Sibuk dengan tugasan harian hingga sering kali pulang lewat tentu tidak terdaya rasanya menyediakan ramuan untuk memasak bagi mengalas perut yang lapar.
Jadi adalah disarankan untuk mempersiapkan stok makanan frozen dari air tangan sendiri. Andai terasa lapar pada bila-bila masa, boleh digoreng dan dijamah.
Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui cara penyediaan sardin roll frozen, jom semak.
“Sardin roll siap untuk difrozenkan..ada yang minat tak…saya sertakan resepi nye kat bawah…tq tuan punye resipi…” Nuyu Khairiah
RESEPI SARDIN ROLL FROZEN
Ads
Hasil : lebih kurang 48 biji
Pastry
4 cawan tepung
1sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu kecil gula
1sudu kecil garam
*campur semua
1/4 cawan minyak
2 sudu makan penuh majerin
*panaskan sehingga panas sedikit
Ads
Air (tambah sehingga terbentuk doh)
-tuang minyak panas ke dalam tepung. Gaul sampai jadi serbuk.
-Tambah air sedikit demi sedikit. Uli sehingga terbentuk doh. Uli dalam 5 minit..bulatkan doh.
-Permukaan doh mungkin tak licin tak mengapa. Rehatkan doh 15 minit sebelum guna(wajib tok guru kata ).
-Tutup doh dengan kain lembap. Kemudian bila nak guna doh akan jadi lembut..masa ni uli dalam seminit dua. Permukaan doh akan flawless;-).
-Buat doh kecik bulat saiz yang diigini.
-Buat bentuk bulat bujur seperti buah “pear”
-canaikan seperti bentuk dalam gambar.
-utk bahagian hujung yang tirus tu nipiskan sedikit. Insyaallah bila gulung nnt tak perlu letak air. Ia akan melekat.
*(optional tip)boleh tambah 1sudu makan shortening untuk efek ranggup. Tambah dalam aduanan atau masa menggoreng.
Inti
1 tin besar sardin
1/2 labu bwg besar-dadu
2 biji bwg putih-cincang
Cili padi/besar-optional
2sdm cili giling-optional
-gula garam
-perahan limau nipis
Ads
-tumis bawang putih, bawang besar, cili padi/besar dengan 1 sudu makan minyak sampai layu. (Tips: minyak kena siket je…nnt berminyak ssh nak handle)
-tambah cili giling. Tumis sampai cili giling separa garing
-masukkan sardin. Pecah2kan.
-tambah garam gula dan akhir sekali perah limau.
-Masak sampai kering.
::::::》》》untuk frozenkan bakar sekejap dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 180°C/10minit. Nak goreng sekejap pun boleh tapi lebih pantas bakar dalam oven
Kredit Resepi :Ellyna Abdul Aziz (mahn)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak tahu nak masak apa minum petang hari ni, apa kata cuba buat kuih nona manis. Cara nak buat memang mudah jika ikut resipi ni. Pasti jadi walaupun pertama kali cuba.
Rasa lembut dan manisnya sesuai sekali untuk hidangan seisi keluarga. Bahan-bahan penyediaan resipi kuih ini mudah diperolehi
Ikuti perkongsian ini.
Nona manis, dengar nama pun dah sedap kan. Bila makan rasanya lemak-lemak manis gitu. Hari ni ariana nak share resepi nona manis, semanis senyumanmu, hihi. Ariana juga ada bagi tips macam mana nak buat nona manis nampak licin dan cantik.
Resepi Nona Manis
Bahan A (Step 1) 1 cawan tepung gandum 1 cawan santan 1/2 cawan gula 1 biji telur
Bahan B (Step 2) 1/2 cawan air daun pandan (air+4 helai daun pandan dikisar dan tapis) 1/2 cawan santan 2 sudu besar tepung jagung 1sk pewarna hijau
Bahan C (Step 3) 2 cawan santan 2 sudu tepung gandum 1sk garam 1sk gula
P/S : Ariana guna santan kara. 1 kotak kecik + 1 cawan air. Kuantiti 1 kotak santan mestilah sama dengan kuantiti 1 cawan air.
Sejak Khairul Aming keluarkan sambal nyet produk sendiri, ramai berebut untuk beli dan ada yang tak sempat beli sebab dapat sambutan ramai.
