Melihat perkongsian petua kecantikan di media sosial memang banyak. Dalam banyak-banyak petua tersebut Zuraidah Umbor telah mencuba satu petua yang dikongsikan oleh Sarifa Redzuan II untuk mendapatkan kulit halus licin dengan menggunakan hampas kelapa.
Jom kita lihat keberkesanan petua ini pada Zuraidah yang telah mengamalkannya.
Pagi nie Kak zue nak syer Petua Kulit Wajah Halus dan Licin Dengan Menggunakan Hampas Kelapa
Jika rajin buat petua nie parut jerawat jeragat pwon boleh hilang taw. Boleh juga digunakan sebagai scrub untuk seluruh badan.
Ads
Kulit wajah lebih bersih, licin dan lembut.
Balan-bahannya:
7 sudu besar hampas kelapa
Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar garam halus
2 sudu tepung beras
Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering.
Tara dah siap!
Ads
Cara guna:
1. Campur air biasa atau air mawar, kacau sebati dan scrub muka atau badan
2. Kalau mahu kesan lebih power boleh perah sedikit air limau kasturi atau lemon dan scrublah di badan dan muka.
Ads
3. Amalkan seminggu 2-3 kali.
Lebihan scrub boleh simpan dalam peti sejuk
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebagai tuan rumah, pasti kita mahu tetamu yang bertandang untuk berhari raya berasa selesa dan gembira. Selain menghidangkan pelbagai juadah enak, ada baiknya, ibu-ibu mesti nak keadaan ruang tamu sentiasa bersih dan dalam masa yang sama berbau segar dan harum.
Sebagai ibu yang bekerja, ada masanya tidak sempat untuk menguruskan rumah. Usah risau buat ibu superbusy, boleh cuba buat sendiri aroma penyegar untuk rumah anda dengan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Istimewanya juga bila berbicara tentang penyegar udara ini, ia cukup menjimatkan dan aromanya dijamin cukup menyegarkan segenap ruangan. Jadi apa tunggu lagi, jom buat!
Epal + Kayu Manis + Bunga Lawang + Bunga Cengkih
Kombinasi bahan-bahan ini akan menghasilkan bau yang segar dan pada yang sama turut menghasilkan bau yang menyenangkan sesuai dengan mood musim panas yang sejuk. Potong beberapa hiris buah epasl dan masukkan hirisan ke dalam balang dan tuangkan air. Tambah beberapa batang kayu manis dan beberapa keping bunga lawang dan bunga cengkih. Anda boleh mengubah suai aroma ini dengan menukar nisbah bahan-bahan ini mengikut bau yang anda inginkan.
Lemon + Limau + Rosemary + Vanila
Gabungan rosemary dan vanila akan menghasilkan bau yang menyegarkan. Hiriskan beberapa keping buah lemon dan buah limau dan masukkan di dalam balang yang dipenuhi air. Tambahkan beberapa titis ekstrak vanila dan tiga hingga empat tangkai rosemary.
Lemon + Thyme,+ Pudina + Ekstrak Vanila
Bau yang dihasilkan oleh thyme sangat sesuai jika digabungkan bersama lemon dan pudina. Hiriskan beberapa keping lemon dan masukkan ke dalam balang. Tambahkan air dan kemudian tambahkan beberapa tangkai daun pudina dan thyme yang segar. Anda juga boleh menggunakan daun pudina dan thyme yang kering. Ia mudah didapati di pasaran berhampiran anda. Akhir sekali, tambahkan beberapa titik esen vanila.
Oren + Halia + Badam
Campuran aroma yang manis dari badam bersama-sama dengan bau buah oren menghasilkan aroma yang cukup sempurna. Potong oren kepada hirisan tebal dan letakkan di dalam balang. Tuangkan air ke dalam balang. Tambahkan beberapa hiris lemon untuk aroma yang lebih segar. Anda juga boleh menggunakan beberapa hiris halia. Selepas itu, tambahkan beberapa titik esen badam.
Timun + Basil +Serai
Jika anda inginkan aroma yang merangsang deria, tiga bahan ini sangat sesuai dengan anda kerana bau tajam basil yang dicampurkan dengan kesegaran timun dan serai akan menjadi aroma kegemaran anda. Potong beberapa keping timun dan letakkan di dalam balang yang sudah berisi air. Tambahkan beberapa tangkai selasih (anda juga boleh menggunakan selasih kering) dan tambahkan juga beberapa titik minyak pati serai.
Sumber : FB Impiana
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon tinggi lampai ini sememangnya seorang yang cantik dan langsing. Namun, tidak ramai yang tahu suatu ketika dahulu dia pernah mengalami masalah berat badan.
Demi memastikan tampil sempurna di mata peminat, dia sanggup melalui pelbagai ‘penderitaan’ semata-mata untuk kelihatan menarik.
Malah, empunya diri yang merupakan penyanyi dan pelakon, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 27 tahun turut mengalami masalah keyakinan diri sanggup tidak keluar rumah atau memuat naik gambar di mana-mana media soasial.
