Membina rumahtangga bahagia impian semua orang. Nak bina bahagia tu mudah jika suami saling membantu dan melengkapi isteri. Bukan hanya memberi bebanan kepada isteri seorang menguruskan rumahtangga.
Ikuti perkongsian ni.
Saya berkahwin kerana saya nak jadi suami.
Bukan mahu apa dari isteri.
Kalau saya kahwin sebab nak semua dari isteri, saya akan jadi suami yang paling kecewa sekali.
Ads
Baju tak basuh bising.
Makanan takde marah.
Rumah bersepah resah gelisah.
Ads
Maka, saya masuk ke dalam rumahtangga bukan nak semua, tapi usahakan bagi semua.
Itulah tugas saya.
Apa yang saya terima dari isteri, saya anggap itu bonus.
Saya juga melalui sakit yang orang lain rasa.
Ads
Cuma bezanya saya belajar dan berusaha. Bukan melihat buta segala sikap dan perangai isteri, menyalahkannya setiap hari, dan bersangka buruk malam dan pagi.
Kalau kita tak dapat pasangan yang baik, jangan itu menjadi alasan untuk kita tak menjadi yang terbaik.
Andai benar kahwin kerana Tuhan, ujian di lalui dengan penuh percaya pada kebaikan Tuhan.
Kredit: Abu Hurairah Asifa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam sesebuah rumah tangga, kebahagiaan bukan hanya diukur pada kemewahan, tetapi juga pada rasa tanggungjawab, saling memahami dan keikhlasan dalam berkorban. Bagi pelakon Zahiril Adzim, perkara paling utama dalam hidupnya sebagai suami dan bapa adalah memastikan isteri serta anak sentiasa berada dalam keadaan baik.
Zahiril, 41, menegaskan dirinya sentiasa mengutamakan kebahagiaan isteri dan anak, selain memastikan segala komitmen serta tanggungjawab sebagai ketua keluarga terus terpelihara.
Menurutnya, ketika ini dia menjadi tulang belakang keluarga memandangkan isterinya, Syera Ayob tidak lagi bekerja. Namun, keadaan itu tidak pernah dianggap sebagai satu beban kerana mereka sentiasa membuat perancangan ekonomi dengan baik.
Katanya, setakat ini mereka tidak berdepan masalah dari segi komitmen kewangan dan Syera juga sangat memahami keadaan keluarga. Bagi Zahiril, persefahaman seperti itulah yang membantu sesebuah rumah tangga terus kekal stabil walaupun berdepan cabaran hidup yang berbeza dari semasa ke semasa.
Tambah Zahiril, sebagai suami dia sentiasa berusaha untuk membahagiakan isteri kerana percaya kebahagiaan pasangan turut menjadi asbab kepada kemurahan rezeki.
Ujarnya, segala rezeki yang dicari di luar rumah pada hakikatnya adalah untuk isteri dan anak. Prinsip itu juga sentiasa ditanam dalam fikirannya agar setiap usaha yang dilakukan mempunyai tujuan yang jelas.
Zahiril berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama terbaharu lakonannya berjudul Aku Pilih Pelangi yang diadakan di ibu kota, baru-baru ini.
Dalam pada itu, aktor berkenaan turut memaklumkan dia tidak pernah berkira dalam soal memenuhi keperluan isteri kerana percaya rezeki akan sentiasa ada.
Menurutnya, apa sahaja yang dimiliki akan diberikan kepada isteri, dan dia bersyukur kerana rezekinya sentiasa mencukupi. Malah, Syera juga disifatkan bukan seorang yang mementingkan kehidupan mewah.
Jelasnya, isterinya cukup memahami keutamaan dalam keluarga, terutama melibatkan anak dan urusan persekolahan. Jika ada lebihan, barulah Syera akan bertanya untuk membeli sesuatu yang diinginkan.
Selain itu, Zahiril turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang disifatkannya sebagai ibu terbaik buat anak mereka.
Katanya, sejak anak mereka masih kecil, dia sudah melihat sendiri bagaimana Syera memainkan peranan besar dalam mendidik, termasuk membantu anak mereka membaca pada usia yang sangat awal.
Bagi Zahiril, seorang ibu merupakan madrasah pertama anak-anak dan dia percaya tiada ibu lain yang lebih layak untuk anaknya selain Syera. Pandangan itu memperlihatkan penghargaan yang tinggi terhadap peranan seorang isteri dan ibu dalam membentuk asas didikan anak di rumah.
Untuk rekod, Zahiril dan Syera mendirikan rumah tangga pada 2011. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Nadi Anaqi.
