Buah durian adalah antara buah yang begitu popular di kalangan kita. Bukan sahaja enak dimakan begitu saja tetapi juga ada yang makan bersama pulut, masakan bersama kacang hijau menjadi bubur durian dan serawa durian. Malah kulitnya juga dimasak seakan pengat pisang.
Selain itu, isi durian juga dijadikan aiskrim. Sebagaimana perkongsian puan Nur Hayati Khalid yang menunjukkan cara membuat aiskrim Malaysia dengan mengunakan isi durian. Rasa memang sedap! Apa lagi jom buat, terutama ‘antu’ durian!
Anak: Ibu, durian tu nak masak apa? Ibu : Serawa.. Anak : Ala..buat aiskrim boleh tak ibu? Ibu : Boleh..tapi buat la sendiri.. Anak : Resepi?? Ibu: senang jer..
Resepi Aiskrim Malaysia Durian Ori 4 cawan air 1 cwn isi durian 1 cwn susu segar atau susu cair 1/2 cawan susu pekat 2 sudu besar gula /gula perang 1 sudu tepung jagung * Blender semua bahan * Masak sekejap dalam periuk hingga mendidih * Tunggu sejuk..tuang dalam plastik aiskrim Edit * Masukkan sedikit pewarna kuning jika suka * Lebihkan gula atau susu pekat jika suka manis
Keluarga: Wow tengok pun terliur. Selamat mencuba!
Membayangkan bila semua adik beradik dapat berkumpul meraikan Hari Raya di rumah mak di kampung, memang cukup meriah. Seronok memang seronok, tapi jangan sampai seminggu kita anak beranak berkampung di rumah mak tidak pula kita hulur wang belanja dapur.
Memanglah ibu ayah biasanya tidak berkira atau mengharapkan pun, namun apa salahnya kita sebagai anak meringankan kos perbelanjaan orang tua kita. Malah jika dapat adik beradik sepakat mengadakan tabung raya untuk belanja dapur umpamanya, itu satu idea yang cukup menarik.
Ini sebagaimana apa yang dipraktikkan oleh adik beradik Puan Musleha Mohd Tahrir. Menurutnya, mereka 7 beradik sepakat mewujudkan tabung raya untuk menampung perbelanjaan raya di kampung.
Seawal bulan Syaaban saya sudah menyampaikan idea agar kami 7 beradik memberi seorang RM200 yang kami panggil sebagai #tabungraya. Saya bagi cadangan awal agar masing-masing bersedia sebelum duit tersebut habis beli baju raya. Hehe… Maklum le masing-masing anak ramai.
Sebagai pengenalan, kami 7 beradik, 7 menantu, 31 cucu. Kami sepakat dan set time agar giliran beraya dengan Mak Bapak di Pagoh pada tahun yang sama. Jadi semua orang boleh berjumpa.
Hasil kutipan #tabungraya sebanyak RM1400 kami letak je dalam beg duit dan sangkut kat dapur. Sebab memang konsep #tabungraya ni tiada bendahari. Sesiapa yang kena pergi belanja barang dapur, ambik je. Tak perlu resit belian bagai. Sebab kami saling mempercayai.
Bukan #tabungraya sahaja yang diwujudkan malah AJK juga dibentuk bagi melancarkan perjalanan sepanjang berhari raya di kampung.
Semua orang terlibat dari yang kena pergi pasar, basuh ayam, potong daging, tumbuk kacang tanah, susun kuih raya dan macam-macam tugasan lah. Seorang pun tak terkecuali. Kecuali yang baby lah kan..
Persiapan bahan masak diurus oleh anak-anak sedara. Tukang masak sudah tentulah mak-mak sedara otai yang terror masak ni.
Atok cuma jadi pengarah urusan. Kadang-kadang kami lebih berkuasa menentukan apa yang perlu kita masak hari tu. Atok ngikut je.
Menu hari raya juga dah bincang awal. Bukan sebab apa, sebab senang nak belanja beli barang. Setiap menu ada ketua chef, pembantu chef dan AJK.
Raya pertama : ketupat, rendang daging, sambal kacang, kari ayam, lodeh….Ini menu wajib yang tak pernah lagi diderhakai…(ketupat anyam pun dibahagikan kepada 3 beradik) kecuali saya sebab tak pandai menganyam…. keke….
Raya kedua : nasi ayam
Raya ketiga : nasi putih, asam pedas, ikan caru sumbat, kerabu tauge, sayur kucai+tempe
Bukanlah kami ni sibuk masak sampai tak beraya. Kami akan mula operasi masak awal. Siap masak dan berhidang elok-elok kat luar baru kami adik-beradik keluar beraya. Siapkan semuanya untuk memudahkan Mak Bapak nak layan tetamu.
Haaa, satu lagi bakul kain baju kami pun masing-masing. Masing-masing urus kain baju anak masing-masing. Tapi kisah sadis dihari raya ialah mesin basuh auto Mak rosak pulak malam raya tu. Dan masa rosak tu, masa saya yamg sedang guna. Huhu….sadis sungguh! Nasib baik mesin basuh semi-auto Mak boleh guna lagi. Ada yang pergi dobi je kat pekan Pagoh. Saya 2x pergi dobi tapi orang ramai ya amat! Maka basuh lah guna semi-auto dengan tabahnya.
Duit lebihan #tabungraya kami upah orang cuci rumah. Cuci tandas, bilik air, mop rumah semua. Lebihan duit lagi kami bagi kat Mak Bapak untuk bayar bil api & bil air.
Anak-anak remaja dan kanak-kanak ni boleh buat kerja kalau kita yang dewasa ajak dan ajar. Bukan nak nafikan hak mereka untuk bersuka ria dihari raya bersama sepupu-sepupu. Tapi bila diberi tanggungjawab mereka lagi suka. Mereka akan rujuk kertas di peti ais senarai AJK. Nanti akan ada saja yang tukang baca senarai AJK tu.
Time raya dan berkumpul inilah kita nak sepakat. Buat kerja sama-sama, makan sama-sama, raya sama-sama. Semua sama-sama. Berlapang dada semuanya.
Malam raya kami buat tahlil yang diketuai oleh Bapak. Siap ada yang jadi emcee lagi! Selalunya tahlil buat pagi raya, tapi tahun ni Mak kata kita buat tahlil malam raya.
Selamat Hari Raya semua.
Maaf zahir batin.
Saya sayang semua ahli keluarga saya lillahi taala.
Kenangan Raya2017kgsaribarupagoh
Pengurusan kewangan mungkin ramai yang menganggapnya suatu istilah yang rumit dan sukar untuk dilakukan dan tidak semua berjaya laksanakan tanpa disiplin yang tinggi. Namun percayalah, dengan pengurusan yang baik dalam kewangan akan menjadikan kehidupan lebih selesa dan mudah.
Pun begitu, dalam mendidik diri untuk melakukan pengurusan yang baik, tidak dinafikan ada juga sebahagiannya mempunyai tabiat buruk yang sukar untuk dikikis dalam membelanjakan wang. Contohnya boros berbelanja kalau hendak menyimpan biasanya bila sudah beli itu dan ini barulah baki yang ada disimpan dan pelbagai lagi tabiat lain yang sebenarnya akan menjadi punca dan penyebab bertambah sukar untuk mengurus kewangan menjadi lebih baik dan stabil di masa depan.
Bukan itu sahaja, banyak lagi tabiat buruk berkaitan wang yang mungkin sedar atau tidak anda lakukan. Nak tahu lanjut, ini dikongsikan oleh pakar kewangan Dr Azizul Azli Ahmad. Bersama jadi panduan dan cubalah berubah untuk tidak terus melakukan tabiat yang tidak bagus dalam usaha merancang kewangan anda.
TABIAT BURUK TENTANG WANG
1. Kita tak buat simpanan automatik, sepatutnya terus potong gaji masuk ASB atau Tabung Haji.
2. Kita masih percaya bahaya, ada lebih nanti baru nak simpan. Hakikatnya, selalu tak lebih.
3. Tiada pengetahuan tentang wang, yang tahu belanja dan habiskan sahaja. Zalim sungguh.
4. Guna kad kredit tak betul, kecemasan kita untuk beli bag tangan dan rim tayar kereta.
5. Tidak pernah bawa bekal ketempat kerja, jika bawa tepaware mesti hilang atau tak bawak balik punya. Bini marah terus merajuk makan dikedai Leha janda anak lima.
6. Tiada rekod perbenjaan , selagi duit ada belanja ikut apa yang suka.
7. Menabung bukan hiburan, kita cepat bosan. Cuba buat tabung hijau atau jingga, kita mesti teruja menabung punya.
8. Banyak beli dan simpan barang tak perlu, “ini ex mama bagi dulu nie kasut nie, walaupun dah buruk tapi tiap kali pijak. Mama rasa macam pijak muka dia jer!”
9. Malas banding harga barang, ada banyak app yang boleh bantu kita kini. Guna sahaja.
10. Abai skor kredit kewangan kita. Tak pernah kisah bayar hutang awal atau lewat. Janji bayar katanya.
11. Tidak jaga kesihatan, takaful akan jadi lebih tinggi.
12. Tidak periksa penyata kad kredit, janji bayar minimum saja dah cukup.
13. Tak jaga kenderaan, makin dibiarkan makin tinggi belanja selanggara kereta sebenarnya.
14. Malas bayar hutang kad kredit, kad kredit adalah duit masa depan yang kita dah gunakan masa sekarang.
15. Tak pernah beli buku kewangan sedangkan bab duit akan pegang sampai kita meninggal.
16. Beranggapan wang tak penting, yang penting kebahagiaan.
Jika kita masih amalkan semua ini, bersedialah bahawa kita akan hidup susah nanti. Baiki diri jadilah kaya dan mulia agar terus membantu sesama manusia.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Cara menanak nasi pastinya semua maklum. Namun cara untuk mendapatkan nasi yang peroi dan cantik mungkin ramai yang belum tahu. Lebih-lebih lagi untuk menyediakan menu istimewa dengan menggunakan beras basmathi.
Sebenarnya ada petua nak masak nasi ini. Jadi jom tambah ilmu. Harap lepas ni nasi yang anda masak nampak lebih cantik dan sempurna macam chef.
1. Cuci beras
Beras Basmathi perlu dicuci bersih. Namun semasa mencuci beras jangan diramas-ramas. Cukup sekadar dikaub balik dengan perlahan agar beras tidak patah.
2. Rendam dengan garam
Pastikan beras terendam sepenuhnya dan masukkan 1 camca besar garam dan rendam selama 30 minit. Kemudian tapis.
3. Sukatan air
Sukatan air perlu diambil berat, jika terlebih akan menyebabkan beras yang dimasak menjadi lembik dan jika terkurang sukatan air akan menjadikan beras yang dimasak mentah pula. Oleh itu, pastikan sukatan air adalah tepat.
4. Gunakan garfu
Jika ingin mengaub balik nasi yang dimasak pastikan hanya menggunakan garfu atau sudip berbentuk garfu untuk memastikan nasi tidak patah dan kekal di dalam keadaan panjang.
5. Lakukan dengan perlahan
Pastikan juga proses mengaub balik dilakukan dengan perlahan dan berhati-hati. Lebih-lebih lagi jika air di dalam periuk telah kering. Jika dilakukan dengan terlalu kasar, beras akan mudah patah dan tidak cantik keadaannya.
INFO TAMBAHAN
Jika didapati nasi yang ditanak terasa keras atau sedikit mentah, renjiskan sedikit air panas dan tutup periuk dan masak seketika lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.