Ada yang dah pon add to card tapi tak sempat bayar. Ha macam nak pergi perang kan. Kena prepare sambungan internet yang laju. Laptop pon jangan tiba-tiba refresh pulak.
Hari ini kita nak cuba resepi yang dikongsikan oleh di Lemon8. Resepi ini sesuai untuk student memandangkan ia simple untuk dibuat.
Mak-mak di rumah pon boleh cuba buat untuk anak-anak yang baru balik sekolah. Tak perlu renyah-renyah buat menu lain bila dah ada menu simple.
Jom kita cuba….
BAHAN-BAHAN:
-nasi putih
-telur 1 biji
-bawang merah 1 biji
-bawang putih 2 ulas
-kicap manis
-secukup rasa
-sambal nyet (bahan utama)
CARA MEMASAK:
-Mula-mula cincang bawang putih dan potong bawang merah
-Kemudian tumiskan semua bawang sampai layu sedikit
-Masukkan 1 sudu setengah sambal nyet. Nak lebih pon takpe ikut selera masing-masing
Boleh dikatakan tanpa mengira kaum dan agama, orang ramai sentiasa akan berkunjung di restoran mamak untuk menikmati pelbagai menu masakan India yang cukup menepati selera. Bahkan walau hanya ingin minum teh tarik sekali pun, restoran mamak dijadikan pilihan utama.
Lazimnya istilah ‘Mamak’ sering kita rujuk kepada orang India yang beragama Islam dan secara tidak langsung orang Muslim tidak akan rasa was-was untuk menikmati hidangan yang ada di restoran Mamak.
Pun begitu, baru-baru ini Afyan Mat Rawi telah berkongsi di akaun facebooknya dengan berkongsi panduan umum dan cara untuk memilih restoran mamak. Ini memandangkan ada juga antara kita sebagai pengguna Muslim tidak dapat membezakan restoran yang menghidangkan menu masakan India tersebut adakah restoran mamak muslim original atau Hindu
Di bawah ini adalah posting yang dikongsikan olehnya. Semoga ianya dapat memberi manfaat untuk kita semua.
1. Biasanya restoran Hindu akan ditutup ketika cuti Deepavali. Sebagaimana kebiasaannya orang Islam akan tutup kedai waktu raya Aidilfitri, orang Cina akan tutup kedai ketika musim Gong Xi Fa Cai.
Beberapa tahun lepas saya pernah menulis perihal ini, ada seorang owner restoran Mamak yang bercuti ketika Deepavali, mesej saya secara personal dan mengakui pekerjanya ramai hindu walaupun beliau Muslim.
Terkejut beruk saya dibuatnya sebab restoran tersebut pernah saya pergi beberapa kali.
Isu utama ialah berkenaan Hindu yang menyamar atau memberi persepsi sebagai Mamak Muslim. Contohnya restoran tadi, pekerjanya memakai kopiah yang memberi persepsi bahawa mereka Muslim.
Selepas insiden itu, saya semakin berhati-hati jika ke restoran Mamak. Cara ini bukanlah konkrit untuk mengenalpasti sama ada sesebuah restoran Mamak itu Muslim atau fake. Sebab ada juga yang bercuti pada mana-mana perayaan atau ada sebab-sebab lain.
Jangan risau, ada cara lain.
2. Ada lagi cara lain yang boleh dilakukan waktu biasa. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak.
Restoran mamak Muslim biasanya akan ada masakan daging lembu. Jika restoran Hindu atau mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka.
Saya pernah test satu restoran “mamak”.
“Mamak, daging ada?”
“Kambing ada. Lembu tak ada”
“Kenapa lembu tak ada?”
Dia jawab tergagap-gagap, terus saya angkat kaki.
Namun, ia bukan cara paling ampuh. Ada juga restoran Mamak Muslim yang menyediakan kambing sebagai menu utama mereka, tanpa daging lembu.
3. Cara paling ampuh, berikan salam dengan lafaz “Assalamualaikum”.
Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh. Cara ini boleh diuji kepada tauke dan pekerja mereka.
Ada juga kadang-kadang tauke Muslim tapi pekerja non-Muslim. Saya pernah beberapa kali menggunakan “test” cara ini dan dapati ada juga restoran Mamak Muslim yang mengambil pekerja pekerja dari kalangan Hindu.
