HomeKecantikan“Mama Jenis Kuat & Kental, Saya Mewarisi Sifat & Keberanian Itu.” Selain...
“Mama Jenis Kuat & Kental, Saya Mewarisi Sifat & Keberanian Itu.” Selain Idola, pengalaman Ibu Bantu Kilafairy Lebih Kebal & Tidak Melatah Terima Kritikan
Pelakon tinggi lampai ini sememangnya seorang yang cantik dan langsing. Namun, tidak ramai yang tahu suatu ketika dahulu dia pernah mengalami masalah berat badan.
Demi memastikan tampil sempurna di mata peminat, dia sanggup melalui pelbagai ‘penderitaan’ semata-mata untuk kelihatan menarik.
Malah, empunya diri yang merupakan penyanyi dan pelakon, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 27 tahun turut mengalami masalah keyakinan diri sanggup tidak keluar rumah atau memuat naik gambar di mana-mana media soasial.
“Saya pernah mengalami masalah berat badan hingga membuatkan saya hilang keyakinan diri. Saya tidak sanggup memuat naik gambar di laman sosial, apatah lagi keluar rumah.
“Saya sanggup berkurung dan tolak tawaran menjalani penggambaran kerana tidak selesa beraksi di depan kamera apabila badan berisi.
“Berat saya kalau lebih 50 kg dah nampak kembang. Paling teruk pernah kena 56kg. Kalau ikutkan ketinggian saya, berat itu dah overweight.Doktor pun cakap. Jadi, saya kena maintain dalam 46-47 kg.
“Soal komen netizen berkenaan penampilan yang dikatakan seksi, pada saya seksi itu subjektif. Kerana itu saya tidak ambil peduli. Jika ada komen panas yang menyakitkan hati, saya abaikan sahaja kerana tidak mahu ia memberi kesan kepada diri.
Ads
“Cuma kalau ada keluarga mula tegur atau ‘terganggu’ atau ‘sound’ barulah saya akan buat sesuatu. Kadang kala mama akan tegur dan marah juga, saya dengar juga tetapi sebab masih muda tetap pakai juga. Degil pula tu, maklumlah anak bongsu, pastilah manja kan.
“Saya tidak mudah melatah seperti mahu menutup ruangan komen di Instagram kerana saya tahu apa yang saya buat. Malah saya juga takkan baca apa yang netizen tulis kerana ia takkan terkensan. Kita takkan pernah sempurna, pasti ada saja yang tidak kena pada mata segelintir pengikut. Saya juga tidak letakkan sebarang limit, sebaliknya diam dan lama-kelamaan akan senyap,” katanya.
Dalam pada itu, Kila turut menjadikan pengalaman ibunya yang terlebih dahulu makan garam dalam dunia seni dalam membantunya lebih kebal menangani pandangan orang.
Ads
“Ibu sangat kuat dan kental, malah saya mewarisi sifat dan keberanian itu. Selalu dia ingatkan saya supaya bersedia dari segi mental dan emosi.
“Prinsip itu juga membuatkan saya tidak mudah melatah setiap kali menerima kritikan. Biarpun ada yang memandang negatif, hidup perlu diteruskan. Kita tak boleh nak tutup mulut orang, sekarang dah ada Kilafit, jadi saya mahu buktikan saya lebih berjaya dan itulah yang saya lakukan,” katanya.
Ditanya soal teman hidup, dia menolak terlalui ‘high maintainance’ dan mengakui jodoh bukan fokus utama buat masa sekarang memandangkan mahu membina bisnes terlebih dahulu.
“Soal nak kahwin seperti mana rakan lain dalam usia ini, pada saya tidak timbul. Sementelah mama dulu kahwin umur 30 tahun. Berbanding papa yang suka saya kahwin awal, tetapi Mama jenis tidak ‘push’ saya sebaliknya suruh saya cari duit, beli rumah dan sebagainya.
“Jadi anak-anak terikut dengan mak sebab itu saya pilih kerjaya terlebih dahulu. Kalau boleh nak macam mama dalam usia 30 tahun sudah ada teman di sisi.
Ads
Selain dikenali sebagai pelakon, Kilafairy yang juga berbakat dalam bidang nyanyian mengakui, teruja kerana dua perancangan terbarunya menjadi kenyataan.
“Saya baru melancarkan produk kesihatan dan pelangsingan badan, Kilafit. Selain mengajak orang jadi sihat dan cantik, saya juga mahu mereka menjana pendapatan sampingan dengan perniagaan ini.
“Saya jenis yang suka makan dan tidak boleh kawal. Jadi, dengan produk ini boleh bantu turtunkan berat. Dan lebih cepat jika disusuli dengan senaman dan hadkan pengambilan nasi,” ujar Kilafairy sambil memberitahu akan fokus pada bisnes dan nyanyian.
