Menikmati menu enak dari Timur Tengah dengan aroma dan rasa berempah pasti ada yang merindukannya. Jadi apa kata anda sediakan sendiri hidangan nan satu ini yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Menariknya menurut Dr Kamarul menu yang dikongsikan ini adalah versi yang didapati di Rusia dan sekitarnya.
Ini perkongsiannya.
Dulu masa belajar di Rusia, selain plov, makanan kegemaran pelajar Malaysia adalah шаурма (shaurma). Ini makanan timur tengah sebenarnya, tapi ni versi yang didapati di Rusia dan sekitarnya.
Shaurma Rusia by Dayana Here
Bahan-bahan: (hidangan 5 orang)
400g isi ayam (berkulit)
¼ biji kobis
10 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
1 senduk mayonis
1 cubit serbuk jintan manis
1 sudu teh biji ketumbar
½ sudu teh halba
1 sudu teh lada hitam
2 pokok ketumbar
¼ bawang Holland
5 keping tortilla
Garam secukup rasa
Cara memasaknya :
1. Adzhika adalah sambal orang Rusia.
Boleh makan dengan apa sahaja. Ada
banyak versi, tapi untuk shaurma ni kena
guna: cili kering(direndam), bawang putih,
daun ketumbar, biji ketumbar, halba dan
garam. Tumbuk semua, jadikan pes. Siap!
2. Dua keping ayam ni saya tak potong. Cuma letak garam dan serbuk lada hitam. kalau kau orang nak letak daun rosemary atau parsley pun boleh. Lebih harum.
3. Ramuan kedua! Mayonis dicampur
dengan 1 ulas parutan bawang putih,
serbuk jintan manis dan secubit garam.
Gaul rata. Simpan adzhika dan mayonis
ni dalam peti. Kita uruskan ayam.
4.OK! Letak minyak. Bakar guna
pemanggang ni. Bakar bahagian kulit
dulu, biar garing dan keemasan.
Kemudian baru terbalikkan.
5. Ha nampak! Cantikkan. Saya gunakan
termometer untuk pastikan ayam masak
sempurna. Kena pastikan tengah ayam
capai suhu 75’C. Jika tak ada
termometer bakar agak-agak 5 minit
setiap belah/sisi.
6. Dah bakar, potong ayam guna dua bilah
pisau kegemaran isteri. Oh, ya lupa nak
beritahu. Shaurma ni bukan saya buat.
Isteri yang buat. Saya sekadar sous chef
(pembantu) dan jurukamera sahaja.
8. Ok cincang kepada cebisan kecil. Jangan kecil atau hancur sangat. Nanti tak sedap nak gigit. Selain rasa, makanan perlukan tekstur yang betul, barulah ia dianggap sedap.
9. Bentang tortilla, sapukan mayonis bawang putih dan kemudian adzhika.
Inilah pelaris shaurma versi Rusia ni.
Kalau dah rasa dua benda ni, mesti tak
pandang yang lain. Hehe
10. Letak cebIsan ayam, kobis dan bawang.
Gulung tortilla padat-padat. Semasa
gulung, pastikan salah satu hujung tu
terbuka. Nanti tahulah sebabnya.
Belum siap. Ada satu lagi langkah untuk
buat shaurma kita ni mengancam. Kena bakar lagi! Bakar atas pemanggang dan minyak bakar ayam tadi. Bakar dalam seminit dan pusing untuk periksa.
Mayonis berlemak dengan rasa bawang
putih dan jintan tu memang luar biasa.
Dipadukan pula dengan adzhika yang
pedas, berempah dan wangi ketumbar. la
sangat melengkapi rasa isi ayam bakar
juicy dan kulit yang rangup. Nikmat betul!
Selamat mencuba.
Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memandangkan hari ini cuti dan pasti pagi-pagi macam ni ibu-ibu tengah pening kan fikiran menu apa nak sedia untuk makan tengah hari nanti?
