Jika sebelum ini, kita melihat suami kepada pelakon terkenal Emma Maembong sebagai seorang yang serius, ternyata ianya silap.
Menerusi perkongsian di TikTok @themariposa7, suaminya Emma telah meniru cara percakapan serta gaya Emma berjalan.
Di dalam video tersebut, Shazli telah melakonkan semula beberapa babak yang selalu dilakukan Emma dalam kehidupan seharian seperti mendukung anak, pergi ke salon rambut, makan telur separuh masak dan memesan makanan dengan keluhan sama yang Emma sering lakukan.
Ingatkan hanya Emma Maembong sahaja yang pandai berlakon, rupanya suami Emma iaitu Muhammad Shazli Azhar pun turut memiliki bakat yang sama.
Alangkah bahagianya hati ibu dan ayah bila melihat anak-anak mesra hubungannya di antara satu sama lain.
Si abang atau kakak bukan sahaja tahu melayan adiknya untuk bermain bersama, malah dengan penuh kasih sayang boleh pula menyuapkan nasi ke mulut saat makan di kantin sekolah.
Kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Nazri ini memang luar biasa dan jarang-jarang kita dapat lihat.
Jom semak perkongsian penuh daripadanya.
Entah kenapa,hati saya begitu terusik dengan gambar yang dihantar oleh seorang guru, di dalam group telegram kami.
Seorang abang, menyuapi adiknya makan di pagi hari ketika di kantin sekolah kami.
Satu pemandangan indah, yang bukan direka-reka. Ianya lahir dari kasihnya seorang abang kepada adiknya.
Murid ini, bukanlah murid yangg pintar dalam akademik. Namun, nilai yang ditonjolkan ini tiada tolok bandingnya.
Sejauh mana kepintaran seseorang murid, ia tidaklah mendatangkan kepuasan, seperti mana yang kami lihat hari ini.
Semoga, ia memberi inspirasi kepada murid yang lain, bahkan kepada semua, termasuk anak-anak kita.
Apabila bergelar ibu, pastinya gelagat anak akan menjadi momen indah untuk dikenang. Rasa tak sabar untuk mengandung dan melahirkan anak kerana inilah momen yang paling dinantikan oleh setiap wanita. Lengkap sudah fitrah hidup.
Begitu juga dengan pelakon, Fasha Sandha begitu teruja apabila cahaya matanya, Aisha Amaira.
Fasha dalam satu temu bual sebelum ini memberitahu, Aisha yang membawa maksud bahagia dan cantik selamanya, menjadi lebih bermakna apabila nama itu menggabungkan nama dirinya dan suami.
“Alhamdulillah, saya dan suami diberi kemanisan selepas diuji. Jika diikutkan, Aisha adalah anak kelima saya.
“Sebelum melahirkan Aisha, saya pernah dua kali keguguran. Dua anak kami sudah berada di syurga… Insya-Allah.
Sebelum itu, melalui perkahwinan pertama, Fasha dikurniakan sepasang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma. Aisha dilahirkan secara pembedahan pada 7 Ogos tahun lalu.
Wajah comel Aisha sering menjadi tumpuan waraga maya , sementelah Fasha dan suaminya Aidil sering memuat nak gambar mahupun video si kecil ini. Membuatkan ramai yang geram melihat telatahnya.
Terbaru, Aidil berkongsi satu video Aisha ketika baru bangun tidur dan masih berada dalam buaian. Dengan wajah yang tersipu-sipu malu tersenyum mengundang perhatian ramai.
Kalau kita amati mak ayah kita taklah bercinta sakan seperti anak muda zaman sekarang ni. Mereka tak pernah kenal siapa bakal suami dan isteri mereka, jauh sekali nak berdating tiap minggu. Tak macam kita sekarang.
Tapi kenapa mak ayah kita boleh kekal bahagia sampai sekarang, malah sweet pulak tu.
Tengok saja PM kita, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, sampai sekarang pun masih sweet. Contoh terbaik buat anak muda.
Nak tahu kenapa mak ayah kita bertahan kekal bahagia sampai sekarang? Ni pasangan muda kena ambil tahu. Buat bekalan ilmu untuk bahagia.
1. Lepas kahwin tak pergi bulan madu
Bila selesai majlis kahwin, tolak tepi hal berbulan madu tetapi kenalkan pasangan pada sanak suadara. Rapatkan hubungan silaturrahim.
Antara cara merapatkan hubungan pasangan pengantin baharu dengan keluarga adalah melalui amalan bergotong royong atau rewang ketika mengadakan kenduri perkahwinan. Pengantin wajib membasuh periuk belanga yang digunakan semasa majlis perkahwinannya!
2. Suami tolong buat kerja rumah
Cuba perhatikan bapa anda sendiri. Sangat santun orangnya. Rajin membantu isteri. Selepas isteri melahirkan, semua suami yang buat.
Jika melihat si isteri penat menguruskan rumahtangga, suami jangan berat tulang untuk membantu. Tolong jagakan anak juga sudah cukup membuatkan si isteri tersenyum
3. Isteri tahu tanggungjawab sendiri
Banyak kes penceraian disebabkan oleh isteri malas. Cuba lihat mak kita sendiri. Rajin dan tahu tanggungjawab sendiri. Suami balik kerja, anak-anak dah terurus.
Oleh itu, walaupun sibuk di pejabat, tanggungjawab sebagai isteri jangan diabaikan. Tidak salah jika ada pembantu, tetapi soal membancuh minuman untuk suami serta makan pakainya seharusnya tetap menjadi tanggungjawab isteri.
4. Tiada campur tangan ibu bapa
Ibu bapa tak perlu campur urusan rumah tangga anak, ini boleh jadi kes penceraian. Biarkan anak-anak menangani masalah rumahtangga mereka sebaik mungkin. Ibu bapa hanya boleh memberi nasihat apabila diminta.
5. Keburukan dalam rumah tangga jangan cerita pada orang
Biar kita susah tanggung sendiri, keburukan pasangan jangan diceritakan pada orang. Ini antara perkara penting jika nak jodoh panjang.Jangan sampai mendedahkan keburukan rumahtangga di laman muka buku!
6. Sedar diri
Suami adalah ketua rumah tangga, tapi tak boleh guna kuasa veto nak kawal isteri. Bimbang isteri memberontak. Isteri dicipta dari tulang rusuk suami. Marah macam mana pun, tempat isteri tetap di sisi suami.Isteri sewajarnya mendengar kata suami dan bertoleransi dalam hal rumahtangga.
7. Jangan Lebih 3 Hari
Kalau merajuk sekalipun dan tak bertegur sapa dengan pasangan, paling lama cuma 3 hari. Lebih dari itu, hubungan berada dalam tahap bahaya. Senyuman boleh dijadikan pembuka bicara untuk berbaik-baik semula.
8. Buang Ego
Ego merupakan racun dalam rumahtangga. Setiap konflik rumah tangga adalah untuk menguji kesabaran dan kesetian suami mahupun isteri. Suami mahupun isteri harus merendahkan ego dalam sesetengah perkara untuk kebaikan bersama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.