Ada sesetengah restoran Mamak yang famous tapi pekerja mereka gagal apabila saya gunakan “test” ini. Terus saya angkat kaki jika pekerjanya gagal jawab salam. Pada saya, ia agak mengecewakan kerana sepatutnya restoran dengan imej Muslim, sepatutnya mengambil pekerja Muslim sahaja.
Cara ini paling ampuh berbanding cara-cara lain. Mustahil orang Islam tak boleh jawab salam. Kalau nak lebih dramatik, test bacaan surah al-fatihah. Saya pernah test ke atas seorang peminta sedekah selepas solat Jumaat, dan terketar-ketar akhirnya apabila mengaku bukan Islam.
Saya ulangi, isunya ialah bukan kepada restoran Muslim menggunakan pekerja Muslim. Isunya ialah orang Hindu yang menyamar atau memberi persepsi sebagai Mamak Muslim. Tidak kira sama ada tauke atau pekerja.
4. Restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat.
Malah ada yang menyediakan tempat solat atau surau untuk pelanggan. Jika restoran Mamak palsu tidak akan ada.
5. Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan frame gambar tulisan-tulisan jawi yang nampak seperti ayat-ayat suci Al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya. Ia selalunya dijadikan hiasan untuk menarik pelanggan Muslim datang ke restoran.
6. Boleh juga semak nama restoran dengan website Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA). Klik https://www.presma.com.my/info/senarai-ahli/
Persatuan ini memang dipelopori oleh para pengusaha restoran Mamak Muslim. Ada database keahlian mereka di seluruh negara.
Namun berdasarkan semakan saya tadi, ada juga restoran Mamak Muslim yang tidak mendaftarkan diri sebagai ahli PRESMA.
Pagi tadi saya pusing-pusing sekitar Sri Gombak dan Prima Gombak, dan inilah hasilnya. Restoran Mamak dibuka dan meriah. Restoran yang saya sudah tahu memang dimiliki oleh Hindu, memang tutup sebagaimana dijangka. Tapi ada juga beberapa restoran Mamak Muslim yang tutup. Kenapa tutup? Wallahua’lam, hanya pemiliknya sahaja yang tahu.
Sebenarnya bukan isu halal haram yang saya ingin highlightkan. Tapi isu Hindu yang mengelirukan dan menyamar sebagai Muslim. Pekerja Hindu tapi dipakaikan kopiah supaya nampak macam orang Islam.
Jika dia Hindu dan tidak mengelirukan pelanggan Muslim, dan pelanggan yakin ia halal, tiada masalah di situ. Cuma saya akan elakkan jika tahu begitu.
Sebenarnya posting seumpama ini, pernah saya kongsikan beberapa tahun lalu, juga ketika cuti Deepavali.
Pagi tadi kebetulan hantar anak sekolah, pusing-pusing kawasan sekitar ini. Sekolah anak saya tak cuti ketika Deepavali, maka saya pun tak cuti juga. Huhu…
Masa buat aktiviti ini tadi, saya baru perasan beberapa perkara;
1. Banyak betul restoran Mamak di sini. Rasanya kedai makan Melayu pun tak sebanyak ini.
2. Restoran Mamak majoritinya berada corner lot atau paling kurang end lot. Susah nak cari kedai Melayu yang berkedudukan strategik sebegini.
3. Nama restoran Mamak memamg simple. Selalunya ada perkataan Arab (Thaqwa, Berkat, Haji, Al-Azhaar, Abdullah, Al) atau ada perkataan “Maju” atau kedua-duanya.
4. Awal-awal pagi dah buka. Mungkin juga sebab 24 jam.
5. Kebanyakan masa di restoran Mamak sentiasa ramai orang. Apa rahsia mereka?
Apa kata anda pula ambil gambar-gambar restoran Mamak di sekitar kawasan anda, hari ini dan kongsikan?
DISCLAIMER: Ini adalah panduan umum kebetulan ketika cuti Deepavali. Gunakan kesemua cara yang dikongsikan untuk memilih restoran Mamak Muslim.
Apabila ditutup pada hari Deepavali, bukanlah secara automatik ia adalah restoran Mamak palsu. Hanya owner restoran sahaja yang tahu kenapa ia ditutup. Jika hari lain ia dibuka dan para pekerjanya memang lulus “test” Assalamualaikum tadi, kemudian namanya ada dalam direktori PRESMA, insya Allah Mamak Muslim.
Wallahua’lam.