Memiliki tanah di tepi rumah walau sekadar sekangkang kera tentunya akan dimanfaatkan sebaiknya. Selain menjadi ruang untuk anak-anak bermain, turut dijadikan tempat untuk melakukan hobi bercucuk tanam.
Pun begitu, sebelum bercucuk tanam ada baiknya tanah dipulihkan terlebih dahulu agar kualiti tanah berada ditahap yang optimum dan subur. Ini penting untuk memastikan tanaman yang ditanam dapat hidup dengan mudah.
Nak tahu caranya, jom baca perkongsian ini.
Memulihkan Tanah Tandus
Hari ni saya nak ceritakan cara mudah rawatan tanah tandus terutama nya yang banyak terjadi di rumah taman. Atau kawasan tanah yang telah di ambil topsoil.
Salah satu penyebab tanah tandus dan mati ada lah faktor banyak semut api.
Ads
Semut api ni musuh kepada cacing tanah. kehadiran semut api mengakibatkan pupus nya cacing dan tanah menjadi tandus. Cacing tanah ada lah salah satu faktor utama kesuburan tanah.
1. Langkah pertama perlu di lakukan adalah menghapuskan sarang-sarang semut api dengan kegunaan racun semut. Jangan gunakan minyak tanah sebab memberi kesan pada rawatan tanah nanti.
Ads
2. Setelah seminggu mulakan penggemburan tanah dan siraman air. Sediakan kulit-kulit telur dan nasi basi. Biasanya ini ada lah bahan buangan kita setiap hari.
3. Seterus nya taburkan kulit telur dan nasi basi tadi keats gemburan tanah dan sebatikan. Siram air supaya tanah basah kalau tiada hujan.
Ads
4. Biarkan selama seminggu supaya bakteria dalam tanah memberi tindakan. Jika ada kehidupan cacing yang berdekatan ia akan mula menghuni tanah ini kerana sudah ada makanannya.Atau jika tidak kedapatan anda perlu mengisi tanah tadi dengan cacing-cacing untuk permulaan.
Tempoh sebulan tanah tandus tadi akan menjadi tanah segar dan subur dan bersedia menjadi tapak kebun dan semaian.
Mencuci pakaian ada caranya. Jangan pakai masuk semuanya ke dalam mesin tanpa mengasingkannya terlebih dahulu. Namun, kadangkala kita tidak sedar tercampur pakaian berwarna dengan baju putih ketika merendam atau mencuci pakaian. Akibatnya warna baju itu melekat pada pakaian berwarna putih.
Contoh lain, denim dan baju putih tidak boleh direndam bersama kerana warna denim boleh mencacatkan baju putih anda.
Sayang kan jika nak dibuang sedangkan baju itu masih baru dan lebih penting lagi mungkin ia salah satu baju kegemaran anda. Jadi, jangan cepat kecewa, nah kami sediakan tip apa yang anda perlu buat sekiranya warna baju sudah melekat pada pakaian lain.
1. Rebus Baju
Rebu baju? Jangan terkejut kerana kaedah ini menjadi. Rebus sehingga hilang warna yang melekat pada baju itu. Tapi anda perlu lihat juga jenis fabrik yang ingin direbus. Kalau fabriknya tebal dan tidak sensitif tidak mengapa. Sekiranya fabrik nipis dan sensitif, rendamkan saja dengan air panas selama beberapa minit.
2. Perahan Limau
Rendamkan baju yang terkena warna tu dalam air panas yang telah dicampurkan dengan perahan limau. Sekiranya kotoran banyak, anda mungkin memerlukan perahan yang banyak. Ianya bergantung kepada tahap warna yang melekat pada baju anda.
3. Clorox Lemon
Letak 1 skop sabun basuh baju dalam baldi. Isi air ikut anggaran baju yang hendak direndam. Isikan lima penutup botol clorox lemon. Kemudian, kacau air sabun dan clorox sehingga sebati. Masukkan baju anda. Rendaman yang lama untuk baju berwarna manakala pakaian putih mungkin dalam masa 10 jam.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjadi kebiasaan pula ada sesetengah antara kita suka berbelanja untuk pastikan sekurang-kurangnya dalam sebulan paling tidak sekali mesti beli pakaian atau barangan baru.
Sedar tak sedar, lama kelamaan satu rumah penuh dengan pelbagai barang dan pakaian baharu tidak digunakan. Akhirnya pembaziran pula yang berlaku.
Oleh itu, didiklah hati untuk tidak membazir dan bersedekahlah dengan apa yang kita ada. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Tuah’Ainil Sufi.
JANGAN SIMPAN BARANG YANG TAK DIPAKAI
Sahabat,
Kita mencari harta dan kekayaan
tidak dilarang dalam agama, mengumpul dan menghimpun kekayaan itu yang dilarang dan tercela.
Peringatan untuk saya, keluarga dan sahabat-sahabat semua juga.. Mungkin ada yang tak tahu, semoga ilmu yang disampaikan oleh ustazah Asma Harun baru ini sama-sama kita dapat manfaatnya.
Check collection kita, keluarkan pinggan mangkuk yang sekadar kita simpan bertahun-tahun, untuk hiasan, pakaian, tudung tudung yang penuh dalam almari, koleksi Telekong yang kita sayang, kasuk kasut, periuk belanga,
Tupperware yang menggunung tersusun cantik, handbag yang berbagai saiz. Langsir-langsir, perabot-perabot yang masih dalam stor sayang nak buang,
Mana yang dah lama kita tak pakai, jangan di simpan. Keluarkan. Itu ada hisabnya sahabat..
Astaghfirullahal’adzim…
Sedekahkan.
