Setiap wanita pastinya mengimpikan kehidupan berumah tangga yang bahagia, punya suami dan anak-anak di sisi. Namun, bahagia itu tak semua mampu kecapi. Dugaan dan ujian yang diberikan oleh Sang Pencipta berbeza-beza.

Ada orang bahagia dikurniakan keluarga lengkap dengan suami dan anak, ada pula bahagia biarpun hanya anak-anak di sisi. Tak kurang juga ada yang mencipta bahagia biarpun tidak dikurniakan cahaya mata.

Setiap satunya punya jalan cerita yang dicipta Dia Yang Satu. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Pengarah, penerbit dan juga pelakon terkenal, Erma Fatima dalam satu  perkongsian di instagramnya baru-baru ini  meluahkan isi yang cukup menyentuh hati.

Perkongsian itu dimuat naik usai menghadiri majlis ‘baby shower’ yang dianjurkan khas buat rakannya Vie Shanti Khan. Dalam majlis tersebut, Erma tidak melepaskan peluang bergambar sambil mengusap perut usahawanita tersebut.

Beliau kemudiannya memuat naik video berkenaan dengan kapsyen yang cukup menjentik hati netizen.

Aku jadi cemburu setiap kali melihat wanita hamil. Satu2nya anugerah Allah buat seorang wanita yang tidak akan dapat aku nikmati hinggalah akhir nyawaku.

Betapa beruntungnya kau @vieshantiekhan menjadi seorang wanita sejati.. mendapat suami yg mencintai kau..memiliki zuriat yg menjadi simbol pada kebahagiaan kalian.

IKLAN

DAN mendapat anak2 yg selamanya akan menghargai kau sebagai ibu yang melahirkan mereka. Congrats adik ku…

IKLAN

Umum mengetahui, beliau sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Badaruddin Azmi pada tahun 1991. Namun pasangan ini mengambil keputusan berpisah selepas 26 tahun hidup bersama. Mereka tidak dikurniakan anak tetapi mempunyai lima orang anak angkat  iaitu Syamil Ikhwan, 25, Ahmad Arir, 23, Ahmad Aifin, 21, dan Nurain, 12 juga Citra.

Luahan hati Erma Fatima turut mengundang sebak di hati ramai pihak termasuklah rakan selebriti. Masing-masing turut memberikan kata-kata semangat buat pengarah ini.

zarinazainuddin_ takpe along along dah dapat pahala yang banyak dalam mendidik anak anak angkat along dan anak syurga along segalanya Allah dah bagi yang terbaik untuk kita ,kita kurang disini tapi kasih sayang along melimpah ruah ❤️,ina doakan kesejahteraan along semuga along bahagia dunia dan akhirat @ermafatima untuk datin vie ❤️,semuga vahagia ke hujung nyawa 😍💕😘 @vieshantiekhan ❤️

dyanna8778 sabar kak…sy doakan allah beri kak kebahagiaan didunia dan akhirat walaupun xdpt zuriat sndiri,tp kak blh menumpang kasih syg pd ank2 yatim

baharisabariah Aduhai adikku. Akak sebak ni dik baca luahan hatimu pada VivieShantie. 😭😭😭😭. Adik. No matter what you feel now, just stay strong dear. Usah bersedih ya@ermafatima. Setiap sesuatu yang terjadi dalam hidup kita ini pasti ada hikmah-Nya yg tersembunyi. Sebagai contoh lihat sahaja kejayaan Erma di dlm bervariasi lapangan. Nyata sukses dgn cemerlang.

ainaaiera Kita wanita kuat…. Bdoa, usaha dn tawakal…. In shaa allah… Aamiin yarobbal alamin..

amnahali ❤️ Assalamualaikum puan Erma tersentuh hati baca comment puan pun tiada kurangnya ada keistimewaan nya yang penting puan dahulu pernah berusaha itu saya percaya ada hikmah disebalik semua nya ini rahsia Allah puan diberi anak anak yg ada dgn puan sekarang ni semuga anak anak puan amat menyayangi puan dan menjaga puan hingga akhir hayat insyaallah.

tika11 Allahu..sebak rasa. Allah menduga hambaNya yg mampu. Tabah ya kak. Allah nak beri pahala lebih kak Erma.. dengan menjaga anak2 kak Erma skrng.. Alhamdulillah. 😘

iziashirra Xpe kak perancangan Allah tu indah .. byk nikmat lain Allah bg .. Allah lbh knal kita dia tahu ape terbaik utk kita..keep strong❤️

nurzulaikhabazila Sabar ye kak…pasti ada hikmah nya…. Moga Allah sentiasa merahmati dan melindungi MU…. Aamiin ya Rabbal Alamin 💐💞

Sumber: IG ermafatima