“Satu Hari Nanti, Aku Beli Sebijik!” Impi Miliki Kereta Mewah, Hairul Azreen Throwback Kerja Tukang Cat Jalan 14 Tahun Lalu!

Share

Kejayaan takkan datang bergolek jika tidak disusuli  dengan ushaa gigih. Demikian juga dengan selebriti yang juga suami kepada Hanis Zalikha.

Mengimbau kembali momen sebelum bergelar selebriti, pelakon Hairul Azreen dahulu pernah mencari rezeki dengan menjadi tukang cat jalan raya lebih 14 tahun lalu.

Ketika itulah timbul impian untuk memiliki sebuah kereta ‘sport’. Siapa sangka ketika Itu, hasratnya disambut dengan  ketawa rakan kerjanya.

“Masih tak lupa masa, saya kerja cat jalan 2007, masuk kerja 12 tengah malam habis kerja pukul 5 pagi.

“Sebab orang dah siap nak pergi kerja, tapi masa kerja tu ada kereta-kereta sport laju lalu sebelah saya, lepas tu saya apa lagi terus menjerit…’Satu hari nanti, aku kerja rajin-rajin. Aku beli sebijik

“Lepas tu kawan yang kerja cat dengan saya cakap‘ Kau apahal? Gila!’. Hahahaha,” tulisnya menerusi kapsyen.

Akuinya, impian ibarat satu doa Apatah lagi dia kini  bukan sahaja  berjaya sebagai pelakon, Bahkan kini bergelar pengarah.

“Guys kalau kita inginkan sesuatu atau impian kita itu digelakkan kawan, maknanya impian kita tu besar dan bagus untuk kita tuju sebab #Kata2ItuDoa.

The best never rest,” jelas bapa kepada Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah itu lagi menerusi laman instagramnya.

Sumber: hairulazreen

 

IKLAN