Ia sahabat..
Perlu ada limit untuk start beli barang baru. Nak beli yang baru, yang lama terus diberikan,
disedeqahkan pada yang memerlukan. Jangan simpan lama-lama tak guna.
Ataupun boleh jual preloved,
Duit kutipan boleh sedekahkan kepada badan-badan amal.
Bukan tak boleh membeli,
Boleh…. tetapi jangan mengumpul harta.
Kerana kita akan berat Saat dihisab nanti.
Na’uzubillahi min zalik..
Ada suatu Kisah,
Ada seorang fakir miskin,
Ada seorg kaya memberitahu,
kepada sesiapa yang sanggup menjaga kubur ku bila aku mati 30hari 30malam,
Akan mendapat harta2ku.
Seorg yang sangat fakir, menyatakan dia setuju. Sanggup dia gali kubur bersebelahan
kubur si kaya itu. Si fakir ada membuat lubang laluan supaya isterinya boleh menghantar bekalan makanan.
Sepanjang malam,
dia ditanya dengan malaikat melalui sebatang Tongkat yang satu satunya dia ada.
Dia akan membawanya ke mana sahaja.
Malaikat bertanya perihal tongkat si fakir itu,
Mana dpt tongkat itu,…
buat apa dgn tongkat tersebut,…
mana sumber duit beli Tongkat itu,..
Dan macam macam pertanyaan hanya pada tongkat nya sahaja.
Selepas 30 hari dia dikeluarkan.
Ada seorang memberitahu,
“kamu dah layak dpt harta arwah si kaya ini.
Kerana kamu berjaya duduk 30hari bersebelahannnya.
Dan di fakir itu berkata,
“Sesungguhnya Aku tidak mahu sedikit pun harta org kaya tersebut.
Sesungguhnya tongkat aku sahaja dihisab begitu lama.
Apatah lagi orang yang banyak harta,
tak tahu bagaimana hisabnya di dalam kubur, apatah lagi di Mahsyar.”
Si fakir menolak semua yg sepatutnya
menjadi miliknya hanya kerana takut dihisab dari sehalus2 perkara, hingga sebesar2nya.
Subhanallah
Allahu Akbar…
Jom sahabat,
Usaha sama-sama untuk beriman dengan nama Allah Ya HASIB, Allah Yg MAHA Menghisab…
Hitungannya sangat halus…
Cuba kita hitung sendiri.
Di dapur sahaja ada berapa banyak set pinggan kita yang tak berguna.
Tuppuware kita yang tersimpan rapi,
periuk berset-berset.
Tudung 30color patern lama, masih tak keluar lagi yang lama
Dah masuk lagi koleksi baru,
Makeup kita berkotak kotak,
Pakaian kita yang beralmari2, pakaian dinner yang sekali sahaja guna tapi kita simpan bertahun2..
sayang nak bagi orang,
“Hisab lah diri kamu sebelum kamu dihisab.
Barangsiapa menghisab mengira dirinya
Saat Dia di dunia, maka ringan lah Saat dihisab di Akhirat kelak.”
Ya Allah Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab, ampunkanlah kami, kami tak tahu…
Sahabat,
Sedekah kita yang bermanfaat adalah ketika kita Hidup. Dan ketika kita sedang sihat.
Duit dalam bank bukan duit kita, duit yang kita infaq adalah duit kekal kita di sana.
Contoh, kita beri kain batik arwah mak pada orang. ” kita syukur, dapat pahala mak, bila orang guna”
Tidak… ,
bila mak sudah mati harta itu bukan mak punya. Sudah Terputus.
Itu tidak dikira sedekah nya..
Allahu Akbar
Yang kita pakai dan kita sedekahkan itulah yang bermanfaat, yang hanya jadi simpanan atau koleksi2 yang tak dipakai kelak akan di hisab. Yang akan Menyusahkan diri kita sendiri..!!!
Baju yang dah tak elok jangan beri..
Bagi yang masih elok. Dah keluarkan collection2 lama, baru boleh plan limit nak beli yang lain.
Kerana setiap yang kita simpan tak guna bertahun tahun itu juga akan dihisab setegas tegasnya…
Moga Allah ampunkan kita semua kerana tak tahu dan perbaiki Kekurangan lalu.
Menggoreng boleh dikatakan setiap hari kita memasak menggunakan teknik ini. Bukan sahaja mudah malah tidak dinafikan makanan yang disediakan enak rasanya.
Sama ada menggoreng ikan, daging, ayam, sotong hinggalah menggoreng kuih, bahan utama perlu ada semestinya minyak masak.
Menyentuh tentang minyak masak yang digunakan, mungkin ada yang masih belum tahu bahawa sebaik-baiknya tidak diulang guna, cukup sekali!
Ada sebab-sebabnya sebagaimana yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Samhan yang turut melarang isterinya menggunakan minyak masak yang sama setiap kali menggoreng.
Nak tahu lanjut, sila baca perkongsian ini.
Jangan guna minyak masak berulang kali.
Ini bahaya!
Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, Parkinson dan barah.
Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.
Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.
Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang.
Pesanan saya,
✅ Sebaiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.
✅ Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.
✅ Hati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Kajian menunjukkan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
✅ Elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.
✅ Kurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.
✅ Gunalah minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja untuk menjamin kesihatan kita.
Di rumah,saya memang melarang isteri untuk guna minyak yang sama. Cukup hanya sekali.
Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar bukan untuk masak makanan.
Kongsikan info penting ini pada yang lain supaya lebih ramai tahu bahaya guna minyak masak berulang kali.
Sumber : Dr. Ahmad Samhan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di