Suami sepatutnya bertanggungjawab memberi nafkah buat isteri dan anak-anak dalam perbelanjaan harian dan keperluan mereka. Namun bila sikap suami terlalu berkira kadangkala begitu menjengkelkan insan di sekelilingnya. Lebih-lebih lagi jika seorang suami bersifat kedekut terhadap isteri dan anak-anak mereka.
Isu suami berkira ini juga turut mendapat perhatian Dr Say atau nama sebenarnya Dr Shazril Shaharuddin yang turut berasa geram dan marah bila ada suami yang sanggup berbuat begitu. Hal ini dikongsikan apabila dia terbaca whatsapp conversation di ig story isterinya.
Sebagai lelaki dia turut terasa malu membaca message lelaki yang berkira dengan isteri.
Topik : Apa Ke Jadah?
Bila sy terbaca whatsapp conversation ni kat ig story bini sy semalam, my 1st reaction was “b**i ape suami perangai cmni?” terus saya tanya bini “kawan u yang mana nasib malang ni?”. Bini reply saying dia SS dari facebook & diberinya link post fb tu kepada saya. Bila saya baca komen-komen pada post tu, terduduk saya dibuatnya.
Rupa-rupanya ramai pasangan kat luar sana yang buat whatsapp group sesama mereka untuk upload resit bukti pembelian. Kalau resit tu suami nak claim LHDN saya faham tapi kalau resit tu untuk dijadikan bukti yang isteri tak spend sana sini, kat mana kepercayaan seorang suami kepada isteri? Kalau suami yang berkira duit ke mana ni, percayalah isteri pasti tak dapat duit untuk keperluan diri.
Ads
Suami kalau tak berpendapatan tinggi, simple, bagilah duit poket mingguan tak tinggi sebab isteri kita tahu je how to manage apa yg diberi. Satu lagi, kalau kita berpendapatan lebih rendah daripada isteri kita, JANGAN SESEKALI CULAS TANGGUNGJAWAB kita memberi nafkah kepada mereka.
Kalau kita rasa rendah diri bini earn more than kita, compensatelah by doing more work at home. Ini tidak, goyang telur pastu perli2 bini bergaji lagi tinggi, anjay. Saya sebagai lelaki pun malu baca message lelaki berkira macam ni.
Satu lagi kena ingat, pemberi rezeki yang mutlak adalah Allah SWT tapi antara sebab rezeki diluaskan oleh Allah SWT adalah jika kita sentiasa berlaku baik dengan isteri. Terus terang cerita saya takkan earn whatever im earning, living the life im living, achieve whatever i have achieved if not because of my wife.
Ads
Jadi kepada suami luar sana, kalau kita rasa “apasal aku asyik sempit eh?”, “apasal hidup aku macam tak tenteram eh?”, “apasal duit salu tak cukup eh?” selain check hubungan kita dengan Dia, check juga hubungan kita dengan isteri.
Last note, kalau ko tahu ko takleh commit to marriage, takleh commit being a husband, berkira tak tentu hala, stay single dan jangan rosakkan wanita di luar sana, bebal.
Mendengar sahaja perkataan kanser, pasti menyebabkan rasa gerun di hati. Apatah lagi kanser ini menyerang tak kira tua atau muda, lelaki mahu pun perempuan. Bahkan penyakit kanser juga dikatakan menjadi penyebab kematian yang tertinggi, iaitu kedua selepas menyakit jantung di negara kita.
Dianggarkan satu daripada 10 lelaki, manakala satu daripada sembilan wanita di negara ini berkemungkinan menghidap penyakit kanser, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, unjuran itu berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan (KKM) yang melaporkan peningkatan sebanyak 11 peratus atau 115,238 kes kanser bagi tempoh 2012 hingga 2016 berbanding 103,507 kes pada 2007 hingga 2011.
Selain itu, katanya, sebanyak 63.7 peratus daripada keseluruhan kes kanser di negara ini dikesan pada tahap lewat iaitu Tahap 3 dan 4 serta memerlukan kos rawatan tinggi dan peluang untuk sembuh lebih rendah berbanding jika ia dikesan pada tahap awal.
Beliau berkata, kematian akibat kanser adalah sebab utama kematian di hospital swasta iaitu 34.95 peratus, manakala punca kematian keempat di hospital KKM iaitu 11.56 peratus.
