Umum tahu semalam (11 Januari) merupakan hari kelahiran penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Untuk sambutan ulang tahun yang ke 44 tahun ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan gelaran TokTi menyambut hari istimewanya itu di Turkiye bersama suami dan anak-anak.
Dalam pada itu, TokTi juga ada berkongsi sebuah video di laman instagram miliknya, di mana anak-anak di Gaza turut menyambut hari ulang tahun kelahirannya.
Anak-anak kecil yang merupakan pelajar di tadika Afwa Al Aafiyah kelihatan sangat gembira tatkala menyambut ulang tahun kelahiran TokTi. Mereka turut menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan sebelum upacara memotong kek berlangsung.
“Alhamdullillah. Anak-anak saya di Gaza meraikan hari lahir saya. Seramai lebih kurang 60 orang anak-anak ini, yang belajar di sekolah atau tadika Afwa Al Aafiyah. Sayunya hati saya. Ya Allah lindungilah mereka semua di sana. Amin.” tulisnya di perkongsian tersebut.
Terdahulu, pelantun suara ‘Mikraj Cinta’ ini memberitahu kepada umum bahawa sekolah tersebut diuruskan oleh sahabatnya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang menetap di sana.
Ucapan terima kasih adalah lafaz yang diucapkan sebagai tanda menghargai kebaikan yang dilakukan oleh seseorang kepada seseorang yang lain, kepada diri kita dan orang lain.
Pun begitu, ketikanya kebaikan seseorang tidak mampu untuk dibalas dalam bentuk perbuatan, harta atau kewangan. Hanya dengan ucapan terima kasih, sudah cukup sebagai tanda pujian dan penghargaan lebih-lebih lagi buat insan yang telah banyak berkorban buat diri kita.
Memahami betapa pentingnya ucapan terima kasih ini, Encik Matt berkongsi pandangannya di fb miliknya dengan mengingatkan isteri jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada suami. Mengapa dia berpesan begitu, jom kita baca perkongsian daripadanya.
ISTERI
Jangan lupa sentiasa ucap TERIMA KASIH kepada suami. Sediakan makan minum,pakaian yang terbaik buat suami. Cuba fahami keadaan emosi suami,cuba fahami apa yang suami suka dan tidak suka. Penat dia,stres dia ditempat kerja,stres dia dengan hutang,stres dia dengan pelbagai bil-bil di rumah. Ketika ini pentingnya sokongan,dorongan dan kata-kata semangat dari seorang isteri.
Pegang tangan suami. Cium tangan dia. Abang terima kasih penat cari rezeki untuk kami,terima kasih siang malam buat yang terbaik untuk kami. Terima kasih didik kami dengan agama. Maafkan sayang jika ada salah silap atau bebankan abang. Sayang sentiasa doakan kebaikan untuk abang. Sayang sayang abang kerana Allah dan Rasul.
Saat berjauhan mesej suami,hantar gambar anak-anak diwhatsapp dan sentiasa doakan suami agar dijauhkan dari segala fitnah.
Subhanallah kadang-kadang kata-kata dan doa ini buatkan seorang suami rasa sangat diharga,dicintai.
Fahamilah tanggungjawab suami bukan sahaja untuk memastikan isteri dan anak-anak bahagia,kenyang dari lapar,sihat dari sakit dan bukan sahaja untuk memastikan isteri dan anak-anak rasa selamat,tenang,dihargai,dicintai,disayangi selalu.
Bahkan tanggungjawab seorang suami untuk memastikan agar isteri dan anak-anak terselamat dari Azab Allah s.w.t,terselamat dari azab kubur,lepas titian sirat,terselamat dari huru hara padang mahsyar dan Memastikan isteri dan anak-anak bersama masuk syurga Allah s.w.t.
ISTERI.
Sabarlah dengan emosi suami selagi tidak mencederakan anda. Sabar dan redha jika dimarahi suami. Jangan melawan ketika suami memberi nasihat,marah. Jangan tinggikan suara ketika memanggil suami. Jangan sesekali aibkan suami difacebook mahupun dipejabat hatta kepada ibu bapa kita sekali pun. Sebaliknya Jadilah pendengar,penasihat yang setia buat suami.
Ketahuilah REDHA seorang suami Syurga buat isteri.
Baru-baru ini Dato Seri Aliff Syukri memuat naik satu perkongsian video berkenaan tindakan seorang pramugara yang menyuap makanan kepada seorang lelaki tua.
Tindakan pramugara itu nyata cukup menyentuh hati bukan sahaja Dato Seri bahkan pengikutnya yang menonton video tersebut.
Bagi Dato Seri Aliff sendiri, tindakan itu menyebabkan dia mulai rindu dengan arwah ayahnya.
“teringat kat arwah abah..kan best kalau saya boleh buat mcm tu kat abah saya masa dia hidup?? terima kasih pramugara baik pada pakcik tua .. alfatiha untuk arwah abah saya kamarzaman bin kamaludin.
‘Muliaye kerja ni kalau buat dengan ikhlas ..saya nak kerja macam ni boleh tak??? nampak je glamer… sebenarya saya terlihat tanpa sengaja pakcik tua yang tak berapa sehat terus teringat kat arwah abah… ya allah ikhlasnya pramuga ni layan pakcik ni..
‘Kalau saya ditempat dia tak pasti saya boleh tak buat mcm ni..melainkan mak abah saya sendiri…suapkan makan dan layan mcm macam abah dia sendiri.. saya tak kenal pramugara ni tapi saya harap.. layanan yang sama untuk penerbangan di negara kita..