“Saya pernah mengalami masalah berat badan hingga membuatkan saya hilang keyakinan diri. Saya tidak sanggup memuat naik gambar di laman sosial, apatah lagi keluar rumah.
“Saya sanggup berkurung dan tolak tawaran menjalani penggambaran kerana tidak selesa beraksi di depan kamera apabila badan berisi.
“Berat saya kalau lebih 50 kg dah nampak kembang. Paling teruk pernah kena 56kg. Kalau ikutkan ketinggian saya, berat itu dah overweight.Doktor pun cakap. Jadi, saya kena maintain dalam 46-47 kg.
“Soal komen netizen berkenaan penampilan yang dikatakan seksi, pada saya seksi itu subjektif. Kerana itu saya tidak ambil peduli. Jika ada komen panas yang menyakitkan hati, saya abaikan sahaja kerana tidak mahu ia memberi kesan kepada diri.
“Cuma kalau ada keluarga mula tegur atau ‘terganggu’ atau ‘sound’ barulah saya akan buat sesuatu. Kadang kala mama akan tegur dan marah juga, saya dengar juga tetapi sebab masih muda tetap pakai juga. Degil pula tu, maklumlah anak bongsu, pastilah manja kan.
“Saya tidak mudah melatah seperti mahu menutup ruangan komen di Instagram kerana saya tahu apa yang saya buat. Malah saya juga takkan baca apa yang netizen tulis kerana ia takkan terkensan. Kita takkan pernah sempurna, pasti ada saja yang tidak kena pada mata segelintir pengikut. Saya juga tidak letakkan sebarang limit, sebaliknya diam dan lama-kelamaan akan senyap,” katanya.
Dalam pada itu, Kila turut menjadikan pengalaman ibunya yang terlebih dahulu makan garam dalam dunia seni dalam membantunya lebih kebal menangani pandangan orang.
“Ibu sangat kuat dan kental, malah saya mewarisi sifat dan keberanian itu. Selalu dia ingatkan saya supaya bersedia dari segi mental dan emosi.
“Prinsip itu juga membuatkan saya tidak mudah melatah setiap kali menerima kritikan. Biarpun ada yang memandang negatif, hidup perlu diteruskan. Kita tak boleh nak tutup mulut orang, sekarang dah ada Kilafit, jadi saya mahu buktikan saya lebih berjaya dan itulah yang saya lakukan,” katanya.
Ditanya soal teman hidup, dia menolak terlalui ‘high maintainance’ dan mengakui jodoh bukan fokus utama buat masa sekarang memandangkan mahu membina bisnes terlebih dahulu.
“Soal nak kahwin seperti mana rakan lain dalam usia ini, pada saya tidak timbul. Sementelah mama dulu kahwin umur 30 tahun. Berbanding papa yang suka saya kahwin awal, tetapi Mama jenis tidak ‘push’ saya sebaliknya suruh saya cari duit, beli rumah dan sebagainya.
“Jadi anak-anak terikut dengan mak sebab itu saya pilih kerjaya terlebih dahulu. Kalau boleh nak macam mama dalam usia 30 tahun sudah ada teman di sisi.
Selain dikenali sebagai pelakon, Kilafairy yang juga berbakat dalam bidang nyanyian mengakui, teruja kerana dua perancangan terbarunya menjadi kenyataan.
“Saya baru melancarkan produk kesihatan dan pelangsingan badan, Kilafit. Selain mengajak orang jadi sihat dan cantik, saya juga mahu mereka menjana pendapatan sampingan dengan perniagaan ini.
“Saya jenis yang suka makan dan tidak boleh kawal. Jadi, dengan produk ini boleh bantu turtunkan berat. Dan lebih cepat jika disusuli dengan senaman dan hadkan pengambilan nasi,” ujar Kilafairy sambil memberitahu akan fokus pada bisnes dan nyanyian.
Menurutnya, dia bakal muncul dengan single Melayu, cuma butiran mengenai penghasilan lagu itu masih belum boleh dikongsi. Sebelum ini, Kilafairy muncul dengan single Inggeris, Put The Word In bergandingan dengan DJ Aku Ash dan artis antarabangsa, Sean Kingston.
Mengulas mengenai lakonan, ujar Kilafairy bukan tiada minat namun berbanding bidang lain, lakonan sedikit memenatkan. Namun tidak menolak andai ada tawaran yang sesuai dan tidak bercanggah dengan bisnes serta nyanyian.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak arwah ibunya masih ada, dialah orang yang paling menyokong hobi anak sulungnya, Uwais Al Qarni bermain sukan golf.
Bahkan, Allahyarham Siti Sarah pernah berkongsi anaknya mengikut ayahnya, Shuib dan atuknya, Raissuddin Hamzah ke padang golf. Tidak hairanlah jika skill bermain golf anaknya semakin baik.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.