Tiga jenis kanser paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki di negara ini ialah kanser kolorektal iaitu 16.9 peratus, kanser paru-paru (14.8 peratus) dan kanser prostat (8.1 peratus), manakala bagi wanita pula adalah kanser payudara (33.9 peratus) diikuti kanser kolorektal (10.7 peratus) dan kanser serviks (6.2 peratus).
“Kanser juga adalah antara 10 sebab utama kemasukan ke hospital di kedua-dua hospital, masing-masing 5.17 peratus di hospital KKM dan 5.37 peratus bagi hospital swasta.
“Penerbitan Perangkaan Sebab Kematian di Malaysia 2021 oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan pada 2020, apabila jumlah semua kematian akibat kanser digabungkan, ia menyumbang sebanyak 14.8 peratus daripada keseluruhan kematian, menjadikan kanser sebagai penyebab kematian kedua penting selepas penyakit jantung Ischemic Heart Disease (17 peratus),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 serta pelancaran buku National Strategic Plan for Cancer Control Programme (NSPCCP) 2021-2025 dan buku National Strategic Plan for Colorectal Cancer (NSPCRC) 2021-2025 di Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong; Pengarah IKN, Dr Mohd Anis Haron@Harun; Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Datuk Dr Saunthari Somasundram dan Pengerusi Malaysian Cancer Care Coalition, Dr Sanjeev Kumar Panchal.
Khairy berkata, kadar kelangsungan hidup relatif bagi pesakit selepas lima tahun menghidap kanser adalah 11 peratus bagi kanser paru-paru, manakala kanser kolorektal (51.1 peratus); kanser serviks (51.6 peratus); kanser payudara (66.8 peratus) dan kanser prostat (73 peratus).
Cegah Dengan Amal Hidup Sihat
Beliau berkata, tahap kanser semasa penyakit itu dikesan menyumbang kepada kadar kelangsungan hidup pesakit, selain kajian menunjukkan 30 hingga 50 peratus kanser boleh dicegah dengan pembudayaan hidup sihat.
Ini kerana, katanya, satu pertiga daripada kematian akibat kanser dikaitkan dengan lima amalan hidup berisiko iaitu pengambilan tembakau termasuk merokok, berat badan berlebihan, pengambilan alkohol berlebihan, kurang pengambilan sayur dan buah serta tidak aktif secara fizikal.
“Pencegahan adalah amat penting. Sehubungan itu, promosi kesihatan adalah penting sebagai langkah agar orang ramai cenderung ke arah pembudayaan hidup sihat dalam mengurangkan berisiko.
“Promosi pembudayaan hidup sihat juga adalah salah satu teras utama di dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat dilaksanakan KKM bermula pada 2021.
“Pengambilan tembakau adalah faktor risiko paling penting untuk kejadian kanser dan menyumbang kepada 22 peratus kematian akibat kanser. Dianggarkan kos untuk merawat penyakit kanser paru-paru akibat merokok adalah sebanyak RM 132.7 juta,” katanya.
Penjagaan & Rawatan
Dalam pada itu, Khairy mengakui wujud ketidaksamaan dalam penjagaan dan rawatan kanser di negara ini, selain menjelaskan Perkhidmatan Radioterapi dan Onkologi adalah komponen utama dalam rawatan kanser yang perlu dipertingkatkan terutamanya dari aspek kepakaran serta akses.
Beliau berkata, selain Perkhidmatan Radioterapi dan Onkologi, Perkhidmatan Rehabilitasi dan Penjagaan Paliatif juga belum mencukupi serta perlu dipertingkatkan.
Malaysia ketika ini hanya mempunyai 128 pakar onkologi, masing-masing 36 orang di KKM, manakala 14 lagi di hospital universiti dan 78 orang di hospital swasta, selain tujuh orang sedang menunggu untuk diwartakan sebagai pakar.
Hanya enam daripada 36 Pusat Rawatan Kanser di seluruh negara adalah di bawah KKM, iaitu Hospital Kuala Lumpur, Institut Kanser Negara, Hospital Sultan Ismail di Johor, Hospital Pulau Pinang, Hospital Likas di Sabah dan Hospital Umum Sarawak, manakala empat lagi di hospital universiti dan swasta (27).
“KKM belum mempunyai Pusat Rawatan Kanser di utara dan Pantai Timur. Pesakit dari Pantai Timur perlu ke Kuala Lumpur atau ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan.