Selepas tular rakaman video tersebut, ada antara netizen yang berkongsi kisah mengenai pramugara ini. Menurut mereka yang pernah menaiki Royal Brunei Air, perkhidmatan yang disediakan sangat memudahkan dan memuaskan hati penumpang.
Malah hasil daripada makluman kenalan pramugara yang dikenali sebagai Hairi Tahir, menurut mereka pramugara itu sememangnya seorang berpekerti mulia dan suka membantu.
Rata-rata memberi komen terharu dengan layanan tersebut .
Benarlah apa yang dikatakan, setiap dari anak-anak itu ada rezekinya sendiri. Kehadiran anak juga adalah rezeki selain pengikat kasih sayang dia antara suami dan isteri. Kehadiran mereka memeriahkan suasana di rumah selain ragam mereka yang lucu.
Melalui perkongsian Puan Wan Nurul Melissa, 35, yang mempunyai 10 orang anak dan masih berpantang anak yang ke 10 selepas dilahirkan 22 Julai lalu, kehadiran anak-anak ini dianggap rezeki buatnya dan suami.
“Sebenarnya ramai tak sangka saya ibu kepada 10 orang anak (7 lelaki dan 3 perempuan). Di usia yang masih muda dan dengan keadaan sekarang ini, pergi mana-mana pun bila orang lihat saya bawa anak-anak yang masih kecil ada yang tanya anak sendiri atau anak buah.
“Bila jawab anak sendiri mereka tak percaya tapi bila terangkan baru mereka faham,” katanya.
“Masa mula-mula nak jaga anak ramai memang rasa susah, tapi alhamdulillah Allah sangat mempermudahkan urusan saya dan suami. Anak-anak seolah faham dan mereka jarang nak buat perangai.
“Saya bersyukur dengan membuat bisnes online ni dalam masa sama dapat tengok dan pantau anak-anak. Kami suami isteri bergilir jaga dan pembantu pun akan datang pagi, petang balik,” katanya.
Wan Melisa menyatakan memandangkan dia pun mempunyai 9 beradik dan dari keluarga besar, bila anak ramai lagi seronok. Manakala suami pula ada 4 beradik dan mempunyai kembar.
“Saya juga sangat bersyukur mempunyai anak yang senang dan dengar cakap. Masing-masing dah faham apa perlu buat. Contoh lepas main, makan semua kena kemas. Anak-anak ni bila dah terbiasa dengan disiplin automatik mereka akan faham dan ingat sampai bila-bila.
“Lagi satu, ikatan kekeluargaan antara kami sangat kuat kerana suami sentiasa ingatkan walau apa pun berlaku, masing-masing kena sayang dan sentiasa bertolak ansur satu sama lain.
Tambah Wan Nurul Melissa lagi, anak-anak yang dah besar seolah faham dan akan sama-sama melakukan kerja rumah dan menjaga adik-adik.
“Percayalah bila kita yakin dengan perancangan Allah, rajin mencari rezeki dengan niat untuk membahagiakan keluarga, semua itu dipermudahkan,” kongsinya.
Walau apa pun pendapat, hanya pasangan suami isteri itu saja yang tahu. Hormati setiap pendapat orang lain.
Apa yang penting amanah yang diberikan ini perlulah dijaga dan dibesarkan sebaik mungkin agar semua anak-anak menjadi soleh dan solehah. Bagaimana kita nak mencorakkan anak-anak semuanya dari acuan ibu bapa sendiri.
“Asalnya kami tak plan nak berapa anak kerana suami seorang saja yang bekerja dan saya pula suri rumah saja.
“Sekarang usia anak-anak 14, 11, 9, 8, 6, kembar (4 tahun), 2 tahun lebih, 1 tahun lebih dan yang ke-10 dalam pantang.
Wan Nurul Melissa berkongsi, dia berkahwin ketika usia 20 tahun manakala suami 21 tahun. Dapat anak setahun kemudiannya.
“Sebenarnya saya juga pernah keguguran sebanyak 3 kali. Kalau semua ada sekarang dah 13 orang anak,” katanya.
“Namun betullah orang kata, bila kita melahirkan anak ni setiap dari mereka pembawa rezeki yang tak disangka. Dari saya tak bekerja lepas kehadiran anak-anak saya dapat buat bisnes online dan kini sepenuh masa buat bersama suami.
“Kadang-kadang suara terkuat tu biasa. Tapi anak akan faham sendiri sebelum saya marah. Bagi saya juga ada anak ramai ni mak akan jadi awet muda. Sebabnya sentiasa melayan karenah anak-anak dari pagi sampai malam.
“Buat masa ini, kami akan fokus dan besarkan dulu 10 orang anak. Jika ada rezeki lagi Allah nak bagi kami tak menolaknya,” katanya.
Tak dinafikan anak ramai dan masih kecil memang penat. Jadi sebagai ibu saya memang dah tahu nak urus masa. Mula dari bangun pagi hingga nak tidur malam semua dah ada jadual.
Wan Melissa menambah, dia bersyukur sepanjang mengandung tiada alahan teruk. Cuma dalam trimester pertama saja alahan. Selepas itu dia kembali cergas dan boleh urus anak macam biasa.
Begitu juga melahirkan anak, semua 10 anak saya lahirkan secara normal dan mudah. Macam anak yang ke-10 ini saya lahirkan ketika usia kandungan 38 minggu dan hanya mengalami kontraksi ringan sahaja.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.