Menurutnya, dia bakal muncul dengan single Melayu, cuma butiran mengenai penghasilan lagu itu masih belum boleh dikongsi. Sebelum ini, Kilafairy muncul dengan single Inggeris, Put The Word In bergandingan dengan DJ Aku Ash dan artis antarabangsa, Sean Kingston.
Mengulas mengenai lakonan, ujar Kilafairy bukan tiada minat namun berbanding bidang lain, lakonan sedikit memenatkan. Namun tidak menolak andai ada tawaran yang sesuai dan tidak bercanggah dengan bisnes serta nyanyian.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mendidik anak ibu bapa memerlukan panduan terutama daripada orang tua. Dalam hal ini, pesanan daripada pakar motivasi terkenal Profesor Dr. Muhaya dalam mendidik anak-anak boleh kita abadikan panduan bersama.
1. Kirimkan bacaan Al Fatihah
Jika tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongan” mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat.
Habiskan bacaan surah Al Fatihah, doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Doa & pandang wajah anak
Pandang wajah anak semasa dia tidur dan ucapkan bahawa, “ibu hendak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan sewaktu anak tidur kerana waktu ini kita sedang bercakap dengan rohnya. Setiap ucapan ini adalah doa dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3.Solat hajat di sisi anak
Ketika bangun solat malam, solatlah hajat di sisi anak. Solat dalam bilik anak, dekat dengannya. Jika kita selalu melakukannya dan selalu memberitahu anak yang kita sering mendoakannya, dia akan merasai satu ikatan kasih sayang hakiki yang kita amat sayangkan dirinya serta mahu dia menjadi anak soleh.
4. Minta dikasihani
Ucapkan setiap masa bahawa kita sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak menjadi anak yang soleh bermakna dia tak sayangkan ibu bapanya dan tentunya kita akan merana di alam barzah nanti.
5. Peluk dan cium anak selalu
Selalu peluk anak walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita menatangnya semasa kecil. Peluk dan cium sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak
Maafkan anak setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati. Muhasabbah diri, mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.
7. Jaga tutur kata & minta Maaf
Jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hati anak. Jika ini berlaku kerana tidak sengaja, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk minta maaf pada anak. Mengakulah itu kelemahan kita tapi kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci.
8. Amalkan membaca ayat 40 Surah Ibrahim
Supaya kita, anak dan zuriat termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9.Tekankan kemuliaan peribadi
Selalu ingatkan anak bahawa tidak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta menghafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak memandang wajah yang cantik tapi memandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia pun tak suka.
10. Berdoa ketika membasuh beras
Sewaktu membasuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya.” Kenapa anak perlu faham agama? Kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibu bapanya juga ke neraka.
Basuh beras lawan jam ( seperti bertawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Sewaktu melakukannya kerja ini hati jangan lalai dan ingat kepada Allah selalu.
11. Ucap kata-kata positif
Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi kata-kata positif kepada anak. Apabila memarahi anak-anak, jangan sesekali mengeluarkan kata-kata negatif. Tindakan ini membuatkan anak jadi seperti yang kita ucapkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lumrah hidup berumah tangga, pasti ada susah dan senang yang harus ditempuhi. Tidak semua pasangan yang berkahwin terus hidup senang.
Ada yang terpaksa menapak dari bilik yang kecil, bantal sebiji dan tilam kecil. Namun manisnya bila bersama sehati dan sejiwa, segala kesusahan ditempuhi bersama. bahagia dikongsi bersama dan rezeki pun mencurah-curah.
Itulah keberkatan hidup berumah tangga. Kerana itu kena sentiasa ingat pengorbanan pasangan yang sanggup hidup susah bersama dan sesekali berterima kasih kerana adanya mereka di sisi, anda mampu berjaya sekarang.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tidak akan ada kejayaan andai tidak disusuli dengan usaha gigih. Orang mungkin akan nampak kesenangan yang kita peroleh sekarang, sedangkan mereka tidak lihat betapa sukarnya hidup sebelum ini. Makan hanya berlaukkan ikan masin, adakalanya berkuahkan kicap. Hadamkan perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin tentang hal ini.
Susah kita laki bini, xde siapapun yg tahu…
Yang org nampak, kita p melancong, kita tukar kereta, kita makan sedap2, kita beli barang baru, kita tukar perabot, kita celebrate birthday anak dan sebagainya…
Walhal dia tak tahu apa yg kita lalui baru kita boleh buat semua tu…baru boleh rasa semua tu…
Sebab tu saya selalu kata, kalau nak p melancong, silakan…kalau nak tukar kereta, silakan…kalau nk mkn sedap2, makan di restaurant, silakan…kalau nk beli apapun, silakan…
Kita guna duit kita…
Kita bukan guna duit org yg mengata tu…kita tak pulak menyusahkan sapa2 dan semua yg kita nk buat tu, berdasarkan apa yg kita dah usaha, dah menyimpan dan dah kumpul sblum kita boleh beli, boleh buat, boleh mkn dan sebagainya…
Masa kita suami isteri susah, xde siapa pun yg nmpk…masa kita tgh bulan, makan telor, makan ikan masin, xde siapa pun yg tahu…siang keje, malam berniaga, laki bini cari duit, sehari buat 2 keje, ada diorang perasan…korek tabung, tukar syiling, ikat perut, catu perbelanjaan sementara nk gaji, smua kita hadap suami isteri…
Tapi bila kita “nampak” je senang, terus mcm-mcm kata2 yg kita dgr, yg smpai ke pengetahuan kita…itulah ragam manusia zaman skrg ni…
Abaikan, pedulikan, buat apa yg kita suami isteri nak buat asalkan kita tak menyusahkan org lain, tak berhutang dan ianya menggunakan duit kita sendiri, hasil usaha kita sendiri…
Dia tak layak mempertikaikan apa yg dia nampak kerana mata yang memandang tak sama dengan bahu yang memikul…?✌️
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang wanita bergelar isteri dan ibu sanggup mengorbankan segalanya demi mengutamakan keluarga. Ada yang meletakkan kerjaya dan keinginan di tempat kedua demi melebihkan suami dan anak-anak.
Artikel yang cukup indah ini dikongsikan oleh saudara Mohd Fadli Salleh dalam mendedikasikan ucapan terima kasih atas pengorbanan isterinya yang bertungkus lumus serta sanggup menanggung segala penat demi keluarga mereka.
Malam tadi, jam 12 malam puan isteri siapkan bahan-bahan untuk dia masak sahur ini. Setelah itu masuk tidur antara lena dan tidak bila anak merengek.
Jam 4:30 pagi alarm telefonnya berbunyi. Dia bangkit masuk dapur, penuh sabar menyiapkan hidangan sahur pula. Setelah semuanya siap siaga, beliau mengejutkan ahli keluarga.
Usai makan, saat ahli keluarga lain ada yang menyambung tidur, ada yang melayan telefon menantikan azan Subuh, beliau masih didapur. Mengemas dan membasuh pinggan mangkuk dan periuk belanga.
Kemudian beliau bergegas solat Subuh seterusnya siapkan anak untuk ke sekolah pula. Setelah itu baru dia bersiap untuk turun kerja. Tangan aku dikucup memohon keredhaan. Tanpa pernah bosan itulah rutinnya sejak 10 tahun lepas.
Hampir jam 3 petang, baru beliau pulang. Menguruskan anak-anak pula. Memandikan, tukar pakaian, bermain sekejap kemudian menidurkan anak. Beliau turut terlelap kepenatan.
Jam 4, beliau bangun siapkan juadah berbuka. Ramadan pertama, juadah mesti meriah dengan air tangannya sendiri.
Di dapur memasak siakap stim limau, siakap tiga rasa, udang berkuah, sayur, ayam goreng dan apa lagi entah.
Sambil bersilat didapur, sambil itu juga perlu melayan anak-anak yang merengek mahu ibunya.
Dan sebentar tadi, azan Maghrib berkumandang menandakan tamatnya waktu menahan lapar dan dahaga.
Beliau ambil sebiji kurma lantas dimakannya. Diminum seteguk air, sebelum mula menghadap hidangan yang menyelerakan.
Baru hendak menyuap, anak paling kecil merengek lagi. Mengantuk dan tak selesa agarnya.
Dia tinggalkan hidangan nasi yang belum bersentuh itu, lantas berkata.
“Baby tak selesa ya? Baby mengantuk ya? Jom ibu mandikan dan dodoikan.”
Dia berlalu mendukung anak masuk bilik untuk dimandikan, dipakaikan bedak dan disalin baju baru pula. Kemudian disusukan anak bongsu kami penuh kasih dan sayang sehingga anak kecil itu tertidur atas ribanya.
Setelah itu baru dia kembali ke dapur untuk makan. Setelah semua ahli keluarga selesai berbuka. Mengemas pinggan mangkuk dan periuk belanga pula setelah itu.
Aku memerhati semua kejadian dengan kekaguman.
Itulah dia wanita.
Aku yakin bukan puan isteri aku sahaja begini sikapnya. Bahkan majoriti seluruh wanita di dunia pun begini sikap mereka.
Pengorbanan ini tidak kecil. Ia sangat besar, cuma kadangkala ia tidak dihargai.
Cuba kita perhati rutin puan isteri kita. Perhati dan halusi ketekunan, kesabaran dan pengorbanan mereka untuk kita dan keluarga.
Mereka sebenarnya penat. Namun mereka tetap senyum dengan tabah dan kuat.
Itulah wanita. Itulah isteri. Itulah ibu.
Terima kasih atas pengorbanan kalian. Tidak terbalas segala budi dan jasa. Semoga syurga buat kalian semua dan kami juga.
Amin.
#MFS – Suatu kisah di Ramadan pertama –
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.