Dalam perkembangan lain, Zahiril kini muncul dalam drama terbitan Viu berjudul Aku Pilih Pelangi bergandingan bersama Mira Filzah.
Menjadi suami yang hebat adalah apabila dapat memberikan kegembiraan buat isteri. Bukan sahaja wang ringgit tetap layanan yang baik kepada isteri tentu sudah memadai. Dengan hubungan yang baik ini, sekali gus akan mencetuskan rumahtangga bahagia.
Perkongsian lelaki ini, Akhtar Syamir begitu sweet untuk membuatkan para isteri bahagia. Boleh cuba ni!
Tip kebahagiaan paling simple dalam dunia. Buatlah apa yang isteri suka selagi ianya tidak memudharatkan atau membebankan. Itu sahaja.
1. Isteri suka bila kita buat dia tergelak ketawa dan menggembirakan dia. ➡️ Buatlah lawak sekali-sekala, biar hambar pun takpe, asalkan mencuba. Kalau susah sangat, geletek je.
2. Senyum kat isteri. Paling mudah nak buat. ➡️ Bila-bila pun boleh buat. Lepas balik kerja, sebelum pergi kerja, lepas dia mandi, lepas dia bersiap untuk ke mana-mana. Senyum tu bagi banyak makna yang baik. Senyumlah semanis yang boleh kat isteri kita.
3. Ciumlah isteri semasa keluar dari rumah. ➡️Sebelum keluar kerja atau sebelum keluar rumah nak pergi mana pun, ciumlah isteri dahulu. Isi bateri kecintaan dalam hati dia sebelum meninggalkan dia.
4. Perkara paling dilupakan. Pegang tangan isteri. ➡️ Seringkali anak-anak dijadikan alasan. Tak perlu lama pun, bila jalan kat luar tu, curi-curi kejap pegang tangan dia. Pasti senyum meleret dia sorang diri lepas tu.
5. Pujilah isteri. ➡️ Lepas dia masak, “sedap”. Lepas dia bersiap, “cantik”. Masa pillow talk, “puji kebaikan dia”. Rumah baru dikemas, “pandai sayang kemas”. Tak susah pun.
6. Ucaplah terima kasih. ➡️ Waktu berbuka tiba, lauk pauk penuh atas meja. Ucaplah terima kasih. Baju seluar dah siap dibasuh dan digosok untuk dipakai, ucaplah terima kasih. Anak-anak lengkap berpakaian berpakaian bersih dan cukup makan di rumah, ucaplah terima kasih. Isteri keluar bekerja untuk bantu suami? Ucaplah terima kasih.
7. Peluk isteri. ➡️ Isteri sendiri, dah sah, dah halal. Kenapa kita jarang peluk? Isteri sangat suka kalau kita peluk dia dari depan atau belakang. Yang secara tiba-tiba tu lagi best. Tambah pulak dengan bisikan manja kat telinga dia. Mesti dia seronok. Tapi kena hati-hati. Jangan masa dia pegang pisau kat dapur. Kalau dia terkejut, bahaya…
8. Ucap sayang kepadanya. ➡️ I Love You. 3 je perkataan ini. Sebutlah. Isteri suka. Bukan dia tak tahu anda sayang dia. Tapi dia suka bila diingatkan selalu yang ada insan yang menyayanginya.
9. Ambil tahu. ➡️ Jika isteri bekerja atau di rumah, cuba call atau whatsapp tanya dia dah makan ke atau tanya dia ok ke tak? Kita tak tahu mungkin masa tu dia stress sangat dan perlukan sesuatu untuk menenangkan dia. Tak mustahil 1 mesej dari suaminya bakal membuatkan dia tersenyum.
10. Bantu isteri buat kerja rumah. ➡️ Tak suruh ambil alih semuanya. Cukup sekadar mudahkan urusan dia. Tolong basuh pinggan ke, sidaikan kain ke, buangkan sampah ke, tolong masak ke. Cuba amalkan. Pasti anda dapat sepuluh bintang !
Kenapa pentingnya buat semua ni? Supaya isteri kita gembira. Isteri yang gembira bakal membuatkan satu keluarga itu gembira. Bagus kan?
Terutamanya pada hari ini. Hari Ibu. Hargailah isteri dan ibu kita. Tunjukkan kasih sayang pada mereka.
Selamat Hari Ibu buat semua. Terima kasih atas segalanya.
i.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kes bayi tertukar di hospital mencetuskan trauma apabila seorang bapa mendakwa bayi perempuan mereka diserahkan sebagai bayi lelaki selepas rawatan di wad.