Mengendali dan menjaga anak autism sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Namun seorang tukang gunting rambut atau ‘barber’ dipuji ramai kerana menyantuni mesra seorang kanak-kanak autism ketika menggunting rambut.
Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @imashariza, seorang barber menjadi perhatian ramai kerana sikapnya yang tenang dan sabar melayan kerenah seorang kanak-kanak autisme di kedainya.
Kelihatan kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Aisy sedang duduk di atas sebuah kerusi di dalam kedai gunting rambut itu.
Kemudian, dapat dilihat tukang gunting yang dikenali sebagai Mr D menyantuninya Aisy dengan sebaik-baiknya dalam keadaan tenang dan ceria.
Malah Mr D juga cuba menarik perhatian kanak-kanak berkenaan sebelum menggunting rambut anak kecil itu.
Ads
Meskipun Aisy menolaknya dan berlari di dalam kedai berkenaan namun Mr D yang penuh dengan sifat kebapaan itu begitu sabar berhadapan dengan pelanggan cilik itu.
Bahkan Mr D juga membuatkan sesi gunting rambut itu seperti sedang bermain dengan Aisy agar kanak-kanak tersebut terhibur dengannya.
Aisy kemudiannya nampak selesa malah tidak menangis atau menunjukkan rasa tidak suka sepanjang melalui proses gunting rambut bersama Mr D. Memang terbaik!
“Dekat dunia dia mungkin ujian terbesar, tapi dekat sana nanti dia hadiah untuk kamu” Mr D.
Ads
“Untuk anak autism dia orang memang tak suka potong rambut, sebab melibatkan sensory issue (isu deria).
“Tadi Aisy terpukul dan tertarik janggut Mr D. Tapi Mr D nasihatkan saya, tak mengapa biarkan dia.
Ads
“Dia tengah tertekan kerana tidak biasa. Selepas bermain akhirnya Aisy bagi potong rambut dia dan tidak lari-lari,” tulis Imashariza dalam video tersebut.
Paling menarik pastinya kata-kata dari Mr D yang memberikan kesan di hati.
“Mr D cakap dekat saya, saya patut bersyukur dapat anak istimewa. Kalau jaga dia baik-baik dapat banyak pahala dan masuk syurga.
“Sambil Mr D urut-urut kaki Aisy, dia cakap bagi saya pahala banyak-banyak supaya dosa saya kurang ya,” ujarnya berkongsi.
Tular foto wajah lebam Ardell di media sosial, dalam kesakitan dia masih boleh tersenyum, warga maya sebak. Pihak hospital di Istanbul telah menghubungi pelakon Nadzmi Adhwa bagi memaklumkan keadaan isterinya, Ardell Aryana yang kini dalam keadaan lemah selepas beberapa hari berada di bawah tahanan tentera Israel.
Foto Wajah Lebam Ardell Yang Tular Di Media Sosial Buatkan Hati Warga Maya Sebak
Ardell yang juga salah seorang aktivis kemanusiaan dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan mengalami kecederaan serius akibat layanan kasar yang diterimanya semasa ditahan. Difahamkan, tisu di bahu kirinya koyak dan wajahnya turut menjadi sasaran tumbukan tentera Zionis.
Menerusi platform Threads, tular beberapa keping foto yang menunjukkan kesan lebam jelas pada wajah Ardell, dipercayai berpunca daripada insiden ketika dia berada dalam tahanan penjara Israel.
“Dia Masih Lagi Mampu Tersenyum”
View on Threads
Gambar tersebut menimbulkan rasa pilu dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya tersentuh melihat keadaan pelakon itu yang masih berusaha menampilkan ketenangan di hadapan umum meskipun dalam kesakitan.
Sekadar makluman, Ardell bukan sahaja berdepan dengan tisu bahu yang koyak dan kesan lebam di muka, malah turut dilaporkan mengalami muntah berulang kali serta kehilangan tenaga selepas tudungnya direntap dengan kasar oleh tentera Israel. Ramai yang terus mendoakan agar beliau segera pulih dan kekal kuat menghadapi ujian getir ini.
Bapa kepada bayi yang dibekukan jenazahnya, Safwan Roshdy meluahkan rasa pilunya selepas apa yang menimpanya bayi dan dirinya sekeluarga.
Akui Safwan lagi, dia sudah pun memberikan penjelasan kepada pihak hospital namun mereka tetap berkeras menahan isteri dan mayat bayinya atas alas an bil perubatan belum dibayar.
Menerusi satu temubual di kediaman Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, bapa ini meluahkan rasa hatinya.
“Apa salah aku, apa dosa anak aku. Aku tahu anak aku tidak sempurna tapi kenapa kau buat aku sampai macam ni?
“Pada pendapat saya jika isteri saya ditahan di hospital pun, cukuplah lepaskan anak saya untuk dikebumikan. Tapi tidak, mereka tetap tahan isteri dan anak saya,” katanya sayu.
Apa yang lebih menyedihkan bila mana pihak hospital didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap dirinya dan isteri.
Peguam mewakili Safwan, Ahmad Zaharil menyatakan pihaknya mengenal pasti beberapa pemilik akaun media social yang menyebarkan fitnah terhadap anak guamnya, termasuk dakwaan bahawa Safwan tidak berkahwin.
Ahmad Zahiril melakukan semakan status perkahwinan anak guamnya melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islan Perlis (Jaips) yang mengesahkan kesahihan siji tersebut.
Terdahulu, bayi Muhammad Adham yang dilahirkan tidak sempurna dibekukan oleh pihak hospital kerana ibu bapanya tidak mampu menjelaskan kos kelahiran di sebuah hospital swasta.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kes Zara Qairina, keluarga nafi anak terlibat, sudah berhenti sejak awal tahun. Keluarga kepada seorang pelajar yang gambarnya tular di media sosial kerana dikaitkan dengan kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir menegaskan anaknya tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut.
Kes Zara Qairina, Keluarga Nafi Anak Terlibat, Sudah Berhenti Sejak Awal Tahun
Menurut kenyataan dipercayai dimuat naik oleh bapa pelajar berkenaan di Facebook, anaknya telah meninggalkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan, Papar sejak awal tahun ini.
Dalam hantaran tersebut, beliau turut berkongsi salinan laporan polis dan sijil pemberhentian sekolah sebagai bukti bahawa anaknya meninggalkan sekolah berkenaan selepas menerima tawaran melanjutkan pengajian di sebuah kolej vokasional.
Bapa pelajar itu menjelaskan anaknya hanya menuntut di sekolah tersebut dari tahun 2022 hingga 2024, dan pada waktu insiden yang membabitkan Zara Qairina berlaku, anaknya sudah pun tidak bersekolah di situ.
Beliau memaklumkan, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lahad Datu pada Jumaat lalu bagi menolak dakwaan yang tular dalam bentuk video dan gambar, selain bimbang akan keselamatan keluarga.