Sebelum Gigi Rosak, Latih Anak Berus Gigi Setiap Hari. Doktor Ini Jelaskan Sebabnya.

Share

Mendidik anak mengenai penjagaan gigi memerlukan kesabaran dan displin. Setiap pagi dan sebelum tidur kena pastikan anak-anak mengosok gigi. Ia penting agar tiada kerosakan gigi.

Bayangkan jika gigi rosak seperti berlubang atau anak sakit gigi, tentu meraung menahan sakit kan.

Ikuti perkongsian Dr Izaza Mohd Zan mengenai akibat tiada penjagaan kebersihan gigi kepada anak yang masih kecil.

Yang mana paling susah, berus gigi anak tiap hari atau bawa anak tampal gigi?

Ofkos lah nak kejar anak berus gigi tiap hari kat rumah paling susah

Tapi, nak kejar anak tampal gigi kat klinik gigi super duper susah bukan je paling, tahap infiniti tu kadang kadang nak kejar

Letih Doktor gigi dengan nurse nurse sekali kena full marathon, tak pasal keluar peluh berjurai jurai walaupun ada aircond

So, better lah mak ayah yang berpeluh kat umah, bermarathon dan berpassing baton kat umah daripada pass baton sambung bersihkan gigi anak anak kat klinik

Sebab, tak semua Doktor gigi ada skill dan ada keSABARan tahap dewa dewi nak tampal gigi anak-anak ye

Masa yang diperuntukkan untuk tampal gigi anak-anak kadang-kadang lebih dari masa nak buat crown sebatang

Kesian Doktor dan pesakit yang menunggu di luar. Jadi, parents plis bawa anak sekarang ke klinik gigi sebelum gigi jadi hitam berlubang macam dalam gamba

Biarlah gigi anak cantik, tak rosak dan tak sakit sekali pun, kena bawa ke klinik gigi .

Kredit: Dr Izaza Mohd Zan

IKLAN