Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pepatah ini sesuai menggambarkan perjalanan kehidupan Dr Mohamad Hafifi. Pemuda ini tidaklah datang dari keluarga yang berada namun beliau telah berjaya memiliki PhD dengan usahanya sendiri pada usia 30 tahun!

Dr Mohamad Hafifi juga bukanlah seorang yang dilahirkan sebagai ‘genius’ tetapi tekun berusaha untuk mengubah nasib diri dan keluarganya. Dengan niat itu, beliau berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2021.

“Saya Pernah Menjadi Juruwang…”-Anak Tunggal Banggakan Keluarga Miliki PhD!

Sebagai anak tunggal, beliau menjadikan misi dalam kehidupan untuk membantu orang tuanya. Ibunya seorang operator pengeluaran kilang dan ayahnya pula pemandu bas henti-henti. Dengan cita-citanya, beliau membuat keputusan untuk memasuki USM sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda, kemudian melanjutkan ke peringkat Ijazah Sarjana dan mengakhiri pengajiannya dengan Ijazah Doktor Falsafah.

“Saya Pernah Menjadi Juruwang…”-Anak Tunggal Banggakan Keluarga Miliki PhD!

Kini, Dr Mohamad Hafifi menjadi Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Alor Gajah.

“Saya pernah menjadi Juruwang di Esso, Jurutol Sambilan di Plaza Tol Sungai Dua Pulau Pinang serta beberapa pekerjaan secara separuh masa dalam universiti misalnya Pembantu Penyelidik Siswazah dan Eksekutif Acara. Malah, sebelum diterima bekerja di UiTM, saya turut pernah bekerja sebagai Assistant Person in-Charge di kedai dua ringgit, pembanci serta proofreaders” jelas beliau.

“Saya Pernah Menjadi Juruwang…”-Anak Tunggal Banggakan Keluarga Miliki PhD!

IKLAN

Walaupun jejaka ini berjaya memiliki PhD, perjalanannya penuh dengan ujian berat ketika menjalani pengajian PhDnya.

“Semasa menjalani pengajian PhD pula, saya diuji dengan kesakitan bapa saya yang mana dia disahkan dijangkiti pneumonia pada 13 Mac 2019. Dari tempoh tersebut sehingga 13 Mei 2019 iaitu genap dua bulan, saya dan ibu berulang alik ke hospital iaitu bermula dari Hospital Bukit Mertajam ke Hospital Seberang Jaya dan kemudiannya ke Hospital Pulau Pinang.

Tempoh tersebut adalah tempoh yang amat sukar bagi diri saya. Saya boleh katakan bahawa keluarga lebih penting daripada segala-galanya dan saya ketepikan pengajian dahulu untuk sementara.

Syukurlah, ketiga-tiga penyelia saya amat memahami. Selepas bapa saya kembali pulih, barulah saya berusaha mendapatkan semula momentum pengajian yang tertunda” luah Dr Mohamad Hafifi.

Semoga kisah pemilik PhD ini memberi inspirasi kepada para pembaca di luar sana yang mungkin menghadapi situasi yang sama seperti Dr Mohamad Hafifi. Ingat, bahawa pendidikan itu amat penting dan jangan pernah kita berputus asa kerana dengan pendidikan, ia akan membentuk seseorang individu itu pada masa hadapan.

Terima Kasih.

IKLAN

Sumber: InfoKini 

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!

Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Saya Pernah Menjadi Juruwang…”-Anak Tunggal Banggakan Keluarga Miliki PhD!

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI