Mungkin ramai tak tahu, selain memberi sumbangan dalam bentuk wang, kita juga boleh gunakan wang tersebut untuk wakaf Al-Quran.
Bagi yang ingin tahu, sebenarnya ia merupakan cara menyerahkan sumbangan dengan niatkan atas nama-nama mereka yang menyumbang. Sebagai contoh, meletakkan nama ibu bapa, anak atau pasangan kita baik yang masih hidup mahupun yang sudah tiada atas sumbangan tersebut. Selama mana ianya dibaca, moga mengalirlah pahala buat mereka yang kita niatkan.
Sehubungan itu, satu projek Wakaf Quran Untuk Hospital Dan Pusat Kesihatan dilaksanakan bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Ideaktiv, TV AlHijrah, Sinar Harian dan Majlis Dakwah Negara. Sebuah solidariti Ummah untuk Ummah.
Sumbangan wakaf al-Quran Mu’jam, terjemahan per kata dan Tajwid berwarna ini bagi membantu para petugas, pesakit dan orang awam memahami isi al-Quran untuk panduan, peringatan, petunjuk dan penyembuh dikala kita menangani pandemik Covid-19 dan seterusnya.
SSehingga jam 9 pagi selasa 7.4.2020, sebanyak 10,309 naskhah Al-Quran wakaf telah kami terima. Kami mensasarkan 15,000 naskhah lagi untuk agihan di hospital utama dalam 200 naskhah, 60-100 untuk hospital biasa serta pusat kuarantin dan 40 naskhah untuk klinik kesihatan.
Al-Quran Mu’jam. Terjemahan per kata dan Tajwid Berwarna, bagi membantu semua saudara kita di hospital untuk Berinteraksi dengan Al-Quran; membacanya dengan baik dan memahami isi Al-Quran. Melalui TV Hijrah setiap hari, ada panduan yang kami berikan di Malaysia #QuranTime jam 12 dan ulangan jam 10/11 malam.
#QuranTime CORNER juga akan diaktifkan menjelang Ramadan ini di hospital dan klinik kesihatan sebagai inisiatif berinteraksi dengan al-Quran; Baca, Faham dan Amal.
Sejak dilancarkan pada hari Jumaat yang lepas, agihan segera telah dilakukan sejak hari Sabtu dan semalam agihan telah kami buat ke pusat kuarantin yang menempatkan sekitar 200 orang serta ke Hospital Sg Buloh yang menempatkan ramai pesakit serta petugas.
Sumbangan wakaf ini akan dimanafaatkan untuk menggerakkan #QuranCorner yang mana ia akan menjadi ruang untuk sesiapa sahaja yang berada di hospital memanfaatkan ruang tersebut untuk berinteraksi dengan Al-Quran walaupun sekejap.
Semoga dengan sedikit masa bersama Al-Quran yang besar kesannya sebagai panduan, peringatan, penyembuh, ia menjadi cara untuk Rehat & Rawat, Biidznillah.
Wakaf Quran inj juga Insyaallah menjadi sedekah jariah kita. Dari ummah untuk ummah kerana orang Mukmin itu seperti satu tubuh. Kita ikut merasa luahan penat, derita sakit yang ditanggung oleh saudara kita.
Wakaf juga adalah cara kita yang menyumbang untuk membebaskan diri kita dari cinta harta yang salah di hati. Wakaf yang dilakukan secara sukarela adalah hadiah kita kepada sesama sehingga ia menimbulkan rasa kasih kepada penerima. Itulah psikologi wakaf sebagaimana yang ditulis oleh SS Prof Dr Ali Gom’ah, Mufti Mesir.
Semoga dengan formula wakaf ini, terbit rasa kasih pada sesama, lahir ramai rakyat Malaysia yang lebih baik dan akhirnya terbina Baldatun Thoyyibatun wa Rabbun Ghafur, Biidznillah.
Orang ramai yang ingin berwakaf boleh melakukan demikian. Wakaf dibuka sekarang, RM45 senaskah, dengan sasaran 15,000 naskah untuk semua hospital dan klinik kesihatan seluruh Malaysia.
Berwakaflah atas nama sendiri, keluarga dan juga untuk ibu ayah sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Juga buat syarikat-syarikat yang ingin menyumbang kepada komuniti atau hospital.
Bagaimana ingin berwakaf?
1. Daftar sebagai pewakaf di bit.ly/wakafquranhospital
2. Bank-in bayaran wakaf ke akaun
Maybank Islamik : Warisan Ummah Ikhlas Foundation
No akaun : 564276516031
Sila letakkan rujukan (reference) : *Wakaf Quran*
(Semasa bank in, niatkan wakaf atas nama yang diniatkan)
3. Whatsapp slip bayaran ke
http://www.wasap.my/60193803635/WakafQuran
#HaveFaith
#JanganPutusAsaMalaysia