“Bagi pesakit dari utara, Hospital Pulau Pinang hanya mempunyai tenaga kepakaran tetapi tidak mempunyai perkhidmatan radioterapi, justeru perlu menyumberluarkan rawatan radioterapi ke hospital swasta,” katanya.
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Selalu anak-anak tengok haiwan di buku atau tv je kan? Haa ni peluang anda untuk bawa seisi keluarga tengok secara VIRTUAL dengan sertai E-Keluarga Gader bersama kami. Apa yang LEBIH SYOK, setiap penyertaan dengan bayaran RM30, anda layak menerima 1 TIKET FARM IN THE CITY secara PERCUMA!
Dilahirkan dalam keluarga kaya raya, sudah semestinya hadiah hari lahir buat si jantung hati kesayangan Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar mendapat hadiah yang bukan biasa-biasa.
Sempena hari lahir anak pertama mereka, Ameena Hanna Nur Atta yang kini berusia dua tahun, pasangan popular Indonesia yang juga anak dan menantu Kris Dayanti ini menghadiahkan sebuah kereta buat Ameena.
Bukan biasa-biasa, pada majlis sambutan hari lahir itu, Ameena menerima sebuah kereta Hyundai Staria yang berharga lebih Rp905 juta atau RM277 ribu pada usianya dua tahun.
Kata Atta, hadiah berupa kereta itu bagi memudahkan anak kecilnya itu ke sekolah memandangkan Ameena kini sudah pun bersekolah.
“Itu pun permintaan mamanya juga kerana dia bekerja dan saya juga bekerja.
“Jadi anak-anak sudah mula perlukan kereta kerana sudah mulai bersekolah. Lagi pun mamanya sudah pun memasukkan Ameena ke sekolah. Jadi inilah hadiahnya,” kongsinya.
Kereta Hyundai Staria berwarna hitam itu memiliki tujuh tempat duduk itu merupakan hadiah jangka panjang yang boleh digunakan sehingga Ameena dewasa kelak.
“Alhamdulillah nanti 20 tahun ke hadapan tak perlu beli kereta lagi untuk dia ke sekolah dan sampai bila-bila,” tambahnya.
Bukan bermewah-mewahan, kata Atta, dia memilih untuk memberikan kereta itu kerana mengikut keperluan anaknya untuk ke sekolah selain bermanfaat untuk tujuan lain.
Terdahulu, Ameena Hanna Nur Atta dilahirkan pada tanggal 22 Februari 2022. Pasangan ini turut dikurniakan dengan seorang lagi cahaya mata perempuan, Azura Humaira Nur Atta yang kini berusia tiga bulan.
Lain anak lain caranya. Begitu juga dalam mendidik anak berpuasa. Ada anak yang mudah diajar berpuasa, namun ada juga yang mengambil tempoh masa tertentu untuk berpuasa. Semuanya bergantung kepada anak itu.
Namun sebagai mak ayah janganlah kita memaksa anak berlebih-lebih. Niatlah untuk mendidik namun jangan sekali-kali memaksa. Beri anak kita masa. Paling penting mak ayah perlu tahu mendidik anak berpuasa perlu mengikut usianya.
Melalui hantaran bergambar dari Prof. Dr Mohammad Aziz Shah yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, terdapat kaedah berbeza yang boleh diterapkan mengikut kategori umur kanak-kanak. Ini yang perlu mak ayah tahu.
Tips melatih anak kecil berpuasa. Bina memori indah berpuasa penting untuk menerapkan nilai puasa. Mendidiklah nilai puasa dengan gembira.
1. 2-4 tahun
Selalu cerita indahnya puasa dan gembira berbuka dengan orang berpuasa.
2. 5-7 tahun
Ajar anak bangun sahur, niat puasa dan boleh berbuka puasa jam 9.00 pagi atau 12.00 tengah hari.
3. 8-9 tahun
Cuba puasa penuh dengan sukarela, tetapi benarkan anak buka puasa jika tidak tahan lapar kerana masih kecil.
4. 10-12 tahun
Digalakkan puasa penuh tetapi jangan paksa jika anak terlalu menderita lapar. Jangan marah dan ugut tidak boleh berhari raya.
Didiklah anak berpuasa dengan cara paling indah dan menggembirakan mereka. Biarkan momen itu tersemat dalam jiwa.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.