barang basah, dan barang keperluan harian mereka.
SEHARI KEMUDIAN
Atas perkongsian tersebut juga turut mendapat perhatian, dan ini yang dimuat naik di akaun fbnya.
Ada 2 kotak Pampers sampai kat rumah saya, saya tak tahu apa nama FB yang sudi dermakan dekat puan Salmi, katanya suruh postage dkt rumah saya sbb tkot puan Salmi xda kat rumah, esok saya dan hamba Allah yang sudi nak bantu puan Salmi akan ke rumah beliau dan sampai kan barang2 keperluan beliau.
Terima kasih kepada hamba Allah ini, sy tak tahu apa FB anda , semoga Allah murah kan rezeki anda.
Tahniah diucapkan buat pelakon Hafidz Roshdi yang menyambut kelahiran anak pertamanya bersama isteri, Athira Yuhada.
Hafidz membuat kejutan apabila mengumumkan menimang cahaya mata menerusi perkongsian dalam Instagram (IG), semalam.
Tidak mendedahkan butiran lanjut termasuk jantina bayi, Hafidz sebaliknya hanya memberi tahu tarikh kelahiran berserta foto yang memaparkannya bersama isteri, sedang menggendong zuriat mereka.
“Alhamdulillah. Lahir pada 13 Februari 2025, jam 7.35pm,” tulisnya ringkas menerusi Instagramnya.
Difahamkan Athira melahirkan bayi sulung mereka di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam.
Perkongsian berkenaan mencuri perhatian kerana pasangan tersebut tidak pernah berkongsi berita kehamilan tersebut.
Terdahulu, Hafidz dan Athira mendirikan rumah tangga pada 15 Disember 2023. Hafidz turut dikurniakan dengan dua orang cahaya matanya, Humairah, 8 dan Umar, 5 menerusi perkahwinannya yang terdahulu.