Apa kata hari ini buat resipi yang simple je tapi sedap. Jom cuba menu Ayam Panggang Serai. Dimakan bersama Air Asam Serai memang terangkat.
Ayam Panggang Serai
1 ekor ayam – size sederhana jgn besar sangat
( iku suka nak panggang bulat @ nak kerat 4)
Bahan2 perap:
7 ulas bawang putih – tumbuk halus
3 batang serai- hiris nipis2, kemudian tumbuk halus
1 sudu besar penuh serbuk (kasar) lada hitam
3 sudu besar gula perang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil cajun
4 sudu besar minyak jagung
1/2 biji perahan limau nipis
Garam secukup rasa
Aji- optional
Cara2:
– satukan dan gaul sebati bahan2 perap.. kemudian lumurkan rata2 pada ayam..
– perap ayam paling kurang 4 jam atau perap semalaman dalam peti sejuk..
– setelah masa perapan cukup, bakar ayam pada suhu 200c selama 1 jam 20min atau sehingga ayam cukup masak.
Air Asam Ayam Panggang Serai Bahan2:
1 kuntum bunga kantan – hiris nipis
Sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit hirisan daun kesom
Sedikit hirisan daun bawang
1 ulas bawang kecil – hiris nipis
1 sudu kecil serbuk beras pulut sangai (thai toasted rice powder) – resepinya ada diwall saya ye..
4 sudu besar sos ikan
3 sudu besar gula kelapa thai (thai palm sugar)- kalau takde boleh ganti dengan gula perang
1 sudu sudu besar pes asam jawa adabi- cairkan dgn sedikit air panas
2 sudu besar thai chilli flakes
3 biji limau nipis- ambil perahan jusnya sahaja
1 sudu besar minyak masak/zaitun/jagung – optional Cara2:
Satukan semua bahan2.. kacau sebati.. sesuaikan rasa.. siap utk dihidang bersama daging bakar..
Selamat mencuba♥️
Resepi : Adnilsam Apat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resipi Ibu Sambal Kicap ni memang sedap. Cukup enak kalau dinikmati bersama hidangan seperti Bihun Sup, Soto, Tauhu Bergedil, ikan goreng dan sebagainya lagi.
Tapi, tak semua orang pandai nak buat sambal kicap yang sedap, lebih-lebih lagi tahan lama. Jom cuba tip dan resipi yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi ini. Cukup mudah tapi hasilnya letops. Cikgu nak kongsi pula resepi sambal kicap. Cikgu orang Kelantan tulen. Tapi sangat suka sambal kicap ala orang Johor ni. Cikgu suka buat jadi ibu sambal kicap simpan dalam peti. Walaupun semua orang dah tahu buat sambal ini, cikgu tetap nak bagi tips cara buat dan menambahkan kesedapan sambal kicap ini.
Nanti mudah nak cicah tauhu begedil, makan dengan soto. Haa nak buat bihun sup ringkas pun cikgu suka ada sambal kicap. Gambar sambal kicap cikgu cicah siakap goreng tu memang mengancam. Ramai kawan fb cikgu terliur. Sebenarnya cikgu tambah cili potong dengan letak bawang je guna sambal kicap sama.
Nampak betul-betul sedap kan?
Jadi cikgu nak kongsilah sambal kicap ikut gaya cikgu sendiri.
Resepi Ibu Sambal Kicap Awesome
1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik.
5. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa . Tambahkan juga secubit garam jika perlu.
6. Kisar sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
Nak resepi lengkap soto, bihun sup, begedil dan lain-lain boleh tengok dekat wall cikgu okay.
Selamat mencuba.
#resepicikguafy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Han Keong maut dalam nahas tragis di Kuala Terengganu selepas van dinaiki bersama bapanya dirempuh kereta terbabas. Pemergiannya meninggalkan kesedihan mendalam buat keluarga.